Sabtu, 4 April 2015

MATI NI TAK KIRA SAPE...DAN TAK KIRA UMUR....SAKIT ATAU SIHAT...DARI PARTI PEMERINTAH ATAU PEMBANGKANG...YANG BAIK ATAU YANG JAHAT...YANG MUSLIM ATAU NON MUSLIM...MORALNYA JADILAH ORANG BAIK...JANGAN JADI ORANG JAHAT






7:31PM - 4 Apr 2015

MP Rompin terbunuh dalam nahas helikopter


Bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang ini. Beliau berusia 63 tahun.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu Bernama bahawa Jamaluddin adalah antara enam penumpang helikopter malang itu

Turut terbunuh ialah Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Empat orang lagi ialah ahli peniagaan Robert Tan, kapten juruterbang Cliff Fournier, pembantu juruterbang Ajdiana Baiziera, dan pengawal peribadi Jamaluddin yang dikenal pasti sebagai Raskan.

Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang.

Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.

Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.


Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh.

Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli.



Tragedi Semenyih: Yang Keliru Dan Yang Sebenar....


Terdapat beberapa kesalahan dan kekeliruan yang berlaku berkenaan dengan nahas helikopter yang telah menyebabkan enam orang terbunuh semalam.

Pertama ialah Robert Tan. Maklumat yang beredar semalam menyatakan mangsa ialah Pengasas IGB Corp Bhd, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng. Sebenarnya bukan.

Menurut bekas Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai bahawa itu (yang terkorban) bukan Robert Tan Chung Meng yang kini masih hidup dan berada di Australia.


Yang menjadi mangsa nahas semalam ialah seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang yang merupakan seorang ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.

Yang kedua ialah pembantu juruterbang yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. Foto yang banyak beradar semalam sebenarnya bukan foto beliau tetapi foto milik Dzuriasikim Dzulkefli.

Dzuriasikim berkata beliau mengetahui mengenai identiti foto yang salah pada kira-kira 7:00 malam tadi apabila beliau menerima panggilan dan mesej daripada rakan-rakan dan keluarga yang bertanya.

“Mereka memberitahu saya gambar saya dengan Cliff telah tersalah anggap dan bahawa ia telah menjadi viral pada beberapa laman rangkaian sosial dan kumpulan Whatsapp” katanya.


Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.

Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.


Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.

Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier.

Carian terhadap syarikat berkenaan di internet tidak dapat ditemui dan oleh itu tidak dapat dibubungi untuk mengesahkan maklumat mengenai siapa sebenarnya Aidana Baizieva. Justeru siapa sebenarnya Aidana Baizieva masih misteri dan belum terungkap.

Ketiga ialah pengawal peribadi Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis iaitu Mohd Razkan Seran, pengawal peribadi Datuk Jamaluddin Jarjis yang turut terbunuh. Namanya sebelum ini jarang kedengaran.

Sabariah Jili,69, menunjukkan gambar anak bongsunya, arwah Razkan Seran yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih ketika ditemui di kediamannya di Tuaran, Ahad. -mstar

Beliau berasal dari Tuaran Sabah.

Menurut sepupunya, Marnis Sijan, isteri dan dua anak Razkan yang berusia dua serta enam tahun berada di HKL untuk menuntut jenazah Razkan.

Marnis berkata, sudah 10 tahun Razkan bertugas sebagai pengawal peribadi.





Jamaluddin Jarjis, lima yang lain terbunuh
  • Jamaluddin Jarjis Jamaluddin Jarjis
1 / 2
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Enam individu termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih, petang tadi.

Keenam-enam mayat mangsa berjaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 8.15 malam.

Pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha untuk mengeluarkan mayat berkenaan dari lokasi kejadian.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Saksi lihat helikopter meletup di udara ]

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mengesahkan Ahli Parlimen Rompin, Dr Jamaluddin Jarjis antara enam individu berada dalam helikopter yang terhempas di ladang getah di Semenyih.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan, Dr Jamaluddin bersama lima yang lain menaiki helikopter itu dari Kuantan ke Subang itu.

"Setakat ini, kami masih mengumpul maklumat terperinci berhubung insiden itu.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat," beliau dipetik sebagai berkata.

Dr Jamaluddin merupakan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut dikatakan turut membawa Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan, Datuk Robert Tan,  pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan.

Turut dikatakan terbunuh dalam insiden malang itu Kapten Cliff Fournier.

Maklumat terkini, Zahid kini berada di lokasi kejadian dan sedang menantikan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke lokasi kejadian.

8:40PM - 4 Apr 2015

Saksi lihat helikopter meletup di udara


Saksi melihat sebuah helikopter, yang dinaiki enam orang, meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Roslan yang ketika itu  berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.

"Nak masuk ke tempat helikopter betul-betul terhempas, kita kena masuk 2km ke dalam kawasan kebun getah," katanya.

Sehingga kini, belum ada mangsa nahas itu yang dikeluarkan pihak berkuasa dari tempat kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang memberitahu, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.

Menurut jabatan itu lagi kesemua enam penumpang helikopter itu sudah ditemui.
 
- Bernama


Tazkirah yang sarat dengan kisah menginsafkan~ Cerita seorang jemaah yang tidur dalam kuliah~ Jangan bagi alasan tak...
Posted by Zonkuliah on Monday, 30 March 2015
 

KEMASKINI: Semua 6 Mangsa Helikopter Terhempas di Semenyih Maut



KUALA LUMPUR: Berikutan nahas sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada petang tadi.

Kesemua keenam-enam penumpang sudah berjaya ditemui dan berdasarkan berita yang diterima kesemua mereka meninggal dunia.

BACA: Helikopter Dinaiki Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis Terhempas

Berdasarkan maklumat dari Twitter milik jabatan Bomba Penyelamat dan Harian Metro mengesahkan telah menemui kesemua mangsa.



Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

Kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter telah ditemui namun identiti mereka belum dapat dipastikan, kata Pengarah Bomba Selangor sambil menambah bahawa proses mengeluarkan mayat mungkin selesai 9.30 malam ini.

Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya. - Siakapkeli.com.my

Helikopter Dinaiki Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis Terhempas




Sebuah helikopter yang dinaiki oleh  Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis. dan beberapa orang kanamaan kerajaan yang lain dilaporkan terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih 4.00 petang tadi.


Dalam nahas itu melibatkan mangsa lain adalah  juruterbang Kapten Cliff Fournier, pembantu juruterbang dikenali sebagai Eidiana dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Dato’ Sri Azlin Alias.

Dua mangsa lagi yang terlibat masih belum dikenalpasti dan mangsa korban bukan laporan rasmi telah diketahui mengobankan seorang vvip tetapi kami masih menunggu malumat rasmi dari pihak bomba.


Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang telah mengesahkan, tiga daripada enam penumpang helikopter terbabit ditemui maut.

Helikopter berkenaan dikatakan milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation yang dimiliki mendiang Fournier.


 Sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian. - Siakapkeli.com.my







Lima Maut Dalam Nahas Helikopter Terhempas Di Semenyih

Heli 8

[KEMASKINI] Semenyih – Enam maut dalam insiden sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, di sini, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang.

Dua mangsa yang dilaporkan berada dalam helikopter terbabit dipercayai rentung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu petang tadi.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, maklumat terperinci berkenaan status milik helikopter itu masih belum dapat dipastikan.

Menurut sumber SuaraTV, ahli parlimen Rompin Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis antara penumpang yang berada di dalam helikopter tersebut.

Selain Dr Jamaluddin, pesawat terbabit dikatakan turut dinaiki oleh Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Dato Seri, Azlin Alias.

Sumber tersebut turut berkata, helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu di pandu oleh Kapten Cliff Fournier, dilaporkan terbakar sebelum terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang – Kg Pasir Baru.

Kesemua mangsa dikatakan baru pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang.

Ahli parlimen Rompin itu sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Program Perumahan Rakat 1Malaysia (PR1MA) dan Utusan Khas Malaysia bertaraf menteri ke Amerika Syarikat.

Namun sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung kenyataan sumber tersebut dan SuaraTV masih menuggu pengesahan dari pihak Polis Diraja Malaysia berhubung kejadian ini.

Sehingga laporan ini ditulis, dilaporkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Kajang dan Bangi telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu menurut sumber portal Utusan Online lima daripada enam penumpang helikopter AS365 yang dilaporkan terhempas dan terbakar di Kampung Pasir Baru, Sungai Lalang, Semenyih, Hulu Langat petang ini ditemukan maut.

Dua mangsa dikatakan rentung manakala empat mangsa lain berjaya ditemukan.

Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) pula berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

“Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu,” katanya kepada Bernama.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

Tiada ulasan: