Selasa, 9 Mac 2010

AWASI ANAK2..MALANG TIDAK BERBAU....TAKDIR TU KETENTUAN ALLAH...JANGAN TAKDIR KITA YG PILIH SEBAB KECUAIAN

Budak melayang

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/03/09

KUALA LUMPUR: “Saya nampak seorang kanak-kanak melayang sebelum menghempap sebuah kereta, disusuli dentuman kuat.

RETAK...cermin kereta yang retak dihempap budak jatuh tingkat 15.
RETAK...cermin kereta yang retak dihempap budak jatuh tingkat 15.
UMI SHARA...ibu mangsa
UMI SHARA...ibu mangsa
“Kejadian itu membuatkan saya tergamam dan hanya mampu menjerit meminta tolong,” kata seorang penjual nasi lemak yang hanya mahu dikenali sebagai Siah, 40-an yang ternampak kanak-kanak terbabit terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Plaza Prima, Kepong di sini, malam tadi.

Menurutnya, ketika itu orang ramai hanya mampu melihat kanak-kanak terbabit yang terjatuh di atas kereta sebelum tubuhnya terpelanting di atas jalan.


“Dia masih bernyawa ketika itu, namun keadaannya yang lembik dan hanya bertarung dengan maut membuatkan orang ramai tak berani menyentuh tubuhnya.


“Tidak lama kemudian ambulans datang dan membawa kanak-kanak itu ke hospital,” katanya.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa Monalisa Khder Safwan, 3, maut sejurus tiba di Hospital Selayang akibat cedera di beberapa bahagian badan.


Difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa sedang tidur manakala ibunya pula membasuh kain di bilik air.


Malah, ibu mangsa sempat mendengar anaknya itu yang terjaga dari tidur dan memanggil bapanya sebelum keadaan menjadi sunyi.

Wanita terbabit cuba meninjau dan terkejut apabila mendapati tingkap rumahnya terbuka dan sejurus memandang ke bawah dia hanya mampu melihat sekujur tubuh anaknya yang terjatuh.


Mangsa adalah anak tunggal manakala bapanya pemilik kedai roti Arab dari Lubnan dan ibunya Umi Shara, 30-an, warga Indonesia.


Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih diteruskan.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan ketika itu berada bersama ibunya yang sedang membasuh kain dan mangsa mati sejurus tiba di hospital,” katanya.

Sementara itu, pasangan terbabit yang ditemui di Hospital Selayang enggan ditemubual dan ibu mangsa dilihat hanya mampu menahan kesedihan.



Otak anak terkeluar digilis lori bapa

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/04/07
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut digilis lori yang dipandu bapanya di Jalan Belakang, Kampung Melaka Batu 10, Tanjung Karang, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mangsa, Mohamad Khairul Nizam Sarmon, 5, mati ketika dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang (HTK) akibat pendarahan di kepala.


Difahamkan ketika kejadian, bapa mangsa sedang mengundur lori empat tan masuk ke kawasan rumahnya, manakala mangsa, anak keempat daripada lima beradik dikatakan berada di dalam rumah berlari keluar ke arah lori tanpa disedari bapanya.


Bagaimanapun, bapa mangsa berusia 39 tahun memberhentikan lorinya selepas menyedari terlanggar sesuatu dan tergamam selepas melihat anaknya digilis.


Ketua Trafik dan Kententeraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata ketika kejadian ibu mangsa di dalam rumah menjaga anak bongsunya berusia kira-kira tiga bulan dan tidak menyedari seorang anak kecilnya keluar rumah.


“Mangsa dipercayai digilis di kepala menyebabkan sebahagian otaknya terkeluar,” katanya

Tiada ulasan: