Sabtu, 6 Mac 2010

Pemuda dibuang daerah, sebat kerana tiduri gadis

Pemuda dibuang daerah, sebat kerana tiduri gadis



2010/03/06

JEDDAH: Seorang hakim di Riyadh semalam menjatuhkan hukuman buang daerah dari ibu negara Arab Saudi itu selama setahun dan sebat 100 kali selepas didapati bersalah menjalinkan hubungan luar nikah.

Lelaki berkenaan ditangkap di Riyadh selepas seorang bapa mengadu kepada polis bahawa dia menggoda anak perempuannya sebelum membawanya ke sebuah apartmen dan tidur bersama.


Hakim itu berkata, lelaki berkenaan dilarang melawat Riyadh selama setahun kerana ia tempat dia melakukan jenayah itu, lapor akhbar Al-Jazirah.


Sementara itu, seorang hakim di Qatif menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan 360 sebatan terhadap seorang lelaki kerana mengancam membunuh bapanya.


Tertuduh membakar kereta bapanya dan mengancam nya dengan senjata. Lelaki berkenaan sebelum itu menuntut bapanya membelikan kereta. Apabila si bapa mengambil masa lama untuk berbuat demikian, dia mengamuk. - Agensi

Tiada ulasan: