Jumaat, 16 Mei 2014

SAMPAI BILA KITA NAK TONGKAT DUNIA....SAMPAI BILA KITA BOLEH BERFIKIR....BILA DAH NYANYUK MENGUNDANG ABIS CERITA...MATI...MAKA TIMBUL CITER ALAM KUBUR PASTU CITER KITA DIPANDANG MAHSYAR

Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu

http://agendsai.blogspot.com | .
Khamis, Mei 15, 2014
(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Terserlah ketakutan Mahathir
Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.

Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.

Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini.

Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.
Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.

Guruku bukan penceroboh

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff | .
Assalamualaikum.
Saudara Penuduh bahawa Bangsa Cina Penceroboh.
Bayangkan saudara seorang guru beragama Islam berbangsa Melayu. Sekolah pertama saudara ditugaskan katakan sebuah sekolah aliran Cina. Atau sebuah sekolah aliran Tamil. Atau apa jua aliran asalkan bukan sekolah Melayu. Asalkan yang saudara bakal didik nanti bukan orang Islam.
Bayangkan pula sekolah pertama itu bukan sekadar sekolah pertama saudara ditugaskan. Bayangkan sekolah itu juga sekolah terakhir saudara. Bukan kerana saudara mati awal. Tetapi entah bagaimana sedar-sedar saudara sudah berkhidmat di sana sampai pencen. Ya, dari saat saudara pernah menjadi seorang jejaka yang bagak sehingga gigi saudara kini merongak. Rambut dahulu hitam berkilat kini menjadi putih yang amat.
Apa perasaan saudara rasa-rasanya?
Adakah saudara rasa tersiksa? Rasa terkilan? Terasa bahawa saudara tidak berbakti pada leluhur saudara sendiri?
Kalau saudara ada rasa begitu, demi Allah, saudara harus rasa malu pada Tan Gim Hoe.
Siapa dia?

TAN GIM HOE PENCEROBOH?
Saudara tanyalah Suhaimi Sulaiman, Rafizi Ramli, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz hatta Nik Nazmi - siapa Tan Gim Hoe.
Mr. Tan Gim Hoe.
Seorang guru matematik tambahan bagi semua tokoh nasional itu. Juga guru saya. Guru pelajar-pelajar Melayu Islam Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sejak Mr. Tan menjejak kakinya ke ranah Kuala Kangsar, berkhidmat di sekolah pertamanya itu mulai tahun 1972 hingga bersara sekitar tahun 2006.
Ya, dia seorang Cina. Seorang Buddha. MCKK sekolah pertamanya. MCKK jugalah sekolah terakhirnya. Ini bermakna, tidak ada seorang pun anak didik rasminya bukan Melayu. Tidak ada seorang pun bukan Islam. Bahkan semuanya Melayu Islam.
Hampir setiap hari akan ada kertas soalan beserta jawapan di belakang, tulisan tangannya sendiri. Dia pergi ke bilik cerok berhabuk itu untuk fotostat. Kemudian, dengan peluh masih belum diseka, dia terlebih dahulu mengedarkan kertas-kertas itu kepada bakal calon-calon SPM. Kalau ada tiga jalan kira jawapan bagi satu soalan, maka tiga jalan kiralah dia tulis. Dan kami, pelajar-pelajar MCKK tidak dinafikan rata-rata malas untuk mengulangkaji gunungan kertas latihan Matematik Tambahan itu.
Tetapi Mr Tan Gim Hoe seakan mustahil untuk tidak rajin - sabar dengan karenah kami, seakan keletihan tiada dalam kamus kehidupannya.
Maka, atas segala cerita saya tentang sosok ini, adakah Mr Tan, seorang guru Cina, seorang penceroboh?
Benarlah, Tan Gim Hoe bukan seorang penceroboh.

HENG GAIK PENG, MR & MRS TAN JUGA PENCEROBOH?
Di Sekolah Kebangsaan Juara Cherok To'kun, Guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina saya, Miss Heng Gaik Peng, pernah berkata dengan penuh bangga di hadapan para muridnya :
“Dear students, this is my student, Za'im. He was just like you. Yesterday, he couldn't speak English that well but today, he sounds like a white man. He was a student like you but he will always be my student."
Seorang guru cina memberikan inspirasi kepada anak-anak didik Melayunya dengan menggunakan contoh seorang anak didik Melayunya juga.
Seorang penceroboh tidak akan pernah terlintas untuk melakukan sesuatu yang indah sebegini. Seorang penceroboh sepatutnya merobohkan motivasi anak-anak musuhnya.
Benarlah, Heng Gaik Peng bukan seorang penceroboh.
Saya jadi teringat pula pada sosok Mr Tan Taman Bukit Indah, guru kelas tambahan saya selama enam tahun yang bertanggungjawab menyebabkan saya menggondol 5A dalam UPSR –
"You makan coklat ini, jangan makan coklat tu. Itu coklat sudah buat sembahyang".
Seorang guru cina begitu beradab menjaga sensitiviti agama, halal haram makanan anak murid Melayunya meski tanpa kehadiran ibu bapa murid berkenaan juga adalah mustahil seorang penceroboh.
Benarlah, Mr dan Mrs Tan Taman Bukit Indah itu bukan seorang penceroboh.

APA SEBENARNYA HENDAK DISEBUT?
Apa yang sebenarnya hendak saya sebut? Saya tidak mahu panjang-panjangkan. Cukuplah saya petik kembali kata-kata rakan kami, Mud Luthfi, vlogger yang terkenal itu.
Kalau saudara tidak gembira dengan DAP. Cakap terang-terang, saudara tidak gembira dengan DAP. 
Hakikatnya, tidak semua orang suka DAP. Malah, dalam kalangan Pakatan Rakyat juga, ada juga yang tidak gembira dengan DAP. Malah, tidak semua Cina undi DAP – dan saya kira, saudara sedar akan hal itu. Semua orang ada hak untuk tidak bersetuju dengan sesuatu, termasuk juga saudara (ISMA mungkin salah satu contoh).
Tetapi untuk saudara pukul rata semua dalam kalangan Bangsa Cina itu sebagai penceroboh, adakah ia sesuatu yang perlu dan bijaksana untuk mengatakan sedemikian. Kalau pun kenyataan itu benar (kerana ia bergantung kepada tafsiran naratif sejarah yang mana yang saudara imani), apa perlu hal itu ditonjolkan? 
Saudara tidak akan berkata bahawa Allah itu Tuhan bagi khinzir sekalipun ia benar bukan? Ini soal adab.
Setiap perkara ada tempatnya.
Bangsa Cina – mereka itu antara kalangan guru-guru kita, rakan-rakan sekelas kita, mereka itu apek yang jual ‘sulat khaba lama’, ada juga yang jual ‘tilam tilam tilam’, juga Datuk Lee Chong Wei dan ada juga sudah menjadi saudara seakidah kita bagi yang memeluk agama Islam.
Lantaran itu, saudara tidak boleh sewenang-wenangnya mengazetkan, hanya kerana mereka itu Cina, maka mereka itu wajib DAP.
Saudara, pastikan saudara jelas dengan siapa saudara tidak setuju dan atas dasar apa saudara tidak setuju. Hal ini insyaAllah akan selamatkan saudara daripada kelihatan naïf, ataupun ‘grandiose’ mahupun daripada Akta Hasutan (masih ada lagi akta ini?).
Itu kata Mud Luthfi dengan beberapa editan. Dan saya bersama dengannya dalam hal ini. 

SERU BERHIKMAH
Masalah “Cina Penceroboh” dan “Muslimat Demo Pelacur” itu punya satu titik temu. Masalah seruan. Apa yang ditutur dari benturan mulut. Bahasa yang diguna. Gelar-gelar apa yang dipakai.
Saya masih ingat tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Kata Tuan Guru, Nabi Muhammad tidak memanggil orang yang berhijrah ke Makkah sebagai Makkiyyun (orang-orang Makkah) atau yang membantu orang Makkah itu sebagai Ahlul Madinah (orang-orang Madinah).
Tetapi baginda memanggil dengan panggilan yang begitu mesra, Muhaajirin (orang-orang yang berhijrah) dan Ansar (orang-orang yang menolong). Semuanya, bagi mengalihkan pandangan manusia daripada memanggil sesuatu atas dasar ras dan kesukuan melampau kepada panggilan yang menghargai jasa dan bakti melalui perbuatan yang digerakkan tangan dan kaki.
Di sinilah mustahaknya rukun uslub (pendekatan) itu secara jujur difahami dan dilaksanakan dalam empat rukun dakwah selain daie (penyeru), mad’u (penerima seruan) dan maudu’ (subjek seruan). Termasuk dalam rukun uslub itu ialah sejauh mana berkesannya gelaran kita, panggilan dan seruan kita bagi mereka yang kita target sebagai penerima seruan.
Oh, saudara tentunya lebih arif kerana telah memegang pelbagai ijazah syariah. Namun, cukuplah saya mengingatkan bahawa Junta Burma bunuh Muslim Rohingya atas dasar 'sejarah' dan istilah 'pendatang'. Dan adalah ironi andai mulut kita marah pada Junta Burma sedangkan kaki dan tangan kira sedang menuruti langkah mereka.
Akhirnya, bersempena program Hujung Minggu Pelajar Tua MCKK hujung minggu ini di samping Hari Guru 16 Mei tidak lama lagi, saya kira rata-rata anak didik Mr Tan dengan bangganya akan mengatakan – 
Saudara, Tan Gim Hoe itu guru kami. 
Dan Tan Gim Hoe bukan seorang penceroboh.
Terima kasih, Saudara Sang Penuduh bahawa Bangsa Cina Penceroboh - kerana saudara, saya terkenang guru-guru saya semula. Ia amat berharga dan terlalu bernilai untuk diingati. 
Selamat Hari Guru kepada semua guru tanpa mengira siapa pun anda!
Muhammad Za'im Mohamad Yusoff
Pinggiran Subang Jaya, Selangor
- HARAKAHDAILY, 11/5/2014
Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.

Shaiful Idlan dalam kenangan

http://gayapeneroka.blogspot.com | .
Khamis, Mei 15, 2014

Putera Semantan

DIA BAGAIKAN MENGHIDU IZRAEL SUDAH MENGHAMPIRINYA

Pagi semalam PAS kehilangan seorang pejuang mudanya apabila Shaifullah Idlan, 23, meninggal dunia kemalangan berhampiran jambatan Temerloh tatkala dalam perjalanan ke tempat praktikal kerjanya. Pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaysia Pahang itu adalah anak sulung kepada mantan Pengerusi PASTI negeri Pahang, Cikgu Roslan. Namun yang sadisnya, beberapa jam sebelum beliau dijemput menghadap Allah, Allahyarham sempat mengabadikan gambaran gelodak akhir jiwanya, dalam whatsapp hanfonnya seperti ini:

Harapan itu fitrah manusiawi . Harapan datang bila kehendak itu cuba didapat . Andai harapan itu dicapai, bertiuplah angin tenang melega jiwa gembira bahkan boleh jadi megah berbangga . Harapan itulah ukuran agaknya lelah amalan, takdirnya agar perjuangan itu diterima .
Antonimnya, ombak pilu pula datang menghempas . Boleh jadi ombak menggila beserta badai mungkin . Itulah persis, maka akan gundah resah bahkan perit derita, lagi2 jika hajat itu adalah makin tinggi melangit .
Maka, disinilah titik cantuman kita kembali kepada Tuhan . Berharap pada yang belum pasti, sandarannya sejauh mana usaha kita untuk peroleh itu . Berbahagialah pada yang berusaha, andai tidak didapat, itulah pahit manis berjuang . Pusarkan harapan itu pada Tuhan, moga ada balasan pada masa mendatang .
Moga kau menemuinya . Berharaplah, pada Allah .

Gambar ini diambil ketika beliau turun menyertai bantahan GST di ibu Negara baru-baru ini. Beliau disemadikan di Kg Jengka Batu 13 Chenor.

Misteri MH370: Iktibar buat kita

NUR HIDAYAH MD ESA | .
SETELAH sekian lama, jejak kehilangan MH370 masih lagi tidak dijumpai, ia memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, Islam mengajar kita mengembalikan segala masalah kepada petunjuk al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah: “Jika kamu berselisih tentang sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (Surah An-nisa’ : ayat 59)

Jika ada yang mengatakan al-Quran dan as-Sunah tidak relevan lagi pada hari ini, perkataan itu boleh membawa kepada kekufuran. Justeru, Allah telah menguji negara, pemimpin dan rakyat dengan kejadian kehilangan pesawat MH370. Ternyata ini adalah suatu peringatan yang harus diambil berat oleh semua insan. Musibah ini adalah suatu isu yang melibatkan keselamatan dan nyawa yang sepatutnya kita kembalikan kepada Allah dan Rasul. Akhlak Mukmin yang seharusnya ada dalam diri setiap individu apabila berhadapan dengan ujian besar antaranya:-

1. Sebarkan Berita
Perkara pertama yang harus dilihat dan diteliti dalam isu ini menyerahkan kepada agama dan pemimpin. Merekalah yang merupakan paksi utama dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikannya. Adapun teori atau spekulasi akan menjurus kepada percanggahan kebenaran. Oleh itu, sebagai orang yang beriman kita seharusnya kembali kepada mesej yang Allah sampaikan untuk mententeramkan keadaan.

Sepertimana Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 83 mafhumnya “Dan apabila datang kepada mereka berita tentang keamanan ataupun ketakutan mereka lalu menyebarkannya dan mereka menyerahkan kepada Rasul dan Ulil-Amri (pemerintah) antara mereka, tentulah orang yang ingin mengetahui kebenaran akan dapat mengetahui kefahaman dari mereka (Rasul dan Ulil-Amri)….”

Jadi sebagai orang Islam, Allah mengajar kita agar berita tentang keamanan dan ketakutan jangan sekali kita segera sebarkan akan tetapi sebaliknya kembalikanlah kepada orang yang berautoriti untuk mengulas tentangnya.

2. Berfikir sebelum berbicara
Firman Allah SWT, “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra’: ayat 36) Dalam al-Quran Allah mengatakan tidak layak bagi sesiapa yang tidak memiliki ilmu untuk mengulas apatah lagi menyebarkan berita yang dia tiada ilmu mengenainya.

Oleh itu, kita perlu sedar setiap berita atau teori yang kita sebarkan itu akan dicatat oleh malaikat dan kelak akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita. Sayang sekali, pengamal media sosial yang menjadikan internet sebagai rujukan utama segala maklumat tanpa mereka menyelidik fakta yang sebenar dan daripada sumber yang lebih pasti.

3. Elakkan perselisihan terima dengan redha
Tragedi ini juga menunjukkan kepada kita walau hebat bagaimana sekalipun mesin ciptaan manusia. Ia masih terlalu lemah dan sama sekali tidak dapat menandingi ilmu dan kekuasaan Allah. Pada saat manusia keliru dan tertanya-tanya apa yang terjadi dan ke mana hilangnya pesawat tersebut. Pada saat manusia telah mengerahkan secanggih-canggih alat ciptaan mereka namun masih gagal. Pada masa itu Allah mengetahui kepada-Nya kita memohon petunjuk.

Oleh itu, ayuh kita mempertingkatkan munajat kita kepada Allah dengan cara yang pertama, sabar dan redha atas ketentuannya. Kedua, teruskan usaha kita untuk mencari sama ada daripada aspek fizikal, mental serta rohani. Ketiga, letakkanlah setinggi-tinggi pengharapan kepada Allah agar segera kita menjumpai penunjuk dan hakikat kebenarannya yang tersembunyi agar dipermudahkan segala urusan dalam menjayakan operasi mencarinya.

Elakkanlah perselisihan dan perpecahan. Pada saat inilah kita seharusnya berusaha memupuk perpaduan dan menyokong usaha yang dilakukan agar segalanya dapat diselesaikan. Sabda Nabi SAW “Seorang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amatlah disarankan kepada kita yang bergelar Muslim agar sentiasa mengawal tindak-tanduk terhadap setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri agar tidak tersasar daripada landasan al-Quran dan as- Sunnah yang didasari kita. Oleh itu, ayuh mantapkan kekuatan fizikal, mental dan emosi agar dapat menghadapi setiap ujian dengan penuh kesabaran.

Selepas Mat Said dijinakkan, mudah Najib tukar MB lain

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Drama politik di Terengganu yang pada awalnya dijangka akan menjadi sebuah telenovela panjang yang ada babak menangis, ketawa, merajuk, gembira, dendam dan sebagainya, akhirnya hanyalah menjadi sebuah cerita pendek yang paling tidak menarik.

Datuk Seri Ahmad Said yang pada mulanya dianggap bengkeng dan gedebe, terkulai hanya tidak sampai 48 jam selepas mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas, tulis Shahbudin di dalam blognya.

Menurutnya, sebelum pengguguran Ahmad menjadi isu, turut dikaitkan sama ialah pertukaran beberapa pemimpin negeri lain seperti Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.

Baginya, dengan menggugurkan Ahmad dan kemudian dapat menjinakkannya, Najib kini tentulah dapat menarik nafas lega untuk melakukan perubahan yang seterusnya.

Sambil membayangkan Adnan Yaakob, Zambry dan Mohamad Hassan bukanlah seorang gedebe, keras kepala dan lebih mudah akur saja jika diarahkan berhenti, hasrat Najib mahu mewujudkan beberapa kerajaan negeri yang "benar-benar putih bersih" serta tiada cacat cela di pandangan rakyat pastilah menjadi lebih mudah selepas ini.

Baca lagi

Pemilihan PKR: Tarikh baru untuk cabang bermasalah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR akan mengeluarkan tarikh baru kepada semua cabang bermasalah yang diarah untuk membuat pemilihan semula.

Pengerusinya Datuk Johari Abdul berkata, mesyuarat biro politik parti itu semalam bersetuju memberi ruang yang lebih kepada cabang-cabang terbabit untuk membuat persiapan.

Menurutnya, ia termasuk persiapan logistik, mengenalpasti premis tempat pemilihan yang lebih kondusif, serta penyediaan jumlah pengawas dan petugas yang lebih ramai bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan lebih lancar.

"Tumpuan dan penelitian yang lebih juga akan diberikan kepada cabang-cabang yang mempunyai jumlah anggota yang ramai," katanya dalam satu kenyataan.

"Untuk itu, JPP akan mengeluarkan satu tarikh baru untuk semua pemilihan semula yang melibatkan Cabang-Cabang di Sabah, Sarawak dan Semenanjung," ujarnya lagi sambil berharap ianya dilaksanakan dalam kadar yang munasabah. - HARAKAHDAILY 15/5/2014

Paras enam empangan di S'gor terus meningkat

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Paras takungan enam empangan di Selangor terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh seminggu ekoran hujan yang berlaku, kata Exco Belia dan Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Menurutnya, empangan Sungai Selangor semalam pada paras 41.52 peratus dengan isipadu 95.50 juta meter padu.

“Takungan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.46 peratus berbanding minggu lepas yang sekadar mencatatkan 94.45 juta meter padu bersamaan 41.06 peratus.

“Pada ketika ini, hanya pengepaman air sungai ke dalam kolam sedang beroperasi berikutan lebihan aliran sungai yang diterima setiap hari hasil daripada kadar hujan yang tinggi,” katanya semalam yang dipetik Selangorkini.

Beliau menjelaskan, pengepaman air daripada kolam di Bestari Jaya ke dalam Sungai Selangor dilakukan bermula pada 26 Februari sehingga 6 April 2014 yang lepas.

Ini dilakukan ketika aliran rendah di sungai dan mesin pengepaman hanya beroperasi bermula jam 8 malam sehingga jam 8 pagi.

Sementara itu, Empangan Batu mencatat peningkatan tertinggi sebanyak 2.48 peratus apabila mencatatkan 26.73 juta meter padu (83.61 peratus) berbanding minggu lepas, 25.94 juta meter padu (81.13 peratus).

Empangan Langat pula meningkat kepada 19.39 juta meter padu (56.86 peratus) berbanding 18.91 juta meter padu (55.45 peratus) pada minggu lepas.

Dalam tempoh sama, Empangan Klang Gates mencatat bacaan takungan terkini 15.88 juta meter padu (62.67 peratus), Empangan Semenyih, 46.49 juta meter padu (78.70 peratus), Empangan Sungai TInggi, 77.77 juta meter padu (67.92 peratus) manakala Empangan Tasik Subang kekal pada paras 3.59 juta meter padu (85.38 peratus). - HARAKAHDAILY 15/5/2014

Bantah TPPA sokong tindakan pelajar UM

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bantah TPPA menyokong tiga pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib dari Universiti Malaya (UM) untuk tindakan mereka memegang papan tanda "TIADA TPPA" semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama baru-baru ini.

Hal Ehwal Pelajar universiti itu hari ini mengarahkan ketiga-tiga mereka untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab.

"Pertama sekali, Bantah TPPA ingin menyatakan rasa kagum kami terhadap pelajar tersebut yang maklum bahawa Obama sebenarnya adalah penganjur utama Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sedang dirundingkan," ujar Bantah TPPA dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.

Bantah TPPA ingin menyuarakan sokongan kami kepada tiga orang pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib dari Universiti Malaya (UM) untuk tindakan mereka memegang papan tanda "TIADA TPPA" semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama baru-baru ini.

Ketiga-tiga pelajar berikut adalah Naib Presiden Majlis Pelajar UM Lee Jin Yang, Setiausaha Fahmi Zainol dan Timbalan Setiausaha Leong Yu Sheng.

Hal Ehwal Pelajar universiti itu hari ini mengarahkan ketiga-tiga mereka untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab.

Pertama sekali, Bantah TPPA ingin menyatakan rasa kagum kami terhadap pelajar tersebut yang maklum bahawa Obama sebenarnya adalah penganjur utama Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sedang dirundingkan.

Kami menghargai usaha mereka yang bertindak sedemikian demi menyebar mesej yang lebih luas ke mata dunia, dengan menunjukkan wujudnya tentangan terhadap perjanjian ini di kalangan belia, terutamanya dari institusi pendidikan tinggi terkenal Malaysia.

Dan setelah kami menyaksikan sesi soal jawab dengan Presiden Obama, kenyataan yang keluar dari pelajar-pelajar ini adalah yang paling bernas dan berintelek setakat ini.

Walaupun TPPA terus berlarutan dalam peringkat rundingan dan dijadualkan hanya akan selesai sebelum akhir tempoh penggal pentadbiran Obama, kesannya akan terus dirasai secara jangka panjang bukan sahaja oleh mereka yang memimpin hari ini tetapi juga bakal pemimpin masa depan, khususnya mereka yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi hari ini.

Pelajar-pelajar universiti perlu tahu bahawa TPPA bakal memberi kesan kepada mereka sekiranya 12 negara perjanjian ini meluluskannya disebabkan peruntukan yang dianggap perlu dimasukkan Amerika Syarikat.

Hak milik intelek akan menjadikan buku-buku teks lebih mahal dan kemungkinan tanpa akses, kebebasan internet akan menjadi terhad dan kos sara hidup yang terus meningkat diburukkan lagi dengan kos perubatan dan rawatan yang lebih tinggi.

Tambahan, apa sahaja hutang terakru oleh kerajaan akan diturunkan kepada generasi seterusnya. Ini satu kemungkinan besar sekiranya kerajaan kita meluluskan TPPA dan terlibat dalam penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS) yang boleh membawa keluar berbilion-bilion ringgit daripada simpanan negara.

Ini kemudiannya akan meninggalkan generasi akan datang sebagai pelapis pembayar hutang.

Oleh itu, kami terkejut apabila mendapat tahu universiti sedang mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga pelajar ini.

Di peringkat antarabangsa, protes terhadap TPPA bukan sahaja di kalangan mereka di Australia, New Zealand dan Jepun, tetapi juga rakyat Amerika Syarikat sendiri. Juga diketengahkan, Presiden Obama sendiri menyatakan beliau sendiri menghadapi masa yang sukar dengan parti politik Demokrat yang berbeza pandangan.

Turut membantah dari pihak Obama adalah Wakil Perdagangan AS Michael Froman yang semasa memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kewangan Senat AS juga menghadapi bantahan "Pinocchio" yang diakui pengerusi jawatankuasa sebagai hak kebebasan bersuara.

 Jika Presiden Amerika Syarikat sendiri – seorang pemimpin dunia bebas - boleh menerima tentangan dan pendapat berbeza dari pihak beliau sendiri serta menyatakan beliau tidak peduli dengan bantahan yang berlaku di UM itu, mengapa Universiti Malaya memperlihatkan diri mereka sebagai terikat untuk menghukum mereka yang hanya ingin membuat kenyataan demi kebaikan Malaysia?

Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti mengatakan arahan surat tunjuk sebab adalah prosedur setiap kali pelajar bertindak menjejaskan nama baik universiti.

Pada pandangan kami pelajar tersebut tidak mencemar nama baik UM, sebaliknya menunjukkan sikap terbuka yang matang dalam membincangkan isu-isu antarabangsa yang akan memberi kesan terhadap negara.

Bantah TPPA menggesa Bahagian Hal Ehwal Pelajar mempertimbangkan semula teguran yang dibuat terhadap tiga pelajar berkenaan yang mewakili majoriti senyap rakyat Malaysia yang lebih besar dan semakin sedar kesan impak TPPA terhadap generasi akan datang.

Apa yang kami mahukan bukanlah untuk meminta semua pelajar menentang pelaksanaan dan rundingan TPPA, tetapi menyaran institusi pengajian tinggi yang tersohor seperti Universiti Malaya untuk menggalakkan perbincangan intelektual secara lebih terbuka


JUST SHARING

Umar Tilmisani, Mujahid Dakwah yang Zuhud dan Rendah Hati

Umar Tilmisani
Nama lengkap beliau adalah Umar Abdul Fattah bin Abdul Qadir Musthafa Tilmisani. Beliau adalah Mursyid ‘Aam Ikhwanul Muslimin setelah meninggalnya Mursyid ke dua, Ustadz Hasan al-Hudhaibi pada bulan November 1973.
Beliau lahir di kota Kairo pada tahun 1322 Hijriah, atau 1904 Masehi, di Jl. Hausy Qadim di Al-Ghauriah. Asal-usul keluarga beliau dari wilayah Tilmisani di al-Jazaair. Pada masa penjajahan Perancis (1830), kakek ayah beliau meninggalkan Aljazair menuju Kairo Mesir. Kemudian keluarganya berpindah ke Syabin Al-Qanathir di Qalyubiyah.
Keluarga
Kakek dan ayah Umar Tilmisani bekerja sebagai pedagang pakaian dan batu mulia. Oleh karena itu hidupnya terbilang berkecukupan.
Rumah tinggalnya sewaktu kecil disebut sarayah (istana), di dalamnya terdapat 4 orang pembantu, ruang masak, kereta kuda, kandang ternak (banteng, kijang, sapi, kerbau, onta, keledai). Istana tersebut dikelilingi tanah perkebunan (jeruk, pier, mangga, anggur, korma, pisang, apel, lemon, dan kenari) seluas 2,5 ha.
Kakeknya adalah seorang salafi yang banyak mencetak buku-buku karya Ustadz Muhammad bin Abdul Wahab. Kakeknya mendapat gelar Pasha pada masa Sultan Abdul Hamid. Kakeknya itu terkenal pula sebagai dermawan, pada musim haji beliau biasa mengumpulkan orang-orang yang kekurangan biaya untuk pulang ke kampungnya, yaitu ke Asia Selatan dan Indonesia. Selain itu ia memiliki kebiasaan menjamu seluruh petani dengan hidangan daging yang dibelinya.
Pendidikan dan Pekerjaannya
Kecintaan Umar Tilmisani pada kajian ilmu-ilmu agama berawal dari kebiasaan kakeknya mengundang para ulama di kompleks perumahannya untuk mengadakan diskusi ilmiah. Disitulah beliau mulai senang mengunjungi perpustakaan Sayyid Ali, perpustakaan kampung yang dikelola almarhum Syaikh Abdul Aziz al-Qalmawi dan Syaikh Ahmad Rifa’i.
Pada usia 10 tahun, ia sudah beminat membaca surat kabar al-Maqtham, yang saat itu sering memberitakan peristiwa perang dunia I.
Ustadz Umar Tilmisani pada awalnya memiliki minat pada bidang seni dan sastra, beliau awalnya senang membaca buku-buku sastra, pernah mencoba membuat syair, bahkan sempat mempelajari dansa ala Eropa (danset, volks strauss, Charlie Stone), musik, dan juga gitar; tapi semua itu ditinggalkannya, kemudian ia lebih serius membaca buku-buku agama seperti: Tafsir Az-Zamakhsyari, Ibnu Katsir, Qurthubi, dan Sirah Ibnu Hisyam. Beliau juga membaca kitab Usud al-Ghabah, ath-Thabaqat al-Kubra, Nahj al-Balaghah, al-Amali, al-Iqd al-Farid, serta Shahih Bukhari dan Muslim.
Ustadz Umar Tilmisani belajar di Sekolah Ibtidaiyyah Jam’iyyah Khaeriyah, lalu melanjutkan di Sekolah Tsanawiyah al-Hilmiyah. Beliau termasuk siswa berprestasi, tidak pernah di bawah rangking ketiga. Ia menikah dini, yakni saat masih duduk di Sekolah Tsanawiyah Negeri, dan Istrinya wafat pada bulan Agustus 1979 setelah hidup bersamanya lebih dari setengah abad. Mereka dikarunia empat orang anak.
Beliau kuliah di Fakultas Hukum. Saat di bangku kuliah inilah ia tertarik dengan dunia politik dan sempat bergabung dengan Partai Wafd. Setelah menyelesaikan pendidikannya pada tahun 1933, beliau kemudian menyewa sebuah kantor advokat di Jl. Syabiin al-Qanathir.
Bergabung dengan Ikhwan
Ustadz Umar Tilmisani bergabung dengan Ikhwan pada 1933. Kisah bergabungnya beliau dengan Jama’ah Ikhwan berawal dari kunjungan dua orang pemuda Ikhwan ke rumahnya, yakni ‘Izzah Muhammad (karyawan pejagalan) dan Muhammad Abdul ‘Aal (pegawai jawatan kereta api di daerah Abu Za’bal. Mereka berdua mengajak Umar untuk bekerja dalam dakwah karena kaum muslimin banyak yang jauh dari agamanya. Kekuasaan mereka hancur dan tidak lagi memiliki harga di mata bangsa-bangsa lain.
Setelah kunjungan tersebut Umar Tilmisani kemudian menemui Hasan Al-Banna yang saat itu tinggal di al-Khiyamah, kawasan Fathimiyah, Kairo. Beliau kemudian menyatakan diri bergabung dengan jama’ah Ikhwanul Muslimin.
Dari Penjara ke Penjara
Beliau mendekam di balik penjara lebih dari 17 tahun. Bermula pada tahun 1948 (1368H),[1] kemudian tahun 1954 (1373H),[2] lalu pada tahun 1981 (1402 H).[3] Dan tak ada yang bertambah dalam dirinya saat menghadapi seluruh ujian dan cobaan itu kecuali kesabaran dan ketegaran.
Beliau pernah menyampaikan surat terbuka kepada presiden Republik Mesir, juga disebarluaskan oleh harian asy-Sya’b al-Qahiriyah, tertanggal 14/3/1986, ia berkata:
“Wahai paduka Presiden, yang paling penting bagi kami sebagai kaum Muslimin di Mesir adalah menjadi bangsa yang aman, tentram dan tenang di bawah naungan syariat Allah Azza wa Jalla.
Karena kemaslahatan umat ini hanya akan tercapai bila aturan Allah direalisasikan di tengah mereka. Saya kira tidak terlalu berlebihan bila saya katakan bahwa sesungguhnya penerapan syariat Allah Ta’ala di bumi Mesir akan menjadi pintu kemenangan bagi seluruh wilayahnya. Dan pada saat itulah sang pengadil dan terdakwa akan merasakan ketenangan, demikian pula yang akan dinikmati oleh penguasa dan rakyatnya.”
Sikap lemah lembut
Ustadz Umar Tilmisani dikenal oleh orang-orang terdekatnya sebagai pribadi yang santun, rendah hati dan penuh kasih sayang. Beliau seringkali menasehati para pemuda yang isti’jal dalam perjuangan agar tetap bersabar, teguh pendirian, santun, tenang dan senantiasa mengharap pahala dan ganjaran Allah Azza wa Jalla.
Ia berkata tentang dirinya sendiri:“Saya tidak pernah mengetahui bahwa sifat keras bersentuhan dengan prilaku yang kumiliki. Tidak ada keinginan untuk menang atas seorang pun. Karena itu, saya tidak merasa memiliki seorang musuh. Terkecuali mungkin karena pembelaan saya terhadap kebenaran. Atau karena saya menyeru manusia untuk mengamalkan kitabuLlah. Itu berarti bahwa permusuhan itu datang dari mereka sendiri dan bukan dariku. Saya telah berjanji pada diriku sendiri untuk tidak menyakiti seorang pun dengan kata-kata kasar, walau saya berbeda dan berselisih pendapat dengannya secara politik, bahkan walau pun mereka menyakitiku. Karena itu, tidak pernah terjadi benturan antara diriku dengan seorang pun karena faktor pribadi.”
Menjaga kehormatan diri
Berita tentang dialog terbuka dengan presiden Anwar Sadat di kota Ismailiyah yang dihadiri oleh Ustadz Tilmisani sebagai undangan, disebarluaskan melalui radio dan televisi secara langsung.
Dalam dialog tersebut Anwar Sadat menuduh Jamaah Ikhwan dengan fitnah sektarian, dan melontarkan berbagai tuduhan dusta. Mendengar tuduhan tersebut, ustadz Tilmisani lalu berdiri mengcounter berbagai tuduhan Sadat dengan ucapannya,
“Adalah hal yang lumrah bila ada yang berlaku zalim pada diriku adalah mengadukan pelakunya kepadamu, karena engkau adalah rujukan tertinggi—setelah Allah—bagi orang-orang yang mengadu ketika dianiaya. Kini saya mendapatkan kezaliman itu darimu dan membuatku tidak memiliki cara apa pun selain mengadukanmu kepada Allah Ta’ala.”
Saat mendengar ucapan ustadz Tilmisani, Anwar Sadatpun gemetar ketakutan. Ia lalu memohon kepada Ustadz Tilmisani agar mencabut pengaduan itu. Namun dengan tegas dan tetap tenang beliau menjawab: “Sesungguhnya saya tidak mengadukanmu kepada pihak yang zalim, tapi kepada Dzat Yang Maha Adil dan mengetahui segala yang saya ucapkan!”
Sifat Zuhud, Rendah Hati dan Kesederhanaannya
Ia tidak pernah rakus kepada perhiasan dunia dan tipu daya kedudukan. Ia bahkan menjalani kehidupannya dengan menjauh dari godaan dunia menuju Allah Ta’ala. Beliau tinggal di sebuah apartemen sederhana tanpa ada beban dalam jiwanya sedikit pun.
Apartemen Ustadz Umar Tilmisani berada di gang sempit di komplek al-Mulaiji asy-Sya’biyah al-Qadimah di wilayah az-Zahir di Kairo. Perabot apatemennya sangat sederhana. Walau ia berasal dari keluarga kaya raya dengan status sosial cukup tinggi. Seperti itulah sifat zuhud, kesederhanaan dan kerendahan hati ustadz Tilmisani.
Dulu ia seringkali merasa gengsi jika naik kereta api ekonomi, namun berkat tempaan tarbiyah Islamiyah ia tidak pernah lagi malu dalam hal itu, “Setelah lama berinteraksi dengan Ikhwan, saya merasa naik kereta ekonomi itu seperti naik kereta eksekutif.” Begitu komentar beliau.
Beliau adalah sosok yang dicintai oleh seluruh lapisan masyarakat Mesir. Bahkan pemeluk Kristen Koptik juga menghormatinya. Demikian pula penguasa yang sangat menghargai kedudukannya dan mengetahui dengan baik keutamaan yang dimilikinya.
Sifat rendah hatinya tercermin dari kebiasaannya meminta koreksi kepada orang yang dianggapnya lebih berilmu, meskipun itu adalah bawahannya. Syaikh Muhammad Abdullah Al-Khatib berkata, “Apabila Ustadz Umar ingin mengoreksi tulisannya, beliau biasa datang ke kantorku dan berkata, ‘Demi Allah, koreksilah kesalahan-kesalahan yang kamu temui, jangan merasa segan…’”
Salah seorang yang pernah menjadi sopir Ustadz Umar Tilmisani berkata, “Saya telah menemani beberapa pejabat tinggi dan tokoh besar, Tetapi saya belum pernah melihat orang seperti Ustadz Umar, dalam hal akhlak, ketawadhuan, rasa malu, sifat iffah, kezuhudan, dan kelembutannya. Beliau naik di samping saya. Padahal para tokoh besar biasanya naik di belakang saya. Inilah ketawadhuan. Beliau berkenalan denganku, bertanya tentang keluargaku, anak-anakku, dan kondisi kami dengan lemah lembut dan kasih sayang. Beliau selalu mengajakku duduk di sampingnya dalam setiap jamuan makan.”
Menjaga Akhlak Islami
Beliau pernah berkunjung ke Kota Como Itali. Suatu saat beliau berniat bercukur di salon hotel tempat beliau menginap. Ternyata di salon itu tak satu pun petugasnya yang laki-laki. Beliau kemudian mengurungkan niatnya bercukur. Hal itu ternyata menghebohkan orang-orang hotel. Mengomentari peristiwa itu beliau berkata, “Saya memuji Allah karena tidak mendurhakai-Nya di negeri yang menganut faham permisivisme.”
Tidak mau menerima honor
Pada 1982 beliau pernah memberikan ceramah di Abu Dhabi, ternyata peserta membludak, kemudian setelah acara selesai beliau diberi cek senilai 3.000 dirham. Tapi beliau berpesan kepada Ustadz Jabir Rizq, “Alihkan cek ini kepada Mujahidin Afghan.”
Beliau pernah menjadi dosen tamu di Al-Azhar untuk mata kuliah syariah dan perundang-undangan. Saat itu Al-Azhar dipimpin Ustadz Abdul Halim Mahmud. Petugas administrasi Al-Azhar diingatkan oleh Ustadz Abdul Halim Mahmud bahwa Ustadz Umar tidak mau menerima honor. Tapi petugas ini bersikeras bermaksud memberikan honor kepada Ustadz Umar, ternyata benar, beliau tidak mau menerimanya. Ustadz Abdul Halim kemudian berseloroh kepada petugas itu, “Bukankah telah saya katakan, beliau itu tidak mau menerima gaji.”
Suatu hari seusai seminar, seseorang menyerahkan honor kepada Ustadz Umar. Beliau bertanya, “Apa itu?”, petugas menjawab, “Honor kehadiran Anda dalam seminar.” Beliau kemudian berkata, “Andai aku mengetahui bahwa dakwah kepada Allah dibayar, maka aku tidak akan hadir.”, petugas itu berkata, “Ini sebagai ganti transport.”, beliau menjawab, “Ikhwan telah menyediakan mobil khusus untuk keperluan seperti ini.”, petugas itu berkata lagi, “Tapi semua pembicara menerima honor.”, beliau menjawab, “Saya tidak sama dengan mereka, saya seseorang yang berada di pintu Allah”.
Tulisan dan Karya-karyanya
Ustadz Tilmisani turut andil dalam kancah pemikiran Islam melalui sebagian karya tulisannya yang diterbitkan dalam berbagai versi. Di antaranya adalah:Syahid al-Mihrab, Umar bin Khaththab, Al-Khuruj min al-Maaziq al-Islami ar-Raahin, Al-Islam wa al-Hukuumah ad-Diniyah, Al-Islaam wa al-Hayaah, Aaraa fi ad-Diin wa as-Siyaasah, Al-Mulham al-Mauhuub, ustadz al-Banna, Ustadz al-Jiil, Beberapa tulisan terkait tema “Nahwa an-Nuur”, Dzikrayaat laa Mudzakkiraat, Al-Islaam wa Nazhratuhu as-Samiyah li al-Mar’ah, Ba’dha ma ‘Allamani al-Ikhwan al-Muslimun, Qola an-Naasu, wa lam aqul fi Hukmi Abdul Nasser, Ayyam ma’a as-Saadaat, Min Fikhi al-I’laam al-Islami, Min shifaat al-’Aabidin, Ya Hukkam al-Muslimin, alaa takhafuuna Allaha?, Fi Riyadh at-Tauhid, Laa nakhafu as-Salaam, walaakin.
Ditambah lagi dengan tulisan-tulisannya di majalah Ad-Dakwah, dan yang terkait dengan masalah-masalah Islam yang dimuat di majalah yang lain, serta ceramah-ceramahnya di berbagai forum nasional dan internasional yang diadakan di negara-negara Arab Islam dan negara-negara Barat. Demikian pula dengan ceramah-ceramah yang disampaikannya dalam berbagai forum yang diadakan oleh Ikhwan.
Kembali Keharibaan-Nya
Allah Ta’ala memanggil beliau kembali keharibaan-Nya pada hari Rabu, 13 Ramadhan 1406, bertepatan dengan 22 Mei 1986. Beliau meninggal di rumah sakit setelah mengidap penyakit saat usianya 82 tahun. Jenazahnya lalu disalatkan di mesjid Umar yang mulia di Kairo. Lebih dari seperempat juta orang, bahkan setengah juta mengiringi jenazahnya menuju pemakamannya. Di antara mereka yang mengiringinya terdapat sejumlah utusan berasal dari dalam dan luar negeri.
Semoga Allah Ta’ala menjadikannya termasuk orang-orang shalih dari hamba-Nya. Dan kelak kita menyusul kepergiannya di tempat yang disenangi di sisi Rabb Yang Maha Kuasa.

[1] Pemenjaraan tersebut dilakukan Ibrahim Abdul Hadi karena adanya tuduhan kepada IM akan melakukan pemberontakan kepada pemerintah karena memiliki gudang senjata dan memiliki kelompok militer yang disebut nidzam khas.
[2] Pemenjaraan pada masa ini dilakukan oleh pemerintahan revolusi, Jamal Abdun Naseer, yang bersitegang dengan IM pasca revolusi bergulir.
[3] Pemenjaraan pada masa ini dilakukan oleh Anwar Sadat, karena dianggap mengganggu stabilitas nasional. Pada masa ini ditangkap pula organisasi-organisasi pelajar dan kelompok kristen koptik dengan tuduhan yang sama.


Tiada ulasan: