Isnin, 24 Januari 2011

APA ADA HAIRAN...HUKUM ALLAH DINAFI....INIKAN SULTAN...BERBELIT2LAH...BERPUTAR2LAH...AKHIRAT NANTI TAHULAH NASIB2 MASING KERANA MENAFI HUKUM ALLAH SWT

NEGARA

ADUN BN akan menentang




SHAH ALAM – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) Selangor mengambil bahagian dalam sesi perbahasan draf pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 pada sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang djadual berlangsung hari ini.

Ketua Pembangkang negeri merangkap ADUN Seri Serdang, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman (gambar kecil) akan mengetuai perbahasan itu.

Mohamad Satim berkata, wakil rakyat BN yang lain pula bertindak sebagai pembantu untuk berbahas dan menentang pindaan tersebut.

“Masing-masing telah diminta supaya aktif dalam menyuarakan pandangan kita sebagai BN kerana undang-undang yang sedia ada sebenarnya tiada cacat cela.

“Kita akan mempertikaikan kenapa perkara ini menjadi satu isu besar kerana daripada segi draf pindaan undang-undang yang dilihat, ia bukan mengembalikan kuasa Sultan cuma nak memberi kuasa nasihat kepada Menteri Besar dan bermakna dia lebih berkuasa daripada Sultan,” katanya di sini semalam.

Tiada ulasan: