Khamis, 21 April 2011

INGAT....KADANG2 KEJAHATAN DIDUNIA ALLAH HUKUM DIDUNIA...DAN AKAN DISELESAIKAN LAGI DIAKHIRAT ...JANGAN DEGILLAH...KITA NI SAPE..

Snap tolak cadangan gabungan dengan DAP
Ang Ngan Toh
Apr 21, 11
6:47pm

Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) Stanley Jugol hari ini berkata tidak ada kemungkinan partinya akan bergabung dengan DAP.

Edmund-Stanley-Jugol“Ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Kami tidak teruja dengan cadangan itu,” kata Jugol .

“Kami tidak akan adakan mesyuarat jawatankuasa pusat (CEC) bagi membincangkan saranan Lim (Kit Siang) itu,” katanya, sambil menambah CEC baru sahaja menangguhkan mesyauaratnya pada Isnin lalu.

Katanya CEC akan membincangkan perkara itu jika ia dikemukakan ke ibu pejabat Snap ataupun penasihat DAP tersebut menghubungi presiden mereka Edwin Dundang bagi membincangkan penggabungan berkenaan.

Jugol berkata beliau juga terkejut dengan cadangan DAP itu kerana parti Cina itu sebelum ini berkempen menentang calon Snap pada pilihan raya negeri yang lalu.

NONELim mencadangkan penggabungan DAP dengan Snap bagi mempercepatkan kesedaran politik Dayak berikutan pilihan raya Sarawak 16 April lalu.

Tindakan itu katanya bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru yang hanya menguntungkan BN.Dalam pada itu, PKR Sarawak melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa penasihat DAP Lim Kit Siang telah mencadangkan penggabungan antara DAP dan Snap.

"Oleh kerana kami adalah rakan dalam Pakatan Rakyat, kami menghargai penjelasan cadangan penggabungan daripada Lim dan DAP,” kata pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam satu kenyataan akhbar yang bernada keras.

NONEKatanya, Snap di sebalik retoriknya sebagai anggota Pakatan Rakyat sebelum ini, secara terangan menampilkan 26 calon sehingga menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru dengan PKR di beberapa kerusi.

"Snap secara konsisten agak kritikal membidas PKR atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka,” katanya sambil menambah PKR Sarawak benar-benar kecewa dan hampa dengan pendekatan Snap dalam Pakatan.

Baru berkata kekalahan teruk Snap pada pilihan raya negeri Sabtu lalu membuktikan parti itu tidak mempunyai jentera pilihan raya, dana politik dan juga pengaruh di peringkat akar umbi.

Katanya, jumlah undi yang diperolehi oleh calon-calon Snap jika digabungkan adalah lebih rendah berbanding dengan undi yang diperolehi oleh calon-calon Bebas.



'Utusan, PERKASA didakwa apikan sentimen perkauman
Apr 21, 11 2:38pm

Naib Presiden PKR, Tian Chua mengesyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera menamatkan konsep 1Malaysia yang dicanangnya selama ini kerana ia nyata tidak selari dengan perjuangan gagasan itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaBercakap kepada TV Selangor, Tian Chua berkata bukan hanya rencana terbitan media kawalannya yang mendesak supaya digerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" diutamakan, bahkan NGO proksi Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga mendesak kerajaan meminggirkan masyarakat Cina yang didakwa sanggup “membalas susu dengan tuba”.

“Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat.

"Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya BN tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan,” katanya.

Semalam, PERKASA cawangan Sarawak dalam satu kenyataan media meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di negeri itu tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang menyokong Pakatan Rakyat.

Mainan politik juak Umno

NONE“Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” kata ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari.

Ironinya, kenyataan itu timbul selepas rentetan siri artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia Ahad lalu dalam ruangan 'Awang Selamat' yang menggesa kerajaan supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya.

Artikel itu mendakwa, sentimen anti-BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan masyarakat itu bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka dalam ekonomi, malah dalam arena politik juga.

NONEMalah semalam, Timbalan Pengarang Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan pula mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

Menurut Tian Chua semua gesaan itu hanyalah mainan politik juak Umno yang gemar mengeksploitasikan sentimen perkauman dalam meraih semula sokongan rakyat kepada Umno-BN.

“Ini tipikal sebagai PERKASA yang sentiasa menghasut mewujudkan suasana tegang di antara kaum. PERKASA cuba mengapi-apikan sentimen ini demi membantu Umno,” kata Tian Chua.

Soal khianat tidak timbul

gerakan women forum 080306 mah siew keongDalam perkembangan berkaitan, Gerakan juga membidas PERKASA dan menganggap kenyataan Abang Abdul Nasser itu sebagai bersifat 'pendedam dan rendah citarasanya".

Naib presiden parti komponen BN itu, Datuk Mah Siew Keong (kanan) berkata soal mengkhianati tidak timbul kerana masyarakat Cina di Sarawak tidak pernah membuat sebarang janji bahawa mereka menyokong BN.

"Lagipun, pilihan raya negeri Sarawak diadakan bagi membolehkan rakyat secara demokrasi melantik wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Mah juga menganggap kenyataan PERKASA itu berbaur perkauman dan tidak matang.

Chong Snr ceramah in kuching“Kita sepatutnya menghormati keputusan majoriti. Ia adalah undi di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menolak parti pemerintah dan bukan hanya pengundi Cina.

"Kerajaan harus mendengar suara majoriti pengundi bandar, kajinya dan memperkenalkan perubahaan yang dapat diterima demi manfaat semua kaum," katanya.

Melayu tidak dihukum

Menurut Mah, meskipun pengundi di Kedah dan Kelantan yang majoriti mereka masyarakat Melayu menolak BN namun kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan kedua-duia negeri berkenaan.

dap miri ceramah crowd big shot"Tidak ada sebarang desakan dari mana-mana pihak supaya kerajaan meminggirkan kedua-dua negeri itu kerana pengundinya tidak menyokong kerajaan. Jadi, tolong jangan biarkan keputusan pilihan raya Sarawak menjadi satu isu perkauman.

“Mereka (penduduk bandar) mahu melihat dasar-dasar yang adil dan saksama; mereka juga prihatin dengan isu kebangsaan dan juga cara-cara kerajaan menangani masalah berkenaan," kata Mah.

Sementara itu, cadangan Utusan Malaysia supaya Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi dikhuatiri akan membawa kesan negatif terhadap akhbar itu sendiri.

NUJ: Jualan akhbar bakal merudum

Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), V Anbalagan ketika bercakap kepada TV Selangor berkata perkembangan itu pada hematnya, bakal menjejaskan pendapatan kaki tangan Utusan sendiri apabila jualan akhbar berkenaan terus merudum kelak.

utusan datuk t 200411 02“Kalau berterusan boleh memungkinkan penjualan surat khabar itu akan turun dan saya bimbang kalau ini berlaku mungkin syarikat tidak mendapat keuntungan.

“Akhirnya yang rugi pekerja-pekerjalah kerana Utusan banyak mengeluarkan berita-berita seperti ini bukan? Ia membakar sentimen kaum bukan?” soalnya.

Menurut Anbalagan, pihak pengurusan Utusan Malaysia seharusnya memahami akhbar tersebut bukan sekadar dibaca oleh orang Melayu tetapi ia dibaca seluruh rakyat Malaysia pelbagai bangsa.

NONEUtusan mesti faham surat khabar bahasa Malaysia bukan dibaca oleh orang Melayu sahaja. Ia dibaca oleh semua orang, semua kaum kerana bahasa Malaysia bukan milik orang Melayu maksudnya milik rakyat Malaysia,” kata Anbalagan.

“Kenyataan seperti ini tidak memberi sebarang faedahlah dan saya bimbanglah sebab orang mungkin boikot atau tidak mahu membaca surat khabar ini. Saya juga bimbang sebab ramai ahli-ahli NUJ yang bekerja di sana,” katanya.

Tambah Anbalagan, sepatutnya akhbar memainkan peranan membawa perpaduan tetapi malangnya Utusan Malaysia berperanan sebaliknya.

Berita Harian: Lelaki video seks sepadan Anwar
Regina Lee
Apr 21, 11
4:27pm

Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Selain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar - yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi Berita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

azlan"Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008.

“Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” kata sumber akhbar tersebut.

Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang menggunakan nama samaran 'Datuk T' - menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab.


Pemimpin MCA sokong 'amaran' Chua
Apr 21, 11 7:10pm

Para pemimpin MCA berdiri teguh di belakang presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi amaran bahawa masyarakat Cina akan kehilangan perwakilannya dalam kerajaan sekiranya parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Sejak malam tadi, ibu pejabat parti telah mengeluarkan sekurang-kurangnya lima kenyataan pelbagai pemimpinnya yang
menyokong kenyataan Chua bahawa MCA akan "membincangkan" kedudukannya dalam kerajaan jika prestasinya seburuk dalam pilihan raya umum 2008.

chua soi lek supp ceramah 120411Kenyataan Chua itu dilihat oleh pembangkang sebagai amaran kepada masyarakat Cina bahawa mereka akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan, memandangkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) - yang mewakili kaum Cina Sarawak - kalah teruk dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Bersetuju dengan kenyataan Chua itu, ketua penerangan MCA, Heng Seai Kie berkata parti itu akan dianggap tidak relevan lagi jika ia tidak mencapai kemenangan di peringkat negeri dan pusat dan tidak lagi akan dapat mewakili masyarakat Cina.

"Jika masyarakat Cina menolak MCA untuk mewakili mereka, maka MCA tidak ada pilihan tetapi menyemak semula kedudukannya dalam arus politik nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Heng tidak bertanding dalam pilihan raya umum umum, tetapi dilantik sebagai senator dan kemudiannya menjadi timbalan, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.

NONENaib presiden MCA Datuk Donald Lim (kanan) pula berkata, sudah ada contoh pada 1969, apabila MCA telah memilih untuk tidak menyertai kabinet Tunku Abdul Rahman selepas kalah teruk dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Katanya, jika MCA gagal memperoleh pengiktirafan daripada majoriti masyarakat Cina Malaysia, maka ia akan menjejaskan kedudukan MCA dalam BN untuk berunding bagi mendapat dan mempertahankan kepentingan kaum Cina.

Menyentuh tentang kesan pilihan raya umum 1969, setiausaha agung MCA, Datuk Kong Cho Ha berkata, semasa pembentukan BN pada 1973, MCA di bawah kepimpinan Tan Sri Lee San Choon telah menyokong gabungan baru itu "dengan syarat".

bagan pinang kong chor har 051009.jpgKong berkata, MCA kemudian memutuskan untuk menyertai BN
dengan syarat itu party akan terus mewakili mewakili aspirasi masyarakat Cina sama sepertimana Umno mewakili orang Melayu.

"MCA tidak pernah berganjak daripada prinsip ini. Dengan kata lain, jika MCA hilang sokongan majoriti rakyat Cina Malaysia, MCA akan kehilangan tempat berpijak dalam arus politik perdana Malaysia.

"Jika ini berlaku, MCA mesti menjalankan satu kajian semula yang komprehensif mengenai peranan dan kedudukan parti kita, dalam kerajaan negeri dan pusat," kata Kong.




Emel 1Malaysia bukan percuma sepenuhnya
Hazlan Zakaria
Apr 21, 11
1:34pm

Walaupun telah banyak yang diperkatakan tentang bagaimana projek E-mel 1Malaysia adalah percuma dan tidak membabitkan dana kerajaan, tetapi satu kenyataan syarikat pengendalinya, Tricubes Bhd, membayangkan kemungkinan ada 'bayaran sampingan' yang akan dikenakan.

Caj-caj ini akan dikenakan untuk "kerahsian data" dan "perkhidmatan tambah-nilai".

Pengakuan itu dibuat selepas syarikat IT itu menjadi sasaran
pertanyaan media dan orang ramai mengenai pembiayaannya, butir-butir lanjut mengenai projek tersebut serta kemampuannya melaksanakan rancangan bernilai RM50 juta itu.

NONEDalam jawapannya melalui emel kepada senarai soalan dari Malaysiakini, ketua pegawai Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar menegaskan bahawa perkhidmatan asas untuk menyediakan emel 1Malaysia itu “tidak membabitkan sebarang kos kepada pengguna”

Pengguna boleh menggunakan akaun emel mereka untuk menerima notis dari kerajaan seperti taksiran cukai pendapatan, pembaharuan lesen memandu dan peringatan bayaran cukai tanah serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan notis saman.

Bagaimanapun, satu-satunya perkhidmatan yang dinyatakan "tiada kos" ialah perkhidmatan emel, manakala notis dan bil-bil yang disenaraikan di atas, tidak boleh dikatakan percuma.

Malah, Khairun berkata syarikatnya akan memperolehi pendapatan daripada perkhidmatan tambah-nilai seperti pemberitahuan bil, notis, pendapatan dari iklan serta pasaran dalam talian.

Menurut Khairun, pemberitahuan mengenai bil dan notis tersebut akan membolehkan kerajaan menjimatkan kos cetakan dan pos.

Oleh itu, ia boleh diagak bahawa Tricubes akan mengenakan bayaran bagi pemberitahuan bil-bil dan notis dari agensi-agensi kerajaan, walaupun ianya tidak jelas siapa yang akan membayarnya, pengguna atau agensi-agensi terbabit.

Walau apa cara pembayarannya, ia akan membabitkan dana rakyat.



Menteri: Nasi lemak tak lagi boleh dijual setiap hari
Apr 21, 11 4:48pm

Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin.

NONEMenteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.

"Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu...mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.

"Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am...bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul," katanya.

Wajib dipatuhi

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara Riang Ria Pemakanan di Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, hari ini.

chinese school inconvenience 190104 canteenLiow berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian Pelajaran.

Katanya, senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.

"Senarai itu akan diumumkan kepada semua kantin sekolah selepas dipersetujui Kementerian Pelajaran. Sekarang memang ada senarai dan garis panduan. (Kita) mengemaskini untuk memastikan garis panduan adalah mengikuti masa dan keadaan sekarang.

"Kini banyak makanan proses yang dulu tiada, sekarang ada vending machine yang dulu tak popular. Sekarang (kita mahu) makanan dan minuman yang berkhasiat sahaja dijual di sekolah," katanya.

Liow berkata, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat.

damansara school repairing 020109 canteen"Kalau kantin sekolah tidak menyediakan makanan yang sihat, sebilangan besar pelajar akan terjejas," katanya.

Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza.

Obesiti

Liow berkata, penjaja makanan di luar perkarangan sekolah juga perlu mematuhi garis panduan tersebut.

Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

chinese school inconvenience 190104 school childrenKatanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan.

Justeru itu, katanya, Kementerian Kesihatan yang kini diberi ruang di sekolah untuk memberi pengetahuan mengenai kesihatan gigi, akan turut memasukkan aspek cara pemakanan sihat dalam penyampaian mesej kesihatan mereka.

- Bernama

Polis: Siasatan kematian Sarbani sudah lengkap
Apr 21, 11 5:35pm

Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, dan kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu depan.

NONEKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai kastam itu pada 6 April lalu adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata, siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai.

Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara sekiranya mereka hendak mengambil tindakan lanjut.

NONE"Saya berpuas hati dengan hasil siasatan ini, kami sudah peroleh laporan lengkap termasuk segala bukti, keterangan dari 48 saksi dan lakonan semula di tempat kejadian," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis ke-41 di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdahulu dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman hari ini Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak membabitkan diri dalam salahlaku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa.

NONE"Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.

Beliau berkata, statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Mohd Adenan berkata, cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya adalah sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin, oleh itu penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar yang berdisiplin.

- Bernama


PENZINA LELAKI MANA...RELAX AJE KER

49 remaja hamil dapat manfaat Sekolah Harapan
Apr 21, 11 5:28pm

Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan sudah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Rahaman Karim school for pregnant students malaccaBeliau berkata, buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah terbabit dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.

"Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di Jasin, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Rosmah yang dalam lawatan sehari ke Melaka, tiba di sini jam 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk mendengar taklimat serta melawat pelajar di sekolah itu yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Mohd Ali.

signboard school for pregnant students malaccaAb Rahaman berkata, remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (8), Pahang (8), Negeri Sembilan (5), Kelantan (5), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.

Ab Rahaman berkata, pihaknya juga berusaha dengan kerjasama keluarga masing-masing untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing dan setakat ini dua daripada 49 remaja itu sudah berkahwin.

"Pada tahun lalu, seramai lima orang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua daripadanya mendapat keputusan 3A dan seorang memperoleh 2A," katanya menambah seramai 14 orang akan menduduki peperiksaan SPM dan dua Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Beliau berkata, kesemua remaja terbabit dijaga dengan baik termasuk pemantauan daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

staff of school for pregnant students malacca 3"Suka saya maklumkan di sini, bahawa remaja di sini dijaga dengan baik dari segi kesihatan, makan minum dan rehat yang mencukupi, kita bawa balik mereka ke pangkuan agama, kita beri kaunseling, ajar mereka bersembahyang, membaca al-Quran, kita beri kemahiran sebagai seorang ibu untuk mereka menjaga bayi nanti dan kemahiran sebagai seorang isteri," katanya.

Katanya, pada tahun ini kos mengurus dan pembangunan dijangka kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 pada tahun lalu.

Beliau juga berkata, sekalipun kapasiti 35 orang sudah dicapai, pihaknya menimbang kemungkinan meningkatkannya kepada 50 orang memandangkan terdapat 15 lagi remaja hamil memohon untuk masuk ke sekolah itu.

Selain itu kata beliau, isteri Perdana Menteri ketika lawatannya turut menyumbang idea bagi menambahbaik sekolah berkenaan seperti usaha untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing, memberi input agama yang mencukupi dan memulihkan semangat mereka agar kembali menjadi warganegara yang baik.

- Bernama










Tiada ulasan: