Ahad, 25 Mei 2014

NAMPAK SANGAT SELAMA INI SAPE PUNCANYA

Ramkarpal menang majoriti 37,659 undi

HARAKAHDAILY | .

GERORGE TOWN: Ramkarpal Singih, calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dengan majoriti 37,659 undi.
Beliau memperolehi 41,242 undi manakala tiga lagi calon lain hilang depaosit.
Calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi sementara dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (799) dan Abu Backer Sidek (225), undi rosak pula 539.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor Kapten (B) Anwar Yahaya di Dewan Sri Pinang.
Sebanyak 46,099 pengundi atau 56.04 peratus daripada keseluruhan 82,431 pemilih mengundi di 17 pusat mengundi sebaik sahaja proses pengundian tamat jam 5 petang tadi.


PRK Bukit Gelugor: Peratusan keluar sederhana
Posted on Sunday, May 25 @ 16:29:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





AIR ITAM, 25 MEI: Peratusan keluar mengundi setakat ini masih sederhana, dengan kebanyakan pusat mengundi mencatatkan peratusan belasan peratus.

Menurut sumber, peratusan keluar mengundi setakat ini di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Gelugor dan Sekolah Kebangsaan Seri Aman adalah 15 peratus, manakala di Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Noor 16 peratus.

Di Sekolah Kebangsaan Air Itam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Itam Wong Hon Wai memaklumkan, jumlah pengundi keluar lebih kurang daripada biasa, terutama daripada orang Melayu.

“Pengundi Cina keluar seperti biasa, namun masyarakat Melayu kurang daripada biasa,” katanya kepada media. – Roketkini.com

sumber


 
PRK Bukit Gelugor: Bila BN Tak Bertanding, PRK Jadi Paling Aman
Posted on Sunday, May 25 @ 16:25:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Buki Gelugor berlangsung hari ini.

Seramai 81,897 pengundi berdaftar akan menentukan siapa calon pilihan mereka bagi mewakili suara mereka ke parlimen nanti.

Sebanyak 17 pusat daerah mengundi akan dibuka hari ini dengan kesemuanya 139 saluran mengundi.

Kempen PRK Parlimen Bukit Gelugor adalah antara paling aman berikutan tiada insiden dan kes jenayah yang serius berlaku sejak hari penamaan calon 12 Mei lalu, kata Ketua Polis Negara sebelum ini.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini hanya 15 laporan polis termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diterima mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sepanjang tempoh berkempen.

“Setakat ini, tidak lebih 15 laporan diterima cuma empat kertas siasatan dibuka. Itu pun cuma kesalahan kecil dan tidak ada apa yang perlu kita risaukan kerana keadaan pun nampaknya masih tenang.

Di dalam PRK kali ini, MCA yang sepatutnya meletakkan calonnya telah mengambil keputusan untuk TIDAK BERTANDING kerana khuatir akan dimalukan jika mereka kehilangan deposit. Pada PRU13 lalu, Bekas Pengerusi DAP Karpal Singh menang kerusi tersebut dengan majoriti 42,706 undi mengalahkan calon MCA (BN) Teh Beng Yeam yang hanya memperoleh 13,597 undi.

Hari ini, DAP menurunkan Ramkarpal Singh Deo ditentang oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

LINTAS LANSUNG oleh mk, HD, sinarharian, mstar, BH dll

2.30pm: Ekoran kadar keluar mengundi yang rendah, DAP Pulau Pinang kini cuba menggerakkan seramai mungkin anggotanya menunaikan tanggungjawab mereka dalam tempoh tiga jam terakhir.

Kempen itu turut dibuat di laman sosial, yang mensasarkan 15,000 anggotanya.

1.30 petang:
Sehingga pukul 1 petang seramai 30,596 bersamaan 37.91 telah keluar mengundi.

1.30pm: SK Bukit Gelugor - ADUN Seri Delima, RSN Rayer, tiba di pusat pengundian untuk mengundi.

Kenyataannya yang menggelarkan Umno sebagai parti "celaka" menyebabkan bantahan dan kekacauan daripada penyokong Umno di tiga lokasi berbeza di seluruh negara.

1.21pm: MP Bukit Mertajam Steven Sim mendakwa telefon bimbitnya juga digodam sejak Khamis lalu.

Beliau mendakwa telefonnya digodam untuk menyebar mesej bahawa DAP sudahpun menang di Bukit Gelugor.

"Saya berharap orang ramai yang menerima SMS yang diragui daripada kami untuk melaporkan ke pejabat DAP.

"Saya harap lebih ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab...," katanya dalam satu kenyataan.

Empat orang wakil rakyat DAP semalam mendakwa telefon mereka digodam untuk menyebar mesej perkauman. Satu laporan polis dibuat semalam.

1.00 pm: Jumlah keluar mengundi masih rendah, 37.91 atau hanya 30,596 pengundi.

1.00 pm: Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sri Aman, penyokong DAP mengibarkan bendera mereka dan seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam dan berbaju kuning melaungkan “panda! panda!” setelah penyokong PCM mempersoalkan sumbangan DAP kepada orang Melayu. Walaupun ‘diasak’ secara berkumpulan, lelaki tersebut tidak berganjak malah berterusan menggunakan panda sebagai modalnya untuk mengusik penyokong PCM. “Panda duduk dalam air-cond (penghawa dingin), kami duduk dalam kipas angin…pandai!” teriaknya.

12.30pm: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata suruhanjaya itu masih belum menerima aduan berhubung dakwaan calon PCM Huan Cheng Guan berkempen dalam pusat pengundian.

"Ia satu kesalahan pilihan raya. Jika (PCM) benar-benar berbuat demikian, kita akan ambil tindakan.

Sementara itu beliau berkata pasukan sukarelawan boleh berdiri di luar pusat pengundian selagi mereka tidak membawa mana-mana logo parti yang bertanding.

Tambahnya, para penyokong parti bagaimanapun tidak dibenarkan berhimpun dalam jarak 50 meter dari pusat pengundian, dan hanya individu yang membawa pas kebenaran sahaja yang boleh masuk ke pusat tersebut.

12pm: Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi sangat rendah, 19.95 peratus sahaja. 11:10am Flet Kg Melayu – Sekumpulan penduduk wanita Kg Melayu mengibarkan kain rentang dan bendera Parti Cinta Malaysia (PCM) di kawasan majoriti Melayu di sini mengajak pengundi mengundi parti itu dan bukannya DAP.

Jarak mereka yang hanya dipisahkan jalan selorong menyebabkan berlakunya 'perang jeritan dan sorakan.'

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mak cik Mah berkata DAP tidak mengendahkan nasib Melayu di kampung Melayu.

Secara sinis ia dibalas dengan sorakan 'Dyana Sofya' oleh seorang penyokong DAP.

11.00am: Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi turut berada di SMK Dato Haji Mohd Nor

10.50 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SMK Dato Haji Mohd Nor.

10:00am: Pegawai kempen Ramkarpal, Ng Wei Aik, mengadu kepada pengurus pilihan raya bahawa calon PCM Huan Cheng Guan berkempen dalam SJK Kong Min. 10am: Peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi, 8.62 peratus atau 7,112 pengundi.

9.45am:
SMK Air Itam - Ramkarpal tiba bersama ibunya Gurmit Kaur dengan keadaan yakin.

9.30am: SMK Air Itam – ADUN Paya Terubong Yeoh Soon Hin, selesai membuang undi di pusat pengundian terbesar itu dengan 18,929 pengundi.

9:15am: Kg Melayu Calon bebas Mohamed Nabu Bux Mohd Abdul Sathar tiba bersama dua penyokongnya dan melawat saluran 1 di pusat pengundian Sek Keb Sri Aman.

Beliau meluangkan kira-kira 10 minit bersalam dengan pengundi kawasan berkenaan dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan.

Nabi Bux kelihatan ceria dan yakin bakal menyaingi calon DAP dan Parti Cinta Malaysia.

9:00am: Kg Melayu - Pengundi sekitar kawasan mula hadir ke dua pusat pengundian yang terletak bersebelahan iaitu Sek Keb Ayer Itam dan Sek Keb Sri Aman di sini.

Calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar berkata akan hadir ke Sek Keb Ayer Itam untuk lawatan pertamanya hari ini.

8.45am: SMK Air Itam – Exco Phee Boon Poh mengadu pemilih keliru dengan tanda arah yang disediakan SPR di kawasan sekolah.

Beliau tidak dibenarkan masuk membincangkan perkara itu dengan SPR dan polis atas kebimbangan cuba memancing undi, yang dinafikannya.

“Orang ramai sudah pun buat pilihan mereka,” katanya.

Ketua polis negeri Abdul Rahim Hanafi singgah kira-kira 7.45 pagi tadi di sekolah sama untuk meninjau keadaan.

8.30am: DAP bersedia dengan 37 kenderaan untuk mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi. Ramkarpal dijangka membuat lawatan pertama di SMK Air Itam pada jam 9 pagi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng akan mengundi di Sekolah Menengah Chung Hwa pada jam 3 petang.

Kali ini, tiada pondok panas pihak bertanding didirikan.

7.50am
: SK Seri Relau – Jalan raya masih tenang. Bagaimanapun, terdapat pemilih yang sudah berdaftar untuk menunaikan tanggungjawabnya.



























sumber


  Gambar Bikini Palsu Dyana Sofya Ditemui Di Masjid, Kampung Melayu
Posted on Saturday, May 24 @ 20:54:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, Howard Lee (kiri) dan Ahli Parlimen, Bukit Bendera Zairil Khir Johari membuat laporan polis berhubung gambar bikini palsu calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.

Kempen gambar bikini yang memburuk-burukkan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini berpindah daripada Internet ke kampung Melayu di kawasan pilihan raya, kata DAP hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, beberapa ahli PAS memaklumkan mereka menemui gambar, yang didakwa gambar Dyana Sofya berbikini, di sekitar kampung-kampung Melayu dan juga dalam sebuah masjid di Kampung Banjar.

“PAS berkata, mereka menemuinya di sekeliling kampung-kampung Melayu di Changkat Jong, dan ia dibawa kepada kami.

"Kami tidak tahu berapa banyak yang diedarkan tetapi kami berharap pihak polis akan menyiasat dan mencari pihak bertanggungjawab," kata Zairil selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak.

DAP cuba menukar imej Cina dan menarik undi Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya, seorang profesional muda Melayu.

Bagaimanapun, gambar wanita berbikini itu, yang sebenarnya seorang pelakon Filipina, boleh menjejaskan usaha DAP memenangi hati masyarakat Melayu.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, DAP melalui Seah Leong Peng mendapat hanya 25% daripada 23,000 undi Melayu dalam masyarakat semi-luar bandar.

Gambar bikini palsu Dyana Sofya yang diedarkan di sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.Gambar bikini palsu Dyana Sofya yang diedarkan di sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.Howard Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, membuat laporan bagi pihak Dyana Sofya hari ini, bagi menggagalkan usaha-usaha memerangkap calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu.

"Saya menyeru Datuk Mah Siew Keong mengutuk politik fitnah ini. Jika beliau tidak berkata apa-apa, saya menganggapnya bersubahat dalam usaha mencemarkan Dyana dengan pembohongan ini," kata Lee.

Sejak pencalonan Dyana Sofya diumumkan, beliau menjadi mangsa kempen memburuk-burukkan di Internet yang digambarkan penganalisis sebagai percubaan mengurangi ciri kemelayuan beliau.

Beberapa pemuda juga menganggu sesi lawatan beliau, tetapi pencabarnya, Mah daripada Barisan Nasional (BN) menafikan beliau terlibat. – 24 Mei, 2014.

sumber

Tiada ulasan: