Sabtu, 23 April 2011

YANG BAIKNYA...BERJUANG TUK RAKYAT BUKAN PERJUANGAN PERIBADI DAN KRONI2...PILIHANRAYA CAKAP LAIN..DAN MENANG..CAKAP LAIN..KERJA LAIN....

Ahli Parlimen Hulu Selangor gagal tunai janji
Khaulah Azwar

HULU SELANGOR, 22 April: Sikap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang hanya sekadar pandai berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada penduduk amat dikesali, sehingga menyebabkan sebuah sekolah agama di kawasan itu terus berada dalam keadaan ketiadaan kemudahan asas yang diperlukan.

Mudir Maahad Tahfiz Alkohlidi, Ustaz Yunus Kamaruddin menjelaskan, antara keperluan asas yang masih diabaikan oleh pihak bertanggungjawab terhadap sekolah itu termasuklah bekalan elektrik dan jalan raya.

Menurut beliau, pihaknya telah pun mengemukakan permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendapatkan bekalan elektrik, tetapi sehingga kini amat mengecewakan, sebaliknya berbagai helah pula yang diberikan oleh pihak TNB untuk meluluskan permohonan itu.

Katanya, alasan yang diberikan oleh pihak TNB, kawasan itu tidak mempunyai bilangan penduduk yang ramai, sedangkan bilangan penduduk di kawasan itu mencecah hampir 300 orang, di samping bekalan elektrik itu sendiri merupakan satu keperluan kepada pelajar-pelajar di sekolahnya.

"Pernah juga terjadi pergaduhan antara kami dengan pihak TNB untuk membuat kerja pemasangan elektrik. Sepatutnya mereka turun padang melihat keadaan kami di sini dahulu barulah mengeluarkan kenyataan tetapi terjadi sebaliknya," katanya ketika ditemui.

Maahad Tahfiz Alkohlidi yang menumpukan sepenuhnya ke atas hafazan Al-Quran ditubuhkan pada 2008 dengan tapak asalnya di Sri Ukay Bistari, Hulu Klang, tetapi telah berpindah di Ulu Kalong, pekan Ulu Yam, di sini, sejak bulan September 2010.

“Jumlah pelajar di sini dari semasa ke semasa semakin meningkat dan kini hampir 120 pelajar. Dengan kemasukan yang semakin meningkat, kita inginkan bekalan elektrik dan jalan raya yang sempurna kerana laluan ke sekolah ini terlalu gelap," katanya.

Ketiadaan bekalan elektrik, katanya, menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran, apatah lagi apabila mereka mempunyai aktiviti sebelah malam di luar kawasan sekolah itu, sehingga menyebabkan mereka pulang ke asrama dalam kegelapan disebabkan kawasan itu kawasan hutan.

"Kadang-kala pelajar-pelajar merasa cemas dan takut untuk mengikuti aktiviti di luar, apabila mendapat jemputan program di masjid mahupun program sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah tahfiz lain. Keselamatan pelajar terutamanya sebelah malam amat merisaukan kami kerana dalam kegelapan berbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku," katanya.

Selain itu, keadaan jalan yang tidak pernah diturap dan keadaan jambatan (gambar kiri) untuk menyeberang ke jalan luar yang tidak dibaiki serta dinaiktaraf turut merisaukan beliau.

"Sebelum kami berpindah ke sini, keadaan jalan raya dan struktur jalan amat teruk sekali, sedangkan ia merupakan jalan “reserve” . Apa yang saya faham jika jalan "reserve" ia adalah milik kerajaan tetapi mengapa tidak dibaiki untuk kegunaan masyarakat.

"Memandangkan kawasan tanah yang telah saya dirikan bangunan sekolah terletak di kawasan pendalaman, maka saya turapkan jalan raya itu sendiri dengan menelan belanja sebanyak RM80,000,” jelasnya.

Jambatan yang merupakan jalan untuk ke seberang untuk keluar dari kawasan itu juga telah roboh sehingga menyebabkan air naik melimpahi kawasan itu bila hujan.

"Kenderaan yang melalui jambatan ini pasti akan mengalami kerosakan terutamanya tayar kenderaan akan pecah dan bumper kenderaan mereka juga akan terjatuh kerana kerosakan jambatan tersebut. Bahkan bas sekolah juga tidak berani masuk ke kawasan ini kerana jambatan yang uzur sejak 13 September 2010.

"Saya mendesak agar Ahli Parlimen Hulu Selangor turun padang melawat kawasan ini. Seperti yang beliau janjikan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini, jika menang, beliau akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaiknya kepada rakyat.

"Jika benar 1 Malaysia boleh memenuhi permintaan rakyat, seharusnya pemimpin Umno BN membuat lawatan dari semasa ke semasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat dengan menyelesaikan masalah rakyat sebaiknya. Bukan turun padang apabila berlakunya pilihanraya sahaja.

“Jangan hanya pandai menabur janji dalam pilihanraya sahaja, tetapi selepas pilihanraya mereka tidak pernah melawat kawasan dan bertemu rakyat," katanya”.

Beliau turut berharap agar Kerajaan Pusat memulangkan kembali wangnya yang telah dibelanjakan sebanyak RM80,000 untuk membaiki jalan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat, bukannya pihaknya.

"Sekiranya wang itu dikembalikan semula, pihak sekolah ingin melengkapkan kemudahan peralatan dan menambahkan bangunan sekolah terutamanya menyediakan rumah guru, madrasah, dewan untuk kegunaan pelajar bagi memberi keselesaan kepada mereka," katanya.

Untuk perkembangan sekolah itu, pihaknya turut bercadang untuk menaikkan taraf sekolah tersebut dengan kos keseluruhannya berjumlah RM200,000.

Pada tahun 2009, pihaknya pernah menerima sumbangan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjumlah RM15,000 yang telah disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sumbangan tersebut disampaikan semasa kunjungan Tan Sri Khalid ke sekolah itu bersama beberapa orang Exco Kerajaan negeri, selaras dengan usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membantu menaiktaraf sekolah-sekolah agama di Selangor.

"Alhamdulilah dengan bantuan yang diberikan itu, pihak sekolah telah pun membeli peralatan keperluan pejabat, kelas, katil, almari dan membaiki sekolah. Bantuan itu telah meringankan bebanan kami," katanya.

Selain itu, pihaknya juga pernah berbincang dengan Exco Agama, Datuk Hasan Mohamed Ali sejak tahun 2009 lalu bagi mendapatkan pendapatnya berhubung usaha untuk menaiktaraf sekolah tersebut dan pihaknya diberikan kerjasama yang cukup baik.

Sementara itu, tuan tanah yang telah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan sekolah itu, Siti Rokiah Abd Hamid, 69, turut berharap agar P Kamalanathan, TNB dan pihak-pihak bertanggungjawab lain memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap sekolah itu dan penduduk sekitarnya.

"Dengan tiada bekalan elektrik menyebabkan pelajar-pelajar di sini sukar untuk mengulangkaji pelajaran waktu malam. Saya juga difahamkan oleh pihak mudir sekolah, pelajar-pelajar sekolah bangun di awal 4 pagi untuk melakukan ibadah.

"Tetapi dengan ketiadaan bekalan elektrik, ia pasti amat menyusahkan pihak sekolah menguruskan dan menjaga keselamatan para pelajar, apatah lagi sekolah ini terletak di kawasan hutan," katanya.

Beliau juga berharap agar jalan raya yang tidak sempurna dan jambatan yang telah rosak diperbaiki secepat mungkin oleh pihak bertanggungjawab untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.

Di sini mencela, di sana merayu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 April: Itulah kiasan yang menggambarkan karenah kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap kaum Tionghua sekiranya seseorang itu mengikuti berita-berita media tradisional Umno Barisan Nasional kebelakangan ini.

Semenjak menerima tamparan hebat di Sarawak ekoran kehilangan 15 kerusi, 12 di tangan DAP akibat kejatuhan undi popular sebanyak 8 peratus, Umno Barisan Nasional melalui lidahnya, Utusan Malaysia telah melancarkan serangan bertubi-tubi kepada kaum Tionghua dengan label-label seperti ‘tidak mengenang jasa’ dan menuduh kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.

(Gambar: Pengarang media Umno mencerca Cina Malaysia selepas ditolak Cina Sarawak)

Utusan turut menyeru kerajaan BN Sarawak tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum Tionghua di dalam kabinetnya.

Bahkan, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut serta memainkan sentimen yang sama dengan menuduh DAP telah berjaya memisahkan kaum Tionghua daripada kerajaan ekoran kemenangan bergaya parti itu di Sarawak.

Bukan itu sahaja, dalam satu tindakan yang dilihat merobek koyak slogan 1Malaysia ciptaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan telah menyeru pemiliknya, Umno untuk melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi” untuk menyatukan orang Melayu sebagai reaksi kepada dakwaan bahawa kaum Tionghua sudah bersatu-padu di bawah DAP.

Cadangan Zaini itu ditolak oleh Mahathir hari ini dengan mengatakan bahawa beliau berharap benda itu tidak berlaku kerana itu satu tindakan yang akan membinasakan negara, meskipun NGO kegemarannya, Perkasa sudahpun menawarkan diri untuk mengelapai pergerakan tersebut.

“Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku,” kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Najib turut menjauhkan pentadbirannya daripada seruan Zaini – dengan mengatakan bahawa cadangan 1Melayu, 1Bumi cumalah satu pandangan peribadi, namun beliau tidak mengatakan secara jelas samada Umno menerima atau menolak idea tersebut.

“Ia pandangan peribadi penulis. Di sudut kerajaan, kami sudah pun ada satu konsep yang jelas dan kami akan meneruskan usaha-usaha kami,” beliau berkata.

(Gambar: Muhyidin memujuk ahli perniagaan China melabur ke Malaysia)

Namun, situasi suram antara kerajaan Umno Barisan Nasional dengan kaum Tionghua dalam negeri kelihatan jauh lebih positif di peringkat antarabangsa, apabila kerajaan persekutuan tengah berusaha keras untuk berinteraksi dengan para pelabur kaum Tionghua daripada negara China untuk melabur di dalam negara.

Delegasi yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini berada di Shanghai sedang merayu syarikat-syarikat China untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.

“Malaysia mengalu-alukan pelaburan China di dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan, khususnya di dalam aktiviti teknologi tinggi, bernilai tambah dan berasaskan pengetahuan.

"Sebagai respons terhadap peningkatan minat pelabur China, Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kini sedang berunding secara aktif dengan syarikat China yang berminat di dalam sektor logam, kimia, pengangkutan, elektronik dan elektrik, automotif dan makanan," katanya yang dipetik akhbar Berita Harian.

Tambahnya, sehingga kini terdapat lebih 120 syarikat berkepentingan China beroperasi di Malaysia dengan pelaburan modal lebih AS$250 juta (RM754 juta).


Video seks: PAS tunggu hasil siasatan dahulu
Abdul Rahim Sabri
Apr 22, 11
3:07pm

PAS mengambil sikap menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang sebelum membuat sebarang pendirian.

NONESetiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (tengah) berkata proses siasatan yang dilakukan sekarang berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.

"Dari sudut PAS, PAS kata siasat dahulu sebab proses yang dilakukan oleh kerajaan ini berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang ada.

"Ia bukan berdasarkan kepada kaedah Islam. Jadi (PAS) ikut proses perlembagaannya, (dan mengikut) undang-undang yang sedia ada

NONE"Kalau kerajaan memutuskan cara mengikut Islam, (di) Mahkamah Syariah. Tapi di Mahkamah Syariah dalam kes liwat (sebelum ini) dah tolak dah... Kalau itu, kita lihat posisi kita lagu (macam) mana.

"Kalau betul-betul kerajaan memutuskan kes ini mengikut cara Syariah misalnya, kita akan adakan satu pendirian kita," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan berhubung cadangan bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan supaya ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah (sumpah laknat) bagi membersihkan dirinya dari tuduhan bahawa individu dalam video tersebut adalah mirip kepada beliau.

NONEMenjawab soalan bahawa dengan bersumpah, Anwar dapat membersihkan dirinya dari tuduhan tersebut, Mustafa enggan mengulas "perkara yang tidak berlaku" dan sekali lagi berpegang kepada pendirian yang dinyatakannya sebelum itu.

Mustafa juga enggan menjawab andaian bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

"Kalau bukan dia (dalam video) macam mana...sehingga betul bahawa itu adalah (Anwar), baru kita boleh buat pendirian macam mana," katanya.

Mengulas kesediaan Datuk T - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim menjadi saksi dalam kes video tersebut, Mustafa berkata:

azlan"Dalam Islam orang yang layak jadi saksi ada kriteria, kena tegoklah trio ini layak jadi saksi atau tidak. Saya tidak mahu komen jauhlah sebab kita kenal pesonaliti ini.

"Jadi ada kaeadah-kaedah berlainan. Jadi kena lihat dari sudut konteklah. Kalau nak cara Islam caranya begini. Tapi kerajaan sekarang menggunakan cara megikut undang-undang, kita ikut lunas itulah".



Kotak undi 'diusik' - PKR buat laporan polis
Aidila Razak
Apr 22, 11
2:14pm

Calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Senadin Dr Micheal Teo dan agen pilihan rayanya semalam membuat laporan polis bahawa peti undi 'diusik' ketika pertarungan sengit pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu.

NONEDalam laporannya di balai polis Miri pada jam 5 petang, Teo mendakwa sebahagian besar daripada 44 kotak undi dari Senadin, di mana beliau tewas kepada calon BN dengan hanya 58 undi didapati tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Katanya, agennya Peter Abong, diminta bersama agen BN bagi memeriksa kotak-kotak undi oleh pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het pada 18 April, dua hari selapas tarikh pengundian.

“Kami tidak memohon tetapi dipanggil untuk memeriksa. Apa (Peter) didapati ialah kertas undi telah dipindahkan ke sebuah bekas yang lebih besar yang tidak disita.

“Lebih kurang 10 kota undi yang tidak mempunyai sebarang tandatangan, lapan cop mohornya telah diusik dan dua lagi cop mohornya di tempat yang salah,” kata Teoh ketika dihubungi.

NONEMengikut Seksyen 25A (2) (a) Peraturan Pilihan Raya 1981 di bawah Akta Pilihan Raya 1958, semua kertas undi mesti dimasukkan kembali ke dalam kotak undi selepas pengiraan.

Seksyen 26E (d) akta yang sama pula memnyatakan semua kotak undi dan kandungannya mesti disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh enam bulan selepas pilihan raya di mana kemudiannya, ia akan dimusnahkan kecuali diarahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Kami rakamkan 47 gambar kota undi dan kertas undi dan melampirkannya bersama laporan polis,” kata Teo.


Peguam Pahang pula 'pantau' pusat nadir bumi
Aidila Razak
Apr 22, 11
2:54pm

Majlis Peguam Pahang telah membentuk satu jawatankuasa kecil bagi menyediakan sebuah kajian berkecuali berhubung pembinaan sebuat pusat penapisan nadir bumi di Gebeng, berhampiran Kuantan yang mendapat tentangan orang ramai.

NONEJawatankuasa yang yang dianggotai 20 peguam itu dibentuk selepas Majlis Peguam Pahang meluluskan satu resolusi 'mencari kebenaran' berhubung pusat berkenaan pada mesyuarat agung luar biasanya, semalam.

Pengerusinya dan juga ketua jawatankuasa kecil itu, Hon Kai Ping berkata mereka berharap laporan kajian tersebut dapat disiapkan sebelum akhir Mei. Ia kemudiannya akan diserahkan kepada Majlis Peguam untuk perbahasan.

Antara lain, Hon berkata tindakan susulan laporan berkenaan termasuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak-pihak tertentu.

NONE“Yang penting, kami mahu kebenaran. Kami mahu tahu daripada pakar dan akan menulis bagi mendapatkan maklumat daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom(AELB) dan (pemilik kilang penapisan nadir bumi) Lynas Corporation,” katanya.

Menurut Hon beberapa laporan antarabangsa yang boleh didapati oleh orang ramai yang diperolehi oleh jawatankuasa kecil itu bercanggah dengan dakwaan Lynas terutama berhubung kandungan radioaktif thorium sekitar bijih di Mount Weld, tempat galian berkenaan dilombong.


Subbaiyah angkat sumpah Senator Isnin ini
Apr 22, 11 7:04pm

Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk P Subbaiyah, akan mengangkat sumpah sebagai Senator Isnin ini, menggantikan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah.

NONEMenurut satu kenyataan Parlimen hari ini, bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu dijadualkan mengangkat sumpah bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, yang dilantik semula sebagai Senator untuk penggal kedua.

Pada pilihan raya umum 2008, Subbaiyah tewas kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam.

Pencalonan beliau dikatakan dikemukakan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beberapa minggu lalu.

Palanivel mahu menghadkan tempoh jawatan senator hanya untuk satu penggal bagi memberikan ruang kepada pemimpin MIC lain dan pemimpin dari negeri yang bukan di bawah kerajaan BN.

Murugiah, bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP), dilantik sebagai Senator pada 2008 atas tiket PPP tetapi menyertai MIC selepas dipecat tahun lalu.

- Bernama

'Kekalahan PAS di S'wak beban bersama'
Abdul Rahim Sabri
Apr 22, 11
1:00pm

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata tidak seharusnya sebab kekalahan calon PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak dibebankan kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

NONESebaliknya kata Mustafa, PAS bekerja secara kolektif dalam pilihan raya kecil termasuk pilihan raya negeri itu.

"Semalam, (mursyidul am) Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) memberi komen tidak boleh nak diukur kegagalan atau kejayaan dalam pilihan raya. Kalau nak ukur, saya rasa, kita banyak berjaya daripada gagal.

"Tidak seharusnya dibebankan (kepada Abdul Hadi). Beban kita semua. Kita tidak boleh kata pengarah pilihan raya (PAS) salah ke, (yang) ini salah ke?

"Kita bekerja secara kolektif. PAS tidak meletakkan beban (kekalahan) kepada seseorang," katanya
Mustafa menjawab soalan pemberita berhubung kekalahan parti dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu.

Hadi satu liabiliti?

NONEDalam pilihan raya tersebut, PAS bertanding lima kerusi - Tanjong Datu, Sebuyau, Beting Maro, Sadong Jaya dan Muara Tuang.

Mustafa bagaimanapun enggan mengulas komen pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Aziz Bari yang dilapor berkata presiden PAS itu menjadi liabiliti kepada parti berkenaan.

Prof Dr Aziz dilaporkan berkata ia kerana Abdul Hadi gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

Pensyarah UIA itu dilaporkan berkata, ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh kepada kerajaan BN semula dan mendakwa, Hadi juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah.

september 16 political party jumpSementara itu, Mustafa berkata, ada jua komen yang disiarkan dalam akhbar yang memberi pandangan positif terhadap kepimpinan Abdul Hadi.

"Saya rasa, saya berkecuali...Tak payah komen perkara ini," katanya.

Mengulas tanggapan bahawa sokongan Melayu kepada PAS terhakis ekoran kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil sebelum ini, Mustafa berkata, beberapa kerusi tersebut - Tenang, Merlimau atau Kerdau - adalah merupakan kubu kuat Umno.

"Dia (Umno) merampas kerusi kita di Galas, kita menang pun tak besar, tetapi tradisinya, itu kubu kuat Umno. (Jadi) ia bukan satu gambaran (sokongan) Melayu terhakis (kepada PAS)," katanya.

Tiada ulasan: