Sabtu, 23 April 2011

BILA KITA SUKA BUKA AIB MUSUH...AIB KAWAN SERTA DIRI...TUTUP SERAPAT2....BUATLAH SETAKAT MANA KUASA KITA DIDUNIA INI...AKHIRNYA MATI GAK...

Saham penyedia Emel 1M'sia melambung 491%
Regina Lee
Apr 22, 11
7:08pm
Walaupun hebat dikritik, harga saham Tricubes Bhd melambung mencecah paras rekod tertinggi dalam tempoh enam tahun, selepas ia mengumumkan akan mengendalikan projek Emel 1Malaysia.

NONEApabila dilaporkan bahawa syarikat tersebut akan bersama firma perisian gergasi, Microsoft, untuk melaksanakan projek e-mel tersebut Selasa lalu, harga sahamnya terus melonjak.

Harga sahamnya berada di paras terendah pada 4 Mac 2009 apabila
ditutup pada harga 3.5 sen.

Bagaimanapun, sejak pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya pada hari Selasa, harga sahamnya melambung naik 491 peratus berbanding harga 5.5 sen pada hari Isnin. Hari ini sahamnya ditutup pada harga 32.5 sen.

NONELonjakan tersebut bermakna harga sahamnya naik lebih lapan kali.

Harga saham syarikat itu ditutup empat sen lebih tinggi pada 9.5 sen pada hari Selasa - naik 72.7 peratus. Ia bertambah stabil sekali lagi pada hari Rabu dengan peningkatan 68 peratus dari hari sebelumnya, untuk ditutup pada harga 16 sen.

Semalam ia membuat lonjakan tertinggi - 96.88 peratus - untuk ditutup pada harga 31.5 sen.

Ia menutup lebih tinggi sedikit - pada 32.5 sen - hari ini.



1Melayu, 1Bumi tidak baik untuk negara, kata Dr M
Apr 22, 11 4:47pm

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan oleh Utusan Malaysia dan disokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan adalah tidak baik untuk negara.

mahathir hulu langat 120408 press conference"Saya harap ia tidak berlaku....Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia Rabu lalu menerusi Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

“Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi.

NONE“Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah,” tulis Zaini.

Kemelut itu bertambah kusut apabila PERKASA semalam mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada "Perhimpunan Melayu" yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

PERKASA cawangan Sarawak juga pada Rabu lalu mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.



Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco
Apr 22, 11 5:58pm

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

NONESehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di Sepang hari ini.

Bagaimanapun katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Harussani ZakariaSementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau
sebaliknya.

"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.

"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada
itu," katanya.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 groupMenurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.

"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.

Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian.

- Bernama

Poco-poco boleh tapi bersyarat

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang di sini, sejak Rabu hingga semalam memutuskan tidak menghalang orang ramai terbabit dengan tarian poco-poco, selagi tidak melanggar garis panduan ditetapkan.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa itu sudah mengeluarkan Garis Panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu pada 2007 yang boleh dijadikan rujukan berhubung perkara itu.


“Di antara garis panduan ditetapkan adalah menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita serta mengawal pergaulan, menjaga etika berpakaian, tidak berbentuk pemujaan dan tidak melakukan ritual atau ibadat orang bukan Islam.

“Jadi, jika berdasarkan garis panduan itu, kita tidak ada halangan... tambahan lagi kita dimaklumkan tarian poco-poco sudah dibuat dengan pelbagai cara dan ada juga pandangan menyatakan ia baik untuk kesihatan.


“Namun, kita menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan melihat kepada garis panduan itu, sekiranya tidak melanggar (garis panduan) dan mendatangkan kesihatan, kita tiada halangan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan muzakarah terbabit di sini, semalam.


Januari lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian poco-poco diharamkan di negeri itu kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh, malah berdasarkan kajian ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

Bagaimanapun, Abdul Shukor berkata, pihaknya masih melakukan beberapa kajian terhadap tarian berkenaan sebelum keputusan lanjut berhubung perkara itu diambil. Beliau berkata, keputusan pengharaman tarian itu di Perak masih kekal memandangkan Majlis Agama Islam Negeri mempunyai kuasa mengeluarkan fatwa berhubung sesuatu perkara.


Sementara itu, katanya muzakarah selama tiga hari itu turut membincangkan mengenai penggunaan vaksin untuk jemaah haji dan umrah dan mereka bersetuju penggunaan vaksin Meningitis Mencevax yang sudah digunakan sejak sekian lama di negara ini adalah harus dan dibenarkan.

“Kita sudah meneliti semua pandangan yang diterima dan sudah mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan dan pakar berkenaan. Berikutan itu kita bersetuju ia harus digunakan masyarakat Islam... tambahan pula ia sudah lama digunakan di negara ini,” katanya.




IGP dikejarkan ke hospital kerana keletihan
Apr 22, 11 12:27pm

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dikejarkan ke Hospital Pantai di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ismail, 58, dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira jam 10.30 pagi selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

NONEBeliau dilaporkan tiba-tiba rebah dan mengadu keletihan.Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani yang dipetik Bernama berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemuramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.



Mahathir ulangi - 'DAP parti perkauman'
Regina Lee
Apr 22, 11
1:08pm

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan bidasannya bahawa DAP adalah 'parti politik perkauman'.

mahathir breaking fast buka puasa 101006 disapointedSambil memperakui bahawa BN adalah penyelesaian masalah pelbagai kaum di negara ini, hujahnya meskipun Umno, MCA dan MIC adalah parti-parti berasaskan kaum, namun mereka bertanding bukan atas nama masing-masing tetapi atas tiket Perikatan ataupun BN.

“Sebagai anggota gabungan pelbagai bangsa mereka tidak boleh memperjuangkan hanya kepentingan Melayu, Cina dan India sahaja. Mereka telah bergabung menjadi satu entiti politik dan perjuangan mereka adalah bagi semua kaum entiti itu.

“Parti-parti berasaskan kaum itu bekerjasama demi kepentingan ahli-ahli semua bangsa dan hilang ciri-ciri perkauman mereka,” kata Mahathir di blognya hari ini.

Mantan perdana menteri yang berkuasa 22 tahun di Malaysia pada tulisan di blognya sebelum ini secara sinis mengucapkan 'tahniah' kepada DAP kerana berjaya 'membawa politik perkauman' di Sarawak dengan memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya negeri yang lalu.

NONEDalam bahagian kedua tulisannya yang berjudul 'Kemenangan di Sarawak II', Mahathir bertegas meskipun DAP mendakwa mereka adalah parti pelbagai etnik, tetapi “semua orang tahu siapa mereka sebenarnya”.

“Setiap kali saya sebut DAP adalah parti perkauman, hujah basi mereka Umno juga parti perkauman, malah lebih teruk dari DAP...

“DAP, seperti (parti pemerintah Singapura) Parti Tindakan Rakyat mendakwa sebagai mewakili pelbagai bangsa tetapi semua orang tahu sebahagian besar ahli, penyokong dan pemimpin mereka adalah orang Cina.

“Dan perjuangan mereka secara prinsipnya menentang Melayu dan apa yang mereka dakwa sebagai hak Cina,” kata Mahathir.


K'jaan tersandung sendiri, dalam projek Emel 1M'sia
Apr 22, 11 4:30pm

Setiausaha publisiti DAP yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menghentam projek 'E-mel 1Malaysia', dengan mendakwa bahawa kenyataan kerajaan mengenai projek itu, penuh dengan percanggahan.

NONEMenyifatkannya sebagai satu 'kegagalan', Pua berkata temberang itu pecah apabila seorang wakil makmal bidang ekonomi utama negara K'jaan tersandung sendiri, dalam projek Emel 1M'siamendedahkan bahawa agensi-agensi kerajaan akan membayar syarikat swasta dan penyedia emel, Tricubes Berhad, kira-kira 50 sen bagi setiap emel.

Pendedahan itu dibuat hanya dua hari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menulis di Twitternya bahawa Emel 1Malaysia adalah projek swasta dan tidak membabitkan wang kerajaan, serta dibuat secara sukarela.

"Ia menggelikan hati mengenai cara Najib and pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menyusun lapisan-lapisan untuk mengelirukan serta kenyataan-kenyataan yang bercanggah, dalam satu percubaan untuk menyembunyikan kegagalan Projek e-mel Malaysia'," katanya.

"Pertama, PEMANDU terpaksa bersusah payah menyunting huraian projek itu - daripada satu 'inisiatif kerajaan' kepada satu 'initiatif sektor swasta' - walaupun hakikatnya Tricubes telah mengumumkan di Bursa Malaysia bahawa ia telah mendapat projek emel dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

NONE"Bagaimanapun, dalam satu temubual di radio dengan BFM (stesen radio perniagaan) semalam, pengarah kandungan komunikasi dan
infrastruktur, perkhidmatan bisnes NKEA, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek mendedahkan bahawa agensi kerajaan akan membayar Tricubes Bhd untuk menggunakan pangkalan data emel 1Malaysia dari syarikat tersebut," kata Pua.

Fadhlullah Suhaimi dilaporkan berkata, beliau menjangka agensi-agensi berkenaan akan membayar Tricubes kira-kira 50 sen bagi setiap emel, yang didakwanya masih "murah daripada kos RM1 untuk percetakan, alat tulis, bayaran pos dan kos menghantar sepucuk surat."



Sepadan Anwar: PKR kecam Berita Harian
Apr 22, 11 6:01pm

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution kesal dengan tindakan media milik Umno - Berita Harian yang didakwa sengaja mensensasikan isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kes masih dalam siasatan polis.

NONEMalah, katanya, amat dikesali apabila Berita Harian dijadikan perkakas Umno-BN untuk merekayasa "perbicaraan melalui media" yang cukup jelas bernada politik demi mengaibkan dan terus-menerus menganiaya ketua umum PKR itu.

“PKR sekali gus menolak serta membantah sekeras-kerasnya laporan muka hadapan akhbar itu bertarikh 21 April yang mendakwa sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan telah menganalisis serta mengesahkan bahawa pelaku dalam video tersebut adalah sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita Harian dalam tajuk utamanya semalam juga melaporkan polis telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur manakala wanita yang terbabit dalam video seks itu dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

NONESelain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Dakwa Saifuddin, syarikat Korea Selatan itu juga telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh polis supaya pihaknya harus menuruti segala kehendak barisan kepimpinan Umno-BN.

"Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau," katanya.

Malah tambah Saifuddin, Anwar sendiri selama ini menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam video berkenaan.

"Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau," katanya.

Tiada ulasan: