Rabu, 15 April 2015

KITA RELAX...BACA KISAH2 TELADAN...TENANGKAN MINDA KITA....FIKIR YANG BAIK2 SAJA....INGAT AKAN ALLAH SWT.... BHG DUA

Jibril & 12,000 Malaikat menemui Rasulullah di Bukit Qubais

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)

Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang raja ada seorang raja yang bernama raja Habib lbnu Malik di kota Syam. Orang-orang arab menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”

Ketika Raja Habib bersama angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatu tempat dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut pengikutnya memberikan berbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.

Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib: “Wahai Abu Jahal katakan kepadaku tentang Muhammad.”

Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”

Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim: “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang Muhammad itu.”

Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya kami telah mengenal Muhammad itu sejak dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah dan setiap katanya benar; dia tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabila umur Muhammad meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia membawa agama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang kita.”

Sebaik sahaja raja Habib mendengar penjelasan dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa Muhammad mengadap dengan cara baik, kalau Muhammad degil maka gunakan kekerasan.

Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang untuk menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima pesanan raja, baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar ra dan Siti Khadijah menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja tersebut.

Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah SWT.”

Kemudian Ahu Bakar ra pun mengaturkan pakaian untuk RasuIulIah SAW yang terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna hitam.

Setelah Rasulullah SAW mengenakan pakaian tersebut maka baginda bersama Abu Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi menghadap raja Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di sebelah kanan Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah SAW.

Apabila raja Habib melihat baginda Rasulullah SAW berdiri dihadapannya maka raja Habib pun bangun memberi hormat mempersilakan Rasulullah SAW duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dari emas. Sementara itu Siti Khadijah yang merasa cemas berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.”

Sewaktu baginda duduk di hadapan raja Habib maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda dan baginda duduk dengan tenang tanpa rasa takut.

Raja Habib memulakan pertanyaan: ‘Wahai Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada mukjizatnya, jadi apakah mukjizat kamu itu?”

Bersabda Rasulullah SAW: “Katakan apakah yang kamu kehendaki?”

Berkata raja Habib: Aku mahu matahari itu terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya bulan hendaklah terbelah menjadi dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan separuh keluar melalui lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul menjadi satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu hendaklah kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang tenggelam muncul semula dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”

Setelah mendengar begitu banyak yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun bersabda:

Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”

Berkata raja Habib: “Ya, aku akan beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”

Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan itu segera melompat ke hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah mengatakan yang cukup baik dan tepat.”

Rasulullah SAW pun keluar lalu pergi mendaki gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat lalu berdoa kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril as bersama dengan 12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.

Malaikat Jibril as berkata: “Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam kepadamu dan berfirman:

“Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau berada dan telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman azali apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah kamu kepada mereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah menundukkan matahari, bulan, malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib itu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan kepadanya bahawa Allah SWT telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya dan kedua matanya.”

Setelah itu Rasulullah SAW pun turun dari gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat Jibril as di angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW berdiri di maqam Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.

Matahari mulai seakan-akan berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi gelap gelita. Kemudian bulan terbit dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan seakan-akan berlari turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW. Kemudian bulan itu bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2 dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya keluar melalui lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar melalui lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bercantum mengeluarkan cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah SAW dengan berkata: “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membenarkan engkau Muhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi engkau.”

Setelah bulan berkata demikian maka bulan pun kembali ke langit menjadi terang dan menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat lagi.”

Belum sempat Habib hendak berkata maka baginda Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga tidak mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah mengembalikan kedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”

Sebaik sahaja raja Habib mendengar dan meihat segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli Makkah, tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh itu ketahuilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan utusan-Nya.”

Raja Habib dan semua bala tenteranya masuk Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia berkata: “Wahai tuan raja, apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telah mempersonakan tuan.”

Raja Habib tidak menghiraukan kata-kata Abu Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk ke dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).

Raja Habib tercengang dengan kalimah yang diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku, siapakah yang mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”

Berkata anak raja Habib: “Sebenarnya sewaktu saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkata kepada saya: “Sesunguhnya ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam maka aku kembalikan segala anggota kamu dengan baik.” Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri saya tidak ada yang

kurang seperti yang ayah lihat sekarang”

Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada Allah SWT agar nikmat iman dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan emas, perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta berserta dengan beberapa orang hamba

dikirimkan kepada Rasulullah SAW.

Ketika rombongan yang membawa segala hadiah dari raja Habib itu sampai dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu semua milik siapa?”

Berkata rombongan itu: “Kami semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah SAW.”

Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar jawapan dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua barang-barang yang bawa oleh rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan datang bersama mereka Rasulullah SAW.

Melihat akan kedatangan orang ramai maka berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami bawa ini adalah milik raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua barang ini kepada Rasulullah SAW.”

Abu Jahal berkata: “Raja Habib menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku mencadangkan sesuatu?”

Berkata penduduk Makkah: “Ya, kami setuju.”

Bersabda Rasulullah SAW: “Kita hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta ini.

Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan perkara ini esok pagi.”

Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah SAW untuk ditunda pada esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus pergi kepada berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban kepada berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka sehingga pagi.

Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan pengadilan. Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal bersama kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus mengelilingi unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata, Uzza dan Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian lama sehingga matahari telah tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.

Maka berkata penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran Muhamad pula untuk melakukannya.”

Rasulullah SAW pun menghampiri unta-unta tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan Allah berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.”

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu berkata: “Wahai ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan kepada Rasulullah SAW.”

Sebaik sahaja unta itu berkata demikian maka RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut berserta dengan barang-barang yang dibawanya ke gunung Qubais, kemudian Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan perak yang

ada di atas unta lalu dikumpulkan sehingga menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas dan perak, hendaklah kamu semua menjadi pasir.”

Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.








Wanita Seteguh Ibunda Asiyah
Seorang wanita baik-baik, ia sholehah dan penurut kepada orang tuanya, sebut saja namanya Husna. Diusianya yang kedua puluh ia dijodohkan dengan seorang pemuda putra Kiyai terpandang, saat berta’aruf pemuda itu ucapnya santun berkilau, lakunya baik gemilau. Pemuda itu membuat Husna dengan kerelaan hati menerimanya sebagai pelabuhan cinta. Sebagai suami.
Namun sebulan setahun perjalanan kisah kasih mereka mulai terombang ambing badai kebohongan, ternyata sang suami tak sesantun saat pertama menyapa, tak sebaik saat pertama berjumpa. Ia perlihatkan sifat aslinya yang kasar, anak seorang Kiyai tidak berarti menjadikan lelaki itu soleh, suami Husna sering keluar malam pulang pagi, tidur siang bangun senja. Sungguh bathin dan raga Husna bagai tertusuk-tusuk panah yang tak henti menghunus. Ia tak kuasa menceraikan sang suami karena malu terhadap orang tua dan masyarakat. Husna dan suaminya dipandang sebagai keluarga baik, padahal didalam rumah Husna terpenjara kebohongan sang suami yang bertubi-tubi melukai.
“Ya Allah, Aku sudah berusaha mencari suami yang soleh menurut penglihatan mataku, menurut pendengaran telingaku, dan menurut perasaan batinku, tetapi mengapa ?, mengapa engkau jodohkan aku dengan lelaki yang jangankan membahagiakanku, menyapaku dengan senyum pun ia tiada mau. Ya Allah, adakah yang salah dengan hamba-Mu ini ?”, lirih Husna dalam hampar sajadah berteman air mata.
Kisah diatas mungkin teralami juga oleh sebagian orang, maka jelas jodoh adalah sebuah “misteri”, orang yang sedang disampingmu belum tentu menjadi jodoh sejatimu, suami atau istrimu belum tentu jodoh abadimu. Maka sederet kehidupan tetaplah akan tertimbun longsor segumpal serintik batu ujian. Pasangan yang baik bisa jadi ujian, pasangan yang buruk bisa jadi kenikmatan. Tergantung bagaimana iman berperan didalamnya.
Mungkin lisanmu akan berucap “Aduh so sweeeeeet” saat membaca romansa cinta antara Muhammad dan Khodijah, antara Fatimah dan Ali, atau antara Ibrahim dan Hajar. Mereka berpasangan dengan kekasih yang sama-sama mulia hingga dramanya mensenyumi dunia, hingga kisahnya sampai kesyurga. Tapi bagaimana jika didunia ini kita berdamping berpasang, berpeluk berdekap, dengan pasangan yang keji lagi jahat ?, seperti kisah Husna diatas ?
Mari sejenak menengok rumah seorang Asiyah, drama percintaannya dibumbui dengan asamnya ujian. Yang seharusnya kekasih semadu secinta menjadi kereta menuju syurga Illahi , akan tetapi kebebalan sang suami membuat mereka terpisah, Asiyah pergi ketaman taqwa, suaminya pergi kegurun dosa. Itulah, Asiyah memang solehah, tetapi Allah uji dengan menyandingkan raganya bersama makhluk terlaknat yang sudah tervonis masuk kepenjara neraka, Fir’aun.
Namun meski demikian, Asiyah tetap memegang iman dalam kepalan yang sulit terlepas, ia menjalani mahligai kasih bukan “dengan siapa”, tetapi “karena siapa”. Jadi siapapun pendamping hidup, mau baik mau jahat, mau santun mau kasar, mau soleh mau bebal. Jika semuanya terjalani karena Allah maka insya Allah. Hadiah bernama syurga akan diberikan atas prestasinya mengalahkan keputus asaan dengan kesabaran.
“Bangunkan untukku rumah disisi-MU, disyurga terjanji itu”, itulah sebait do’a pamungkas seorang Asiyah dengan keyakinan melangit. Bahwa asam kesabaran akan terbalas manis kenikmatan. Dan sungguh tiada cicipan paling nikmat selain ridho Allah yang bersanding dengan hidangan lezat bernama Syurga. Asiyah pun bertemu jodoh abadinya disyurga kelak. Insya Allah.
Maka resapilah, Jodoh itu sudah tertulis, tidak akan tertukar, yg kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya, jika caramu seperti fatimah, insya allah jodohmu spt Ali, jika caramu seperti ummu jamil, jodohmu bisa seperti abu lahab.
Tapi jodoh jua adalah taqdir, seperti Asiyah yg ditaqdirkan berjodoh dgn fir'aun, namun karena hidupnya karena Allah, ia tetap mulia dan berjodoh dgn penghuni Syurga, sekalipun suaminya terlaknat
Jadi intinya... yg terpenting bukan dgn siapa kita berjodoh, tapi karena siapa kita berjodoh, beda cara beda rasa dalam cinta, dan tentu beda keberkahan, jika caranya baik... bersiaplah ! Syurga merindukanmu.
Duhai kaum hawa yang semoga tetesan keteguhan Asiyah merintik digersangnya hidupmu, mengertilah bahwa penderitaan seorang wanita bukan dimulai dari rahim siapa ia dilahirkan, tetapi penderitaan seorang wanita dimulai saat ia salah memilih pendamping. Jika sudah terlanjur salah memilih pendamping maka perankan Asiyah dalam lika-liku rumah tanggamu.
Lalu jika kebersamaan itu tetap mengguyur derita yang tak pernah reda, boleh curhatkan kepengadilan agama. Jika ketuk palu berbicara untuk bercerai, bercerailah !, engkau tetaplah manusia, engkau berhak untuk bahagia.
Perceraian adalah cara halal yang dibenci Allah, namun jika itu terpaksa terjadi maka akhiri seperti berakhirnya hujan. Walau rintikannya reda tetapi hujan selalu meninggalkan pelangi setelah kepergiaannya.
Mari berdoa, semoga jodoh kita seindah senyuman. Semoga tak ada perceraian dalam berai kehinaan, semoga tidak ada derita dalam pukulan kebohongan. Semoga jodoh kita adalah jodoh dunia Akhirat, seutuhnya, sepenuhnya. Aamiin.
(By: Abdullah Izzuddin)










PERCAKAPAN SEORANG SUAMI DENGAN IBUNYA
Suami (s) : Assalamualaikum...
Ibu (i) : Waalaikumsalam..
lho nak kok tumben pulang gak bilang bilang mana istrimu??

s: istri di rumah bu, saya gak bilang ke istri kalau mau ke sini hehehe...
i: lho kenapa? ya gak boleh lho kyak gitu??
s: bu saya mau tanya, se sibuk itukah jadi ibu rumah tangga??
i: kenapa?? kamu ada masalah sama istrimu??
s: ya saya bingung aja bu, rumah gak pernah beres, tiap malam mengeluh capek sedangkan saya yg kerja tiap hari aja biasa aja, yg aneh lagi bu kenapa istri saya tidak pernah berdandan. padahal itu kan di wajib istri harus terlihat cantik di depan suami. saya liat ibu kok biasa aja gak pernah sesibuk istri saya.
i: nak, dengar ibu baik baik
pekerjaan ibu rumah tangga memang tidak banyak hanya berkutat pada membersihkan rumah, memasak dan menggurus anak. tapi
pekerjaan itu sungguh menguras tenaga dan pikiran. coba liat mana pernah istrimu mengerjakan suatu pekerjaan sampai selesai?
yg istrimu lakukan pasti mengerjakan beberapa pekerjaan dalam satu waktu, karena apabila tidak seperti itu tidak akan selesai selesai.
s: tetapi kenapa rumah jarang sekali rapi?
i: karena istrimu lebih memprioritaskan anak-anakmu dari pada segalanya. sedangkan pekerjaan mengurus anak memang sangat menyenangkan tetapi membutuhkan kesabaran dan ketelatenan yg ekstra agar anak-anakmu tidak jatuh, tidak nangis dan mendapatkan perhatian yg cukup dari ibunya jadi pantas lah kalau tiap hari istrimu mengeluh capek. tetapi sesungguhnya hanya di bibir saja dia mengeluh capek karena sebetulnya dia hanya memancingmu untuk meminta sedikit perhatianmu di waktu senggangnya ketika buah hati kalian telah tertidur pulas.
s: tetapi bu, tidak sempatkah dia merawat dirinya sebentar saja. dulu saja sering sekali yg luluran lah, yg facial lah, yg spa lah...
i: he he he
anakku anakku sejatinya seorang wanita itu sangat suka dimanja. tidak ada wanita manapun yg menolak untuk facial, luluran apalagi spa. tapi kembali lagi. ketika istrimu baru saja membuka perlengkapan tempurnya (baca: kosmetik) tiba tiba terdengar anakmu menangis dan akhirnya tidak jadi lah dia merawat diri. jangankan luluran bagi seorang ibu rumah tangga yg punya anak kecil, guyuran air mandi saja sudah menjadi obat bagi capek yg dia rasakan. jadi jangan sekali kali kau banding bandingkan istrimu dengam teman kerjamu atau wanita lain yg terlihat begitu cantik dengan polesannya. Dia sudah berkorban merelakan waktu yg paling dia senangi untuk mengurus anak anakmu dan kamu.
kamu melihat ibu biasa saja karena memang anak ibu sudah besar besat. begitu juga dengan istrimu nanti ketika anak kalian sudah besar dia
akan lebih memperhatikan dirinya dan merawat diri lagi.
INGAT nak pesan ibu bersabarlah. jangan sampai kau tergoda dengan perempuan lain hanya karena istrimu tidak berdandan. Sayangi istrimu, luangkan sedikit waktu untuk mengusir kelelahannya dan kepenatannya.
sekarang pulanglah dan peluk cium istrimu dengan mesra.
(Repost)





Kisah Tukang Bangunan 

 (Terjemah dan Faedah oleh: Ustadz Abu Umar Abdillah) Ada seorang tukang bangunan yang telah bertahun-tahun lamanya bekerja ikut pemborong. Iapun bermaksud mengajukan pensiun karena ingin memiliki banyak waktu untuk keluarganya. Si Pemborong berkata, "Saya setujui permohonan pensiun Anda dengan syarat Anda bangun dahulu satu rumah terakhir sebelum Anda pensiun." Si tukang bangunan sgr membangunnya. Karena kejar tayang, iapun mengerjakannya asal-asalan dan asal jadi. Selesai sudah bangunan terakhir yg ia buat. Ia serahkan kunci rumah kpd sang Pemborong. Sang Pemborong pun tersenyum dan berkata, "Rumah ini adlh hadiah untukmu, krn telah lama bekerja bersamaku." Maka terkejutlah tukang bangunan itu, dan ada rasa sesal kenapa rumah yg akhirnya hendak ia tempati itu dikerjakannya scr asal2an. *Faedah Ibadah yg kita kerjakan di dunia ini, tak lain adlh 'rumah' yg sedang kita bangun untuk kita tempati nanti setelah pensiun dari kehidupan dunia. Jangan sampai kelak kita menyesal krn kita menempati rumah buruk yg kita bangun asal2an.



    Bina Rumah Dengan Sempurna..Terjemahan Video:Buat Rumah Biar Siap!Seorang Supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya.Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah.Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya.Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.Sebenarnya, inilah yg terjadi pada setiap dari kita. Kita sekarang sedang 'Design' dan membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak...Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri. Kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita.Sebaliknya kita yang sangat sangat memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' dan membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri..Jika kita designkannya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloilah hasilnya.Renungan Bersama...TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : " Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu".( Riwayat at Tabarani dengan sanad yang sohih )Hai !, mereka yang gopohhh gapah dalam ruku' dan sujud, panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda. Jangan terlepas ganjaran ini.**Kisah tukang rumah yang tidak jujur, apabila dia minta berhenti bekerja dgn syarikat... bosnya kata: boleh berhenti dgn syarat awak siapkan sebuah rumah lagi... maka tukang rumah itu buat main2 shj, tidak cermat... setelah siap dan menyerahkan kuncinya.. bos dia kata: Rumah itu adalah hadiah syarikat untuk awak.. menyesallah pak cik tu tak sudah2... Pengajarannya; Rumah yang akan kita duduki di syurga nanti dah dibina dgn sempurna atau???
    Posted by Abdul Basit Abdul Rahman on Saturday, 23 March 2013

Tiada ulasan: