Rabu, 20 April 2011

DULU RAKYAT ATAU DULU KAN APA...JANGAN DAH MATI...DAH TERKUBUR SEMUANYA...TAPI SLOGAN HANYA SLOGAN BUKAN REALITI.....

ISA: Kadir Hashim dibebaskan
Apr 20, 11 5:02pm

Seorang tahanan ISA, Kadir Hashim, dibebaskan hari ini setelah merengkok selama hampir tiga minggu dalam tahanan.

Seorang abangnya, Muda Hashim, berkata Kadir telah dihantar ke rumahnya di Kerinchi, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4 petang ini oleh anggota polis.

Muda berkata, polis tidak menyatakan apa-apa berhubung penahanan berkenaan walaupun beliau telah bertanya berhubung perkara itu.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Muda berkata polis hanya memberitahu beliau supaya tidak membuat sebarang masalah.

Kadir ditahan pada 1 April lalu kerana disyaki terlibat dalam keganasan dan dibebaskan pada kira-kira jam 3 petang ini.

Peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri berkata lelaki berusia 43 tahun itu dibebaskan tanpa syarat.


Utusan cabar PM tubuhkan 1 Melayu, 1 Bumi
Wira Arjuna
Apr 20, 11
4:24pm

Gentar dengan kemenangan besar DAP di Sarawak, akhbar Utusan Malaysia hari ini mencadangkan Umno melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi untuk mempertahankan kuasa politik orang Melayu.

NONEDalam membuat cadangan berkenaan yang memperlekehkan gagasan 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak, akhbar kawalan Umno itu berkata kemenangan DAP di 12 daripada 15 kerusi di Sarawak membuktikan “orang Cina telah bersatu, malah orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi".

“Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi,” kata timbalan ketua pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan.

NONE“Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah,” kata Zaini (kanan).

Beliau membuat saranan itu sehari selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein mempertahankan tindakan Utusan menggesa BN mengabaikan pengundi Cina berikutan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang memihak DAP.

Walaupun Utusan dibidas oleh pelbagai pihak kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu, Hishamuddin yang juga naib presiden Umno berkata cadangan akhbar itu tidak keterlaluan.

Pertahankan kuasa politik

Dalam serangan terbaru terhadap keputusan pengundi Sarawak memilih DAP dan bukannya SUPP sebagai wakil rakyat mereka, Utusan berkata masa sudah sampai untuk orang Melayu mempertahankan kuasa politik mereka.

utusan datuk t 200411 02“Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu 'Undi untuk Ubah', 'Enough is Enough' (Cukuplah) dan 'Selamatkan Malaysia'.

“Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru,” kata Zaini.

university convocation 090507 03“Orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.” tambah beliau

1Melayu perlu diutamakan

“DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas,' Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka (pengundi Cina),” tambah beliau.

Zaini berkata Umno perlu melancarkan gerakan 1Melayu, IBumi dan bergabung dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini.

perkasa first agm 270310 keris“Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. Umno harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini,” kata beliau.

Akhbar itu berkata gerakan 1Melayu harus diwujudkan sekali pun jika tidak disokong oleh PAS.

Menurut Utusan, keperluan menubuhkan gerakan 1Melayu harus menjadi keutamaan berbanding 1Malaysia yang lebih merupakan dasar jangka panjang negara.

penang bukit bendera umno division agm 080810 silat performanceZaini mendakwa parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika Umno melancarkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi kerana bagi mereka “orang Cina telah pun bersatu” (di bawah DAP).

Menurut beliau Umno harus meniupkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi ini segera bagi memastikan kaum Melayu “menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.”

“Oleh itu menjadi kewajipan Umno…lancarkan segera slogan 1 Melayu, 1 Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.” kata Zaini.

Susulan keputusan pilihanraya negeri Sarawak, Zaini berkata “kini terletak dalam tangan Umno untuk menentukan hidup atau mati bangsa (Melayu) ini," tambah beliau.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini


Tricubes: Emel 1M'sia tak babit dana k'jaan
Apr 20, 11 4:20pm

Projek Emel 1Malaysia tidak melibatkan dana awam, demikian menurut syarikat IT tempatan - Tricubes Bhd - yang bakal melaksanakan projek bernilai RM50 juta itu Julai depan.

NONEKetua pegawai eksekutifnya, Khairun Zainal Mokhtar bagaimanapun berkata, projek itu terletak di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang dilantik sebagai fasilitator kerajaan.

Katanya, Tricubes tidak dapat mendedahkan semua butiran model perniagaannya untuk projek Emel 1Malaysial, tetapi tegasnya, sebagai syarikat tersenarai, ia telah menggariskan strategi utama bagi memastikan daya maju komersil termasuk pengiklanan dan transaksi e-perkhidmatan pada masa depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairun berkata ujian sedang dijalankan sebagai persediaan untuk melaksanakan sistem tersebut.

Projek itu akan menawarkan perkhidmatan e-kerajaan setempat seperti pemberitahuan melalui talian dan bil digital dari agensi-agensi kerajaan.

Setiap rakyat Malaysia berumur lebih 18 tahun, layak mendapat akaun emel rasmi untuk berkomunikasi dengan kerajaan.

Syarikat itu juga berkata, ia mahu membangun dan menyediakan perkhidmatan komunikasi tambah-nilai untuk perniagaan, penggunaan isi rumah dan kerajaan.

NONEKhairun memberitahu pemberita semalam - selepas projek itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - bahawa syarikatnya ia tidak akan menyediakan perkhidmatan yang serupa dengan portal dalam talian kerajaan seperti MyEG yang tertumpu kepada pembayaran melalui talian.

Namun risalah Tricubes mengenai projek tersebut menyenaraikan 'semakan bil dan pembayaran' sebagai salah satu fungisnya.

Ditubuhkan pada 1997 dan disenaraikan di pasaran ACE pada 2004, Tricubes terlibat dalam penggunaan sistem MyKad.


Pelajar dipukul: Sekolah didakwa tak ambil peduli
Salhan K Ahmad
Apr 20, 11
3:34pm

Seorang ibu hari ini mendakwa pihak sekolah tidak mengambil tindakan ke atas aduan berhubung insiden anaknya dipukul oleh sekumpulan rakan sekolah.

Kia Ooi Meng mendakwa, beliau telah mengadu kepada pengetua Sekolah Menengah Sri Muda, Shah Alam, berhubung kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.

"(Pengetua berkenaan) beritahu saya, memandangkan saya sudah buat laporan polis, saya perlu rujuk kepada polis.

"Dia sepatutnya prihatin kerana kejadian itu berlaku dalam sekolah dia, sehingga hari ini pun dia tidak mahu ambil tahu berkenaan anak saya.

"Sekarang anak saya takut hendak ke sekolah, tapi dia terpaksa pergi juga sebab tahun ini dia perlu mengambil peperiksaan PMR," kata Kia ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kia mendakwa, anaknya itu dipukul oleh sekurang-kurangnya lapan orang pelajar di satu ruang di dalam sekolah berkenaan dalam kejadian berkenaan.

Katanya lagi, anak lelakinya itu mengalami kecederaan di bahagian kepala serta lebam di bahagian anggota badannya akibat dipukul dengan kerusi.

"Kelas dia tak cukup kerusi, jadi (anak saya) masuk ke satu kelas untuk ambil kerusi. Tetapi (sekumpulan) pelajar lelaki dalam kelas itu berkenaan tidak suka (anak saya) ambil kerusi dan memukul (anak saya)," katanya.

Kia berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada hari yang sama.


Beliau turut mendakwa, insiden berkenaan bukanlah kali pertama berlaku di sekolah tersebut.

"Sudah banyak kes pergaduhan berlaku sebelum ini," katanya lagi.


Malaysiakini cuba menghubungi pengetua sekolah berkenaan beberapa kali untuk mendapatkan reaksi tetapi hanya mendapat jawapan "pengetua sibuk."

Nuklear: Pengajaran buat Malaysia - Bahagian 2
Ronald S McCoy
Apr 20, 11
1:45pm

Sinaran radiasi tidak dapat dilihat dan tidak boleh ditarik balik. Dalam sesuatu krisis nuklear, akan ada banyak soalan yang timbul tentang
sinaran radiasi. Sepertimana yang sedang dialami rakyat Jepun sekarang, ianya merupakan satu mimpi ngeri untuk memahami ketidakpastian tersebut. Antara persoalannya ialah:

1. Bagaimanakah anda tahu bila anda dalam bahaya?

2. Berapa lama bahaya itu akan berterusan?

3. Bagaimana anda boleh mengurangkan bahaya kepada diri dan keluarga anda?

4. Apakah tahap pendedahan yang selamat?

5. Bagaimanakah anda mendapat akses kepada maklumat penting dalam tempoh yang singkat, untuk menghalang atau meminimakan
pendedahan?

6. Apa potensi risikonya terhadap kesihatan dan akibat daripada pendedahan tersebut?

7. Maklumat manakah yang anda boleh percaya?

8. Bagaimanakah anda membina semula satu cara hidup yang sihat selepas ditimpa malapetaka nuklear?

Soalan-soalan ini adalah sukar untuk dijawab, malah menjadi lebih menyulitkan lagi apabila kerajaan dan industri nuklear mengawal ketat maklumat, operasi teknologi, penyelidikan saintifik, dan pengajaran bio-perubatan yang membentuk respons terhadap kesihatan awam.

Transparensi dan kebertanggungjawaban

Transparensi dan kebertanggungjawaban tidak serasi dalam satu industri yang ketagih menapis maklumat. Ini menjelaskan mengapa tidak ada konsensus yang jelas mengenai akibatnya kepada kesihatan manusia di peringkat tempatan dan global di Fukushima.

NONETidak ada ambang yang selamat untuk sinaran radiasi. Dakwaan
bahawa pendedahan pada tahap radiasi yang rendah tidak memberi risiko kepada kesihatan, adalah satu mitos, yang diwar-warkan oleh kerajaan dan industri nuklear.

Semasa perlumbaan senjata nuklear ketika Perang Dingin, hasil kajian saintifik mengenai risiko kesihatan akibat luruhan nuklear yang bercanggah dengan cerita rasmi, telah ditapis. Ahli sains yang berintegriti dihukum atau disenaraihitamkan.

Pada 1994, suruhanjaya penasihat Amerika mengenai ujian radiasi terhadap manusia, menyimpulkan bahawa tulisan mengenai radiasi dan kesihatan sewaktu Perang Dingin, dibersih dan diskripkan untuk menenangkan bantahan orang awam.

Dekad penapisan rasmi memperkukuh lagi mesej teras palsu: Manusia telah berevolusi dalam sebuah dunia di mana sinaran latar radiasi memang telah wujud dan ianya semula jadi, dan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan kerana pendedahan radiasi, berlaku sekali-sekala dan kemalangan berlaku akibat pendedahan pada tahap yang tinggi.

Terdapat sumber-sumber data lain yang lebih konklusif yang membolehkan satu tafsiran yang berbeza dibuat mengenai bahaya kesihatan akibat malapetaka nuklear. Ini termasuk beberapa rekod yang deklasifikasi mengenai eksperimen radiasi manusia oleh AS dan Rusia, rekod suruhanjaya korban bom atom, penyelidikan jangka panjang mangsa Chernobyl yang terselamat, dan prosiding Tribunal Tuntutan Nuklear Marshall Islands.

Dari rekod-rekod tersebut, beberapa fakta penting telah muncul. Misalnya, luruhan nuklear dan pencemaran radioaktif di lautan dan daratan, akhirnya akan memasuki rantaian makanan dan badan manusia, dan oleh itu, mengakibatkan risiko kesihatan yang signifikan.

Pendedahan kronik kepada radiasi, mengakibatkan lebih daripada sekadar risiko kanser. Ia mengancam sistem imunasi, memburukkan keadaaan terdahulu, menjejaskan kesuburan, meningkatkan kadar kecacatan kelahiran, dan boleh menyebabkan terencat pembangunan fizikal dan mental.


Melaka naikkan tarif air 5 hingga 25 sen
Elisa Helmy
Apr 20, 11
10:37am

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.

NONEAntara mereka yang lantang membantah tindakan itu, termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik (kiri).

Katanya, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Menurutnya ia suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu.

"Apabila kerajaan Selangor dan Kedah buat tindakan sebegitu sebelum ini yakni menaikkan tarif air mereka bising. Tapi kini mereka naikkan tanpa sebarang pengumuman.

"Saya yakin ini ada hubung kaitnya dengan pembaziran dana kerajaan yang berleluasa dan tindakan ini adalah untuk menampung kekurangan dana ini," katanya.

water privatization parliament and moneySejak awal bulan ini, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen selepas penggunaan 20 meter padu.

Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama.

Tarif baru bagi perniagaan pula adalah RM1.80 bagi penggunaan melebihi 100 meter padu.

Susahkan rakyat

Sementara itu, ADUN kawasan Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong, turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang dianggapnya sebagai menyusahkan rakyat.

Menurutnya, beliau difahamkan kuasa menentukan kenaikan harga air berada di dalam tangan pusat.

NONE"Bagaimanapun, itu bukan isunya. Isu di sini adalah bagaimana harga air boleh dinaikkan sedangkan rakyat tidak dimaklumkan.

"Ramai yang tidak puas hati kerana tindakan menaikkan harga air ini telah dijalankan secara senyap, seolah-olah untuk mengelak sebarang protes," kata Khoo (kiri).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir, ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengesahkan memang terdapat 'penyelarasan' terhadap tarif air.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan sedemikian adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan pusat.

Tiada ulasan: