Jumaat, 25 September 2015

IBADAH HAJI 2015/1436...KREN DAN DI MINA





Mangsa kren jatuh di Masjidil Haram masih trauma

Mangsa kren jatuh di Masjidil Haram masih trauma
Sebahagian besar daripada mangsa yang cedera dalam kejadian berkenaan, ditempatkan di Pusat Perubatan Pakar Al Noor, Mekah
MEKAH: Sebahagian mangsa yang terselamat dalam tragedi kren jatuh di Masjid al-Haram, pada Jumaat lalu, ada yang masih lagi trauma serta terkejut dengan kejadian berkenaan.

Namun, mereka bersyukur kerana terselamat walaupun mengalami kecederaan.

Sebahagian besar daripada mangsa yang cedera dalam kejadian berkenaan, ditempatkan di Pusat Perubatan Pakar Al Noor, Mekah.

Menurut seorang jemaah haji dari Mesir, Ayman Sha'ban, ketika beliau berjalan di kawasan saei berkenaan, berlaku satu letupan yang kuat.

"Saya tidak pasti apa yang berlaku, namun, secara tiba-tiba saya terhumban sejauh 20 meter dan ketika itu, saya melihat banyak mayat bergelimpangan," katanya ketika di sini.

Beliau berharap, pihak berkuasa Arab Saudi akan menyiasat punca kejadian itu.

"Jika kejadian itu berpunca daripada kecuaian, pihak yang bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan.

"Saya tidak boleh bercakap mengenai isu teknikal kerana hanya pakar yang mengetahuinya tetapi secara logiknya, sukar bagi sebuah kren untuk tumbang begitu sahaja walaupun disebabkan angin yang kuat. Mesti ada sesuatu yang tidak kena," ujarnya lagi.


Sementara itu, menurut seorang saksi kejadian dari Mesir, Hasnaa Karam, ketika kejadian itu, beliau sedang berjalan di kawasan saie bersama suaminya.

"Saya hanya empat meter sahaja daripada suami saya ketika kejadian itu berlaku dalam hujan lebat. Suami saya cedera dan tidak boleh bergerak, saya dan beberapa orang lain berada sangat hampir dengannya," katanya di sini.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Perubatan Pakar Al Noor, Dr Salem Baguifer, kesemua pesakit yang dirawatnya sangat trauma dengan kejadian yang tidak diduga itu.

"Mereka mengalami trauma yang sangat teruk. Mereka datang ke Masjid al-Haram untuk beribadat, namun kejadian itu berlaku, sudah pasti mereka trauma, semua orang trauma. Semua keluarga mangsa bimbang mengenai keadaan saudara mara masing-masing," katanya di sini.

Sementara itu, Imam Masjid al-Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais antara orang kenamaan yang melawat mangsa yang tercedera di Pusat Perubatan Pakar Al Noor.
Dalam lawatan itu, Sheikh Abdul Rahman memberi jaminan, pihak berkuasa Arab Saudi akan membantu dan memastikan semua yang tercedera itu dapat menunaikan ibadah haji yang akan bermula tidak lama lagi dengan sempurna.

"Semua pihak perlu reda dengan takdir dan ketentuan Allah. Kita percaya kepada takdir dan nasib. Ribut kuat dan hujan lebat punca kejadian itu," katanya di sini.

Tragedi itu mengorbankan sekurang-kurangnya 107  termasuk empat jemaah dari Malaysia selain turut mencederakan ratusan yang lain. 

107 maut dan 238 cedera kemalangan kren jatuh di Masjidil Haram, Mekah.

Kemalangan kren jatuh di Masjidil Haram, mekah. Seramai 107 orang di sahkan maut dan 238 cedera selepas sebuah kren jatuh akibat ribut pasir di mekah malam tadi. Kren tersebut tumbang ketika jemaah sedang melakukan tawaf di kaabah dan ada jemaah haji berjalan di antara gunung Safa dan Marwah. Banyak gambar yang di kongsikan di media sosial menunjukkan jemaah berlumuran darah dan serpihan daripada bahagian kren terhempas melalui siling.



Tahun lepas, pihak berkuasa saudi telah mengurangkan jumlah jemaah untuk menunaikan haji atas sebab kerja-kerja pembinaan. Pihak arab saudi membesarkan kawasan masjid kepada 400.000 meter persegi (4.3 juta kaki persegi), untuk membolehkan ia menampung sehingga 2.2 juta orang serentak. Gabenor wilayah Mekah, Putera Khalid al-Faisal, telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyiasat punca kemalangan itu. Beliau mengarahkan semua pihak berkuasa yang berkenaan untuk memberi sokongan kepada semua orang-orang cedera.


Pada tahun 2006, lebih daripada 360 jemaah haji meninggal dunia dalam rempuhan di padang pasir di Mina, dekat Mekah. Bagaimanapun, tragedi yang paling teruk adalah pada tahun 1990, apabila seramai 1,426 jemaah haji meninggal dunia dalam kes rempuhan di terowong penjalan kaki yang penuh sesak ketika itu.

Saturday, September 12, 2015

Terkini!!!Video & Gambar Kren Pembinaan Patah Di Kawasan Tawaf, Mekah...

Melalui laporan yang baru diterima, sebuah kren telah runtuh menghempap bangunan yang mana merupakan kawasan tawaf...
Kren tersebut dari lokasi pembinaan di kawasan Mekah..dikhabarkan mangsa kebanyakan dari Pakistan dan Afrika..
Melaui laporan tak rasmi seorang mangsa dari Malaysia telah tercedera..laporan dari kenalan saya yang kini berada di Mekah..sebanyak lingkungan 20 buah ambulan telah dikejarkan ke tempat kejadian..
ARAB NEWS melaporkan lebih dari 62 orang jemaah meninggal dunia..bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada jemaah Malaysia terlibat...
Berikut adalah beberapa keping gambar dan video di lokasi kejadian..sama-sama kita doakan semuanya dalam keadaan terkawal...
Al-Fatihah untuk mangsa...syurga untuk mereka yang dijemput ALLAH SWT dirumahNya...
Sidang Media akan dibuat dalam bila-bila masa saja lagi...


 63  3
Berita terkini punca jemaah haji maut akibat rempuhan manusia di Mina, Mekah pada 24 September 2015. Pada setiap kali musim perayaan Hari Raya Haji, jutaan jemaah akan mengambil peluang sekali seumur hidup untuk melontar batu ke arah jamrah di Mina. Insiden kematian berlaku apabila jutaan jemaah berpusu pusu dan bersesak untuk melontar jamrah di Mina. Kematian adalah disebabkan jemaah terjatuh dan terpijak oleh jemaah lain ketika perarakan menuju ke Jamrah. Difahamkan, seramai 717 jemaah haji maut manakala 863 cedera setakat ini dalam insiden rempuhan manusia yang merebut untuk melontar jamrah di Mina. Untuk info, melontar jamrah di Mina adalah simbolik untuk melontar batu kearah syaitan.
kematian
Punca Jemaah Haji Maut Rempuhan Di Mekah 24.9.2015
Jutaan jemaah haji di Mekah berhimpun di Jamrah Kubra untuk menunaikan rukun haji dengan melakukan aktiviti melontar selepas mereka selesai melontar di Jamrah Sughra dan Jamrah Wusta. Kematian berlaku apabila lebih 4 juta jemaah bersesak dan mati akibat terjatuh dan dipijak oleh jemaah yang lain ketika berarak untuk melontar batu ke arah Jamrah. Difahamkan, sikap jemaah haji yang tidak sabar serta tidak bertolak ansur telah menyebabkan insiden rempuhan manusia ketika jutaan jemaah bergegas menuju jamrah. Untuk info setiap kali upacara melontar Jamrah, pihak keselamatan arab saudi telah mengatur jadual bagi setiap kumpulan jemaah untuk mengelakkan insiden seperti ini. Namun, jadual melontar jamrah yang tidak diendah oleh jemaah haji menyebabkan insiden rempuhan manusia sehingga berlaku kematian.
punca 1 punca 2 punca 3
jamrah
rempuhan 1 rempuhan 2
perjalanan
perjaanan 2
Kenyataan Saksi Insiden Rempuhan Di Mina 24.9.2015
saksi
Fakta Kes Rempuhan Jemaah Di Mina 24 September 2015 (Terkini)
  • Insiden rempuhan manusia berlaku pada jam 11.30 pagi (waktu Arab Saudi) di Mina ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah Haji untuk melontar ke arah Jamrah.
  • Setakat jam 9.23 malam (waktu Malaysia) angka yang terkorban adalah 717 orang dan 863 cedera.
  • Tiada jemaah Malaysia maut setakat ini.
Maksud Melontar Jamrah Ketika Musim Haji 24 September 2015
Umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Mina untuk ibadah melontar jamrah untuk menunaikan rukun islam iaitu menunaikan haji di Mekah. Simbolik melontar batu kecil kearah jamrah adalah tanda umat islam membenci syaitan serta kejahatannya.
jamrah 1
Untuk melengkapkan rukun ibadah haji, kumpulan jemaah perlu berarak untuk melontar batu ke arah 3 Jamrah di Mina sebelum balik ke Mekah.
jamrah 3
Lokasi Insiden Rempuhan Manusia 24 September 2015 Di Mina
Di pintu masuk Jambatan Jamrah berhampiran Jalan 204 yang merupakan laluan utama jemaah haji ke kawasan melontar di Mina.
lokasi
Gambar Jemaah Haji Maut Rempuhan Di Mina 24.9.2015
kes
mati 1 mati 2
mati 3
mati 5
mina 2
mina 3 mina 4 mina 5
Video Insiden Rempuhan Manusia Di Mina 24 September 2015



Angka korban tragedi rempuhan di Mina meningkat kepada 717

MINA: Angka korban tragedi rempuhan di Mina hari ini meningkat kepada 717 jemaah haji dari pelbagai kerakyatan, dengan 863 yang lain cedera. Demikian menurut khidmat pertahanan awam Arab Saudi.
Lebih 200 ambulans dan 4,000 pegawai penyelamat juga dilapor dikerahkan ke tempat kejadian. Stesen televisyen Al-Arabiya menunjukkan satu konvoi ambulans menuju ke kawasan perkhemahan di Mina.
"Usaha sedang dijalankan untuk menyuraikan banjiran jemaah dan membimbing para jemaah ke laluan-laluan alternatif," menurut khidmat pertahanan awam tersebut dalam laman Twitternya.
Pasukan-pasukan pertahanan awam juga sedang menjalankan operasi menyelamat, menyusuli rempuhan yang disebabkan oleh begitu ramai orang bertolak-tolak antara satu sama lain.
Sebelum ini, 453 jemaah dilaporkan terkorban dan 719 cedera dalam rempuhan semasa ibadah haji itu, yang disertai sekitar 2 juta jemaah tahun ini.
Pasukan kecemasan mengusung para mangsa rempuhan yang cedera di Mina. (Gambar: AP)
ANTARA INSIDEN PALING DAHSYAT DALAM HAMPIR SEDEKAD
Rempuhan itu antara insiden paling dahsyat semasa haji yang pernah berlaku di Arab Saudi dalam hampir sedekad. Ia juga tragedi yang kedua pada musim haji tahun ini berikutan kejadian kren runtuh awal bulan ini di Masjidil Haram.
Difahamkan kejadian berlaku ketika para jemaah sedang dalam perjalanan ke kompleks melontar jamrah di Mina, untuk melakukan ibadah melontar jamrah Aqaba pada sekitar 9.00 pagi waktu Saudi.
Rempuhan berlaku di simpang jalan 204 dengan 223, iaitu kawasan kem yang menempatkan kebanyakannya para jemaah dari negara-negara Timur Tengah.
Jenazah mangsa korban rempuhan di Mina dikelilingi jemaah haji dan pasukan penyelamat. (Gambar: AP)
Ibadah haji dahulu dilanda pelbagai tragedi maut termasuk rempuhan, kebakaran di khemah dan rusuhan.
Kejadian rempuhan kali terakhir berlaku pada 2006, apabila 346 jemaah haji terkorban semasa ibadah melontar jamrah. Pada 1990 pula, satu rempuhan yang berlaku dalam sebuah terowong di Mina meragut 1,426 jemaah haji - kebanyakannya dari Asia.
Rempuhan di Mina. (Gambar: Twitter/Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi)
Namun, peningkatan prasarana besar-besaran dan pelaburan besar terhadap teknologi kawalan banjiran jemaah sepanjang dua dekad lalu, mengurangkan kejadian sedemikian.
Para wartawan Reuters di satu lagi kawasan di Mina berkata mereka terdengar siren polis dan ambulans, namun jalan raya menuju ke tempat kejadian disekat untuk mengelak kesesakan.
Gambar-gambar yang dimuat naik di laman Twitter khidmat pertahanan awam Arab Saudi menunjukkan para jemaah diusung oleh para kakitangan kecemasan ke dalam ambulans.
Kejadian tersebut berlaku sedang umat Islam seluruh dunia menyambut Aidiladha. Hari melontar jamrah secara tradisi disifatkan sebagai hari paling berbahaya kerana sejumlah besar jemaah menunaikan haji di lokasi yang sama.
Dua minggu lalu, 109 jemaah terkorban apabila sebuah kren pembinaan tumbang di Masjidil Haram.
- AFP/Reuters/nd

2 ulasan:

PAK JUNAIDI berkata...


SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

RickyJohnston berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.