Selasa, 26 April 2011

BOHONG ATAU TAK...ALLAH SAJA YANG TAU....CUMA FITNAH..RASUAH..PENIPU.NI KERJA2 MELANGGAR SYARAK.....

SMS, rekod panggilan hanya disimpan 30 hari
Apr 25, 11 7:18pm

Suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu syarikat pembekal perkhidmatan komunikasi hanya boleh menyimpan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan rekod panggilan telefon untuk tempoh 30 hari sahaja.

Pengurus Kanan Celcom Transmission, Mohd Norizal Hasim berkata selepas tempoh itu, semua data itu tidak dapat diperoleh kembali selepas ia diserahkan kepada bahagian bil.

"Kita tidak dapat mengesan setiap kandungan SMS dan rekod panggilan dalam tempoh masa yang lama," katanya ketika disoal Pengerusi Suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, lapor Bernama.

Terdahulu itu, Foong mempersoalkan mengapa pegawai penyiasat Michael Leslie Squires sukar mendapatkan maklumat dalam SMS dan panggilan keluar masuk yang terdapat dalam telefon bimbit pegawai SPRM dan Teoh yang telah disita.

"Dalam kes ini pegawai penyiasat (Michael) telah pergi ke Celcom tetapi beliau balik dengan maklumat Celcom tidak menyimpan maklumat itu," katanya.

Sebelum ini suruhanjaya dimaklumkan telefon bimbit milik enam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengandungi maklumat pada 15, 16 dan 17 Julai 2009, malahan sebarang maklumat dalam telefon bimbit Teoh juga gagal diperoleh.

Selain itu, Mohd Norizal, yang merupakan saksi ke-40 suruhanjaya, menjelaskan pihaknya menyediakan 'back up' selama setahun dan hanya merekod masa, tarikh serta nombor telefon penghantar dan penerima tetapi tidak menyimpan isi kandungan SMS.

"Kandungan SMS itu hanya akan diperolehi sekiranya SIM CARD itu dibuka melalui telefon lain," katanya ketika disoal peguam S.Sivaneindiren dari Majlis Peguam.

Turut hadir memberi keterangan, Pengurus Bahagian Operasi Pra-Bayar, Mohd Syahrizal Salllehudin, yang juga saksi ke-41 dan Eksekutif Celcom Norazlina Ahmad dan juga saksi ke-42.

Sementara itu, Penolong Kanan SPRM Putrajaya, Mohamad Azhar Abang Mentari, memberitahu suruhanjaya itu beliau menganggap berita kematian Teoh yang diterima daripada Penguasa SPRM Putrajaya, Mohd Fauzi Shadoollah, adalah satu gurauan kerana mereka sering bergurau.

Ketika disoal peguam Choew Wee dari Majlis Peguam adakah Mohamad Azhar ada menghubungi sesiapa untuk mendapatkan pengesahan tentang perkara tersebut, Mohamad Azhar berkata: "Saya ada menelefon pegawai perisikan SPRM Hafiz Izhar Idris.

Selain itu, saksi ke-44 suruhanjaya, Mohd Fauzi Maslan berkata beliau tidak mengingati akhbar atau laman web yang dibaca berhubung kematian Teoh.

Sementara itu, penolong penguasa SPRM Selangor, Effezul Azran Abd Maulop memberitahu suruhanjaya beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat Mohd Anuar Ismail mengenai kematian Teoh pada pukul 2 petang, 16 Julai 2009.

"Ketika saya duduk di sofa di hadapan bilik saya di pejabat SPRM, tingkat 14, Mohd Anuar datang dan mengajak saya turun ke tingkat 5, bangunan Plaza Masalam tetapi tidak dimaklumkan tujuan turun ke tempat itu.

"Saya nampak Mohd Anuar jenguk ke tingkap dan berbincang sesuatu dengan pengawal keselamatan dan pada waktu itu saya nampak sekujur tubuh di koridor tingkat 5, bangunan itu. Mohd Anuar kemudian memaklumkan kepada saya mayat itu adalah saksi beliau," katanya ketika disoal Choew Wee.

Effezul Azran, yang merupakan saksi ke-45, turut menafikan beliau menggunakan kekerasan ke atas Anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah.

Teoh, 30, Setiausaha Politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.


Pendakwa namakan Anwar sebagai 'Lelaki Y'
Hafiz Yatim
Apr 25, 11
4:30pm

Pendakwa dalam perbicaraan liwat II - buat pertama kalinya - bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Lelaki Y' - pemilik DNA yang tidak dikenali sebelum ini, yang ditemui dalam dubur pengadu.

Peguamcara 11 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Anwar ialah satu-satunya orang yang ditahan dalam sel lokap pada 16 Julai 2008.

azlanDNA itu ditemui pada tiga barangan di situ yang didapati sepadan dengan DNA yang ditemui di kawasan rektum rendah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sumber DNA tersebut sehingga ini dinamakan sebagai 'Lelaki Y'.

"Ini mengesahkan bahawa "Lelaki Y" itu adalah Anwar. Ini menunjukkan ada prima facie," katanya sambil menambah bahawa kes tersebut telah 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Beliau seterusnya berhujah bahawa dua laporan ahli kimia bebas menunjukkan berlaku penetrasi.

[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam hujahnya, Yusof berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan analisis DNA yang dilakukan ahli kimia Nor Aidora Saedon terhadap sampel DNA yang diambil dari bilik lokap yang digunakan oleh Anwar dan oleh Dr Seah Lay Hong terhadap sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.


"DNA itu sepadan dengan kajian profil yang dibuat terhadap semua sampel oleh dua ahli kimia berkenaan dan ia selari dengan keterangan yang diberi oleh Mohd Saiful," kata Yusof.

Beliau berkata Dr Seah mengesahkan bahawa air mani yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful berasal daripada satu sumber sahaja, yang pada awalnya dirujuk sebagai "lelaki Y".

Katanya profil DNA (lelaki Y) itu kemudiannya didapati sepadan dengan profil DNA yang diperoleh dari tiga barang bukti (tuala good morning, botol air mineral dan berus gigi) dan berasal daripada benda yang sama serta daripada sumber yang sama.

Mohamed Yusof berkata berdasarkan padanan yang serupa itu, pihak pendakwa telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa wujud kes prima facie terhadap tertuduh dan oleh itu beliau perlu membela diri.

Mengenai isu kelewatan Mohd Saiful membuat laporan polis, beliau berkata seperti yang diketahui, Anwar dan Mohd Saiful mempunyai hubungan majikan-pekerja, dan mangsa juga menjadikan Anwar sebagai idolanya sejak kecil lagi.

"Mohd Saiful diberi layanan istimewa dengan diperuntukkan sebuah bilik di pejabat baru Anwar, berbanding rakan sekerjanya yang lebih senior," kata Yusof.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menjejaskan kredibiliti Mohd Saiful dalam memberi keterangan tentang kejadian yang berlaku di unit kondominium berkenaan pada 26 Jun 2008.

Beliau berkata, sebelum itu, mereka telah berjumpa di pejabat Ibrahim Yaacob (ketua staf Anwar) pada kira-kira pukul 10.30 pagi pada hari berkenaan dan pada tengah harinya, Mohd Saiful diminta menghantar satu sampul surat kepada Anwar di Kondominium Damansara pada kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Mohamed Yusof berkata semasa perbicaraan tertutup, Mohd Saiful menerangkan secara terperinci bagaimana aksi itu berlaku dan Anwarlah yang memintanya membawa bersama jeli KY.

"Itulah sebabnya tidak berlaku kecederaan pada bahagian dubur Mohd Saiful, tidak kiralah sama ada aksi seks itu berlaku dengan keizinan atau tanpa keizinan," kata Yusof.

Beliau berkata semua itu terkandung dalam laporan proforma (sejarah perubatan) yang dicatat oleh Dr Ruzain Rahimi, di mana mangsa (Mohd Saiful) memberitahu doktor berkenaan bahawa bahan pelincir telah digunakan, dadanya diramas dan berlaku penetrasi serta ejakulasi.

Mengenai isu tiga orang doktor yang pada mulanya membuat kesimpulan tidak berlaku penetrasi, Yusof berkata ia hanyalah berdasarkan pemeriksaan klinikal, walaupun mereka telah mendapat laporan daripada ahli kimia Dr Seah dua hari sebelumnya.

Beliau berkata, ketika itu, tiga doktor berkenaan tidak mengetahui tentang tempat palitan berkenaan diambil, sehinggalah mereka ditunjukkan laporan oleh ahli kimia semasa pemeriksaan utama.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.




'Saiful minum kopi, karipap selepas didakwa diliwat'
Hafiz Yatim
Apr 25, 11
10:44am

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.

Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

NONEKarpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

NONEKarpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 02Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.

Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.


Sementara itu, Bernama melaporkan, Karpal Singh berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

"Dia bukan saksi yang bercakap benar dan berwibawa dan oleh itu, keterangannya perlu ditolak tanpa memerlukan sebarang penjelasan," kata Karpal.

Malah, kata beliau, berdasarkan turutan kejadian, Mohd Saiful telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 195 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu dan berbohong, walaupun telah mengangkat sumpah.

Karpal berkata mahkamah perlu memerintahkan pendakwa raya supaya mengenakan pertuduhan terhadap Mohd Saiful untuk menunjukkan dengan jelas bahawa badan kehakiman tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan menyalahgunakan prosesnya hingga mengakibatkan seorang yang tidak bersalah, disabitkan kesalahan.

Peguam itu juga berkata mangsa mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri daripada seseorang yang didakwa menjadi penyerangnya atau mengadu dengan segera kepada pemilik unit kondominium berkenaan atau kepada pengawal keselamatan di premis itu.

Di samping itu, kata beliau, mangsa juga telah menghadiri satu majlis PKR Parti pada hari berikutnya di Tropicana dan menyertai mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di kediaman tertuduh.

"Tindakan PW1 (Mohd Saiful) itu bercanggah dengan kejadian hubungan seks di luar tabie tanpa kerelaan. Kredibiliti mangsa semakin terhakis," kata Karpal.

Beliau berkata penjelasan yang boleh diterima juga tidak didapati tentang kenapa berlakunya kelewatan dalam membuat laporan polis apabila ia hanya dibuat dua hari selepas kejadian itu didakwa berlaku.

Karpal juga membangkitkan isu kegagalan pihak pendakwa memanggil saksi penting, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, iaitu pegawai perubatan pertama yang membuat pemeriksaan terhadap mangsa.

Sementara itu, dalam hujahnya, seorang lagi peguam bela S.N.Nair berkata pihak pendakwa banyak bergantung pada jeli KY untuk memberi alasan tidak berlakunya kecederaan pada dubur Mohd Saiful.

Kata beliau tiadanya ujian dilakukan terhadap gel yang didakwa digunakan semasa aksi hubungan seks itu mungkin menunjukkan gel berkenaan tidak wujud.

"Cerita gel ini adalah sesuatu yang direka kemudiannya iaitu setelah laporan perubatan oleh doktor dari HKL (Hospital Kuala Lumpurl) menunjukkan tidak terdapat sebarang penemuan tentang berlakunya penetrasi pada dubur/rektum dan tidak ada kecederaan akibat mempertahankan diri pada tubuh pengadu," kata Nair.

Beliau berkata satu soalan penting yang perlu dijawab ialah kenapa gel itu tidak dihantar kepada jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Nair juga membangkitkan isu penyahgredan sampel yang diambil daripada Mohd Saiful di HKL pada 28 Jun, 2008, iaitu dua hari selepas berlakunya kejadian yang didakwa berlaku itu.

Katanya hanya selepas hampir 97 jam dikatakan berlakunya kejadian itu, barulah sampel berkenaan diserahkan kepada ahli kimia Dr Seah, iaitu pada kira-kira pukul 7.55 malam, 30 Jun, 2008.

Peguam bela Ram Karpal Singh pula berkata penemuan oleh ahli kimia Dr Seah dan Nor Aidora Saedon tentang profil DNA, termasuk profil bagi 'lelaki Y', perlu ditolak kerana ia gagal mematuhi sepenuhnya protokol makmal antarabangsa.

Katanya penemuan mereka penuh dengan keraguan dan butiran saintifik yang tidak boleh dijelaskan.

"Ketiadaan bukti yang boleh dipercayai berhubung sampel DNA yang dikemukakan oleh pihak pendakwa untuk dipadankan dengan keterangan pengadu kononnya berlaku kejadian itu, dengan sendirinya menambahkan lagi keraguan tentang kredibiliti pengadu," kata beliau.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.


'Perbualan' RPK dengan polis di hotel
Apr 25, 11 1:27pm

Raja Petra Kamarudin dikunjungi polis di hotel, di Bangkok berhubung wawancaranya berkaitan akuan bersumpah yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibu dengan isteri perdana menteri.

Menurut penulis blog itu, isterinya dan peguam Haris Ibrahim turut menyertai sesi yang disifatkannya sebagai "lawatan sosial" dan "perbualan mesra" itu.

raja petra Live telecast of the MCLM Forum in London"Mereka tidak lagi perlukan saya pergi ke kedutaan Malaysia untuk kenyataan saya dirakamkan, mereka beritahu saya begitu.

"Ini hanya lawatan sosial. Mereka hanya mahu friendly chat (perbualan mesra)," katanya.

Semalam, Raja Petra dilaporkan tidak memberi kenyataannya kepada polis Malaysia di Bangkok semalam, selepas peguamnya mempertikaikan mengapa ia mahu dibuat di kedutaan Malaysia.

Bernama melaporkan, atas nasihat peguam, dipersetujui supaya rakaman kenyataannya dibuat "di tempat berkecuali", seperti di hotel penginapannya.

Menulis dalam Malaysia Today hari ini, Raja Petra mendedahkan, perbualan itu keseluruhannya berkaitan wawancaranya dengan TV3 di Australia.

"Ada sedikit 'ruang' tidak disentuh dalam wawancara itu, yang mana mereka perlu pertolongan saya untuk mengisinya.

"Harus difahami, penemuramah TV3 itu bukan pegawai polis, jadi dia tidak bertanya soalan yang polis sepatutnya tanya.

"Lagi pun, ia wawancara, bukan siasatan jenayah," tulisnya lagi.


PERKASA jangka 30,000 berhimpun di Kedah
Apr 25, 11 5:51pm
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu kaum Cina dan India melihat dari sudut positif perjuangannya dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor, berkata perjuangan PERKASA tidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.

"Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini.

"PERKASA Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Syed Osman berkata lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan dua hari itu.

Katanya PERKASA akan melancarkan kempen "1Bumi 1Melayu" pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka.

--Bernama


Ummi Hafilda fail semula saman fitnah RM100j
Apr 25, 11 8:01pm

Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan semula saman fitnah RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini, yang telah dibatalkan Mahkamah Tinggi 13 April lepas.

Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman itu melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

NONEPada 13 April lepas, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membatalkan saman Ummi Hafilda berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.

Penasihat Undang-undang kepada Ummi Hafilda, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu pemberita bahawa beliau menfailkan semula saman itu bagi pihak firma guaman itu, petang ini.

Ditanya mengapa peguam kepada Ummi Hafilda tidak hadir ke mahkamah pada 13 April lepas, Mohd Khairul Azam berkata terdapat kekeliruan berhubung sistem e-filing yang baru diperkenalkan di mahkamah dan pihaknya tidak menerima tarikh yang diberikan mahkamah.

Katanya semua tuntutan yang difailkan hari ini adalah sama dengan saman yang telah dibatalkan itu.

Ummi Hafilda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa defendan pertama dalam satu temuramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Nor Azman semata-mata untuk memalukannya dan berniat jahat.

Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap Anwar.

Ummi Hafilda mendakwa defendan kedua telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di laman web www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif turut memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

- Bernama


Tiada lagi poco-poco di kem PLKN di Perak
Apr 25, 11 5:03pm
Semua 10 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Perak tidak lagi mengadakan aktiviti senaman poco-poco sebagai menghormati pengharamannya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata aktiviti itu sebaliknya diganti dengan senaman 'senam seni', iaitu jenis senaman yang biasa dilakukan peserta.

"Manakala kem yang lain di seluruh negara tidak mempunyai masalah dan terpulang kepada komander kem untuk terus mempraktikkan poco-poco dengan diselang-seli senaman senam seni ini," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang dipengerusikan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini mengharamkan tarian senaman itu di negeri tersebut kerana dikatakan bercanggah dengan Islam.

Bagaimanapun Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu memutuskan masyarakat Islam di negara ini boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Sementara itu bermula kemasukan peserta PLKN siri ketiga tahun ini, Abdul Hadi berkata jabatan tersebut akan memperkenalkan kaedah 'i-smart' iaitu mewujudkan kelas khas kepada peserta PLKN yang buta huruf.

"Kelas khas ini kita adakan sebaik tamat sesi latihan pada setiap hari yang kita rasa boleh diadakan pada waktu petang bagi tempoh kelas selama sejam," katanya.

Beliau berkata kelas khas itu akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Pelajaran di setiap negeri.

Bagi kemasukan peserta siri kedua pada pertengahan bulan depan, Abdul Hadi berkata seramai 43,000 peserta akan melapor diri.

- Bernama

Laporan kematian Sarbani diserah pada AG
Apr 25, 11 2:39pm

Polis sudah menyerahkan laporan siasatan berhubung kematian pegawai Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di sini kepada pejabat Peguam Negara, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

"Kami sudah berpuashati dengan hasil siasatan yang dibuat dan sudah melengkapkannya, kami sudah hantar kepada Pejabat Peguam Negara," katanya.

Menurutnya walaupun laporan itu ditumpukan kepada siasatan berhubung laporan kematian mengejut, namun polis akan meneruskan lagi siasatan jika diminta.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM itu pada 6 April lepas setelah dilapor ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.


Ibubapa tuntut pengetua jelas isu pergaduhan
Salhan K Ahmad
Apr 25, 11
1:35pm

Ibubapa sekumpulan pelajar yang terlibat dalam satu pergaduhan di SMK Taman Sri Muda pada Rabu lalu akan mengadakan pertemuan dengan pihak polis dan juga pengurusan sekolah petang ini.

Seorang bapa kepada pelajar berkenaan, Stephen Perumal Velu berkata, perjumpaan pada jam 2.30 petang itu juga akan melibatkan Jabatan Pendidikan Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah dan wakil Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Stephen berkata, beliau akan meminta pengetua sekolah menjelaskan tindakan pentadbiran sekolah memanggil pihak polis ketika pergaduhan itu berlaku.

"Memang kita tak puas hati dengan tindakan pengetua yang enggan beri penjelasan. Boleh bawa pegawai polis, boleh bawa pegawai pelajaran tapi jangan tahan pelajar yang tak terlibat.

"Kalau (pelajar dibawa ke balai polis), jadi gangguan kepada anak-anak kita. Budak ini takut nak pergi ke sekolah, ini terjadi kepada anak saya sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, para ibu bapa yang terlibat juga tidak berniat untuk membesar-besarkan isu berkenaan.

"Kita bukan hendak besarkan masalah dan kita bukan bawa isu perkauman.

"Kita hendak jaga semua anak bangsa, pergaduhan ini berlaku antara saudara mara kita juga sebab kita dalam konsep 1Malaysia ini kita bersaudara mara," katanya lagi .

Terdahulu, sekumpulan lebih 20 orang ibubapa pelajar terbabit mengadakan perhimpunan di hadapan sekolah berkenaan yang terletak di Seksyen 25, Shah Alam.

Perhimpunan yang bermula pada kira-kira jam 12.45 tengahari itu bagaimanapu dileraikan oleh ketua MIC bahagian Kota Raja, RS Maniam tidak lama selepas itu.

Stephen berkata, Maniam telah memberi jaminan kepada ibubapa berkenaan untuk mengadakan pertemuan dengan pengetua sekolah tersebut hari ini.





PERKASA berdemo di depan ibu pejabat MCA
Salhan K Ahmad
Apr 25, 11
3:58pm

Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur kerana membantah gesaan parti itu supaya memboikot Utusan Malaysia.

NONEMereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".

Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensitiviti kaum itu.

"MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya.

"Kalau sentuh sensitiviti orang Melayu, kita sanggup tidak sokong mereka lagi," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit.

Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.

Notis berkenaan diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sementara itu, sekumpulan pemimpin PERKASA yang diketuai bekas ketua pemudanya Arman Azha Abu Hanifa turut berkumpul di hadapan pejabat DAP nasional di Pudu, Kuala Lumpur.

Difahamkan, kumpulan berkenaan mengedarkan naskhah akhbar Utusan Malaysia secara percuma kepada individu yang keluar masuk ke bangunan berkenaan.





Tiada ulasan: