15 Keutamaan Dan Keistimewaan Hari Jumaat
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Setiap hari dalam Islam mempunyai
kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam setiap minggu
itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut
Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu
memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan Hari Jumaat sebagai ‘Penghulu Segala Hari’.
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
“Allah
telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat
Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu
Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari
Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka
(umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita
datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat
yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Sebagaimana Allah SWT telah menjadikan
kota Makkah dan Madinah sebagai kota Suci; menjadikan Masjidil Haram,
Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid yang paling utama;
menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia di antara
bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam
Seribu bulan; menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan
untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq; begitu juga hari Jumaat,
Allah SWT telah menjadikan Hari Jumaat sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari (hari paling utama). Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.
.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan,
dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta
diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari
tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat
menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan
permintaannya.” (HR. Muslim)
.
.
Keutamaan Hari Jumaat
.
Hari Jumaat merupakan hari yang amat
istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan
keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
.
Berikut adalah keistimewaan dan keutamaan hari Jumaat:
.
1. Hari Paling Mulia
Hari Jumaat adalah hari yang paling utama
dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang
terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
.
- Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
- Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
- Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
- Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
- Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari
paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat.
Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke
dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat
akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah
seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali
Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)
.
Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة
“Sebaik-baik
hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah
Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam)
dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda
dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada
hari ini.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….
“Sesungguhnya
seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam
Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini
ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari
kebangkitan.”
.
.
2. Hari Bagi Kaum Muslimin
.
Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat
Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk
mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang
mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
.
Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah
menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari
Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan
ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi
pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia
ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat
yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
.
Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari
ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang
ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap
minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang
mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”
.
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩
“Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada
hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan
tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)
.
.
3. Penghulu Segala Hari
.
Hari Jumaat adalah hari yang teramat
istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya
lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”
.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari
Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi
Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan
Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa;
Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam
dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang
meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang
haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah
seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit
kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)
.
.
4. Hari Kebesaran Mingguan
.
Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari
ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa
yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)
.
.
5. Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
.
Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan
ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu
ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal
ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa
hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta;
Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban
seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang
ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat
pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan
Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah
sebiji telur.”
.
.
6. Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
.
Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus
para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam
emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu
di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat
Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya
kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
.
.
7. Hari Mustajab Berdoa
.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada
hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila
meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT
memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada
sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
.
Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
a. Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b. Pada akhir waktu Asar.
Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di
antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana
ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib
sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat
yang terkuat dari dua pendapat tadi.” (Zadul Ma’ad Jilid I/389-390).
.
Keterangan lanjut :-
‘Masa-masa Mustajab Berdoa di Hari Jumaat’ ~ (Klik Di Sini)
.
.
8. Hari Dihapuskan Dosa
.
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat
lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan
penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa
besar” (Riwayat Muslim)
.
Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah
seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak
dengan minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian
keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang
duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai
dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) ketika imam
berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi) antara
Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)
.
Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa
yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan
rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk
masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam
tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua
Jumaat.” (HR. Bukhari).
.
.
9. Hari Lebih Utama Bersedekah
.
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah
pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya
seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .
Hadis dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)
.
.
10. Hari Meraih Pahala
.
Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa
yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju
masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap
langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu
tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
.
.
11. Hari Hidayah Daripada Allah SWT
.
Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan
hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan
kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.
“Kita
adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari
kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi
Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian
mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang
mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah
berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم
menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam),
besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
“Allah
telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat
Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu
Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari
Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka
(umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita
datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat
yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
.
12. Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
.
Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
.
.
13. Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
.
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak
seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat,
melainkan diselamatkan Allah SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
.
.
14. Hari Berlakunya Qiamat
.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada
hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang
yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari
Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari
Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak
terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal
daripada hari Jumaat.”
.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada
hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat
muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari
Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih
pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
.
.
15. Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga
.
Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman Allah SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).”
(Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; “Allah SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”
.
#*
Semoga Hari Jumaat ini menjadikan kita
insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah, lebih Berjaya Dan Lebih
Cemerlang di dunia & akhirat. Jadi, marilah sama-sama kita berdoa
agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan
kelebihan oleh Allah SWT.
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Hari Jumaat Apa Kemuliaannya?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Kenapa Hari Jumaat Yang Jadi Hari Besar Umat Islam?
Ada beberapa alasan untuk menjawab pertanyaan di atas. Terlebih dahulu, mari kita lihat penjelasannya.
Dari Salamah dari Abu Hurairah (ra) Nabi SAW bersabda:
“Hari
terbaik yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Sebab pada hari
itu Allah Azza wa Jalla menciptakan Adam (as), Dia memasukkan Adam ke
syurga , pada hari itu ia diturunkan ke bumi, dan pada hari itu terjadi
kiamat serta pada hari itu terdapat satu masa d imana tidak seorangpun
berdoa kecuali Dia akan mengabulkan doa itu.” (HR. Muslim)
.
Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata:
“Sesungguhnya dinamakan hari Jumaat dengan Jumaat disebabkan perkataan Jumaat itu merupakan musytaq (derivasi kata) dari Al-Jam’u
(himpunan atau kumpulan). Sesungguhnya umat Islam berkumpul pada hari
Jumaat tiap minggu sekali di dalam suatu tempat yang sangat besar
(masjid)…” Allah memerintahkan kaum mukminin untuk berkumpul dalam rangka beribadah kepada-Nya.
“Wahai
orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari
Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah
jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. Al-Jumu’ah: 9)
Ibnul Qayyim Al-Jauzi mengatakan:“Termasuk petunjuk Nabi, ialah mengagungkan, memuliakan dan mengkhususkan hari agung ini dengan berbagai macam bentuk ibadah…”.
.
.
HARI YANG MULIA
Hari Jumaat merupakan nikmat rabbaniyah yang selalu dijadikan bahan kedengkian musuh-musuh Islam.
Hari Jumaat merupakan kurnia dari Allah
untuk umat ini yang telah dijadikan sebagai umat terbaik yang
dikeluarkan di tengah-tengah manusia. Allah mengutamakan hari ini di
atas semua hari dalam sesuatu minggu dan Dia mewajibkan kepada orang
Yahudi dan Nashrani untuk mengagungkannya. Tapi, mereka mengingkarinya
dan sebaliknya memilih hari lain sehingga mereka tersesat dan tidak
mendapat petunjuk. Kemudian Allah SWT terus menunjukkan kepada mereka
yang beriman kemuliaan hari ini dengan mengagungkannya.
.
Dari Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوْا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا،
ثُمَّ هذَا يَومُهُمُ الَّذِي فُرِضَ عَلَيْهِمْ فَاخْتَلَفُوا فِيهِ
فَهَدَانَا اللهُ، فَالنَّاسُ لَنَا فِيْهِ تَبَعٌ : اليَهُوْدُ غَداً ،
وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ
“Kita
adalah orang terakhir, namun yang pertama pada hari kiamat meskipun
mereka telah diberikan kitab sebelum kita. Hari ini (Jumaat) adalah hari
yang telah Allah wajibkan atas mereka, namun mereka mempertikaikannya.
Maka Allah menunjukkan kita akan hari itu sehingga orang-orang mengikuti
kita dalam hari ini (Jumaat), sementara orang-orang Yahudi esok (Sabtu)
dan orang-orang Nashrani esoknya lagi (Ahad).” (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, An-Nasai dan lainnya)
.
Maksud “Kita sebagai orang terakhir”
adalah sebagai keberadaan umat terakhir di dunia. Namun di akhirat
kelak akan mendahului mereka. Iaitu menjadi umat pertama yang
dihimpunkan di Mahsyar, umat pertama yang dihisab, umat pertama yang
diadili dan umat pertama yang akan masuk syurga.
“Kami umat terakhir dari penduduk bumi, namun menjadi umat pertama pada hari kiamat yang diadili sebelum umat-umat lain.”
“Kita adalah orang terakhir, namun yang paling awal pada hari kiamat. Dan kita adalah orang yang pertama kali masuk syurga.”
.
Manakala maksud diwajibkan adalah mesti
memuliakan hari tersebut. Menurut Ibnu Baththal, mereka tidak
diperintahkan dengan jelas untuk memuliakan hari Jumaat yang kemudian
mereka tinggalkan. Alasannya, seseorang tidak boleh meninggalkan
kewajiban yang Allah tetapkan atasnya sementara masih berstatus mukmin.
Lalu beliau rahimahullah berkata:
“Diwajibkan
atas mereka (memuliakan) satu hari dalam seJumaat. Lalu mereka diberi
pilihan untuk menegakkan syari’at mereka pada hari itu. Kemudian mereka
berselisih tentang hari itu dan tidak mendapat petunjuk untuk memilih
hari Jumaat.” Demikian juga yang dinyatakan oleh Al-Qadhi ‘Iyadh. (Lihat Fathul Baari: 2/355)
.
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
“Mungkin
juga mereka telah diperintah dengan jelas, lalu mereka berselisih
pendapat apakah wajib menentukan hari itu saja atau dibolehkan untuk
menggantinya dengan hari lain. Kemudian mereka berijtihad dalam hal itu,
lalu salah.” (Lihat Fathul Baari: 2/355)
.
Dan dalam Fathul Baari, Ibnu Hajar rahimahullah
menyebutkan sebuah hadis penutup terhadap masalah ini yang diriwayatkan
Ibnu Abi Hatim dari jalur Thariq Asbath bin Nashr, dari As-Sudiy dengan
lafaz yang sangat jelas bahawa mereka diwajibkan untuk memuliakan hari
Jumaat saja lalu mereka menolak. Sabda Rasulullah shallallahu’ alaihi
wasallam:
إِنَّ اللَّه فَرَضَ عَلَى
الْيَهُود الْجُمُعَة فَأَبَوْا وَقَالُوا : يَا مُوسَى إِنَّ اللَّه لَمْ
يَخْلُق يَوْم السَّبْت شَيْئًا فَاجْعَلْهُ لَنَا
“Sesungguhnya
Allah telah mewajibkan (untuk mengagungkan) hari Jumaat atas Yahudi,
lalu mereka menolaknya dan berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya Allah
tidak menciptakan apa-apa pada hari Sabtu, maka jadikan hari itu untuk
kami.” (Fathul Baari: 3/277 dari Maktabah Syamilah)
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Ganjaran Hadir Awal Solat Jumaat
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya
manusia akan duduk di sisi Allah pada hari kiamat mengikut qadar (cepat
dan lambatnya mereka) pergi menghadiri Jumaat.” (Riwayat Abdullah bin Masud)
.
.
Catatan Kehadiran:
Ganjaran datang awal waktu ke masjid bagi Solat Jumaat;
.
Imam Syafie, juga beberapa ulama lain
berpendapat, sunat pergi ke masjid sejak daripada waktu terbit fajar
lagi. Imam Malik pula berpendapat bahawa waktunya ialah sekira-kira
sejam sebelum matahari tergelincir.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Ketika
datangnya Jumaat, Allah mengutus malaikatnya turun ke bumi membawa
kalam daripada emas dan kertas daripada perak, untuk mencatat nama
siapa yang masuk ke masjid. Selesai mengerjakan solat Jumaat, malaikat
itu kembali ke langit, lalu melaporkannya kepada Allah: “Wahai Tuhan kami, kami sudah mencatat siapa yang masuk masjid dan bersolat Jumaat.” Lalu Allah Taala menjawab: “Wahai malaikat-Ku, demi Kemuliaan-Ku dan demi Kebesaran-Ku, sesungguhnya sudah Aku ampuni segala dosa mereka.” (Raunaqul-Majalis)
.
Dinyatakan dalam sebuah hadis, bahawa
para malaikat mencari orang yang terkemudian daripada waktunya pada hari
Jumaat. Mereka bertanya sesama sendiri, “Apakah yang dikerjakan oleh orang yang berkenaan. Apakah yang menyebabkan orang yang berkenaan terlambat datang?” Maka berdoalah para malaikat; “Ya,
Allah, ya Tuhanku! Sekiranya orang itu terkemudian kerana miskin, maka
kayakanlah dia, kalau kerana sakit, maka sembuhkanlah dia, kalau kerana
sibuk, maka berikan kelapangan waktu untuk beribadat. Kalau kerana
bermain-main, maka hadapkanlah hatinya untuk mentaati-Mu.”
.
Baginda SAW telah
meletakkan garis panduan yang harus diikuti bagi menghadiri Solat
Jumaat. Diantaranya adalah membersih, mengemas dan merapikan diri dengan
sebaik-baiknya mandi dan menyucikan diri agar jemaah lain tidak
terganggu oleh bau badan atau pakaian yang tidak menyenangkan. Hal ini
untuk memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang
yang menghadirinya.
Datanglah awal ke masjid
dengan penuh ketenangan, tidak tergopoh-gapah bagi mendapatkan saf yang
paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar
khutbah dengan jelas.
.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)Ganjaran Amalan Sunat Hari Jumaat Digandakan
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Nabi Muhammad SAW menganjurkan beberapa
ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah dan merebut
ganjaran pahala yang besar. Antaranya adalah:
No
|
AMALAN
|
GANJARAN
|
1. |
Mengisi malam Jumaat dengan perbanyakkan ibadat dan siangnya, bersegera ke masjid seawal mungkin.
|
Dari Abdullah bin Amr r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari seksa kubur.” (HR Tarmizi)
|
2. |
Membaca “Astagh Firullahal ladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi” (3 kali), pads solat Sunat Fajar Jumaat.
|
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan. |
3. |
Membaca surah As-Sajdah beserta Sujud Tilawah dalam solat Subuh hari Jumaat.
|
Memperolehi ganjaran syurga Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila
anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud
kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan
menangis sambil berkata: “Celakalah
aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lalu
mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga,
sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar.
Oleh itu, untukku api neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud)
|
4. | Membaca surah Ali Imran | Akan didoakan oleh malaikat hingga ke malam. |
5. | Membaca surah al-Kahfi. |
Disinari dirinya dengan cahaya dan mendapat petunjuk serta pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.
|
6. | Memperbanyakkan membaca selawat pada hari Jumaat. |
Bacaan selawat disampaikan terus kepada Rasulullah dan akan memperolehi kasih sayang dari Baginda SAW.
|
7. |
Bersedekah kepada orang miskin pada Hari Jumaat.
|
Akan mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT. |
.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Hari Jumaat ~ Waktu Mustajab Berdoa
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala.
Di dalamnya juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa.
Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya
pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak
meminta yang haram. Oleh itu seorang muslim sepatutnya lebih perihatin
akan keberkatan hari Jumaat ini.
.
Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada
hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila
meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT
memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada
sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada
hari Jumaat ada satu ketika yang bertepatan dengan orang Islam ketika
dia sedang solat, di mana apabila dia berdoa maka doanya itu akan
dimakbulkan.”
.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radliyallah ‘anhu, dia bercerita: “Abu Qasim (Rasululah) صلى الله عليه وسلم bersabda:
إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
“Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu ketika yang tidaklah seorang hamba muslim berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada masa itu, melainkan Dia akan mengabulkannya.” Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya, yang kami fahami, untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat).” (Muttafaq Alaih)
.
Dalam memahami mengenai penentuan waktu
mustajab (makbulnya doa), para ulama berbeza pendapat, bila masa dan
ketikanya ia berlaku? Ilmu tentang ketepatannya, telah ditarik ilmunya
oleh Allah SWT seperti juga ilmu bagi memastikan waktu Lailatul Qadar.
.
Diriwayatkan, oleh Sa’id bin al-Haris, dari Abu Salamah, katanya; “Sesungguhnya
Abu Hurairah menyampaikan kepada kami perilah satu waktu yang ada di
hari Jumaat. ‘Beliau berkata, ‘Aku pernah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم; lalu Baginda menjawab,
“Sungguh aku dulu diberitahu tentangnya kemudian aku dijadikan lupa sebagaimana dijadikan lupa terhadap Lailatul Qadar.” (HR. Imam Ahmad)
.
.
.
Pendapat Para Ulama
.
Ibnul Hajar dalam Fath al-Baari,
menyebutkan ada 43 pendapat di antara para ulama mengenai suatu waktu
yang terdapat pada hari Jumaat itu.
Beliau berkata, “Tidak
diragukan lagi bahawa pendapat yang paling rajih (kuat) adalah hadis
Abu Musa dan hadis Abdullah bin Salam… Namun para ulama salaf masih
berbeza pendapat manakah dari keduanya yang lebih rajih.”
.
Seterusnya Ibnul Hajar menjelaskan,
majoriti ulama seperti Imam Ahmad dan lain-lain, mentarjih bahawa waktu
tersebut terdapat pada waktu akhir hari Jumaat.
Di akhir ucapannya, Ibnul Hajar cenderung
kepada pendapat Ibnul Qayim, iaitu pengabulan doa itu diharapkan juga
pada ketika melakukan solat. Sehingga kedua waktu tersebut merupakan
waktu ijabah (pengabulan) doa, meskipun saat yang khusus itu ada di hujung hari selepas solat solat Asar.
.
.
.
Pendapat Yang Paling Rajih (Kuat)
.
Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 3 pendapat yang paling ‘rajih’ (kuat) :~
.
a. Waktu Dari Imam Mulai Duduk Sehingga Selesai Solat Jumaat
.
Waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat didirikan.
Dari Abu Burdah bin Abu Musa Al-Asyari Radhiyallahu Anhu, dia bercerita bahawa Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhu berkata padanya, “Adakah
engkau telah mendengar ayahmu menyampaikan hadis dari Rasulullah
mengenai waktu mustajab pada hari Jumaat?” Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya! Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,
هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ
“Waktu itu berlaku di antara duduknya imam sampai selesainya solat.”(HR. Muslim)
.
Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Namun, waktu istijabah ini tidak penuh sejak duduknya imam di mimbar sampai selesainya solat. Dia datangnya kadang-kadang mengikut lafaz hadis, “Yuqalliluhaa” (sangat sekejap).
.
Imam ash Shan’ani rahimahullah dalam Subul as Salam, menyebutkan masanya kadang-kala di awal, di tengah atau di akhir. Ketikanya bermula sejak bermulanya khutbah sehingga habis selesainya solat. (Subul as Salam)
.
Manakala Imam As-Suyuthi rahimahullah pula menentukan waktu yang dimaksudkan adalah ketika solat didirikan.
.
.
.
b.) Waktu Di Antara Dua Khutbah Jumaat
.
Sesetengah ulama berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
.
Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullahصلى الله عليه وسلم sedang menerangkan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda:
إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ
“Sesungguhnya padanya (hari Jumaat) terdapat suatu ketika yang tidak ditemui oleh seseorang yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
Dan Rasulullahصلى الله عليه وسلم menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja (sangat singkat) waktu itu.
.
.
.
c.) Waktu Terakhir Selepas Asar
.
Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu Anhu, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda;
يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ.
“Hari Jumaat (Siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada waktu akhir setelah Asar.”(HR. An-Nasai dan Abu Daud).
.
Hadits Abdullah bin Salam, dia bercerita: “Aku berkata;
“Sesungguhnya
kami mendapatkan di dalam Kitabullah bahawa pada hari Jumaat terdapat
satu masa yang tidaklah seorang hamba mukmin berada padanya lalu berdoa
memohon sesuatu kepada Allah SWT, melainkan akan dipenuhi
permintaannya.”
Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengisyaratkan dengan tangannya bahawa masa itu hanya sedikit sahaja.
Kemudian Abdullah bin Salam bertanya; “Bilakah ketiknyaa ia berlaku?”
Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab, “Masa itu berlangsung pada akhir waktu siang.”
Setelah itu Abdullah bertanya lagi, “Bukankah saat itu bukan waktu solat?”
Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab;
بَلَى إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا صَلَّى ثُمَّ جَلَسَ لَا يَحْبِسُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ فَهُوَ فِي الصَّلَاةِ
“Benar! Sesungguhnya seorang hamba mukmin jika melakukan solat kemudian duduk, tidak menahannya kecuali solat, melainkan dia berada di dalam solat.”
(HR. Ibnu Majah. Syaikh al Albani menilainya hasan sahih).
.
Juga berdasarkan hadis Anas bin Malik, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
التمسوا الساعة التي ترجى في يوم الجمعة بعد العصر إلى غيبوبة الشمس
“Carilah saat yang sangat diharapkan pada hari Jumaat, iaitu setelah ‘Asar sampai tenggelamnya matahari.” (HR. at Tirmidzi; dinilai Hasan oleh al Albani di dalam Shahih at Tirmidzi dan Shahihh at Targhib).
.
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Diriwayatkan Sa’id bin Mansur dengan sanad sahih kepada Abu Salamah bin Abdirrahman, ada beberapa orang dari sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم berkumpul
lalu saling menyebut satu masa yang terdapat pada hari Jumaat. Kemudian
mereka berpisah tanpa berbeza pendapat bahawa saat tersebut berlangsung
pada akhir waktu dari hari Jumaat.” (Fath al Baari: II/421 dan Zaad al-Ma’ad oleh Ibnul Qayim I: 391)
.
Diriwayatkan Sa’id bin Jubair dari Ibnu Abbas, dia berkata: “Masa (mustajab) yang disebutkan ada pada hari Jumaat itu terletak di antara solat Asar dan tenggelamnya matahari.”
Sa’id bin Jubair jika sudah selesai melaksanakan solat Asar, dia tidak mengajak seorang pun berbual sehingga matahari terbenam.
.
Dan yang menguatkan pendapat kedua ini
adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, itu
adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak
sekali hadis-hadis mengenainya.
.
Ibnul Qayyim juga mengatakan, “Menurut
saya, ketika solat merupakan waktu yang diharapkan pengabulan doa.
Kedua-duanya merupakan waktu pengmakbulan meskipun satu ketika yang
khusus itu di akhir waktu selepas solat Asar. Hari Jumaat merupakan hari
yang pastinya masa mustajab itu berlaku. Adapun ketika mustajab pada
waktu solat, ia mengikuti waktu solat itu sendiri sehingga boleh awal
atau kemudian. Kerana ketika berhimpunya kaum muslimin, solat, tunduknya
dan munajat mereka kepada Allah memiliki pengaruh terhadap pengabulan
(doa). Dengan demikian, masa pertemuan mereka merupakan ketika yang
diharap dikabulkannya doa. Dengan demikian itu, seluruh hadits berpadu
antara yang satu dengan yang lain..” (Zaad al-Ma’ad: I/394)
.
Pendapat ini juga yang dipilih oleh
Syaikh Ibnu Bazzrahimahullah sebagaimana yang dinukil oleh DR. Sa’id bin
Ali al Qahthan dalam Shalatul Mukmin. Syaikh Ibnu Bazz berkata, “Perkara
itu menunjukkan bahawa sudah sewajarnya bagi orang muslim memberikan
perhatian terhadap hari Jumaat kerana di dalamnya terdapat satu masa
yang tidaklah seorang muslim berdoa memohon sesuatu bertepatan dengan
ketika tersebut melainkan Allah akan mengabulkannya, iaitu setelah solat
Asar. Mungkin juga masa ini berlaku setelah duduknya imam di atas
mimbar. Oleh kerana itu, jika seseorang datang dan duduk setelah Asar
menunggu solat Maghrib seraya berdoa, doanya akan dikabulkan. Demikian
juga jika setelah naiknya imam ke atas mimbar, seseorang berdoa dalam
sujud dan duduknya maka sudah pasti doanya akan dikabulkan.” (DR. Sa’id bin Ali bin Wahf al Qahthani, Ensiklopedi Solat menurut al-Quran dan as Sunnah).
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Perbanyakkan Membaca Selawat Di hari Jumaat
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Salah satu amalan utama di hari Jumaat
adalah memperbanyak bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Berselawat
atas Nabi SAW memiliki banyak keutamaan dan Pahala yang agung. Berikut
ini sebahagian Hadits yang menjelaskannya.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya
manusia itu menyaksikan Allah SWT telah mengharamkan kepada bumi untuk
memakan jasad para Nabi ‘alaihim selawatu wa salam.”
(HR. Ahmad no. 16162, Abu Daud no. 1047 dan 1531, An Nasai-tidak. 1374,
Ibnu Majah no. 1085 dan 1636, Ad-Darimi, 1/369, Al-Hakim, 1/278, Ibnu
Khuzaimah no. 1733 dan 1734, Ibnu Hibban no. 910 dan lain-lain. Didakwa
shahih oleh Al-Hakim, ADZ-Dzahabi, An -Nawawi dan Al-Albani)
.
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا،
Dari Aus bin Abu Aus RA berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Seutama-utama
hari tertentu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada
hari itu pula Adam meninggal, pada hari itu sangkakala kehancuran dunia
ditiup dan pada hari itu juga sangkalala Kebangkitan makhluk ditiup.
Maka perbanyalah membaca selawat untukku pada hari itu, kerana
sesungguhnya manusia itu menyaksikan bacaan selawat tentu akan
ditunjukkan kepadaku. “
.
Para sahabat beranya lagi, “Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami akan ditunjukkan kepada Tuan sementara jasad Tuan telah hancur?”
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ القِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاَةً
Dari Abdullah bin Mas’ud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya
manusia yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari kiamat
adalah orang yang paling banyak membaca selawat untukku.” (HR. Tirmidzi no. 484. Ia berkata: Hadits hasan gharib)
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Tinggalkan Berurus Niaga Ketika Azan Jumaat
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Hari Jumaat merupakan penghulu segala
hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat
yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat.
Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad SAW diharuskan untuk melakukan
segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah
Ta’Ala.
Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum
Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa AS melarang sama sekali
kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari
Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa
tersebut melaksanakan ibadah.
Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad
SAW, Allah SWT memberi kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada
hambanya untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun termasuklah
berniaga dan berjual beli. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan
waktu khusus yang dilarang oleh Allah SWT menjalankan sebarang bentuk
perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini.
Allah SWT berfirman:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan
Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati
Allah SWT dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ;
yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui
(hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing)
dan carilah dari limpah kurnia Allah SWT, serta ingatlah akan Allah SWT banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jum’ah Ayat 9)
Ayat tadi jelas menunjukkan larangan
Allah SWT terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika
mana azan Jumaat telah dikumandangkan. Larangan ini ditujukan kepada
mereka yang ditaklifkan kefardhuan Solat Jumaat sama ada peniaga lelaki
dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat
seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini
membawa maksud haram urusan jual beli dijalankan ketika azan Jumaat
telah dilaungkan.
Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut: “Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua.” (Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
Jika disoroti sejarah, berniaga dan
berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda
Rasulullah SAW tetapi bezanya aktiviti jual beli itu ditangguhkan
setelah berkumandangnya azan, atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib
sedang berkhutbah di mimbar.
Hal ini tidak berlaku sama sekali di
masjid-masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga
melariskan jualannya, si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada
waktu tersebut khatib sedang berkhutbah.
Perlu diingat walaupun hukum jual beli
tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan. Perkara
inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan.
Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: “Sewaktu
Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang
satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka
sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12
orang sahaja. Lalu Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud: “Malangnya
apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas
menggapainya. Mereka meninggalkan engkau (wahai Muhammad) bersendirian
tegak berkhutbah.”
Istimewanya Solat Jumaat berbanding
dengan solat lain ialah kerana terdapatnya khutbah. Justeru tidak
sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan
menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat. Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah
menyamai 2 rakaat Solat Zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan
mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua
rakaat solat Zuhur.
Realiti yang berlaku, ramai di
kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa
yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa
berada di luar masjid. Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat
berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah. Sikap ini jelas
mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah SWT.
Allah SWT memberi ganjaran yang besar
kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari
Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila
tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat yang
mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib
telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka
dan datang untuk mendengar khutbah.”
.
Kesimpulannya, seluruh Umat Islam sama
ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan
mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani
kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat
seseorang. Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :
Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang.
Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.
Ketiga: Para jemaah
lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping mengambil
peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah.
.
Sumber: http://www.masjidnegara.gov.my/Dosa Jual Beli Hari Jumaat
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari
Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa
terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan
juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam
ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli
makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas
berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9′ dan juga wawancara
bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang
sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan
ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus
berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada
hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang
menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar
masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin
menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.
PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas
lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara
wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada
hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam
perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu
keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh
Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar
kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau
kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.
Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى
ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ
تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman,
apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka
bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.
Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun telah ijma’[1] di
kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas,
mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas
azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di
zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali
sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk
memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan
umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga
(berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih
dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu
berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli
selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa
pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik
ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya
ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal
ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang
asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar
at-Tohawi, hlm 24)
Namun demikian, ulama mazhab Hanafi
kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka
berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram’, cuma terdapat sebahagian
besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan
pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari
pada hari tersebut.[3] Ini
bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh
keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?
Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah
haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad
jual beli mereka terbatal?
Jika kesalahan ini dilakukan, dosa
yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu
pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti
pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian
juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku,
beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan
berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh
syubhat dan bermasalah.
Dalam hal ini, para ulama tidak
sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama
terbahagi kepada dua kumpulan :
Pertama : Aqad adalah
sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah
ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.
Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian,
pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat
jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan
yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa
pembatalan aqad.
Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia
dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat
digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga
Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini.
Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang
kali.
KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini,
dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula
untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat
mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga
diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua.
Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di
masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.
Sekian,
Ust Zaharuddin ABd Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan