Rabu, 9 April 2014

YANG MELEPASKAN ORANG JAHAT DIDUNIA....DENGAN YANG MELEPASKAN DAN SIJAHAT TAK LEPAS DARI HUKUMAN ALLAH...MEREKA NAK LARI MANA....KITA TUNGGU MEREKA NI DIAKHIRAT....TAK KAN MEREKA NI BOLEH HIDUP SELAMA2NYA DAN ADA KUASA SELAMA2NYA

Kuala Lumpur: Pertukaran guru berlaku kerana dua sebab. Yang pertama kerana memohon bertukar dan yang keduanya ditukar atas sebab-sebab tertentu. Pertukaran yang kedua tersebut iaitu ditukarkan termasuklah pertukaran membabitkan dendam politik. Dalam hal ini PAS melalui Normala Sudirman@ Cikgu Mala, yang juga Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan gigih memperjuangkan nasib guru-guru yang terbabit.

Cikgu Mala memberitahu bahawa pendedahan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bachok menceritakan kezaliman Umno-BN.

“Pendedahan YB Ahmad Marzuk Shaary, Ahli Parlimen Bachok pada 8 April 2014 semalam di Lobi Sidang Parlimen membuktikan kezaliman Umno-Barisan Nasional telah berlaku sejak merdeka hingga ke hari ini dan semakin berleluasa dan ia tidak boleh dinafikan lagi.” Kata Cikgu Mala.

Ahmad Marzuk mendedah senarai nama warga pendidik yang dilabelkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kawasan parlimen beliau, (Parlimen Bachok Kelantan) dan bukti pendedahan arahan untuk guru ditukarkan adalah dari orang yang berjawatan politik dari Umno-Barisan Nasional termasuk laporan dari Ketua Cawangan Umno terhadap warga pendidik. Situasi ini amat menyedihkan dan mencalar imej perguruan di Malaysia.

Terbukti, pelanggaran prosedur telah lama berlaku dalam urusan penempatan guru untuk berkhidmat  bukan alasan ‘atas keperluan perkhidmatan” tetapi dengan suatu alasan atau tuduhan yang tidak berasas sama sekali kerana campur aduk kefahaman dan sentimen politik kepartian yang sempit.

Penafian Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini yang sering menjawab apabila isu ini dibangkitkan dalam sidang parlimen dengan jawapan ia  adalah ‘prosedur biasa ‘ adalah bercanggah dengan tindakan dan pembuktian fakta yang telah diberikan oleh Ahmad Marzuk.

Pada masa yang sama ‘Memorandum Bantahan Kezaliman Terhadap Warga Pendidik’ berkaitan isu pertukaran guru, pemecatan tidak mengikut prosedur dan ditahan gaji diserahkan oleh NGO PENDIDIK di Parlimen, SUHAKAM, dan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak 2012 dan 2013 serta 2014, baru – baru ini.

“Saya menyeru agar warga pendidik bangkit mempertahankan hak mereka daripada ditindas dan dizalimi dengan tampil mendedahkan bukti terhadap kepincangan yang berlaku dalam persada pendidikan negara.” Guru perlu berani menyuarakan kebenaran agar martabat mereka tidak sewenang- wenangnya  diperlekehkan oleh pihak yang berjawatan dalam politik Umno-Barisan Nasional . “

Jangan biarkan martabat guru yang banyak berjasa mendidik anak mangsa ini  menjadi mangsa ‘dendam politik UMNO Barisan Nasional’ dan ‘penjara organisasi yang menindas‘ini dibiarkan berterusan kerana yang akan rugi adalah anak bangsa pewaris kepimpinan pada masa akan datang.
KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara berpuas hati dengan prestasi kewangan syarikat Prokel Management Sdn Bhd (PMSB) milik penuh  Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Prestasi kewangan PMSB bagi tahun 2010 hingga 2012 adalah memuaskan kerana memperoleh keuntungan bersih dan keuntungan terkumpul semakin meningkat.
Selain itu, nisbah kewangan menunjukkan peningkatan bagi tahun 2012 berbanding tahun 2011.
Keuntungan sebelum cukai PMSB meningkat sejumlah RM11,874 atau 11.8%  daripada RM101,027 pada tahun 2010 kepada RM112,901 pada tahun 2011.
PMSB mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM125,060 pada tahun 2012 iaitu peningkatan sejumlah RM12,159 atau 10.8% berbanding tahun 2011.
Keuntungan terkumpul PMSB meningkat sejumlah RM0.07 juta atau 13% daripada RM0.54 juta pada tahun 2010 kepada RM0.61 juta pada tahun 2011.
Keuntungan terkumpul terus meningkat sejumlah RM0.07 juta atau 11.5% kepada RM0.68 juta pada tahun 2012.
Laporan Ketua Audit Negara 2013 menambah, pertambahan bayaran perkhidmatan pengurusan bangunan serta komisen kutipan sewa telah menyumbang kepada peningkatan keuntungan terkumpul syarikat.
Prokel Management Sdn. Bhd. (PMSB) ditubuhkan pada 30 0ktober 1986. PMSB merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Modal dibenarkan PMSB berjumlah RM0.50 juta dan modal berbayar berjumlah RM100,002.
Aktiviti utama PMSB adalah pengurusan bangunan, pengurusan sewa dan pengurusan projek bagi bangunan milik PKINK/Permodalan Nasional Berhad.
Antara objektif utama PMSB adalah meningkatkan hasil pendapatan melalui kutipan sewa kepada PKINK, mengurangkan tunggakan sewa ke tahap minima, memastikan keadaan bangunan sentiasa selamat digunakan dan mencadangkan kos penyenggaraan pada tahap minima.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin bersedia berdebat mengenai sistem kehakiman negara ini yang terlalu banyak menghadapi pelbagai kritikan.

"Kalau hendak kita boleh debat. Buat siaran langsung di TV," katanya ketika berucap membahaskan pindaan Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45) di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Dewan riuh apabila Ahli-Ahli Parlimen BN membantah kenyataan Hanipa mengenai "perbicaraan wayang".

"Dalam negara-negara yang ada mahkamah yang mengamalkan sistem diktator, memang orang-orang dibicarakan.

"Semua dipanggil show trial. Perbicaraan wayang. Bicarakan semata-mata hendak  tunjukkan, "Oh! Kita  bicarakan  dia.

"Tetapi perbicaraan tidak ikut lunas undang-undang. Tidak ikut prinsip undang-undang. Melanggar semua," katanya.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menuduh kenyataan itu menghina mahkamah.

Ketika Hanipa membangkitkan bahawa rakyat tidak puas hati terhadap sistem kehakiman sehingga ada yang membaling kasut, Tajuddin membantah, "itu pembangkang, bukan rakyat".

Hanipa terus membidas sanggahan Tajuddin itu dengan membangkitkan pelbagai kes yang melibatkan badan kehakiman.

"Kalau dikatakan yang baling kasut itu pembangkang, tidak menghormati mahkamah, saya hendak tanya pula, bagaimana pula dengan Suruhanjaya Kehakiman yang mengatakan memang ada salah guna kuasa?

"Bagaimana pula dengan bekas hakim mahkamah ketika memutuskan kes Likas? Datuk Muhammad Kamil Awang yang menyatakan bagaimana dia diarahkan untuk batalkan petisyen. Adakah dia orang PAS, adakah dia orang DAP?" kata Hanipa.

Ketika itu Tajuddin menuduh pembangkang hanya menyatakan mahkamah adil bila keputusan menyebelahi mereka.

Hanipa menolak tuduhan itu dengan menekankan bahawa pihaknya menerima keputusan mahkamah walaupun kalah dalam perbicaraan.

"Kita pernah kalah, petisyen pilihan raya kita tidak pernah menang. Sekali sahaja kita menang, tetapi kita terima.

"Yang kita tidak boleh terima bagaimana badan kehakiman, bukan saya kata, sampai ada laporan daripada peringkat antarabangsa, 'Justice  in Jeopardy'.

"Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Suffian pernah memberikan ucapan mengatakan, 'Saya merasa malu menjadi rakyat Malaysia apabila melihat sistem kehakiman dihancurkan oleh pemerintah'. Ini ucapan daripada Tun Suffian, bukan pembangkang," kata Hanipa.

Beliau juga membangkitkan bagaimana kerajaan mendiamkan sahaja 112 tuduhan seorang hakim yang menulis surat mengenai pelbagai perkara buruk dalam sistem kehakiman dan tuduhan demi tuduhan dalam kes video Datuk V K Lingam yang juga didiamkan begitu sahaja.

"Kenapa tidak ada pendakwaan ke atas Dato'  Syed Ahmad  Idid (yang mengemukakan 112 tuduhan itu)? Kenapa tidak ada pendakwaan kes Tun Dr Mahathir Mohamad dulu?

"Kenapa tidak ada pendakwaan ke atas Ahli Parlimen Putrajaya? Kenapa tidak ada pendakwaan ke atas Vincent Tan? Kenapa tidak ada pendakwaan ke atas Tun Mohd Eusoff Chin? Kenapa tidak ada pendakwaan (ke atas) Tun Ahmad Fairuz?" Hanipa mempersoalkan.

Beliau juga menceritakan pendedahan seorang hakim yang bersara baru-baru ini.

"Baru-baru ini, ada seorang hakim yang telah  bersara bercakap di Majlis Peguam di Pahang, dia mendedahkan bagaimana sistem kehakiman ini perlu diubah. Sebab itu jangan kita tutup mata," kata Hanipa.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memaklumkan bahawa tiada definisi khusus terhadap istilah 'politik wang' dalam bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Bagaimanapun kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, politik wang adalah termasuk dalam takrifan suapan di bawah seksyen 3 Akta SPRM 2009.
Penjelasan secara bertulis itu dibuat sebagai menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang).
Hanipa dalam soalanya bertanya kepada perdana menteri adakah SPRM menyiasat mana-mana pemimpin Umno yang disabit bersalah oleh Badan Disiplin Umno yang terlibat dengan politik wang.
Jika tidak soal beliau, adakah politik wang tidak termasuk dalam definisi rasuah.
Menteri dalam jawapanya berkata, SPRM akan menyiasat mana-mana pemimpin Umno sekiranya terlibat kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009.
"Namun sekiranya mereka melakukan kesalahan yang melanggar kod etika parti, maka tindakan akan diambil oleh badan disiplin parti berkenaan," katanya.
Hanipa ketika ditemui Harakahdaily kemudian berkata, jawapan menteri itu sendiri memberi gambaran bahawa 'politik wang' itu rasuah.
"Maka SPRM sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemimpin Umno yang telah disabitkan bersalah oleh badan disiplin mereka.
"Disabit maksudnya ada kes, dan politik wang itu berlaku," katanya.


Anggota badan kita akan menjadi saksi amal perbuatan kita di akhirat nanti

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيْهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ:
قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ هَلْ نَرَى رَبَّنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ هَلْ تُضَارُّوْنَ فِي رُؤْيَةِ الشَّمْسِ فِي الظَّهِيْرَةِ لَيْسَتْ فِي سَحَابَةٍ قَالُوا لاَ قَالَ فَهَلْ تُضَارُّوْنَ فِي رُؤْيَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ لَيْسَ فِي سَحَابَةٍ قَالُوْا لاَ قَالَ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ تُضَارُّوْنَ فِي رُؤْيَةِ رَبِّكُمْ إِلاَّ كَمَا تُضَارُّوْنَ فِي رُؤْيَةِ أَحَدِهِمَا قَالَ فَيَلْقَى الْعَبْدَ فَيَقُوْلُ أَيْ فُلْ أَلَمْ أُكْرِمْكَ وَأُسَوِّدْكَ وَأُزَوِّجْكَ وَأُسَخِّرْ لَكَ الْخَيْلَ وَاْلإِبِلَ وَأَذَرْكَ تَرْأَسُ وَتَرْبَعُ فَيَقُوْلُ بَلَى قَالَ فَيَقُوْلُ أَفَظَنَنْتَ أَنَّكَ مُلاَقِيَّ فَيَقُوْلُ لاَ فَيَقُوْلُ فَإِنِّي أَنْسَاكَ كَمَا نَسِيْتَنِي ثُمَّ يَلْقَى الثَّانِيَ فَيَقُوْلُ أَيْ فُلْ أَلَمْ أُكْرِمْكَ وَأُسَوِّدْكَ وَأُزَوِّجْكَ وَأُسَخِّرْ لَكَ الْخَيْلَ وَاْلإِبِلَ وَأَذَرْكَ تَرْأَسُ وَتَرْبَعُ فَيَقُوْلُ بَلَى أَيْ رَبِّ فَيَقُوْلُ أَفَظَنَنْتَ أَنَّكَ مُلاَقِيَّ فَيَقُوْلُ لاَ فَيَقُوْلُ فَإِنِّي أَنْسَاكَ كَمَا نَسِيْتَنِي ثُمَّ يَلْقَى الثَّالِثَ فَيَقُوْلُ لَهُ مِثْلَ ذَلِكَ فَيَقُوْلُ يَا رَبِّ آمَنْتُ بِكَ وَبِكِتَابِكَ وَبِرُسُلِكَ وَصَلَّيْتُ وَصُمْتُ وَتَصَدَّقْتُ وَيُثْنِي بِخَيْرٍ مَا اسْتَطَاعَ فَيَقُوْلُ هَاهُنَا إِذًا قَالَ ثُمَّ يُقَالُ لَهُ اَلْآنَ نَبْعَثُ شَاهِدَنَا عَلَيْكَ وَيَتَفَكَّرُ فِي نَفْسِهِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْهَدُ عَلَيَّ فَيُخْتَمُ عَلَى فِيْهِ وَيُقَالُ لِفَخِذِهِ وَلَحْمِهِ وَعِظَامِهِ اَنْطِقِي فَتَنْطِقُ فَخِذُهُ وَلَحْمُهُ وَعِظَامُهُ بِعَمَلِهِ وَذَلِكَ لِيُعْذِرَ مِنْ نَفْسِهِ وَذَلِكَ الْمُنَافِقُ وَذَلِكَ الَّذِي يَسْخَطُ اللهُ عَلَيْهِ
16 – (2968)
Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Abu Umar telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Suhail bin Abu Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah Radhiyallaahu’anhu, ia berkata:
Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita akan melihat Rabb kita pada hari kiamat? Beliau balik bertanya: Apakah kalian membahayakan (orang lain) saat melihat matahari disiang hari yang tidak ada awannya? mereka menjawab: Tidak. beliau bertanya lagi: Apakah kalian membahayakan (orang lain) saat melihat bulan dimalam purnama yang tidak ada awannya? Mereka menjawab: Tidak. beliau bersabda: Demi Dzat yang jiwaku berada ditanganNya, kalian tidak membahayakan (orang lain) saat melihat Rabb kalian kecuali seperti kalian membahayakan (orang lain) saat melihat salah satunya. Beliau meneruskan: LaluIa menemui hamba kemudian bertanya: Hai fulan, bukankah Aku telah memuliakanmu, menjadikanmu pemimpin, menikahkanmu, Aku tundukkan kuda dan unta untukmu, Aku membiarkanmu menjadi pemimpin dan ditaati?  ia menjawab: Benar. Ia bertanya: Apa kau mengira akan bertemu denganku?  ia menjawab: Tidak. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melupakanmu seperti kau melupakanKu. Setelah itu Allah menemui hamba yang kedua , Allah berfirman: Hai fulan, bukankah Aku telah memuliakanmu, menjadikanmu pemimpin, menikahkanmu, Aku tundukkan kuda dan unta untukmu, Aku membiarkanmu menjadi pemimpin dan ditaati?  ia menjawab: Benar. Ia bertanya: Apa kau mengira akan bertemu denganku?  ia menjawab: Tidak. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melupakanmu seperti kau melupakanKu. Setelah Dia menemui hamba yang ketiga , lalu Allah berfirman padanya seperti itu, hamba itu berkata: Wahai Tuhanku, aku beriman kepadaMu, pada kitabMu, pada rasulMu, aku shalat, puasa dan bersedekah,  lalu ia memuji kebaikan semampunya kemudian Allah berfirman: (Berhentilah) disini kalau begitu. Setelah itu dikatakan padanya: Sekarang, kami mengutus saksi kami untukmu. Ia Berfikir dalam hatinya, siapa gerangan yang akan bersaksi untuknya. Kemudian mulutnya ditutup dan dikatakan kepada paha, daging dan tulangnya : Berbicaralah. Lalu paha, daging dan tulangnya mengucapkan perbuatannya. Demikian itu supaya menjadi alasan untuk dirinya. Itulah orang munafik, itulah orang yang dimurkai Allah.
(Shahih Muslim 2968-16)
حَدَّثَنَا أَبُوْ بَكْرِ بْنُ النَّضْرِ بْنِ أَبِي النَّضْرِ حَدَّثَنِي أَبُوْ النَّضْرِ هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ الأَشْجَعِيُّ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ عُبَيْدٍ اَلْمُكْتِبِ عَنْ فُضَيْلٍ عَنِ الشَّعْبِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ:
كُنَّا عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضَحِكَ فَقَالَ هَلْ تَدْرُوْنَ مِمَّ أَضْحَكُ قَالَ قُلْنَا اَللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمُ قَالَ مِنْ مُخَاطَبَةِ الْعَبْدِ رَبَّهُ يَقُوْلُ يَا رَبِّ أَلَمْ تُجِرْنِي مِنَ الظُّلْمِ قَالَ يَقُوْلُ بَلَى قَالَ فَيَقُوْلُ فَإِنِّي لاَ أُجِيْزُ عَلَى نَفْسِي إِلاَّ شَاهِدًا مِنِّي قَالَ فَيَقُوْلُ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ شَهِيْدًا وَبِالْكِرَامِ الْكَاتِبِينَ شُهُودًا قَالَ فَيُخْتَمُ عَلَى فِيْهِ فَيُقَالُ  ِلأَرْكَانِهِ اَنْطِقِي قَالَ فَتَنْطِقُ بِأَعْمَالِهِ قَالَ ثُمَّ يُخَلَّى بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْكَلاَمِ قَالَ فَيَقُوْلُ بُعْدًا لَكُنَّ وَسُحْقًا فَعَنْكُنَّ كُنْتُ أُنَاضِلُ
17 – (2969)
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin An Nadhir bin Abu An Nadhir telah menceritakan kepadaku Hasyim bin Al Qasim telah menceritakan kepada kami Ubaidullah Al Asyja’i dari Sufyan Ats Tsauri dari Ubaid Al Muktib dari Fudhail dari Asy Sya’bi dari Anas bin Malik Radhiyallaahu’anhu , ia berkata:
Suatu ketika kami pernah bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam, beliau tertawa dan bertanya : Tahukah kalian apa yang membuatku tertawa? Ia berkata: Kami menjawab: Allah dan RasulNya lebih tahu. Beliau bersabda: Aku menertawakan percakapan seorang hamba dengan Rabbnya. Ia berkata: ‘Wahai Rabb, bukankah Engkau telah menghindarkanku dari kelaliman?  Dia menjawab: Ya. Ia berkata: Sesungguhnya aku tidak mengizinkan jiwaku kecuali untuk menjadi saksi atas diriku sendiri. Beliau meneruskan: Diapun berkata: Kalau begitu pada hari ini cukuplah jiwamu yang menjadi saksi atas dirimu (QS: Al Israa`: 16) dan juga para malaikat yang mulia yang mencacat amalanmu menjadi para saksi. Beliau meneruskan: Lalu dibungkamlah mulutnya dan dikatakan kepada anggota badannya: Bicaralah. Maka anggota badannya pun mengungkap semua amal perbuatan yang dilakukannya. Beliau meneruskan : Kemudian dilepaskanlah antara ia dan ucapannya hingga ia berkata: Celakalah kalian, bukankah aku dulu membelamu?
(Shahih Muslim 2969-17)
GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat dibelasah beramai-ramai di Ocean View, Sungai Pinang di sini awal hari ini.
  
Mayat Ameer Mustaqim Naharudin, 19, tukang cuci di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sini ditemui pada 2.45 pagi.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki itu dikatakan berbual bersama tiga rakannya sebelum sekumpulan empat hingga lima lelaki mendekati mereka dan menyerangnya menggunakan topi keledar.
  
"Kami menemui cermin penutup topi keledar berhampiran mayat mangsa," katanya kepada pemberita.
  
Beliau berkata kesemua suspek dipercayai dalam keadaan mabuk berikutan penemuan beberapa tin minuman keras di kawasan berkenaan.
  
Mazlan berkata polis sedang menyiasat motif sebenar kejadian dan hubungan mangsa dengan penyerangnya.
  
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Dalam suasana di mana negara kita dilanda bala (ujian) demi bala – daripada kejadian alam (kemarau, jerebu dan kekurangan air) kepada kehilangan kapal terbang dan penculikan pelancong – kita wajib berhati-hati sebelum membuka Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Demikian tulis Datuk A Kadir Jasin (gambar) di dalam blognya semalam.

Justeru, baginya pendedahan salah urus pentadbiran melalui Laporan Ketua Audit Negara 2013 ibarat cerita tahi gigi kalau dibandingkan dengan salah urus pembinaan terminal penerbangan ekonomi KLIA2 yang bukan saja terlewat dua tahun, tetapi juga menelan belanja dua kali ganda - daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion.

Menurutnya, kontrak utama KLIA2 diberikan kepada usaha sama UEM-Bina Puri Berhad. UEM adalah GLC milik Khazanah Nasional manakala Bina Puri adalah syarikat pembinaan yang ada kaitan dengan MCA.

Tambahnya, tidak hairanlah kalau pelanggan utama terminal baru itu, Air Asia Berhad mempertikaikan kesediaan dan keselamatan terminal yang dijadualkan beroperasi pada 2 Mei ini.

Media massa, antara lain melaporkan keretakan landasan dan apron serta kesediaan sistem bagasi.

Bayangkan, ujarnya apa akan terjadi kepada imej kita sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini atau masalah teknikal besar di terminal baru itu.

“Dalam hal kelewatan dan pergandaan kos KLIA2, kita wajib menuntut agar penyiasatan rapi dan bebas dilakukan ke atas pihak-pihak yang terbabit, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Berhad dan kontraktor utama.

“Mesti ada pihak yang tidak cekap, tidak teliti dan tidak telus sebaliknya korup sehingga berlaku kelewatan, pergandaan kos dan mutu kerja yang dipertikaikan,” tulisnya lagi.
ARAB SPRING yang melanda seluruh benua Arab sejak beberapa tahun lalu telah menyaksikan rakyat secara spontan bangkit dan keluar ke jalan-jalanraya menuntut hak dan kebebasan mereka.
Bermula dari Sidi Bouzid sebuah bandar kecil di Tunisia, ia terus merebak ke Moroko, Libya, Syria, Mesir dan negara-negra Arab lain. Tuntutan mereka adalah perubahan politik yang lebih besar serta kembali kepada asas sistem demokrasi yang bertunjangkan rakyat.
Perubahan ini juga telah memberi nafas baru kepada pertubuhan Ikhwan Muslimin. Gerakan ini yang telah sejak sekian lama dinafikan hak mereka, kembali bergiat secara terbuka dan berjaya menguasai kepimpinan politik di beberapa negara seperti Moroko, Tunisia dan Mesir. Di Mesir,  Presiden Mubarak telah digulingkan selepas berlakunya kebangkitan rakyat yang keluar ke jalan-jalanraya membantah pemerintahan diktator beliau. 
Namun perubahan ’Arab Spring’ ini amat menggerunkan pemimpin-pemimpin di negara-negara Teluk seperti UAE, Bahrain, Kuwait, Jordan dan Arab Saudi. Ini ditambah lagi dengan apa yang dilihat sebagai ’kebangkitan semula Ikhwan Muslimin’ di dunia Arab. Negara-negara teluk yang kaya dengan hasil minyak dan gas ini juga telah lama menjadi sekutu rapat pemerintah Amerika Syarikat dan Kuasa Barat.

NASIB GERAKAN ISLAM
Kini segala-galanya telah berubah. Kerajaan Presiden Morsi yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang adil hanya mampu bertahan selama setahun sahaja. Beliau telah diguling oleh junta tentera yang di ketuai Jeneral Abdul Fattah Sisi.
Di Tunisia, pelbagai cara juga telah digunakan bagi ’melemahkan’ serta ’mensabotaj’ kerajaan yang di kuasai oleh parti Nahdah yang dilihat rapat dengan Ikhwan sehingga memaksa mereka ’berundur’ dari menerajui kerajaan di Tunisia.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Moroko. Institusi kerajaan yang masih ’setia’ dengan pemerintah diktator di negara-negara tersebut seperti badan kehakiman, ekonomi dan pelaburan serta polis dan tentera telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh Ikhwan Muslimin.
Malah perkembangan terbaru kini, selain dari junta tentera di Mesir, Kerajaan Arab Saudi dan UAE juga telah menyenaraikan Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi ‘pengganas’ kerana dilihat memberi ancaman kepada kepentingan pemerintahan ‘monarki’ mereka serta negara antarabangsa.

KEPENTINGAN STRATEGIK AMERIKA
Di Britain, Perdana Menteri David Cameron juga turut mengarahkan pihak keselamatan negara tersebut melakukan penyiasatan rapi keatas kegiatan Ikhwan Muslimin di negara tersebut kerana di syaki terlibat dalam kegiatan ’terroris’ serta membantu kelompok ekstremis melakukan keganasan di Mesir.
Amerika Syarikat pula dengan keringat pakar-pakar strategik mereka juga telah membuat penilaian semula terhadap ruang demokrasi yang ’dibenarkan’ sejak Arab Spring ini serta kesan kemenangan parti-parti Islam dalam pilihanraya di Timur Tengah. Namun realitinya kepentingan strategik Amerika Syarikat mengatasi proses pendemokrasian yang mereka war-warkan sendiri.
Kini Ikhwan Muslimin berada di ”kandang orang salah” walaupun sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah menunjukkan sifat toleransi dan kesabaran yang tinggi. Pertubuhan ini telah sejak sekian lama bergiat cergas diserata dunia secara aman dah telah menyumbang kepada dunia Islam. Mereka tetap konsisten bersama terlibat secara aman walaupun ramai kalangan pimpinan mereka yang dibunuh dan di penjara.
Ikhwan Muslimin juga telah sejak sekian lama terlibat dalam proses demokrasi di negara-negara seperti Jordan, Yemen, Kuwait dan Bahrain. Mereka telah terbukti melakukan perubahan sosial dan politik secara aman. Pertubuhan ini telah sejak sekian lama bergiat cergas diserata dunia dan telah menyumbang kepada dunia Islam. Mereka tetap konsisten bersama terlibat secara aman walaupun ramai kalangan pimpinan mereka yang dibunuh dan di penjara.

REFORMASI POLITIK
Realitinya, walaupun agenda reformasi politik Ikhwan Muslimin adalah secara aman dan melalui demokrasi, namun mereka seolah-olah dilihat tidak mempunyai tempat di dalam politik demokrasi. Kayu-ukur yang digunakan oleh Amerika Syarikat bagi melaksanakan keadilan  antarabangsa ini terutamanya terhadap Ikhwan Muslimin adalah menjaga kepentingan ‘minyak’, melindungi negara Zionis Israel serta meneruskan hegemoni mereka terhadap negara-negara umat Islam.
Ya, inilah nasib Ikhwan Muslimin dan mana-mana parti Islam didalam mengharungi kancah politik dunia kini. Walaupun ia bergerak secara aman dan menolak kekerasan; ia akan tetap dilihat sebagai ancaman yang amat bahaya sebagaimana penjajah British menilai kewujudan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu sebagai ”bahaya dari Gunung”. 
____________________
Penulis ialah Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok.

Berkesempatan berkunjung ke Pulau Gaya, Sabah ketika mengisi ruang dikelapangan masa dalam kepadatan acara yang diatur untuk program jelajah ‘Rehlah Ilmu Bumi Bawah Bayu’ di sekitar Kota Kinabalu, Putatan, dan Papar, saya melihat realiti kehidupan masyarakat di sana yang unik sebagai masyarakat perkampungan atas air.

Walaupun mereka hidup di pulau ini secara tak bertanah, hakikatnya masyarakat keturunan Bugis dan keturunan Filipina di sini sangat ramah serta mudah didekati.

Kehidupan berjiran dalam suasana yang harmoni berdekatan antara satu sama lain.

Berkunjung ke Pulau Gaya ini di waktu tengah hari, tak ramai kaum lelaki dewasa yang ditemui disebabkan kebanyakkan mereka sedang keluar mencari rezeki terutamanya dari sumber lautan. Sebahagian dari mereka juga ada yang bertugas di pelantar minyak dan mencari rezeki dengan berniaga di tanah besar.

Terletak dalam Dun Tanjung Aru, Parlimen Putatan,  jaraknya dari daratan hanyalah sekitar 7 minit menaiki bot. Sangat dekat dan tak sepatutnya mereka terpinggir dari arus pembangunan samada dari aspek infrastruktur dan kemanusian.

Masyarakat luar Sabah mungkin mengenali Pulau Gaya dari potensinya sebagai lokasi pelancongan, tetapi saya lebih berminat untuk menyelami kehidupan seharian penduduknya yang 99% daripada mereka adalah pemegang IC Malaysia dan merupakan pengundi yang menjadi tunjang kekuatan BN untuk Dun Tanjung Aru.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Putatan, Saudara Yusrizal yang selalu berulang-alik antara tanah besar dan Pulau Gaya untuk mengajar al-Quran kepada penduduk setempat menyatakan, sebenarnya Kerajaan negeri memang sengaja membiarkan kedhaifan penduduk berterusan kerana di mana wujud kemiskinan dan kesukaran hidup, di situ BN akan menjadi kuat.

Pihak kerajaan juga seolah-olah merancang  untuk menghalau mereka secara terhormat dari perkampungan air ini dan memindahkan mereka ke tanah besar supaya pulau ini boleh difokuskan sebagai lokasi pelancongan sahaja. Tetapi sebagai ‘orang laut’ dengan kehidupan yang bergantung sebahagian besarnya kepada sumber laut, tentunya kehidupan di tanah besar agak janggal bagi mereka, jelas Saudara Yusrizal lagi. Walau bagaimana terhimpit sekalipun, mereka tetap meneruskan kehidupan di sini.

Antara dilema masyarakat di sini adalah ketiadaan bekalan air bersih untuk kegunaan harian menyebabkan bekalan air perlu diangkut dari tanah besar menggunakan bot yang dijual kepada penduduk dengan kos yang agak mahal.

Satu tong berharga RM8. Setiap hari satu keluarga memerlukan purata 5 tong air untuk kegunaan mandi, memasak, mencuci dan lain-lain lagi. Bermakna untuk kos air bersih sahaja, RM40 perlu dibelanjakan dalam sehari.

Semasa kempen PRU13 yang lalu, memang pihak kerajaan ada menjanjikan untuk membina tangki air di pulau ini yang akan menyimpan air bersih yang disalurkan dari tanah besar seterusnya menyalurkannya untuk bekalan masyarakat pulau. Tangki yang dijanjikan tersebut memang dibina tetapi malangnya apabila siap, penduduk ditipu dan hanya mampu menjadi penonton kepada prasarana ini apabila bekalan airnya hanya dikhususkan untuk resort-resort pelancongan sahaja, bukan untuk penduduk.

Tepat sekali slogan rakyat diutamakan! Tentunya resort-resort pelancongan tersebut bukan milik masyarakat setempat Pulau Gaya.

Tiada ulasan: