Sabtu, 16 April 2011

APA SAJA KERJA KITA DAN PERJUANGAN BIAR KERANA ALLAH BUKAN YANG LAIN...KERANA SYURGA NERAKA MILIK ALLAH.....ALFATIHAH

Petugas PAS meninggal di bilik gerakan
Apr 16, 11 3:00pm

Seorang petugas PAS, Mohammad Izan Yaakob, telah meninggal dunia secara mengejut di bilik gerakan induk PAS, dekat Pusa di Beting Maro tengahari tadi.

Ia berlaku, ketika Mohammad Izan dari Machang, Kelantan, sedang berbual di bilik gerakan tersebut.

Jenazah Allahyarhm difahamkan akan diterbangkan ke Kelantan hari ini juga.

Calon PAS yang sedang perjalanan dari rumah ibunya di Spaoh (kira-kira 30km) turut menziarahi jenazah Mohammad Izan.


Pusat mengundi DUN Satok kecoh
Apr 16, 11 12:44pm

Proses pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak tercemar apabila kekecohan dilaporkan di Pusat Undi Dewan Datuk Merpati Jepang bagi Dewan Undangan Negeri Satok pagi ini.

NONEBeberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat mengundi didakwa cuba mencetuskan provokasi di dalam kawasan 50 meter tempat mengundi pada jam 11 pagi.

Mereka juga bertanya kepada pegawai polis di situ mengapa seorang lelaki yang memakai Kemeja-T BN, dibenarkan masuk ke dalam pusat pengundian.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh timbalan menteri BN, Datuk Fadillah Yusof, yang cuba menarik mereka dari situ, menyebabkan seorang ejen PKR memintanya jangan mengasarinya.

"Berhenti tolak saya, hormati undang-undang!" kata lelaki itu.

Fadillah kemudiannya menarik pas SPR dari lelaki itu, yang kemudian meminta pihak media mengambil gambar kad tersebut.

NONEInsiden jerit-menjerit berlaku, menyebabkan seorang penyokong BN tampil memberitahu lelaki itu "Awak tidak menghormati YB!"

Lelaki itu kemudiannya dihalang oleh orang lain yang memberitahunya: "Ini pusat pengundian, bukan gelanggang bergaduh."

Keadaan bertambah kecoh apabila penyokong BN dan PKR enggan keluar dari kawasan berkenaan walaupun diarahkan oleh polis supaya beredar.

Ia menyebabkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerah meleraikan keadaan.

NONEKira-kira sejam kemudian, pihak polis berjaya meleraikan pertikaman lidah membabitkan penyokong kedua-dua parti.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunaikan kewajipan sebagai pengundi di pusat undi yang ini pada jam 11.25 pagi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan calon PKR, Ahmad Nazib Johari.



800 pusat pengundian ditutup menjelang tengahari
Apr 16, 11 12:16pm

Proses pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak di Kuching, Sibu dan Miri berjalan lancar tanpa sebarang insiden, kata polis di tiga bahagian itu.

Di bahagian Sibu dan Miri, keadaan cuaca cerah mendorong pengundi termasuk yang menggunakan kerusi roda keluar awal untuk mengundi bagi mengelakkan hujan yang diramalkan pada tengah hari.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat pukul 12 tengah hari, kira-kira 800 daripada 1,748 pusat mengundi telah ditutup secara berperingkat.

NONEMenurutnya setakat 9 pagi kira-kira 15 peratus pemilih telah keluar mengundi bagi 14 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Di Miri, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan mengundi di Sekolah Menengah St Columba pada kira-kira 8.15 pagi.

Dr Chan, penyandang kerusi itu sejak enam penggal lepas ditentang calon DAP, Ling Sie Kiong, 28.

Ling yang dihubungi Bernama berkata beliau tidak mengundi di Piasau kerana didaftarkan di kawasan Lambir.

Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Piasau, Monica Lenya memberitahu Bernama peratusan turun mengundi di kawasan DUN itu sehingga pukul 10 pagi adalah 18.92 peratus daripada sejumlah 16,600 pengundi di kawasan itu.

Di Sibu, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan Ikom, yang juga Menteri Hal Ehwal Sosial dan Urbanisasi dan penyandang kerusi DUN Pakan, mengundi di Sekolah Kebangsaan Nanga, Wak, dekat rumah panjangnya di Pakan.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah dan penyandang kerusi DUN Baleh, mengundi di rumah panjangnya Rumah Majau di Mujong, Kapit, di hulu Sungai Rajang.

Pengerusi DAP Wong Ho Leng, yang mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek mengundi si Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Guong Ann pada kira-kira 9 pagi dengan ditemani isteri Irene Mary Chang dan empat anak mereka.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Datuk Seri Wong Soon Koh dan isterinya Datin Sri Leong, mengundi di SJK(C)Chung Hua,di sini. Beliau ialah penyandang kerusi Bawang Assan.

Di Kuching, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata polis akan memastikan proses pengundian berjalan lancar dan tindakan akan diambil terhadap pihak yang cuba menganggu tugas SPR.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata tiada kejadian serius berlaku sepanjang kempen yang berakhir tengah malam semalam.

- Bernama


S'wak: SPR jangka 75 peratus keluar mengundi
Apr 16, 11 11:38am

Rakyat Sarawak keluar mengundi pada pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 seawal 8 pagi di 1,748 pusat mengundi yang dibuka di kawasan sekolah, balai raya dan juga rumah panjang di kawasan pedalaman.

Tinjauan di sekitar bandar raya Kuching mendapati pengundi mula beratur di pusat-pusat mengundi walaupun hujan renyai sejak awal pagi.


Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan pada sebelah petang di beberapa tempat.

Di Sibu dan Miri, cuaca pada sebelah pagi adalah cerah dan pengundi keluar secara beransur-ansur dan suasana dilaporkan tenang.

Pusat-pusat mengundi ditutup secara peringkat seawal 9 pagi di pedalaman sebelum proses pengundian berakhir pukul 5 petang.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengundi di Dewan Merpati Jepang, Satok di Kuching.

Abang Johari mempertahankan kerusi DUN Satok manakala Adenan pula mempertahankan kerusi DUN Tanjung Datu.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mempertahankan kerusi DUN Balingian juga dijadual mengundi di pusat yang sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratusan keluar mengundi lebih tinggi, iaitu antara 65 dan 75 peratus, berbanding 63.2 peratus pada 2006.

- Bernama


Zambry: BN Perak yakin rampas kerusi Pakatan
Apr 16, 11 1:32pm

BN Perak yakin dapat merampas semula sebahagian besar kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata keyakinan itu berasaskan sokongan rakyat terhadap BN yang semakin meningkat berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

NONE"Walaupun sokongan bertambah tetapi yang amat mustahak ialah bekerja kuat dan jangan ambil mudah dengan parti lawan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Dermasiswa Badan Amal Isteri-Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Baiduri) BN, di Ipoh hari ini.

Bagaimanapun, Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata semua komponen BN perlu terus bekerja kuat dan tidak ambil mudah dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Kita perlu bekerja keras untuk membolehkan BN mempertahankan kerajaan sekarang," katanya.

Ditanya mengenai sokongan kaum selain Melayu di negeri itu, beliau berkata sokongan pengundi kaum India dan Cina kini kembali kepada BN.

Pada pilihan raya umum 2008, BN Perak kehilangan kebanyakan kerusi yang majoritinya pengundi Cina.

Daripada 28 kerusi yang dimenangi BN, MCA hanya menang satu kerusi sementara bakinya diwakili Umno.

Pakatan Rakyat iaitu gabungan DAP, PAS dan PKR menguasai 31 kerusi serta berjaya menubuhkan kerajaan, namun hanya mampu bertahan 11 bulan apabila tiga wakil mereka bertindak keluar parti dan menjadi wakil Bebas yang mesra BN.

- Bernama

Pegawai kanan bergelar Datuk ditangkap khalwat
Apr 16, 11 12:52pm

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian bergelar 'Datuk' ditangkap awal hari ini selepas dipercayai berkhalwat.

Para pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama seorang anggota polis menyerbu sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi pada kira-kira pukul 4 pagi dan mendapati lelaki berumur 51 tahun itu bersama pasangannya, 28, yang juga bekerja di kementerian yang sama, dalam sebuah bilik.

Kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi sebelum keterangan mereka diambil mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Pengarah JHEAIPP Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

- Bernama






Tiada perayu undi di DUN Beting Maro
Jimadie Shah Othman | Apr 16, 11 1:22pm
Suasana hari pengundian dalam pilihan raya negeri Sarawak, terutamanya di kawasan luar bandar amat berbeza dengan keadaan di semenanjung Malaysia.

NONETinjauan Malaysiakini di beberapa pusat pengundian di Pusa, dalam DUN Beting Maro, mendapati hampir tiada perayu undi daripada kesemua pihak yang bertanding - sama ada Pakatan Rakyat atau BN.

Manakala pondok panas juga hanya didirikan oleh Pakatan sahaja.
(Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini melarang pembinaan pondok panas).

Suasana juga tenang apabila pengundi dilihat terus berangkat pulang apabila selesai membuang undi.

Tiada jeritan, sorakan dan kata mengata seperti lazimnya yang berlaku di semenanjung.

Keadaan ini mungkin disebabkan hubungan kemasyarakatan yang erat antara satu sama lain.

Sementara banyak pusat mengundi ditutup awal, antaranya jam 11.30 pagi dan 3 petang.

Justeru, awal pagi kelihatan pengundi keluar awal berpusu-pusu bagi menunaikan tanggungjawab mereka.



Tiada ulasan: