Jumaat, 12 Mac 2010

BILA MANUSIA TIDAK KENAL LAGI ANAK KANDUNG....MELAINKAN HAIWAN....MEMANG DICIPTA ALLAH BEGITU

Pihak berkuasa minta maaf kes sumbang mahram

LONDON - Dua wanita Britain yang dirogol dan didera oleh bapa mereka selama 25 tahun sehingga menyebabkan kedua-duanya hamil sebanyak 18 kali mendapat satu permohonan maaf daripada pihak berkuasa tempatan yang mengakui kesilapan kerana gagal menghalang perbuatan sumbang mahram itu.

Maklumat lanjut mengenai penderaan itu telah didedahkan kelmarin pada satu sebutan semula kes tersebut di sebuah mahkamah di sini.

"Kami mahu memohon maaf kepada keluarga itu dengan sepenuh hati dalam kes ini.

"Memang jelas bahawa kami gagal terhadap keluarga ini," kata Ketua Lembaga Penjaga Keselamatan Kanak-Kanak Sheffield, Sue Fiennes.

Kejadian itu berlaku pada 1981 semasa kedua-dua wanita berkenaan masih kecil iaitu semasa mereka masing-masing berusia lapan dan 10 tahun.

Menurut dokumen mahkamah, kedua-dua mereka dirogol dua sehingga tiga kali seminggu.

Jika menolak untuk dirogol, mereka akan dipukul, ditendang dan kadangkala didera dengan menggunakan api.

Menurut dokumen itu, keluarga tersebut berpindah sebanyak 67 kali sejak 35 tahun lalu bagi mengelak perbuatan itu dikesan dan menyebabkan bapa mereka akan ditangkap. - AFP

Tiada ulasan: