Sabtu, 30 April 2011

PELIK..DAH KECAM..DAH PERLEKEH...DAH DITUDUH2 MACAM....NAK AJAK BERSAMA.....HAL NI ALLAH SAJA YANG TAHU....

Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas
Apr 30, 11 4:56pm

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktif

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!"

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

NONE"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam.

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.


Dari Youtube ke peti surat MP
Regina Lee
Apr 30, 11
5:52pm

Anggota parlimen Kapar S Manikavasagam membuat laporan polis hari ini apabila menjumpai salinan video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang dalam peti surat.

Pemimpin akar umbi popular itu berkata, ia dimasukkan dalam sampul surat yang dialamatkan ke pejabatkan di Klang tengah hari semalam.

Menurutnya lagi, selepas memainkannya, beliau terkejut apabila ia memuatkan gambar seakan-akan bosnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang wanita.

Membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Manikavasagam yang popular dengan panggilan Mike juga mendedahkan sampul yang diposkan ke pejabatnya mempunyai setem dan cop negara Thailand.

Cop itu bertulis"Prasan Mit" bersama tarikh -- 25 April. Pejabat pos Prasan Mit post terletak di tengah-tengah bandaraya Bangkok.


Anwar berjenaka dengan tuduhan seks padanya
Aidila Razak
Apr 30, 11
3:48pm

Menghadapai dakwaan dalam bentuk seks video, kelihatannya, bagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketawa adalah penawar yang terbaik.

Bercakap di hadapan 1,500 hadirin di Ampang, Selangor semalam, Anwar menyentuh tentang video seks yang dikaitkan dengannya serta perbicaraan kes liwat kedua, dengan menggambarkannya sebagai dua perkara lawak.

anwar ibrahim at ampang ceramah may 2011 2"Sekarang bila orang tengok saya, tengok perut, tengok muka, tengok perut, tengok muka.

"Jadi bila makan, (isteri saya Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) kata, 'jangan makan banyak sangat'," katanya sambil ketawa.

Sama ada beliau terjejas dengan sumpah laknat yang dibuat oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah beberapa jam sebelum itu, nampaknya tidak.

"Saya dalam Umno lama, saya kenal mereka semua. Kata Islam tetapi sembahyang tidak. Nak angkat sumpah, tapi dah berhenti arak belum?

NONE"Nak sumpah beritahu suruh dia berhenti rogol dulu," katanya kepada hadirin yang rata-rata orang Melayu.

"Anwar ini kalau seks tak ada kerja lain. Sekejap depan, sekejap belakang, ke tepi, ke tengah. (Datuk Seri) Najib (Razak) adalah yang paling moral. Sheikh Najib dan Sheik ar-Rahim," sindirnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa merogol pada tahun 1994. Pertuduhan terhadapnya di mahkamah bagaimanapun kemudian digugurkan.

Rahim dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) turut mencuri perhatian apabila muncul bersama Eskay ketika menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.


Najib minta PAS keluar Pakatan
Apr 30, 11 4:18pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

najib tun razak may 2011"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti PKR".

Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

umno pasBeliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya.

--Bernama

'Tukar k'jaan cara terpantas selesai NCR'
Kuek Ser Kuang Keng
Apr 30, 11
3:57pm

Walaupun berjaya mengasak melalui mahkamah pada 2009, peguam Baru Bian yang juga pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak berpendapat cara tercepat bagi menyelesaikan isu tanah adat (NCR) melalui penukaran kerajaan.

NONEBeliau (berbaju cerah tanpa kot) yang sedang mengendalikan 100 kes NCR di mahkamah percaya masalah itu berpunca daripada daripada tindakan kerajaan Sarawak yang didakwanya terus memberikan konsesi tanah kepada syarikat swasta yang menceroboh tanah adat.

"Kita boleh bawa ke mahkamah tetapi ia memakan bertahun-tahun untuk keputusan akhir dibuat.

"Sampai masa itu, tanah sudah dibajak dan duit sudah masuk poket," kata Baru kepada 40 peserta yang hadir dalam "Sesi Teh Tarik" anjuran portal Malaysian Digest di Kuala Lumpur semalam.

"Walaupun kita (Pakatan Rakyat) gagal dalam pilihan raya negeri, kita masih boleh menang kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum nanti," kata ADUN baru Ba'kelalan itu.

Kes rujukan Nor ak Nyawai lawan Borneo Pulp Plantation Sdn, yang menyaksikan mahkamah tinggi mengenali tanah NCR sudah bermula sejak 1999 tetapi hanya pada tahun 2009 ia ditegaskan kembali dalam kes Madelli Salleh.


MCA janji tinggalkan kabinet jika gagal lagi
Apr 30, 11 4:03pm

Sekiranya MCA terus hilang sokongan seperti dalam pilihan raya umum 2008, parti itu dengan rela hati akan keluar daripada kabinet dan pemimpinya tidak akan memegang sebarang jawatan di negeri mahupun pusat.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden di Ayer Keroh, Melaka semalam, lapor MCA Online.

Chua menegaskan, sekiranya masih gagal mendapatkan sokongan pengundi, terutamanya daripada msyarakat Cina, atas semangat demokrasi, MCA tidak akan lagi menjadi rakan dalam kerajaan.

Menurut Chua, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keputusan pilihan raya 2008 sebagai penanda atas yang memberikan 15 kerusi parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada mereka.

"Kita tidak mahu salah faham bahawa kita cuma berjuang untuk mempunyai wakil dalam kerajaan, tetapi sebaliknya mahu jujur berkhidmat kepada rakyat.

"Bagaimanapun, kita mesti sedar, kadangkala kita tidak dapat memuatkan kehendak masyarakat Cina 100 peratus," katanya.















Tiada ulasan: