Isnin, 18 April 2011

DAKWALAH TU KUASANYA DIDUNIA..KITA TAK BOLEH BUAT APA2....SEMUA ESOK DIAKHIRAT AKAN DIDAKWA...SEBAB KITA TAK BERKAUASA...SABIT...MASUKLAH NERAKA....

CAP dukacita nyawa hilang dalam lurang
Harakahdaily

PULAU PINANG, 18 April: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa dukacita apabila satu lagi nyawa hilang dalam sebuah lurang.

Dilaporkan pekerja yang menjalankan kerja penyelenggaraan di dalam sistem kumbahan bawah tanah di Tanjong Tokong lemas manakala seorang lagi pekerja bersamanya masih lagi hilang selepas paras air di dalam longkang tiba-tiba meningkat dan dibawa arus.

Menurut laporan berita, pekerja tidak menggunakan sebarang peralatan keselamatan dan perlindungan.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, beberapa kematian dan kemalangan dalam lurang telah berlaku beberapa tahun lalu akibat tidak mempedulikan keselamatan pekerjaan.

Pada awal tahun ini, katanya pekerja telah menghidu wasap berbahaya di dalam lurang di Subang Jaya.

“Kita mempunyai banyak peruntukan di dalam undang-undang untuk memastikan keselamatan pekerja, kesihatan dan kesejahteraan.

“Walau bagaimanapun, jika pekerja dan majikan terus cuai, kita boleh menjangkakan lebih banyak kemalangan dan kematian di tempat kerja,” ujarnya.

Beliau menambah, adalah amat menyedihkan apabila kehilangan nyawa dan kecederaan yang dialami itu boleh dielakkan dengan mengambil langkah berhati-hati.

Katanya, Seksyen 15 Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSHA) 1994 menyatakan tugas majikan yang antara lain termasuklah menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan kerana ia penting untuk memastikan setakat ini amat praktikal, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja pekerja.

Ia juga, ujarnya adalah menjadi tugas pekerja seperti mana yang tercatat dalam Seksyen 24 OSHA untuk mengambil langkah yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakannya, untuk memakai atau menggunakan pada setiap masa peralatan perlindungan atau pakaian yang disediakan oleh majikan untuk tujuan mencegah risiko terhadap keselamatan dan kesihatan mereka.

Menurutnya, majikan dan pekerja mestilah menggalakkan kesihatan dan keselamatan pekerjaan; dan berusaha untuk mengurangkan risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang timbul daripada aktiviti di tempat kerja.

Beliau menambah, untuk mencegah lebih banyak kematian dan kemalangan di dalam lurang, hanya pekerja yang menjalani latihan yang mencukupi dan memakai peralatan perlindungan dan keselamatan yang sempurna perlu dibenarkan untuk melakukan tugas itu.

“Kami menggesa Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) dan Institut Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (NIOSH) supaya mengambil langkah yang lebih tegas dan ketat untuk memastikan majikan menyediakan latihan yang sempurna mengenai keselamatan pekerjaan kepada pekerja mereka dan memastikan pekerja mematuhi dengan segala langkah dan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan,” ujarnya.


PAS tempa kejayaan bermakna di Sebuyau
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 18 April: Walaupun tewas dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, PAS tetap menempa kejayaan besar di Dun Sebuyau apabila berjaya mengislamkan seorang lelaki berketurunan Iban di kawasan itu.

Kejayaan tersebut ditempa 8 April lalu di kawasan pedalaman Sebuyau, apabila Jelani yang berusia 40-an datang menemui petugas-petugas PAS dari Perak yang berjumlah 7 orang yang bertugas di kawasan itu untuk diislamkan.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid (gambar) menjelaskan, majlis pengislaman Jelani dilakukan oleh para petugas PAS dari Perak di rumah sewaan mereka dalam suasana penuh kesyukuran.

Menurut beliau, lelaki tersebut yang telah mempunyai seorang isteri dan seorang anak kini akan terus dibimbing oleh pihaknya bagi membolehkan beliau memperdalami ajaran Islam dan menjalani hidup secara islamik.

Katanya, selain itu, pihaknya juga akan turut membantu Jelani menguruskan beberapa perkara lain termasuk pendaftarannya secara sah sebagai penganut Islam.

"Dari segi namanya memang dah cukup baik. Secara kebetulan, nama asalnya memang Jelani yang sudah dikira memenuhi ciri-ciri nama yang baik dalam Islam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pengislaman Jelani, menurut beliau, adalah hasil kempen yang dijalankan oleh PAS yang memperkenalkan tentang Islam kepada penduduk tempatan termasuk menerusi ceramah.

"Inilah kejayaan kita. Walaupun tewas dalam pilihanraya, kita amat berbangga kerana berjaya mengislamkan seseorang. Walaupun seorang, tetapi ia sememangnya cukup bermakna kepada kita.

"Ini juga jelas membuktikan kepada kita bahawa ceramah-ceramah yang kita adakan telah berjaya menyerap ke jiwa orang bukan Islam, sehingga menyebabkan mereka tertarik dengan Islam dan akhirnya salah seorang daripada mereka dengan rela mengucap dua kalimah syahadah," tegasnya.

Dalam hubungan ini, beliau amat kesal dengan sikap sesetengah orang Islam sendiri di kawasan itu yang mengaku beragama Islam tetapi tidak pula menjalani kehidupan sebagai orang Islam.

"Antaranya yang boleh dilihat adalah sesetengah anak-anak muda di kawasan ini. Walaupun mereka Islam dan ibu bapanya juga Islam, tetapi banyak yang minum arak.

"Pelik, ketika orang bukan Islam tertarik kepada Islam dan mahu menjalani kehidupan sebagai orang Islam yang sebenar, mereka yang sudah beragama Islam pula yang tidak menjalani hidup sebagai orang Islam seperti yang dituntut oleh Allah ke atas kita," katanya.

Beliau juga turut kesal dengan tindakan pihak BN dalam kempen mereka bagi menghadapi pilihanraya 16 April lalu, apabila para pemimpin mereka sanggup mengadakan pelbagai konsert di kawasan itu bagi menarik perhatian anak-anak muda supaya menyokong mereka, walaupun ia jelas akan lebih melalaikan lagi muda-mudi terbabit.

Menyentuh tentang kekalahan yang diterimanya dalam pilihanraya itu, beliau kesal kerana bukan sekadar berhadapan dengan parti lawan, tetapi kerajaan Malaysia, apabila pihak lawan menggunakan segala kemudahan kerajaan untuk menghadapinya.

Menjelang pilihanraya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri turut turun ke Sebuyau, sehingga membawa perlaksanaan pelbagai projek segera di kawasan itu termasuk pembinaan jalanraya, balairaya dan sebagainya yang kesemua itu adalah dengan menggunakan wang rakyat.

Selain itu, beliau juga kesal kerana pihak BN turut menggunakan pelbagai ancaman dan ugutan kepada orang ramai agar tidak menyokong PAS dalam pilihanraya itu.

"Antara ancaman dan ugutan yang dilakukan kepada orang ramai termasuk akan menarik bantuan persekolahan anak-anak, biasiswa dan bantuan kebajikan kepada golongan tua jika menyokong PAS," ujarnya.

Pada setiap program yang diadakan oleh PAS, katanya, pihak BN turut menghantar polis dari unit Special Brand (SB) untuk merakamkan sebarang aktiviti, ucapan para pemimpin dan ceramah yang diadakan.

"Para petugas PAS tidak pula menghalang kedatangan SB ke dalam program-program kita kerana tidak mengenalinya dan sesetengahnya kerana percaya kepada mereka. Tetapi di sebaliknya, SB-SB itulah yang membuat hal dengan menghantar rakaman program yang kita adakan itu kepada pihak BN untuk diadakan tindak balas dari apa yang telah kita adakan," katanya.

Di samping itu, beliau turut kesal kerana para pemimpin BN turut menghalang kemasukan orang dari Semenanjung ke kawasan itu untuk membantu PAS, dengan memberikan amaran menerusi kain-kain rentang yang dipasang di merata kawasan.

"Tetapi di pihak mereka, tidak pula ada halangan untuk orang dari Semenanjung ke Sebuyau untuk berkempen bagi pihak mereka.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab itu walaupun dapat diatasi oleh pihak PAS kemudiannya menjelang hari-hari akhir kempen, tetapi ia amat dikesalkan kerana tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti di negara kita," tegasnya.

Dalam PRN Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, Haji Adam yang bertanding atas tiket PAS bagi Dun Sebuyau, yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, berjaya memperolehi 1,769 undi, manakala calon BN, Julaihi Narawi memperolehi 4,045 undi dan calon Bebas, Ali Semsu memperolehi 67 undi serta hilang wang pertaruhan.


Dari 9 ke 15 kerusi isyarat positif - Nik Aziz
Rizal Tahir

PENGKALAN CHEPA, 18 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat yang berjaya menawan 15 kerusi pada pilihanraya umum Sarawak, sebagai isyarat rakyat di negeri itu inginkan perubahan.

Katanya, walaupun BN berjaya membentuk kerajaan, hakikatnya mereka telah tergugat dengan parti lawan khasnya dari Pakatan Rakyat apabila pertambahan kerusi dan jumlah undi begitu ketara diperolehi.

(Gambar: MB Kelantan, menyampaikan sumbangan peribadinya di samping sumbangan penderma dari
petugas di Beting Maro kepada anak sulung Allahyarham Mohd Izan Yaacob, (Mohd Shah) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang semalam.
)


“Sebelum ini BN begitu bangga kononnya bakal pengganti Taib telah ada, sekarang terdiam mana ada bakal pengganti lagi,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung keputusan Pilihanaraya Umum Sarawak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.

Nik Aziz berada di sini untuk menerima jenazah Allahyarham Mohd Izan Yaacob, petugas PAS dari Kelantan yang meninggal di Beting Maro 16 April lepas.

Beliau telah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Izan di samping menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak beliau sebagai tanda simpati dari PAS dan kerajaan negeri kepada keluarga beliau.

Menurut Nik Aziz, walaupun PAS gagal memenangi mana-mana kerusi yang dipertandingkan, namun rakan dari Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi masing-masing termasuk jumlah undi juga semakin meningkat.

“Begitu juga calon PAS, walaupun gagal memperolehi kemenangan, namun ternyata secara keseluruhannya jumlah undi untuk mereka juga bertambah dan ianya memberi peluang yang cerah untuk masa depan.

“Lebih membanggakan kita, masyarakat Iban boleh menerima calon kita, itu petanda yang baik bagi perjuangan Islam,”ujarnya.

Menurutnya lagi, Malaysia sekarang mempunyai generasi muda yang berpandangan Islam lebih hebat dan diharapkan perjuangan itu akan sampai di Sarawak dengan lebih cepat lagi.

Ketika diminta mengulas berhubung sokongan masyarakat terhadap calon DAP khususnya di bandar begitu meningkat, beliau menyifatkan ianya berpunca dari masyarakat kawasan bandar khususnya mempunyai pengetahuan maklumat yang lebih jelas hingga menolak BN walaupun pelbagai janji diberikan.

Sambungnya lagi, sama ada orang Cina atau Melayu tidak menjadi masaalah, yang penting mereka penyokong keadilan yang telah menolak kepimpinan yang zalim.

“Cina ke mereka, Melayu ke mereka, tidak menjadi masaalah. Yang penting mereka tahu BN zalim.

“Dalam kempen pilihanraya BN zalim, dalam kerajaan juga zalim, bukan soal bangsa Cina, kalau tidak cina DAP, Cina MCA, sama saja, jadi jangan persoal kemenagan calon DAP,”ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya kempen memburukkan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan kegiatan seks juga langsung tidak termakan oleh masyarakat di negeri itu.

Bukan itu sahaja, kempen buruk yang di bawa oleh Umno Kelantan yang mengatakan beliau kahwin tiga telah disebarkan di sana juga tidak diterima oleh rakyat Sarawak.

“Sampai ke tahap itu Umno ni sanggup memfitnah dan menipu orang untuk kepentingan politik mereka,”ujarnya.


Penyokong PAS tidak perlu murung dengan Sarawak
Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 18 April: Para ahli dan penyokong PAS tidak perlu murung dengan kegagalan parti mereka mendapat sebarang kerusi di Sarawak kerana pilihan raya ini telah membuka satu lembaran baru untuk parti Islam itu di bumi Kenyalang.

Exco kerajaan negeri Kedah yang juga Yang Dipertua PAS Jerlun, Ustaz Abdul Ghani Ahmad (gambar) menyifatkan kegagalan PAS memperolehi sebarang kerusi di Pilihanraya Sarawak pada 16 April lalu bukan bermakna PAS lemah.

Tidak dinafikan sebelum ini PAS jarang bertandang di negeri tersebut tetapi menerusi Pilihanraya Sarawak PAS berjaya memaparkan aktiviti dan perjuangan yang bagi masyarakat di sana terlalu baru ekoran sudah terpahat lama pengaruh Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud.

"Bagi saya PAS berjaya di sana untuk membuka lembaran baru. Maklumlah ia merupakan benda baru setelah lama terpahat pengaruh Taib Mahmud, " jelasnya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PAS Permatang Pauh kali ke 34 di Dewan Haji Yusuf Rawa, Sama Gagah, Permatang Pauh semalam.

Justeru itu menjadi pengajaran bagi semua pimpinan PAS agar rajin turun padang melawat terutamanya Sabah dan Sarawak sebab di sana pengaruh PAS terlalu kecil.

Walaupun PAS berjaya menubuhkan beberapa cawangan baru namun masih belum mencukupi untuk menguasai beberapa kampung tradisi menyokong Barisan Nasional (BN) tambahan lagi kawasan yang ramai diduduki oleh masyarakat Melayu berbanding Iban dan Cina.

"Masyarakat Melayu masih tidak celik berbanding masyarakat Cina termasuk Iban yang lebih matang berpolitik. Bila sesuatu isu terpampang di TV mereka terus terima tanpa berfikir panjang, " terangnya.

Jentera PAS sendiri tambahnya, usah murung dengan kekalahan tersebut sebaliknya kena perkuatkan semangat di samping berkeyakinan tinggi ia adalah sebahagian daripada kerja dakwah seiring dengan konsep PAS sendiri yang berperanan dua hala iaitu politik dan dakwah.

"Nyata kita kalah dari segi politik tetapi kita menang dari segi dakwah yang selama ini tidak sampai ke serata pelusuk kampung yang rata-ratanya masih terawang-awang keislamanya," katanya.

Kekalahan PAS di Beting Maro dengan hanya 400 undi, di Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu bukan tugasan terakhir PAS tetapi itu adalah jalan pembukaan kepada peranan PAS di masa depan, katanya.

Sekaligus memberikan daya saing kepada parti lain dalam Pakatan Rakyat agar menyusun jentera ke arah yang lebih terurus khasnya pada pilihanraya umum ke 13 nanti, tambah beliau.

Di Semenanjung PAS mesti memaparkan kecemerlangan kerana pengaruh PAS kuat setelah membuktikan kejayaan pada pilihanraya ke 10 lalu.

"Menjadi tanggungjawab kita semua menyatukan hati untuk bekerja dalam satu saf kepimpinan bukan mencari perpecahan yang nanti memberi ruang untuk musuh masuk merosakan perpaduan yang termeteri atas nama Islam, " tegasnya dalam mesyuarat PAS Permatang Pauh.

PKR bimbang Peguam Negara tetap dakwa Anwar
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 April: Walaupun polis memberikan tumpuan siasatan kepada pihak yang membuat tayangan video seks itu kini, namun PKR tetap bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa Peguam Negara.

Demikian kata Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dalam satu kenyataannya.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan tumpuan polis kini adalah menyiasat pihak yang menayangkan video lucah itu.

(Petikan Klik video lucah...apakah ini perut Anwar dipetikaikan banyak pihak)

Namun begitu, Saifudin bimbang, Peguam Negara akan terus mendakwa Anwar.

Acryl dalam kenyataannya kepada Bernama berkata, siasatan video seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

"Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu ini," kata Saifudin dalam kenytaaanya.

Ini selari dengan penafian Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya, kata Saifudi.

"Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara dibawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.

"Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini tidaklah mustahil bagi Saifudin kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

"Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik," tegas beliau.

Saya bertanggungjawab - Eskay

Laman web The Malaysian Insider hari ini melaporkan, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau merupakan individu tunggal yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks — yang lelaki didakwa melanggan pelacur asing adalah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberitahu laman itu hari ini bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

(Trio Umno...kini Datuk Shazryl Eskay Abdullah sahaja yang mengaku bertanggungjawab, dua lagi [Duo Umno] , katanya, tidak bersalah)

“Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya.

Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.

Bernama semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh Abdul Rahim, Shazryl dan Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.


WikiLeaks: Media bohong kerajaan minta bantuan AS tentang F5
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 April: WikiLeaks melaporkan bahawa media tradisional negara telah membuat laporan palsu mengenai kehilangan jet engin F5, yang didakwa lesap secara tetiba pada 2008.

Berdasarkan kabel diplomasi Amerika Syarikat (AS) yang diledakkan WikiLekas, seorang anggota Kementerian Luar Negeri telah memberitahu Kedutaan AS di Kuala Lumpur bahawa media tradisional negara telah mengeluarkan ‘banyak kenyataan menyeleweng dan silap’ mengenai kehilangan dua engin jet buatan AS pada Disember 2009.

Kedutaan AS turut melaporkan kepada kerajaan AS bahawa mereka susah untuk mempercayai penjelasan kerajaan Malaysia mengenai skandal tersebut.

“Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini,” kata kabel itu lagi.

Mengikut kabel itu lagi, Kementerian Pertahanan yang di bawah jagaan Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes ini dikendalikan..

Kedutaan AS juga berpendapat Kementerian Luar Negara cuba menjauhkan diri daripada skandal tersebut.

Kabel yang bertarikh 10 Januari 2010 ditulis oleh kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith turut menamakan pegawai Malaysia yang dimaksudkan iaitu Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Radzi dilaporkan berkata media tradisional telah berbohong melaporkan bahawa kerajaan Malaysia telah meminta bantuan daripada AS dalam skandal enjin jet F5, kerana sekiranya benar, permintaan tersebut akan melalui Kementerian Luar Negeri.

Dalam tulisannya, McFeeters turut melaporkan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan sedemikian daripada Malaysia.

Sebanyak 3 kabel didedahkan oleh WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet mula-mula diledakkan oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pda 19 Disember 2009, hari yang bertembung dengan konvesyen Pakatan Rakyat yang pertama, di mana Kedutaan AS berpendapat satu peristiwa yang mungkin menenggelamkan pengumuman kementerian tersebut.

RMAF turut didakwa tiga kali gagal untuk memaklumkan peristiwa tersebut kepada AS, dimana kabel itu melaporkan AS hanya dimaklumkan pada awal Januari 2010.

Difahamkan enjin jet termaktub dalam perlembagaan pertahanan AS (United States Munitions List), di mana pemindahan secara tidak sah adalah bercanggah dengan perkara 3 dalam Arms Export Control Act, di mana kehilangan jet engin J-85 di Malaysia tertakluk kepada undang-undang ini.

Sementara itu, kabel turut melaporkan bahawa Kedutaaan AS turut menyoal pegawai daripada Malaysia mengenai lokasi spesifik enjin yang didakwa kecurian ekoran laporan media tradisional yang mengatakan bahawa engin tersebut sudah dijual kepada satu syarikat antarabangsa yang berpusat di Amerika Selatan.

“Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum,” kata kabel itu lagi.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin tersebut mungkin telah tiba di Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media tradisional ketika kes ini diledakkan.

Di satu sidang akhbar, kabel itu berkata Peguam Negara, Abdul Ghani Patail telah dilaporkan berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan denga Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang tersebut kini berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.


Omar dan Taqiudin kekal YDP

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 18 April: Dua muka lama iaitu Haji Omar Hasan dan Ustaz Taqiudin Hamah (gambar kiri Omar kanan Takiyudin) kekal sebagai masing-masing Yang Dipertua PAS Permatang Pauh dan Jelutong pada mesyuarat agung yang diadakan di kawasan masing-masing semalam.

Haji Omar berjaya mengalahkan dua pencabarnya di Dewan Haji Yusuf Rawa di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh manakala Ustaz Taqiudin Hamzah menang bergaya tanpa ada pencabar pada mesyuarat PAS Jelutong yang diadakan di Recsom, Gelugor.

Di Permatang Pauh juga menyaksikan berlaku pertukaran bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua apabila Ustaz Yusni Mat Piah memenanginya. Jawatan Naib Ketua pula diamanahkan kepada Haji Amir Hamzah.

Ustaz Badrul Abdul Rahman pula menang bagi jawatan Ketua Urusan Ulamak Permatang Pauh, Shamsudin Said sebagai Pengerusi Tetap serta Yusuf Latif mengekalkan fungsinya sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.

Antara nama yang turut menang bagi jawatan Jawatankuasa PAS Permatang Pauh bagi sessi 2011-2013 ialah Haji Asre Jusuh, Mansor Che Dan, Haji Abdul Rahim Hassan, Jamsari Samad, Haji Khalid Ridwan, Aziz Che Ani, Anuar Hamid, Puan Fadillah Ahmad, Haji Ahmad Mat Isa, Sanusi Ismail, Haji Jamaludin Abdul Hamid dan Ustaz Zakaria Hamzah.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh juga menyaksikan perubahan apabila Wan Rafaei Abdul Rashid di amanahkan ke jawatan tersebut sementara itu, Puan Suraya Saat kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat Permatang Pauh pada mesyuarat dewan berkenaan beberapa hari lalu.

Bagi pemilihan PAS Jelutong pula jawatan Timbalan Yang Dipertua kekal di tangan Mohd Yusuf Mohd Noor, Jawatan Naib Yang Dipertua, Haji Ariffin Haji Ali manakala jawatan Ketua Urusan Ulamak ditugaskan kepada Ustaz Ferdaus Shahul Hamid.

Antara nama lain yang menang mesyuarat kali ke 23 itu ialah Mohd Noor Hasan, Amran Omar Mohd Nasir Ismail, Mohd Haizan Abdul Razak, Azahari Idrus, Faizal Mazlan, Izwan Nizam Abdul Kader, Jasni Kasim, Mohd Zaki Tazim, Ahmad Suhaimi Ramli, amir Ahmad Shah, Mhd Azli Mazlan, Mohd Firdaus Saad, Mohd Zaki Othman, Mohd Fazli Abdul Wahab dan Puan Saodah Amin.

Tiada kelulusan tanah di Sepakat Jaya, Wira Damai

Khaulah Azwar

GOMBAK, 18 April: Kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Selayang bahkan pihak pentadbiran Adu Batu Caves tidak pernah memberikan sebarang kebenaran atau kelulusan untuk pembangunan tanah di Kampung Sepakat Jaya dekat sini.

Pejabat Adun Batu Caves, Amiruddin Shari menafikan telah memberikan kelulusan kepada mana-mana pihak bagi menerokai tanah dan menaik taraf perumahan di Kampung Sepakat Jaya, di sini.

Setiausaha Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Adun Batu Caves, Zuhudi Ahmad menjelaskan, namun pihaknya amat kesal kerana telah menerima beberapa aduan dari penduduk menyatakan kawasan tersebut telah diterokai oleh pengusaha yang tidak dikenali untuk membina rumah.

(GAMBAR: Pelbagai pihak membuat tindajauan ke Kampung Sepakat yang diteroka tanpa kebenaran baru-baru ini)

Menurut beliau, pada tahun 2009 lalu terdapat beberapa orang penduduk di Kampung Wira Damai yang datang ke pejabatnya untuk meminta Amiruddin memberikan sokongan bagi membina rumah di kawasan itu.

Katanya, mereka datang ke pejabatnya untuk mendapatkan surat sokongan, bukan surat memohon kelulusan untuk menerokai tanah di kawasan itu, pada hal surat sokongan dan kelulusan adalah dua perkara yang amat berbeza.

"Mungkin mereka tidak faham maksud "sokong" dan "memberi kelulusan". Pada hal kita tidak pernah melantik mana-mana pihak pemaju dan kontraktor untuk mengusahakan tanah di kawasan itu kerana tanah itu adalah tanah kerajaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Tanah tersebut, katanya, telah dikosongkan oleh Kerajaaan BN yang memerintah Selangor dulu dengan setiap penduduk rumah setinggan di kawasan itu diberikan pampasan RM7,000 seorang pada tahun 2005.

"Namun masih ada penduduk yang berdegil untuk terus menduduki kawasan itu. Sedangkan kebanyakan mereka yang telah berpindah sudahpun memiliki rumah dengan pampasan yang diberikan," jelasnya.

Manakala Ahli Majlis MPS Zon 8, Lim Chin How (gambar kanan) ketika ditemui menjelas, terdapat beberapa orang penduduk di kawasan itu telah dikenakan bayaran oleh pihak pemaju sebanyak RM5,000 untuk mendapatkan hak tanah mereka di kawasan itu.

Sehubungan itu, katanya, sebanyak 40 buah lot tanah telah dipecah-pecahkan. Kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku. Beliau hairan mengapa penduduk perlu membayar duit sebanyak itu kepada pihak pemaju, pada hal pihak pemaju telah menceroboh kawasan tanah kerajaan.

Beliau menasihatkan agar penduduk yang masih duduk di kawasan tanah yang diterokai itu jangan mudah terpedaya dengan pihak kontraktor dan pemaju dengan membuat bayaran kepada mana-mana pihak kerana pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memungut duit daripada rakyat.

"Kita akan siasatan lebih terperinci mengenai perkara ini. Jika mereka masih meneruskan agenda memungut duit daripada rakyat, kita akan laporkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan. Pengusaha dan kontraktor terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana telah mencerobohi kawasan dan memungut duit rakyat untuk kepentingan peribadi mereka," tegasnya.

Jika penduduk diugut oleh pihak pengusaha, katanya, mereka perlu membuat laporan polis.

Dalam masa terdekat, pihaknya akan membuat penyemakan di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) untuk membuat semakan terhadap status tanah tersebut.

"Saya juga amat berharap agar pihak penguatkuasa MPS, Pejabat Tanah membuat pemantauan yang kerap agar tidak berlaku pencerobohan dengan sesuka hati. Jika tidak dibuat pemantauan maka mereka dengan sewenang-wenangnya menerokai tanah walaupun tanah tersebut milik kerajaan," katanya.

Menurutnya, kawasan itu tidak sesuai dinaiktaraf untuk perumahan kerana apabila diteliti dengan betul struktur tanahnya tidak sesuai untuk membina rumah, lebih-lebih lagi ia berbukit yang boleh merbahayakan keselamatan penduduk. Jika berlakunya hujan lebat sudah pasti tanah runtuh akan berlaku.

Pihak pemaju sepatutnya meneliti terlebih dahulu sama ada sesuatu projek perumahan yang hendak dibina di kawasan berbukit sesuai atau tidak. Jangan hanya mengaut keuntungan sahaja tanpa meneliti kesan dan risiko yang dihadapi oleh penduduk pada masa akan datang.

Beliau yang kesal kerana pemaju tersebut gagal dihubungi walaupun beliau telah berusaha menghubunginya berharap agar pihak pemaju terbabit tampil berurusan dengan Amiruddin bagi mengatasi isu tersebut dengan sebaiknya demi keselamatan penduduk.

Sementara itu, Pegawai Tanah Daerah Gombak (PTDG), Ahmad Zahrin Mohd Saad (gambar kiri) ketika ditemui di pejabatnya berkata, tiada sebarang kelulusan diberikan oleh pihaknya kepada mana-mana pihak pemaju dan kontraktor untuk mengusahakan tanah di kawasan Kampung Sepakat Jaya, Wira Damai, Fasa ke 2.

"Sungguh saya tidak tahu hal ini, jika pihak media tidak bertemu dengan saya sudah pasti mereka akan meneruskan kerja-kerja haram ini. Insya-Allah dalam masa terdekat ini, kita akan buat operasi dengan menghantarkan wakil pejabat tanah untuk turun padang melihat kawasan tersebut," jelasnya.

Menurutnya, bagi mereka yang telah menceroboh kawasan tanah kerajaan, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang menerusi Seksyen 425 Kawasan Tanah Negara (KTN).

"Bagi penduduk yang telah membuat bayaran kepada pengusaha tanah tersebut dengan jumlah RM5,000, pihak kami (pejabat tanah) tidak mampu buat apa-apa kerana itu di luar bidang kuasa kami," katanya.

Menurutnya, sepatutnya penduduk harus membuat tindakan bijak dengan memaklumkan kepada pihaknya atau pihak penguatkuasa jika ada kemusykilan.

"Jadi sekarang rugi atau untung mereka sendiri yang akan menanggung risikonya kerana perkara tersebut telah berlaku dan kita tidak mengetahui hal ini. Kita harap rakyat sentiasa memberi kerjasama dengan semua pihak penguatkuasa agar memudahkan urusan siasatan," ujarnya.





Tiada ulasan: