Khamis, 28 April 2011

BILA PERKARA NI BESAR2KAN....ADAKAH PERKARA2 YANG HENDAK DITUTUP....ATAU TAKUT PENGARUHNYA MENGUGAT SESEORANG...NI KUASA ALLAH...KITA BOLEH SEKAT....

'Tiada hak rampas selipar, apatah negeri berdaulat'
Apr 28, 11 4:47pm

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa tiada pihak yang berhak merampas apa-apa daripada sesiapa, apatah lagi jika daripada negara yang berdaulat.

“Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat.

NONE“Insya-Allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia,” tulisnya Nik Aziz di laman twitter.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyatakan demikian selepas pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabat menteri besar Kelantan di Kota Bharu, tengah hari ini yang menyentuh mengenai isu Palestin.

“Tidak lupa saya tegaskan pendirian saya terhadap isu Palestin dan rasa tidak puas hati dengan polisi Amerika Syarikat di Palestin,” tulisnya.

Selain isu Palestin, menurut Nik Aziz, banyak perkara yang dibincangkan dengan duta berkenaan seperti isu pendidikan, senario politik di Malaysia dan lain-lain.

Serah DNA: Anwar berang bila diasak wartawan
Salhan K Ahmad
Apr 28, 11
3:15pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.

Beliau memberi keterangan hari ini ekoran laporan polis yang dibuatnya sehari selepas tayangan video berkenaan dibuat pada 21 Mac lalu.

Turut menemani beliau hari ini ialah peguam R Sivarasa, presiden PKR Wan Azizah Ismail, serta tiga orang wakil rakyat parti itu, Nurul Izzah, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua.

NONEAnwar tiba pada kira-kira jam 2.50 petang dan dijangka akan memberi keterangan berhubung alibi beliau berhubung kejadian seks dalam rakaman kontroversi itu.

Ini kali kedua Anwar memberi kenyataan berhubung perkara berkenaan selepas kali pertama pada 22 Mac lalu.

Anwar juga telah menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.

Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

"DNA apa?" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang menanyakan soalan berkenaan.

"Media adalah perkakas Umno murahan," herdiknya lagi.

Peguamnya, Sivarasa kemudiannya berkata dua orang pegawai polis yang merakam kenyataan Anwar juga telah mengemukakan soalan yang tidak relevan ketika siasatan.

NONEBeliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah bentuk soalan yang dikemukakan itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menyifatkan soalan berkenaan bertujuan untuk mengaitkan Anwar dengan kesalahan (incriminating) berhubung perlakuan seks dalam video berkenaan.

"Saya tidak fikir begitu sebab dalam laporan kita jelas kesalahan dilakukan oleh orang lain," katanya lagi.

Tambahnya, laporan polis sebelum ini juga dibuat berhubung dakwaan ugutan yang dilakukan oleh Datuk T melalui satu kenyataan oleh trio berkenaan.

"Mereka ugut, ancam supaya (Anwar) letak jawatan. Ini satu implikasi jenayah.

"Ini jelas satu tindakan terancang Umno BN untuk aibkan Anwar," tambahnya.

Katanya, beliau tidak melihat polis bertindak dengan tegas dalam menjalankan siasatan kes ini.


Eskay sedia sumpah laknat bersama Anwar
Jimadie Shah Othman
Apr 28, 11
3:12pm

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As di Sentuk selepas solat Jumaat esok.

NONE"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.Semalam sebahagian lagi rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lalu, satu klip video juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis. Beliau juga menafikan individu yang beraksi itu adalah dirinya.

















'Trio Datuk T akan didakwa minggu depan'
Apr 28, 11 3:59pm

Kumpulan 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang kanan menjangkakan mereka bertiga akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

NONESambil menolak soalan bertalu-talu daripada wartawan, seorang anggotanya Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata ia mungkin terjadi minggu depan.

"Ada beberapa lagi siri sidang media selepas ini. Kami mungkin didakwa minggu depan," katanya dalam sidang media tergesa-gesa selama hanya 12 minit di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Walaupun terus diasak, Eskay enggan menjelaskan lanjut. Katanya, beliau percaya mereka akan didakwa atas kesalahan menayangkan video lucah.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Misteri "Datuk T" terungkai apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka bertanggungjawab di atas penayangan video tersebut dan menggelarkan kumpulalan mereka sebagai "Datuk T" merupakan singkatan "Datuk Trio".

Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis. Beliau juga menafikan individu yang beraksi itu adalah dirinya.


Polis, SKMM buru individu muat naik video seks
Apr 28, 11 3:43pm

Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.

NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya.

NONESemalam heboh diperkatakan mengenai penyiaran sebahagian lagi rakaman video seks dengan durasi 47 saat yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang yang telah dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.

Khalid ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan klip video pertama itu, berkata pihak pendakwaan telah meminta pegawai penyiasat untuk menyiasat dengan lebih terperinci daripada beberapa sudut lagi.

"Pihak pendakwaan melihat lebih terperinci daripada penyiasat. Kami tidak dapat nyatakan bila ia (siasatan) akan siap"," katanya.

Katanya ia adalah proses biasa dalam sesuatu siasatan apabila ada individu yang akan dipanggil memberi keterangan atau dipanggil semula untuk beberapa kali bagi membantu siasatan.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

azlanMisteri "Datuk T" terungkai apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka bertanggungjawab di atas penayangan video tersebut dan "Datuk T" merupakan singkatan "Datuk Trio".

Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis.

- Bernama



Tiada ulasan: