Selasa, 29 September 2015

BUASIR

Apa itu penyakit buasir ?

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.
rawatan buasir

Jenis – jenis buasir

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran
  • Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
  • Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
Kebiasaan tanda-tanda awal berlaku sewaktu kita meneran ataupun bila memberi tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan merasa sangat sakit kalau nak keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel yang melapisi saluran dubur itu. Jadi, bila ia sudah membengkak, najis nak keluar akan bergesel dengan buasir ni, jadi, memang sakit dan perit yg amat sangat.

Peringkat-peringkat Buasir

Penyakit buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan ;
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but  keluaran HPA dan lain- lain.
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam nie.

Faktor-faktor yang menyebabkan buasir

1. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.
2. Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah;


Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Sila lihat di atas.


Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.


Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.


Tanda-tanda penyakit buasir

1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
2. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.

Ahad, 9 Januari 2011


Petua Merawat Buasir

 APA ITU PENYAKIT BUASIR




As-Salam,Seluruh dunia . Kali ini aku nak memberi info mengenai Buasir. Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :

Buasir Luar. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir Dalam. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.
Sesetengah pesakit mengalami buasir dan luka (anal fissures) manakala sesetengahnya hanyamenderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (sekiranya darah di dalam saluran venus yang membengkak ini menjadi beku), pesakit mungkin akan mengalami pendarahan (tidak kira sama ada buasir dari jenis dalaman atau luaran). Sakit yang dialami oleh penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya menjadi semakin teruk bila adanya irritasi atau pertambahan tekanan (contohnya bila batuk).

Kebiasaan tanda-tanda awal ia sewaktu kita meneran ataupun  korang bagi tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan rasa sangat sakit kalau nk keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel pada melapisi saluran dubur itu. jadi, bila sudah membengkak, tahi nak keluar akan bergesel dengan buasir ni. jadi, memang sakit dan perit yg amat sangat.Buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, korang boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan ;
 
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but  keluaran HPA dan lain- lain. 
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam nie.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BUASIR

1. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.
2. Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah;


Tekanan (pressure)

Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.

Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama


Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Sila lihat di atas.


Sembelit

Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.


Mengandung

Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Simptom-simptom penyakit buasir ini pula ;

1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.

2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.

4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
 5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:

1.  Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.

2.  Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.

3.  Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.

4.  Ketumbuhan pada kawasan dubur.


KOMPLIKASI
Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:
  1. Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
  2. Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene) .
Adakah buasir penyakit keturunan ?

Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.

Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?

Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).


Pencegahan


Pemakanan yang sihat


Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit. 

Pengambilan ubat laxative

Ubat laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan serat yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan teranan yang kuat.


Senaman

Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir. 



BERBAGAI KAEDAH UBATAN DAN RAWATAN UNTUK  BUASIR


 Kaedah rawatan  dengan herba atau tumbuhan   


    Ambil satu perdu (satu pokok,termasuk akar, daun dan buah) pokok belimbing tanah atau belimbing bukit(bukan belimbing buluh) selepas bersihkan rebuskannya sehingga mendidih.
minumlah air tersebut 2 kali sehari.Insya Allah dalam dua hari akan segera sembuh.Air itu juga boleh mengubati darah tinggi, kencing manis,buah pinggang dan lemah jantung. Wallahuaklam.Allah lebih tahu diatas segala-galanya.



Produk penyakit buasir dari HPA dalam bentuk kapsul

Pakej rawatan buasir HPA ini mengandungi 4 produk yang dicadangkan oleh herbalis
HPA berdasarkan konsep ‘sinergi’. Kami tawarkan 3 pakej sebagai  pilihan
berdasarkan kepada kemampuan anda dan juga pakej yang spesifik untuk wanita mengandung.

Produk-produk tersebut adalah seperti di bawah:


1) Makan : Herba Ficus
* Wanita mengandung/menyusu tidak digalakkan mengambil herba ini
 


Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut.  
Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam
produk ini.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ficus Callicarpa
2. Ipomea Reptans


Kelebihan Ficus

*Ficus untuk buasir

Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen(kelat/sepet(ind) 
yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan. Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-
  1. Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.
  2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
  3. Kacau/aduk(ind) dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
  4. Selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.
InsyaAllah , kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.


Cara Makan @ Dos diamalkan:
Amalkan 3 kapsul pada pagi dan 3 kapsul pada malam. Amalkan bersama Teh Herba dan 
sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 33.90
Sabah & Sarawak: RM 35.90
KANDUNGAN: 75 Kapsul 


2) Makan : Spirulina

* Ganti kepada herba ficus untuk wanita mengandung/menyusu



Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang
lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia.

Spirulina banyak mengandungi serat untuk memudahkan proses pembuangan najis.
Hal ini untuk menghindari terjadinya pengerasan pada najis yang boleh menyebabkan sembelit.

Spirulina juga kaya dengan nutrisi dan protein yang sangat diperlukan janin dan ibu yang sedang 
mengandung, serta boleh membantu menjaga stamina dan keadaan tubuh bagi 
keduanya hingga saat kelahiran tiba.

Antara kelebihan spirulina adalah seperti berikut:-

  • Membantu dalam sistem imunisasi tubuh.
  • Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus yang terdapat dalam usus bagi membantu proses pencernaan.
  • Membantu dalam penyembuhan luka luar juga dalaman.
  • Membekalkan zat dan mineral.
  • Membantu mengatasi kelemahan tubuh badan.
  • Sebagai bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak gemarkan sayuran hijau.
Antara zat dan mineral yang terdapat dalam spirulina secara semulajadinya adalah:-
  • Beta Karotin - memperbaiki penglihatan.
  • Vitamin B12 - membantu membentuk sel darah merah.
  • Zat Besi - menguatkan sel darah merah dalam sistem pertahanan badan.
  • Karotenoids – berfungsi sebagai antioksidan.
Cara Makan @ Dos diamalkan:
1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam (baik untuk anak-anak mahupun orang dewasa atau 

lanjut usia).


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 39.90
Sabah & Sarawak: RM 42.90
KANDUNGAN : 60 KAPSUL Spirulina -230mg ( PER KAPSUL )



3) Sapu: Minyak but-but


Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan 
yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya. 

Minyak ini baik untuk buasir dan digunakan dengan
menyapu Minyak But-But pada 
bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus dan Teh Herba.

Antara kelebihan lain Minyak But-But adalah seperti berikut :-

Untuk urutan - Minyak But-But yang bersifat sejuk di luar dan panas di dalam akan meresap 

ke dalam lapisan kulit untuk melegakan sakit sendi dan otot.

Sengatan serangga - Basahi Minyak But-But dengan kapas dan letakkan pada bahagian 

yang terkena sengatan serangga.

Luka-luka kecil - Ambil kapas dan sapukan pada luka. Jika luka akibat terkena air panas dan 

luka akibat terbakar, sapukan Minyak But-But ke bahagian yang menggelembung.

Cirit Birit - Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung perut - Panaskan sedikit minyak dan sapukan pada bahagian perut. Urut perlahan-

lahan secara memutar perlahan-lahan.

Bayi yang sering menangis malam - Sapukan pada bahagian atas kening 

pada setiap malam.

Kanak-kanak kencing malam - Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur.


Sebagai alternatif, satu lagi cara untuk mengecutkan benjolan ialah menggunakan sisa/
hampas teh asiatica/herba. Setiap kali selepas minum teh herba/asiactica, keluarkan sisa/
hampas teh dari uncang dan sapukan pada benjolan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10.50
Sabah & Sarawak: RM 13
KANDUNGAN : 75 ML


4) Minum: Teh herba

* Dalam masa terdekat kami mungkin menggantikan teh herba dengan teh asiatica yang mempunyai fungsi dan harga sama kerana masalah stok teh herba



Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai    
ciri pahit ini mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). 
Teh Herba juga mujarab untuk buasir, melawaskan pembuangan air besar, radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi.

* Setelah pegaga diproses dengan teknologi terkini  dan kini diisi dalam bentuk 
uncang supaya ia mudah dinikmati oleh semua dan rasanya sudah tidak pahit lagi , 
namun begitu khasiatnya masih berkekalan.


Antara khasiat lain yang terdapat di dalam herba pegaga adalah seperti 
berikut :
  1. Menjadikan badan terasa lebih ringan.
  2. Membantu mengurangkan masalah sembelit dan angin.
  3. Membantu melancarkan pembuangan air besar.
  4. Membantu mengurangkan sakit kepala.
  5. Membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.
  6. Membantu menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
  7. Baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
  8. Baik untuk wanita yang menopouse.
Cara Makan @ Dos diamalkan:
Rendamkan 1 uncang teh ke dalam secawan air panas. Minum dua kali sehari.



Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 26
KANDUNGAN : 35 Uncang

Buasir

Apa itu buasir?
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
  1. Buasir dalaman
    Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

  2. Buasir luaran
    Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
Mengapa buasir terjadi?
Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.
Perlukah saya berjumpa dengan doktor?
Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:
  • Berumur 40 tahun ke atas.
  • Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
  • Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
  • Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
  • Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.
Apa yang boleh saya lakukan?
Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:
  1. Elakkan sembelit
    • Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
    • Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
    • Lakukan senaman setiap hari.
    • Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.
  2. Mengurangkan kesakitan
    • Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
    • Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
    • Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
    • Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.
Bila saya perlu pembedahan/prosedur?
Selalunya buasir akan hilang/baik tanpa rawatan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan buasir seperti di atas. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berterusan dan mengganggu anda, dapatkan nasihat doktor.
Pembedahan/prosedur untuk rawatan buasir boleh dilakukan sama ada di klinik atau perlu kemasukan ke hospital:
Prosedur di klinik:
  1. ‘Rubber band ligation’(lihat gambar 2), boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Rawatan ini adalah sangat ringkas dimana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.
  2. 'sclerotherapy’ di mana sejenis cecar contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
Prosedur rawatan di hospital:
  1. ‘Hemorrhoidectomy’ di mana pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit yang menjalni prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
  2. ‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’ di mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
  3. ‘stappler hemmorhoidectomy’ merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
Bolehkah masalah buasir ini berulang?
Ya, buasir boleh berulang walaupun pembedahan telah dilakukan. Oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengelakkan sembelit,tidak meneran semasa membuang air besar dan menggelakkan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan buasir seperti yang dibincangkan di atas.
Buasir bagi wanita mengandung
Buasir semasa mengandung sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir dikalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. In mungkin akan mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.
Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis/Penterjemah : Dr. Naemah Shariffuddin
Akreditor : Dr. Fitjerald Henry
Penyemak : Dr. Heselynn Hussein
Penyakit buasir: Apa yang anda patut tahu
 

Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.



Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.

BAGAIMANA BUASIR TERJADI

Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.

Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

Terdapat 4 tahap Buasir


TAHAP 1 – Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.


TAHAP 2 – Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan dan akan masuk balik ke dubur.



TAHAP 3 – Sama seperti tahap 2, tetapi, bengkak tersebut tidak dapat masuk secara sendiri. Dengan kata lain, terpaksa tolak ke dalam dengan menggunakan tangan sendiri.


TAHAP 4 – Bengkak akan berada di luar dubur, darah pekat keluar, terasa sakit atau pedih. Perlu mendapat rawatan buasir segera.




Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.



Adakah perkara-perkara berikut menjadi impian dan apa yang anda inginkan dalam usaha anda menghapuskan sama-sekali penyakit buasir anda …


  • Menyembuhkan dan menghilangkan terus penyakit buasir dalam hidup anda dengan selamat tanpa sebarang kesan sampingan serta tanpa pembedahan.
  • Mengetahui cara-cara dan langkah-langkah yang tepat perlu diambil untuk memulihkan masalah buasir yang anda hadapi
  • Anda bebas untuk makan apa sahaja setiap hari kerana penyakit buasir anda telahpun berjaya disembuhkan. Anda tahu bahawa pemakanan adalah salah-satu faktor utama punca penyakit buasir ini terjadi ke atas diri anda. Oleh itu, anda perlu bijak mengawal pemakanan anda.
  • Tidak lagi rasa pedih, sakit dan sengsara ketika anda buang air besaAnda tidak ingin lagi tiap kali anda ke tandas, ianya bagaikan menjadi suatu pengalaman pahit dan ngeri untuk anda.
  • Merasa diri lebih yakin seperti sebelum anda menghidap buasir. Anda dah tak perlu berasa malu-malu ketika berhadapan dengan orang-orang tersayang anda atau sesiapa pun.




Selain dari rawatan moden yang mungkin melibatkan pembedahan seperti PPH, kaedah rawatan alternatif secara tradisional mungkin menjadi pilihan anda.

 

  

  Produk tradisional rawatan buasir sejak tahun 1989


Syukur Alhamdullillah ramai yang telah sembuh sepenuhnya setelah mengamalkan penawar herba buasir ini.



Berbanding produk lain yang ada dipasaran, Produk NOMORERHOIDS ini tidak memerlukan anda menyapu ke bahagian yang terkena buasir. Kami merumuskan ramuan-ramuan tradisi amalan nenek moyang kita ke pek yang mudah untuk digunakan.Ianya mudah untuk diminum terus.

Kaedah Menggunakan Produk Penawar Buasir (NomoreRhoids)




Demi menjamin keselamatan pengguna produk tradisional ini, pihak pengeluar telah membuat kajian makmal di Kbio Corp (Kedah Bioresources Corporation). 
Pihak Kbio Corp telah mengesahkan produk tradisional ini selamat utk digunakan. Di bawah adalah sijil produk keluaran CRBI Enterprise yang disahkan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan pengguna.
LAPORAN ANALISIS NUTRISI


LAPORAN ANALISIS KANDUNGAN LOGAM BERAT




UJIAN MAKMAL UNTUK MENGUJI KEHADIRAN BAKTERIA BERBAHAYA

Tiada ulasan: