Selasa, 29 September 2015

IBLIS ATAU SYAITAN YANG MENGANGGU RUMAH TANGGA

Dâsim
Dâsim bertugas mencerai-beraikan ikatan pernikahan, mengobarkan rasa benci satu sama lain dalam kehidupan rumah tangga, dan mendorong seseorang untuk menyebarkan aib sehingga menyebabkan pertengkaran dan bahkan perceraian. Dâsim adalah anak kesayangan Iblis. Untuk menghadapinya, hendaknya mengucapkan doa:
A’ûdzubillâhi minassyaithôni dâsimirrojīmi wajundihi waabnâ ihi (Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan, Dâsim, yang terkutuk, serta para pengikut dan anaknya).

Tuesday, 24 July 2012

kenali syaitan DASIM dan tugasnya


Sudah menjadi dasar syaitan mengganggu dan menggoda keturunan Nabi Adam a.s bukan sahaja syaitan yang melakukannya tetapi begitulah juga halnya dengan anak-anak syaitan. Mereka (anak-anak syaitan) ini sememangnya mahir dalam menjalankan tugas-tugas mereka mengganggu dan menggoda manusia.

Dasim ertinya menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Tugas Dasim ialah mengganggu rumahtangga supaya suami marah kepada isteri dan sebaliknya atau bapa marah kepada ahli keluarga itu dan dibakar hati mereka yang berkenaan supaya panas dan marah serta benci kepada suami isteri atau ahli keluarga. Ini namanya marah dengan tiba-tiba kerana tiba saja seseorang itu meradang kepada ahli keluarganya.

Marah yang datang dengan tiba-tiba ini selalunya menjadi sengit dan seperti marah yang dipendamkan atau dengan tiba-tiba. Ahli rumah yang mendengar atau melihat kemarahan dengan tiba-tiba itu biasanya tidak mahu menerima dengan begitu saja tanpa membela diri, sama ada anak-anak mahupun siisteri. Apabila ini berlaku maka pertengakaran hebat akan terjadi. Sekiranya si bapa mengeluarkan sepuluh perkataan dalam marahnya itu,ahli rumah akan mengeluarkan seratus perkataan bagi membela diri. Jika dijawab lagi tentu masing-masing pihak akan bertambah sengit yang akhirnya menjadi perang mulut.

Syaitan Dasim memerhati sambil membakar hati manusia terus menerus. Jika dengan perang mulut tidak dapat diselesaikan, biasanya berpindah menjadi pergelutan,tumbuk menumbuk,tampar menampar. Itulah tugas atau kerja Dasim.

cuba amalkan setiap kali sebelum masuk kedalam rumah bacalah Bismillah 3 kali dan selepas itu berilah Salam,walaupun tiada org didalam rumah. Selamat beramal.


: Dalang Dibalik Perceraian ::
Aku berlindung Kepada Allah dari Kejahatan dan Godaan Iblis dan Bala tentaranya yang terlaknat dan terkutuk.
Bismillah...
Iblis mempunyai lima anak yang masing-masing anak diberi tugas tersendiri dan tak disadari karena bisikan Iblis itulah diantara kita yang terjerumus maksiat, zina dan mudah marah, bisa jadi karena provokasi para anak iblis ini.
Salah satu anak iblis yang mempunyai Tugas Khusus Menceraiberaikan Rumah tangga Manusia adalah DASIM Dia adalah anak kesayangan Iblis. Tugasnya menyusup ke dalam diri seseorang tatkala menemui keluarganya, lalu dia menampakkan cela mereka di matanya (dihadapanya) sehingga membuat Pasangan Suami Istri marah-marah, pertengkaran dan kekacauan dalam Rumah Tangga Anak Adam.
DASIM dalam menjalankan misinya dengan memerintahkan kepada Bala tentaranya Syaitan dari Golongan Jin dan Manusia yang bersekutu dengannya ( DUKUN dan Manusia yang Ingkar dan Menentang Agama Allah ).
Para syetan yang berwujud Jin dan manusia ini belum merasa puas kecuali dengan melakukan kerusakan, keonaran serta merenggangkan keharmonisan pasangan suami isteri yang saling mencintai. Mereka menggunakan cara-cara murahan yang tidak terpuji untuk membuat rumah tangga yang bahagia menjadi berantakan. Tindakan pengrusakan semacam itulah yang membuat para Iblis dan sekutunya menjadi bangga.
Rasulullah bersabda, “Iblis membangun istananya di atas air, kemudian dari sana ia mengirimkan (menyebar) pasukannya. Kemudian sang Iblis memanggil salah satu dari pasukan yang paling pandai membuat onar atau paling berbahaya untuk melaporkan tugas yang dikerjakannya. Saya telah melakukan ini…dan itu….kata salah satu pasukan itu, namun sang Iblis menjawabnya : “kamu belum berbuat apa-apa!”. Kemudian datang lagi salah satu pasukan yang lain. “Aku tidak akan membiarkan dia sampai aku dapat memisahkan dia dengan isterinya, bagus! puji Iblis kepada pasukan yang berhasil merusak keharmonisan suami isteri tersebut.” (HR. Muslim).
Salah satu cara mereka melancarkan Misinya adalah memakai sekutunya dari golongan Manusia ( DUKUN ) dengan Menggunakan Sihir...dan Sihir tersebut dinamakan Sihir TAFRIQ.
Ciri-ciri penderita sihir ini:
- Perubahan sikap yang drastis, dari suka jadi benci,
- Terjadi perselisihan, pertikaian, pertengkaran disebabkan hal
kecil
- suami-istri tidak betah dirumah
- suasana rumah menjadi panas.
- Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas
puncaKnya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan
dan sebagainya.
- Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
- Suami atau isteri atau kedua-duanya tidak bergairah melakukan
hubungan suami istri kalau pun terjadi maka tidak ada kepuasan
Upaya membangun pertahanan diri dari sihir dengan membangun “Benteng Hati” agar tahan dari serangan jin dan sihir ataupun dalam rangka pemulihan, dengan cara menegakan syariat Islam yang benar. Jangan Jauhi Orang-orang Soleh / Ulama Dan slalulah minta perlindungan Allah dan Lakukan Ritual-ritual sunnah yang telah diajarkan Rosulullah saw.
Tidaklah Allah memerintahkan hamba kepada sesuatu, melainkan iblis menghambatnya dengan dua perkara, dan dia tidak peduli dengan yang mana dia akan berhasil mempengaruhinya, entah dengan sikap berlebih-lebihan, entah dengan sikap meremehkan." Maka waspadalah wahai diri akan tipu daya Musuh Musuh Allah yang tanpa kita sadari telah menipu kita untuk beribadah kepada Allah, merekalah yang terus menerus membisikan kepada telinga kita dan seakan terus "teringiang-ngiang" suaranya di kepala dan benak kita.
SalamSapaSantun.
Al-hidayah
Trainer & Teraphy Center
------------------------
*Upaya menjadi Insan Cerdas, Bertauhid & Berakhlak Mulia *

Monday, 21 November 2011

Iblis Dasim: Dalang Dalam Rumah Tangga


     Assalamualaikum..Saban hari kita disajikan dengan kisah-kisah kurang enak rumah tangga di dada-dada akhbar, laporan berita television mahupun radio dan juga cerita-cerita bersumberkan AMT (Ahli Mesyuarat Tingkap). Kes-kes melibatkan suami isteri seperti suami pukul isteri, suami curang, suami tak bagi nafkah. Ada juga kisah-kisah melibatkan isteri seperti isteri dera suami, isteri nushuz pada suami, isteri curang. Maka, penamat segala kemelut rumah tangga seperti yang disebut ialah bercerai.
     Itu baru kes suami isteri. Tak kurang hebatnya kes melibatkan anak-anak. Anak-anak sering bergaduh, anak lari dari rumah, anak derhaka, anak pukul ibu, anak kena tangkap khalwat, anak kena tangkap mencuri dan macam-macam lagi. Keluarga dahulunya dimulakan dengan penuh pengharapan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat, namun tak kesampaian. Setiap hari ada sahaja pergolakan, pantang tersalah pasti bergeseran, baik suami, isteri mahupun si anak. Kebahagiaan keluarga bagaikan retak menanti belah. Rumah bukan lagi syurga, tetapi neraka

     Kenapakah semua ini berlaku? “Kenapa suami aku macam ni?” “Kenapa isteri aku macam ni?” “Kenapa anak aku teruk macam ni?”Setelah dicurah segala kasih sayang, wang, harta, masa, namun sengketa masih berleluasa di dalam rumah tangga. Termanggu seketika memikirkan punca sebenar keluarga bahagia kini bertukar neraka. Salah suamikah? Salah isterikah? Salah anakkah? Atau punca-punca luar yang mengganggu gugat keluarga? Jika anda hendak tahu, inilah dalangnya, Iblis Dasim!
     Terdapat pelbagai golongan iblis dengan pelbagai nama dan tugasan. Secara amnya,semua iblis bertujuan untuk menghancurkan manusia dengan menyesatkan dan menjauhkan mereka daripada Allah. Dan antara iblis-iblis yang wujud ialah Iblis Dasim. Iblis Dasim ditugaskan untuk menghancurkan rumah tangga yang dibina murni. Ini kerana perkahwinan adalah jalan baik yang dihalalkan Allah buat semua insan membina kasih sayang, memenuhi fitrah manusia dan meramaikan keturunan. Maka ikatan suci inilah yang ingin dikotorkan oleh Iblis Dasim.

      Iblis Dasim seringkali membisikkan kata-kata dan hasutan jahat yang mencetuskan pergaduhan dan perlakuan sumbang dalam rumah tangga. Dialah yang membakar api kemarahan sehingga berlaku pertengkaran dan penderaan. Dialah yang membisik cemburu dan prasangka jahat agar sentiasa meragui kejujuran pasangan. Dialah yang mengipas nafsu sehingga curang dan berzina. Dialah menghasut anak-anak berbuat jahat kepada ibubapa. Dialah mengapi-apikan amarah anak-anak sehingga ditengking ibu dan ayah, dan melarikan diri dari rumah.
     Oleh itu, peliharalah rumah tangga daripada diceroboh oleh Iblis Dasim. Di dalam rumah anda, selalulah:
  1. Memberi salam ketika masuk rumah
  2. Membaca Al Quran dalam rumah
  3. Bersolat
  4. Berzikir
  5. Azan dalam rumah
  6. Mengucapkan Isti’azah (‘Aau’zubillah himinasyaitan nirrajim)
     Jika rumah anda kekurangan perkara-perkara di atas, pintu terbuka luas utuk Iblis Dasim menjenguk keluarga anda. Rumah yang tiada di dalamnya agama, itulah “port” bertenggek Iblis Dasim. Dia adalah tetamu yang tak diundang. Halanglah dia daripada masuk ke rumah anda kerana dia membawa 1001 bala bencana kepada kerukunan rumah tangga anda. Sinari rumah anda dengan amalan Islam, Insyaallah, terpeliharalah keluarga dalam rahmat Allah dan jauh daripada segala kejahatan. Selamat berbahagia!=)..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tiada ulasan: