“SAKA adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.”
Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar
Ia bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu.
Semua upacara itu dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.
Itulah proses permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu, syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.
Beliau berkata, kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.
“Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.
“Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau berkata, antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal.
Katanya, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.
Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.
Mohd Fauzi berkata, syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr, ayat ke-39: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”
Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.
Katanya, saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.
Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain.
“Sesetengah anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah,” katanya.
Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.
“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).
Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.
“Untuk merawat atau membuang saka pula, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin,” katanya.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka, rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’ iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’.
“Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan; apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat, gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada si anak berada di tubuh bapanya.
“Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor.
Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang lain.
“Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,” katanya.
FAKTA: Saka
# Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.
# Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
# Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
# Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
# Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.
# Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.
Antara jenis saka
# Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
# Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
# Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.
# Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.
# Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.
# Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
# Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.
-f.e-
Sumber : Angkara Saka Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)
APA ITU SAKA.
Saka adalah jin pendamping yang
diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau
tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan
dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara
tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk
didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat
memberitahu ataupun menyerahkannya)
Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.
KENAPA SAKA DI AMBIL?
Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan sebagainya. Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.
Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini dijadikan Tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.
Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;
i) jin Islam – saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima perang dan pengamal perubatan.
ii) jin Kafir – saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat secara tidak Islam.
Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.
Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah pihak.
Akujanji terbahagi kepada 2;
i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.
ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)
Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.
Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.
3 sebab mengapa ANDA pilihan SAKA.
1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong dalam keluarga tersebut.
2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir
Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.
3- Kesayangan keluarga.
(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)
GANGGUAN SAKA
Gangguan saka terbahagi kepada 6.
1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup
1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:
a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.
Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah hormon seimbang.
2- Gangguan Mental
a) Bagi lelaki –sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus
Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila
3- Gangguan Kekeluargaan
Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas. Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan. Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.
Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam mencari kesalahan anak.
4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.
Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam kandungan gugur.
5- Gangguan Rezeki
Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.
6- Gangguan keharmonian hidup.
Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap org lain.
APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?
Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:
1- Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu.
2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.
Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.
Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.
Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:
1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.
Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.
Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.
Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama, tuk saya ulama, saya seorang ustaz. Sekiranya ilmu agama kita kuat saka akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti. Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan kewujudan alam jin.
Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan ada melibatkan SAKA.
Ramai juga yg dah sedia tahu mereka ada saka, tapi masih ramai tidak tahu rupa2nya selama ini punca permasalahan adalah Saka

Apa Itu Saka?
Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu atau mengamalkan sesuatu yang membabitkan makhluk tersebut dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki. Pada kebiasaannya perjanjian dimenterai antara pemakai dengan makluk tersebut.
Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.
Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, bungkus dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin.
Dari mana datangnya saka?
Peninggalan arwah dalam bentuk kebendaan atau harta di panggil pusaka tetapi peninggalan arwah dalam keadaan ghaib, ilmu atau kerohanian di panggil saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya, daripada ibu atau pun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, atau pun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.
Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari.
Ada juga kes saka ini mendampingi sesaorang kerana sesaorang itu mengamalkan sesuatu amalan. Umpamanya sesaorang itu mengamalkan membaca ayat-ayat tertentu, yang perlu dibaca setiap hari dengan bilangan tertentu untuk tujuan tertentu seperti untuk tujuan menjadi kuat, kebal dan sebagainya. Tanpa di sedari ayat-ayat yang dibaca sebenarnya memanggil dan memuja jin/khadam walaupun yang dibaca itu adalah sebahagian dari ayat-ayat quran. Khadam jenis ini digelar dengan gelaran khadam ayat.
Kesan dari pengaruh saka.
Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka tersebut bagi menyesatkan manusia.
Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar. Situasi yang lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Pada kebiasaannya keadaan ini orang melayu mengelarnya mayat hidup .
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT. Samaada syirik jali (syirik nyata), syirik khafi (syirik halus) atau syirik khafi ul khafi (syirik halus lagi tersembunyi). Seperti yang kita sedia maklum, semua orang takut akan dosa syirik, Kerana dosa syirik ini ianya tidak diampunkan oleh Allah swt walau sebesar debu sekalipun. Dan lagi jika ibadat kita disertai dengan perkara syirik pasti ibadat kita akan ditolak oleh Allah Taala.
Bersabda Rasullullah saw, "Aku khuwatir akan umat ku akan syirik halus lagi tersembunyi, ia diibaratkan seperti seekor semut hitam yang berjalan diatas batu hitam di dalam malam yang gelap gelita".
Selasa, 8 Januari 2013
Tanda Seseorang Memiliki Saka
Ustaz Abdullah Mahmud sedang menyampaikan tazkirah.
Bulan
lepas (disember 2012) Tok jadi Pengerusi untuk program Tazkirah dan
Lagu. Tetamunya ialah Ustaz Abdullah Mahmud yang terkenal dengan
perawatan cara Islam atau cara Ruqyah. Sebagai penyeri majlis tok wan
juga mengundang sebuah kumpulan muzik yang menamakan diri mereka Cucu
Band. Penyanyinya ialah Afif Tirza dari AF9 dan Elyas Shah seorang
penyanyi tahun 80'an. Dan lagu-lagu mereka adalah yang yang berkait
dengan syiar agama.
Penat
Ustaz Abdullah memberi tazkirah maka majlis rehat sambil mendengar lagu
dari Cucu Band sambil itu jemputan juga dipelawa menjamah juadah yang
disediakan atas meja (dalam ghambar dibelakang Ustaz tu). Juadah yang
mudah-mudah saja yakni, kueh pulut panggang, kueh kasui dan bubur kacang
durian. Minumannya ada teh tarik dan teh 'O'. Jadi jemputan taklah
tention sangat dok dengar tazkirah kan.
Dalam
tazkirah tersebut Ustaz Abdullah memberi isyarat tanda-tanda seseorang
itu memiliki Saka. Disini tok tulis semula apa yang Ustaz Abdullah
sampaikan dalaam majlis tersebut.
Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya.
Kemungkinan
ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin
itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia
kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila
mereka telah meninggal dunia.
Semasa
mereka hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut yang
dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek
moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada
anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.
Tanda-tanda Mereka Yang Memiliki Saka
Sewaktu Tidur
1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.
2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan malam selepas itu sukar untuk tidur.
3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala, dan sebagainya.
4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.
6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.
7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.
8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).
9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.
Sewaktu Jaga
1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).
2. Hilang Ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.
3. Sering Lesu dan Malas.
4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Terasa sesuatu berjalan didalam Badan.
7. Mudah Marah dan Panas Baran.
8. Cepat mengantuk (terutama mendengar Ayat-ayat quran)
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan.
10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.
Anak Cucu Keturunan Yang Menjadi Sasaran
1. Yang cetek ilmu agamanya.
2. Yang suka melakukan maksiat dan melanggar peraturan Allah.
3. Yang Meninggalkan Ibadat Wajib.
4. Yang lemah fizikalnya dan antibodi.
5. Yang berminat untuk memiliki apa yang ada pada nenek moyang.
6. Yang mengidamkan kehebatan walaupun dengan cara malanggar perintah Allah.
Dan
apa yang tok masih ingat yang Ustaz Abdullah pesan ialah, 'Jangan dok
sibuk nak berebut barang-barang tinggalan arwah, terutamanya orang
perempuan yang kakak nak gelang arwah mak, yang adek nak rantai yang mak
pakai. Adek-adek yang lain nak pinggan nak talam dan ada juga yang nak
pakaian yang mahal-mahal yang ditinggalkan mak.
Yang
lebih dari itu ada saudara-saudara lelaki yang berebut keris atau
parang tinggalan arwah ayah. Melalui barang-barang itulah kadang-kadang
saka boleh berpindah dan mengikut tuan barunya.
Jadi
nasehat tok wan kepada anda jika terdapat tanda-tanda tersebut cepatlah
pergi berubat. Berjumpalah dengan mana-mana Ustaz yang mengamalkan
perubatan ruqyah atau perubatan syifa. Kalau nak cari Ustaz Abdullah
Mahmud pun boleh. Rumah Ustaz Abdullah Mahmud di Gombak lepas sikit dari
jembatan Mimaland tu ada nampak rumah sebelah kiri kena lintas
jambatan. Kalau nak senang cari kena rajinlah bertanya orang yang anda
jumpa disitu pasti mereka menunjukkan rumahnya Ustaz Abdullah.
kredit; rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Tanda-tanda Terkena Saka
Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dan sebagainya. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap. Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus. Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi daif berkenaan dengan perkara-perkara ini dan mereka membuat demikian disebabkan oleh budaya melayu lama. Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada “kontrak” atau perjanjian di antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang. Kaum jenis jin mempunyai satu ciri yang sungguh istimewa iaitu “taat setia” kepada tuannya. Kalau kita mengingati kembali cerita Nabi Sulaiman a.s, bagaimana kaum jin taat setia berkhidmat kepada Nabi Sulaiman sehinggalah mereka ternampak tongkat Nabi sulaiman a.s telah dimakan anai-anai baharulah mereka menyedari bahawa Nabi Sulaiman a.s telah mangkat dan baru mereka berhenti berkhidmat kepada Nabi Sulaiman a.s. Setelah tuan punya tadi meninggal dunia, jin itu akan mendampingi pula keturunannya atau warisnya sehingga berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dikeluarkan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah.
Untuk saka yg disedari – biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dan sebagainya), yakin diri bahawa keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah lama meninggal dunia), membaca dan mengamal mentera-mentera tertentu ataupun lain-lain.
Untuk saka yang tidak disedari – tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit ganjil, atau mimpi yang menakutkan, dan kemudian dibawa berubat dan diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat gangguan saka.
Kita lihat pada masyarakat hari ini banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan akan berlaku jika tidak dihindarkan. Malah, ada juga terdapat bayi yang baru dilahirkan diganggu oleh jin-jin saka ini. Terdapat banyak kes-kes yang bayi selepas lahir, bayi kerap menangis tanpa sebab. Dari sudut perubatan moden, mungkin bayi ini ada masalah “colic” tapi selalunya didapati bayi-bayi ini menangis sebab ada benda-benda halus di dalam badan mereka. Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka. Kalau orang dewasa merasa sakit sekiranya ada jin-jin dalam badan, inikan pula anak kecil yang baru lahir dapat menahan kesakitan apabila adanya jin dalam tubuh kecil itu. Sekiranya anak kecil itu tidak sakit mestilah dia tidak akan menangis kecuali bayi itu lapar atau pampers perlu diganti.
Terdapat juga kes-kes suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin tetapi sukar untuk mendapat anak. Mereka puas mencuba rawatan moden di hospital untuk berlakunya persemaian tetapi masih juga gagal. Ada ramai kes-kes keguguran berlaku disebabkan oleh gangguan saka. Di dalam situasi demikian, besar kemungkinan jin-jin saka dalam badan isteri menggangu atau merosakan janin-janin di dalam rahim isteri. Oleh itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa salah satu dari sebab mengapa sesetengah pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat adalah disebabkan gangguan saka.
Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah seperti berikut :-
- Sakit anggota badan : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.
- Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
- Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.
- Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
- Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
- Sesak nafas atau mengah
- Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
- Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.
Ini adalah dua tempat “kegemarannya” bila mereka berada di dalam badan kita. Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia. Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.
Diantaranya lagi :
1) Kerap bermimpi menyusukan bayi.
2) Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.
3) Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.
4) Boleh mengubat belajar melalui mimpi.
5) Boleh mengurut belajar melalui mimpi.
6) Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.
7) Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.
8) Nyanyuk ketika usia tua.
9) Panas baran.
10) Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.
11) Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.
12) Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.
13) Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.
14) Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.
Mudah-mudahan ilmu yang dicurahkan ini dapat kita ambil sebagai satu inspirasi untuk perubahan pada masa akan datang.
Wallahu a’lam
Bagaimana nak tahu tanda-tanda saka dalam badan?
StandardAdakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti.
Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya.
Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.
Apakah itu saka?
Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.
Semasa program Wacana Perdana bulan lepas, Ustaz Sharhan Shafie telah menerangkan beberapa tanda-tanda saka dalam badan.
Di antara tanda-tandanya adalah:
1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:
4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.
Apa yang anda perlu buat?
Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.
Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.
Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.
Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.
Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi ‘ala kulli syai in hafeez).
(Kisah Malam Jumaat) Apa itu Saka?
Syaitan amat gembira
apabila ada di kalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan
golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia
sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaksud: “Iblis
berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat,
pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan
maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39).
Secara ringkasnya, Saka adalah jin atau
jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia
lain sama ada secara disedari atau tidak, dan secara kebiasaannya adalah
melibatkan keturunan.
Saka juga adalah antara perbuatan ilmu hitam
yang sudah lama wujud dan diamalkan oleh individu tertentu di dunia ini
termasuk di Malaysia. Pelbagai kesan buruk dan masalah yang akan timbul
pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar dengan menyekutukan Allah iaitu syirik kepada Allah Ta’ala, syirik adalah suatu perbuatan yang termasuk didalam dosa-dosa besar. “Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48).
Antara jenis-jenis saka ialah,
Saka Harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh,
Saka Buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
Saka Ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular
Saka Bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. (Sebenarnya,
jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu
pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan
beredar dan pesakit kelihatan sembuh.).
Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik dan menarik
Saka Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.
- Membawa kepada perlakuan syirik kepada Allah s.w.t. kerana meletakkan pergantungan, perlindungan dan keselamatan diri serta ahli keluarga kepada selain Allah iaitu makhluk halus seperti jin dan syaitan.
- Mengganggu kehidupan dan ketenteraman tuannya atau pembelanya apabila melanggar pantang larang atau tidak lagi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan sebelum ini seperti menyembahkan darah atau melimaukan keris setiap minggu.
- Menjadikan pembela atau tuannya malas kerana pergantungannya kepada makhluk tersebut yang menguruskan segala urusannya.
- Menipu daya tuannya melalui amalan zikir yang perlu dilakukan dalam jumlah tertentu dan waktu tertentu. Bahkan menyebabkan amalan tersebut tidak diterima oleh Allah s.w.t. kerana ia dilakukan atas arahan dan ketaatan tuannya itu kepada makhluk atau saka tersebut.
- Memecah belahkan masyarakat seperti individu yang mempunyai saka bomoh mengubati pesakit dengan menyebutkan pelbagai dakwaan yang kononnya pesakit itu telah terkena “buatan” seseorang itu atau sifulan dikenalinya sehingga menyebabkan berlaku permusuhan antara mereka.
- Mememcah belahkan hubungan keluarga seperti saka tersebut tidak mahu diwarisi oleh waris sehingga berlaku pertelingkahan dan sebagainya.
- Mendatangkan kesan buruk kepada pembela atau tuannya seperti penderitaan ketika hampir mati “nazak” di mana dalam banyak kes disebutkan orang yang membela saka akan menderita kesukaran roh untuk meninggalkan jasad walaupun kadangkala tuannya telah lama sakit akibat tiada pewaris untuk saka tersebut.
Wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan