Jumaat, 30 Mei 2014

JANGAN KITA TAK FIKIR SYURGA DAN NERAKA....TAKUT KITA JUGA TAK FIKIR DOSA DAN PAHALA



Khutbah: Kemuliaan Islam Dalam Isra’ Dan Mikraj
Posted on Thursday, May 29 @ 23:00:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"
isra-mirajSinopsis: Nabi Muhammad SAW makhluk paling mulia di langit dan dibumi. Allah memuliakan lagi Baginda dengan membawanya dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Pelbagai pengalaman yang dilalui tanpa pernah ditempuhi oleh manusia selain Baginda.


DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai kemuliaan Islam dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj seperti di bawah pada 23 Rejab  1435H (23 Mei 2014) :Kemuliaan Islam Dalam Isra' Dan Mikraj (0)"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Thursday, May 29 @ 23:00:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Adun UMNO Terengganu mana yang perempuan simpanan buat aduan??
Posted on Thursday, May 29 @ 16:26:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Dulu Adun UMNO Terengganu Zakaria (Paka) tidak di calonkan semula apabila isteri keduanya membuat pendedahan peribadi di facebook setelag dia ada "kes" dan kahwin yang ketiga. Malah kereta dan rumahnya juga turut dijual secara senyap.

Sekarang ada satu lagi kes melibatkan tingkah laku buruk adun UMNO Terengganu. Ini kes perempuan simpanan.

Menurut maklumat yang kami terima, perempuan simpinannya tak puas hati kerana janji untuk kahwin tidak ditunaikan malah banyak alasan dan dalih. Tunda demi tunda!

Dimaklum perempuan berkenaan telah membuat aduan kepada pihak Istana untuk masuk campur menyelesaikan masalah berkenaan.

Disebabkan masalah ini, demi menjaga maruah (tapi maruah dah tak ada pun!!!) adun berkenaan ingin meletak jawatan.

Mengikut sumber tersebut lagi, pihak UMNO sedang berusaha 'membujuk' adun berkenaan supaya menyelesaikan masalahnya dan jangan meletak jawatan bagi menyelamatkan kedudukan UMNO Terengganu yang agak goyah. Lagi pun MB beru masih belum stabil.

Apa pun kita tunggu apakah episod letak jawatan ini berlaku. PERANG KELUARGA adun berkenaan membantu Perang UMNO Terengganu... (antara dua team) dan memberikan ruang kepada Pakatan Rakyat mengimbanngi kedudukan kerusi adun negeri.

Tunggu dan lihat!!!


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

 Lelaki dibelasah hingga lembik selepas culik & rogol budak 12 tahun (bersama
Posted on Thursday, May 29 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Seorang lelaki parah dibelasah sekumpulan individu dipercayai kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kumpulan individu dipercayai ahli keluarga mangsa dikatakan membelasah lelaki berusia 30-an itu di hadapan orang ramai.

Lelaki itu yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini. Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dikatakan datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan. Turut didakwa merogol mangsa adalah rakan lelaki terbabit. Sumber itu berkata, kerana marah, keluarga mangsa mencari suspek sebelum seorang daripadanya dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

“Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam,” katanya. Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam.

- HARIAN METRO


 
..x0x..

  BN rampas majlis perwaris
Posted on Thursday, May 29 @ 20:35:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Tiada seorang pun wakil DAP menyertai BN

TELUK INTAN:
Sebuah badan bukan kerajaan  (NGO) hari ini mendakwa Barisan Nasional  (BN) telah ‘merampas’ majlis amal mereka malam kelmarin dengan mendakwa membawa seramai 150 ahli DAP untuk menjadi ahli BN.

Badan NGO tersebut, Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) berkata bahawa BN telah menggunakan kesempatan tersebut untuk kepentingan sendiri.

Wakil Perwaris tersebut Mohd Yusuf Abdul Manaf yang hadir di sidang akhbar parti DAP tengahari tadi berkata tujuan sebenar mereka mengadakan majlis tersebut adalah untuk menjemput wakil dari Gerakan, Datuk  Mah Siew Keong untuk bersama sama Perwaris dalam mendengar luahan hati pemandu teksi di Teluk Intan.

“Pada asalnya kami mahu Mah untuk hadir tetapi beliau tidak hadir. Kami kecewa,”

“Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan ‘kemasukan’ ahli DAP kedalam parti tersebut,” kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.

Dalam sidang akhbar yang sama, bekas ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal M.Manogaran memberitahu pemberita bahawa tiada seorang pun wakil parti DAP yang keluar parti pada malam tersebut.

Turut hadir adalah S.Santhi wanita yang dikatakan dipaksa untuk memakai baju BN sewaktu majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk  Ahmad Maslan.

“Tiada seorang daripada DAP keluar parti malam tersebut. Mereka telah ditipu oleh BN bahawa mereka akan menerima hamper jika menghadiri majlis tersebut,”

“Sebaliknya mereka dipaksa memakai dan memegang bendera BN,” kata Manogaran.

Santhi pula mendakwa bahawa beliau khuatir akan keselamatan diri beliau kerana dikelilingi oleh ramai wakil parti BN dan oleh itu beliau terpaksa menuruti perintah daripada penganjur.

“Saya takut akan di apa apakan oleh itu saya ikut sahaja apa yang disuruh,” kata Santhi yang merupakan ahli parti DAP dan sekarang pemandu teksi.

Pada malam 27 Mei, BN mendakwa seramai 150 wakil parti DAP akan menyertai BN kerana kecewa dengan parti politik tersebut.

Akan tetapi hanya tiga orang yang mendakwa diri mereka wakil DAP hadir di majlis tersebut termasuk Santhi.

Sejurus selepas majlis tamat, Santhi mendakwa telah ditipu oelh penganjur ketika ditemu bual pemberita.

sumber
Penganjur majlis sokong BN di sidang media DAP
Posted on Thursday, May 29 @ 21:45:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Penganjur kepada satu acara kontroversi di Teluk Intan, yang kononnya bagi mengumumkan tindakan sekumpulan anggota DAP keluar parti pada Selasa malam lalu, tampil menjelaskan duduk perkara sebenar mengenai program aneh tersebut.

Penganjur tersebut, Yusof Abdul Manaf mendakwa, majlis tersebut pada awalnya dirancang sebagai wadah untuk calon BN, Datuk Mah Siew Keong berjumpa pengundi di kawasan Taman Desa Bakti.

"Tujuan asal nak suruh Datuk Mah hadir tunjuk kewibawaan dia mesra sama rakyat tapi dia tak hadir, dia tipulah," katanya.

Beliau berasa marah apabila dimaklumkan oleh para petugas jentera kempen Mah bahawa calon BN itu tidak dapat hadir pada saat terakhir.

"Kita dah buat majlis itu untuk BN, tapi dia cakap, dia lima minit pun tak boleh (luangkan masa)," kata Yusof, 46.

Oleh yang demikian, mereka memutuskan untuk memanggil calon pihak lawan, Dyana Sofya Mohd Daud, katanya.

"Kami cakap 'khemah ini sila angkat, kami tak nak buat, kami akan panggil Dyana'," katanya yang juga timbalan pengerusi Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jalan Selat.

Tegasnya lagi, barangan yang diagihkan kepada hadirin malam itu juga disediakan penganjur sendiri tanpa peruntukan daripada BN.

Dakwanya, tindakan itu bertujuan untuk menghantar mesej kepada Mah yang pernah menjadi MP Teluk Intan selama dua penggal tetapi hanya turun berkempen selepas MP DAP meninggal dunia.

"Kita bagi (barang), (untuk) bagi malu macam mana pihak BN, dia tak boleh bela nasib penduduk Teluk Intan.

"Sekarang ini kenapa dia muncul semula? DAP punya orang dah meninggal, kenapa dia hadir balik," tanya beliau.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Yusof berkata beliau juga kecewa kerana Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy menurutnya cuba mendabik dada sebagai orang yang bertanggungjawab menjayakan program tersebut.

Menurutnya, Dyana mendakwa demikian melalui satu wawancara dengan wartawan dalam bahasa Inggeris.

"Dia ingat saya tak faham bahasa Inggeris masa dia bercakap dengan wartawan?," kata Yusof.

Menurut Yusof lagi, beliau tiada masalah dengan kehadiran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan kerana beliau sememangnya dijemput ke majlis pada malam itu.

Beliau muncul pada sidang media hari ini bersama seorang anggota DAP, Shanti Subramaniam yang diumumkan sebagai individu yang akan berpaling tadah kepada BN dalam majlis pada Selasa malam itu.

Shanti dalam sidang media sama menjelaskan beliau menerima baju-T BN pada malam itu kerana "takut" dengan kehadiran begitu ramai orang di sekelilingnya.

"Beliau dikelilingi ramai orang dan dia pun jadi takut," kata bekas senator DAP S Ramakrishnan yang menterjemahkan percakapan Shanti.

sumber
 


Panda: Perjanjian ‘tidak masuk akal’ oleh ‘kerajaan bodoh’, kata ahli Parlimen PAS
Posted on Thursday, May 29 @ 20:56:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Ahli Parlimen PAS mengkritik program panda gergasi Malaysia dan menyifatkan tindakan membelanjakan RM60 juta untuk menjaga sepasang haiwan itu di negara ini sebagai "perjanjian tolol" yang dibuat oleh "kerajaan bahlul".

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mafuz Omar juga mempersoalkan manfaat diperolehi oleh Malaysia daripada hasil kajian yang dibuat ke atas tingkah laku Panda kerana ia bukannya haiwan yang biasa hidup di negara ini.

"Untuk meraikan 40 tahun hubungan kita dengan China, kita membayar antara RM60  hingga RM70 juta selama 10 tahun hanya untuk panda ini. Tetapi Cina tidak memberikan wang untuk meraikan 40 tahun hubungan diplomatik ini. Ini adalah perjanjian tidak masuk akal oleh kerajaan yang bodoh.

"Mereka kata kita akan mendapat manfaat daripada kajian tingkah laku panda. Sila nyatakan apa manfaat yang kita boleh belajar daripada panda ini," kata Mahfuz pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri G Palanivel, berkata Malaysia membelanjakan RM60 juta sehingga kini untuk membawa sepasang panda gergasi ke Malaysia.

Sebanyak RM25 juta dibelanjakan untuk bangunan haiwan ini yang berhampiran dengan Zoo Negara, manakala RM15 juta untuk pengendalian dan RM20 juta untuk sewaan empat tahun pertama.

Panda yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi, berada di sini kerana dipinjamkan oleh kerajaan China selama 10 tahun sempena 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang bermula pada 31 Mei.

Ia kini tinggal di sebuah kandang khas yang dibina di Zoo Negara. Sebelum ini dilaporkan pelawat zoo perlu membayar tambahan sebanyak RM20 tambahan untuk melihat panda berkenaan.

Satu laporan dalam The Star juga berkata, Malaysia mempunyai peluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi, selain dapat membangunkan dan melatih pakar-pakar tempatan dalam bidang tersebut.

Dengan nada sini, Mahfuz menegur kerajaan kerana lebih berminat terhadap kebajikan panda daripada ibu tunggal dan janda, kumpulan yang bergantung kepada kerajaan untuk bantuan.

"Kerajaan sedang taksub dengan panda, bukan ‘janda’. Terdapat kira-kira 880,000 ibu tunggal di Malaysia tetapi kerajaan lebih berminat terhadap dua ekor panda itu.” – 29 Mei, 2014.

sumber


  Polis Letak Kaki Pada Dinding Kaabah
Posted on Thursday, May 29 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Polis Letak Kaki Pada Dinding Kaabah

Seorang anggota polis bertindak dengan penuh kebiadaban apabila bersandar sambil meletakkan kasutnya pada tembok Kaabah telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Sikap biadab anggota polis itu sangat tidak boleh diterima dan dianggap tidak menghargai penghormatan yang diberi untuk bertugas di tempat suci itu.
Ini kerana dalam budaya Arab, menunjukkan kaki atau meletakkkan kaki pada seseorang atau tempat suci dianggap kebiadaban yang sangat melampau.
Putera Mishal Abdullah telah mengarahkan Ketua Polis Makkah mengambil tindakan disiplin terhadap anggota polis terbabit.

 Babi Kisar (Pork Mince) ada tanda HALAL!
Posted on Thursday, May 29 @ 22:21:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Mungkin sudah budaya di Malaysia, kalau hangat diperbincangkan tentang sesuatu yang mencetus kontroversi, maka isu-isu seumpamanya pasti timbul selepas itu..

Misalnya ialah seperti produk dalam gambar di atas.
Menghairankan, bagaimana mana produk daging babi kisar yang sah-sah haram untuk orang Islam boleh diletakkan logo halal?
Biarpun ia bukan logo halal JAKIM yang rasmi, ia tetap perbuatan yang salah dan mungkin boleh akan mengelirukan.
Seperkara lagi, ia jelas mempermainkan senstiviti Islam di Malaysia, bukan?
Bayangkan kalau ada orang yang kurang cerdik dan tidak memahami perkataan ‘pork’ itu, tak pasal-pasal dibelinya juga sebab nampak logo halal.
Apapun, diharap agar pihak berwajib terutamanya JAKIM membuat pemantauan lebih menyeluruh bagi mengelakkan lebih banyak kes seumpama berlaku.
KedahNews.com tertanya-tanya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tak mahu saman syarikat pengeluar "babi halal" ini, kah? - kedahnews
..x0x..
 
  Mr Bean selamatkan pemandu McLaren kemalangan
Posted on Thursday, May 29 @ 23:02:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Ketika membawa watak sebagai Mr Bean, Rowan Atkinson seorang yang dilihat tidak dapat menguruskan diri manakala gelagatnya sering ditertawakan masyarakat dunia.

Namun, pada Selasa, pelakon itu telah menyelamatkan nyawa seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat yang terlibat dalam kemalangan di Tuscany, Itali.

Mr. Bean, 59, merupakan individu pertama yang membantu menyelamatkan pemandu kereta jenis McLaren F1 selepas kenderaan itu terbabas dan merempuh pokok.

Pemandu kereta itu hilang kawalan ketika sedang memecut dengan kelajuan 240 batu-sejam sebelum merempuh pokok sehingga meyebabkan kenderaan berkenaan terbalik.

Semasa kemalangan, Atkinson merupakan salah seorang daripada peserta konvoi permotoran yang melalui perkampungan Tuscany.

Dia bukan sahaja menyelamatkan lelaki itu tetapi turut membantu memungut serpihan kereta sukan tersebut dan memberikan keterangan sebagai saksi kepada polis.

Pemandu kereta sukan itu telah diterbangkan ke hospital di Pisa menggunakan helikopter dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pada 2011, Atkinson terselamat daripada maut selepas kereta sukan miliknya juga jenis McLaren F1 terbabas dan merempuh pokok di Northamptonshire.

Kereta kesayangannya mengalami kerosakkan teruk dan memerlukan perbelanjaan sebanyak £910,000 untuk dibaik pulih.

Dengan perbelanjaan itu, kereta sukan Mr Bean telah direkodkan sebagai kereta yang menelan kos tertinggi di Britain untuk diperbaiki selepas terlibat dalam kemalangan. - mStar.

..x0x..

Tiada ulasan: