Sabtu, 6 Mac 2010

SETUJU...INI PERINTAH ALLAH...BERDALIH2...SUSAH NANTI KITA DI PADANG MAHSYAR

Malaysia perlukan pelaksanaan syariat Islam


| Print | l
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Perjalanan jauh pulang dari Tehran ke Kuantan memanglah memenatkan, namun ianya sudah biasa atau "mangli" bagi saya menghadapinya.

Apa yang saya mahu nyatakan bahawa kali ini sangat berbeza , bukan sahaja penat jasad menggalas bag dan terperosok di kerusi sempit mengharungi perjalanan sejauh itu [biarpun dengan kapal terbang] , tetapi penat dan letih minda dan perasaan ini tatkala saya membaca akhbar Berita Harian yang disediakan oleh Penerbangan MAS dari KLIA ke Kuantan .

2. Lebih resah dan gelisah apabila saya membaca Harian Metro yang disuakan oleh anak saya sejurus saya sampai ke rumah sebentar tadi .

Tentunya sekadar menggeleng kepala dan mengeluh dianjung rumah tidak boleh merubah apa - apa tetapi apalagi yang mampu saya lakukan buat masa ini sebaik membaca dua akhbar tersebut .

Bahkan bukan hanya hari ini tetapi kelmarin , hari sebelumnya dan sebelumnya malah saya percaya perkara yang sama akan terpampang di dada akhbar itu esok , lusa , hari selepasnya dan selepasnya sebagaimana saya percaya bahawa ia juga bukan hanya di Berita Harian dan Harian Metro tetapi juga media - media cetak dan elektronik yang lain turut melaporkan berita seumpamanya dengan kes - kes yang lain pula .

3. Jelasnya Malaysia dan sebahagian rakyatnya telah hilang nilai budi serta peri kemanusiaan . Malaysia seperti gelanggang maut yang menyaksikan tragedi demi tragedi yang kejam dan sadis. Bunuh , perkosa , ragut , rompak , samun , dera , buli , khianat , seksa , bunuh diri , ugut , pukul , langgar lari , culik dan 1001 jenayah akan terus mewarnai pertumbuhan tamaddun negara tercinta ini .

Bahkan percaya atau tidak , kalian boleh lihat bagaimana tiada sehari pun akhbar utama dalam negara kita diterbitkan tanpa melaporkan tragedi - tragedi tersebut . Ertinya jenayah - jenayah ini berlaku setiap hari "non stop" dalam negara kita dan semakin hari semakin kejam , semakin hari semakin bertambah kes jenayah .

4. Saya ambil contoh hari ini [ 5 mac 2010 ] sebagai "penyelidikan kes" [ dan saya cadangkan kepada semua supaya memerhatikan setiap hari bagi hari - hari selepas ini ] ,

a] muka depan Berita Harian : Budak 18 bulan [ K Haresvarran a/l S Karigalan ] mati dipukul dan dipijak jiran sehingga pecah hatinya dan tulang rusuknya patah 6 .

b] muka 15 Berita Harian : seorang wanita ditemui mati dengan lehernya dijerut dan dikelar di tepi jalan dalam kebun tebu di Kampung Hamid Tuah Jalan Ikan Yu Teluk Gong Pandamaran Klang .

c] muka 15 Berita Harian : Seorang wanita [ Suhana Mohd Shariff 26' ] maut ditikam sebanyak tujuh kali oleh seorang wanita lain yang disyaki teman rapatnya .

d] muka 15 Berita Harian : Dua pelajar dirogol dalam kejadian berasingan dan seorang daripadanya dirogol bergilir - gilir oleh 3 lelaki dan mangsa hanyalah berusia 13 tahun dan ianya berlaku dalam daerah Batu Gajah .

e] muka 15 Berita Harian : Seorang wanita warga emas [ Siti Bidah Hussain 56' ] ditemui mati dan dipercayai dibunuh akibat dipukul dengan senjata tumpul dalam kejadian di taman Harmoni Berangan Tumpat Kelantan .

Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.



* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Tiada ulasan: