Jumaat, 25 April 2014

SIFIR MUDAH....HUDUD YANG HENDAK SIKIT....YANG MENOLAK BANYAK....MENGAJI/DATANG KE MAJLIS ILMU DISURAU2/MASJID2 SIKIT....SEBAB YANG MASUK SYURGA SIKIT....YANG MASUK NERAKA BANYAK...KAN...ITU GAMBARAN DUNIA....UNTUK MEMBENARKAN GAMBARAN DIAKHIRAT.....TUAN-PUAN PILIH YANG MANA

KUALA LUMPUR: Satu taklimat penerangan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah II yang merangkumi hukum hudud akan diadakan kepada pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam tempoh terdekat.

Taklimat yang dijadualkan di Kuala Lumpur itu akan diadakan secara tertutup bagi memudahkan pimpinan DHPP mendapat penjelasan secara lebih efektif berhubung enakmen yang menimbulkan keresahan di kalangan bukan Islam.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata taklimat tertutup itu akan melibatkan semua pimpinan DHPP di peringkat pusat dan negeri, dan seterusnya beberapa taklimat serta himpunan khas untuk untuk orang ramai.

"Kita sedar, ramai di kalangan ahli DHPP sendiri yang tidak jelas dengan enakmen dan hukum hudud ini sendiri hingga menyukarkan mereka untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam.

"Justeru, PAS Pusat telah memutuskan untuk mengadakan taklimat tertutup berkaitan enakmen ini dalam tempoh terdekat kepada pimpinan DHPP terlebih dahulu, sebelum program lain yang akan dibuka untuk orang ramai," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga baru dilantik sebagai Penasihat DHPP, turut memaklumkan bahawa satu pertemuan dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR akan diadakan pada Selasa, 29 April ini di Pejabat Agung PAS.

Katanya, pertemuan itu merupakan satu pertemuan khusus bagi membincangkan dan menjelaskan secara terperinci berkaitan enakmen tersebut kepada rakan-rakan dalam pakatan.

Hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk membawa usul persendirian bagi membincangkan soal Enkmen Jenayah Syariah II ke parlimen menimbulkan keresahan di kalangan bukan Islam.

Beberapa siri bantahan dilakukan beberapa NGO bukan Islam, selain dari MCA sendiri berhubung hasrat kerajaan negeri tersebut.

Malah, sebelum ini DHPP turut menyatakan keresahan apabila terdapat sebilangan ahli DHPP sendiri yang tidak jelas dan faham berkaitan enakmen tersebut yang hanya dikenakan ke atas mereka yang beragama Islam sahaja.

Ekoran itu, DHPP menggesa PAS Pusat mengambil langkah segera dan proaktif untuk memberi penerangan khusus kepada DHPP sendiri bagi memudahkan usaha ahli-ahli DHPP untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam.
Agama adalah asas bagi segala kehidupan muslim, manakala aqidah (keimanan) adalah asas bagi agama Islam. Dua perkara pokok ini mesti difahami oleh seluruh masyarakat, sama ada muslim atau bukan muslim. Kedudukan agama dalam kehidupan muslim bukan hanya sekadar keperluan rohani atau perkara yang boleh diambil atau ditinggal, bahkan ia adalah kewajipan yang mesti diterima dan dilaksanakan.

Agama bukan bahan tempelan bagi memenuhi syarakat digelar muslim, atau perkara yang diterima dalam sesetengah keadaan dalam memenuhi keperluan hidup, sebagaimana pakaian, yang boleh dipakai bila mana perlu dan ditanggal bila mana tidak memerlukannya. Ia juga bukan seumpama makanan, yang boleh di ambil bila mana lapar dan ditinggal bila mana merasa kenyang. Bagi umat Islam, agama adalah nadi, jantung dan nyawa bagi kehidupan muslim.

Agama adalah asas kehidupan, asas penilaian dan asas bagi segala tindakan, keyakinan dan kepercayaan. Di atasnyalah berdiri segala tindakan, penilaian dan keyakinan. Kerana persoalan agama inilah umat Islam terdiri dari pelbagai tahap dan golongan. Walau semuanya muslim.

Ada aorang Islam yang menghayati sepenuhnya segala ajaran Islam, dengan penuh kepercayaan, keimanan, dan kesungguhan sehingga keyakinannya menyerap dalam seluruh akal budinya. Golongan ini dipanggil mukmin.

Manakala ada dalam kalangan orang Islam yang hanya sekadar percaya beberapa kewajipan asas agama khususnya hubungan dengan Allah, sedang keyakinannya tidak meresap ke dalam seluruh akal budinya, ia bercampur baur antara taat dan maksiat. Golongan ini dinamakan golongan muslim asi, atau fasik.

Sama halnya dengan orang Islam yang hidup membelakangkan tanggungjawab terhaap Allah seperti mengabaikan sembahyang, puasa, zakat, haji serta melakukan pelbagai dosa dan larangan Allah, namun ia masih berkeyakinan kewajipan yang mesti dilaksanakan, atau masih berkeyakinan dan tahu perbuatan haram, namun dilakukan kerana kelemahan mannya, atau kerana malas dan cuai, maka golongan ini dinamakan golongan fasik. Iaitu golongan yang melakaukan dosa besar dan tidak beraubat kepada Allah.

Manakala sesaorang yang melanggar kewajipan asas seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lainnya dengan penuh keyakinan ianya BUKAN SATU KEWAJIPAN, atau tidak haram melakukan larangan Allah seperti berzina, minum arak, berjudi dan lainnya, sekiranya dilakukan dengan pengetahuannya maka golongan ini dipanggil murtad. Yakni telah terkeluar dari lingkungan seorang muslim. Kerana ia telah MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH, ATAU MENGHARAMKAN APA YANG DIHALALKAN oleh Allah.

Maka sebagai seorang muslim mereka mesti menerima, beramal dan mematuhi apa jua kewajipan Allah ke atasnya, dan meninggal apa jua larangan Allah. Maka kita mesti mengetahui apakah perkara kewajipan dan apa pula perkara yang dilarang oleh Allah. Mengetahui perkara ini termasuk fardu ain, yang mesti dipelajarai oleh setiap muslim.

Di manakah hudud , qisas dan takzir.

Ia sebahagian kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah demi kebaikan, keselamatan, kesejahteraan masyakat bagi menjamain keharmonian, keamanan dan keselamatan harta, nyawa, maruah, akal fikiran dan agama yang menjadi teras tersebut.

Maka tanggungjawab ini mesti difahami oleh seluruh masyarakat muslim atau non muslim. Maka adalah sangat janggal dan bercanggah dengan asas agama Islam bila mana ada dalam kalangan muslim atau non muslim meminta agar umat Islam tidak melaksanakan sistem perundangan Islam (hudud, qisas atau akzir ) ke atas umat Islam, kerana Ia satu kewajipan bagi pemerintah Islam.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) digesa menyiasat aduan yang dikemukakan oleh mangsa-mangsa pertukaran guru disebabkan campurtangan politik dan penafian hak asasi terhadap mereka.

Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary berkata, Suhakam perlu bertindak agar perbuatan khianat ini dihentikan segera dengan menarik balik pertukaran tersebut.

Malah katanya, Suhakam juga digesa menyiasat individu-individu yang menyalahgunakan kuasa mereka sebagai penjawat awam yang melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap guru sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagaimana jaminan dan Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

"Tidak wajar pendidikan dipolitikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan melakukan pencabulan hak asasi manusia yang jelas bercanggah dengan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Harakahdaily.

Perintah-perintah am Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993, Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh atau Mana-mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan dan Garis Panduan Pertukaran Guru Antara Bahagian, Negeri, Daerah atau Dalam Daerah, jelas Marzuk ianya sudah dijadikan 'sampah' oleh pegawai awam khususnya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan di Negeri Kelantan ekoran campurtangan politik yang ketara dan membimbangkan.

Hal ini katanya, telah dibuktikan melalui surat Cadangan Penempatan /Pertukaran Guru Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok 2013 bertarikh 9 Mei 2013 yang ditujukan kepada Pengarah Pelajaran Kelantan bersama senarai pertukaran guru akibat politik selepas PRU13 yang menyenaraikan 99 nama guru yang menjadi mangsa pertukaran.

Antaranya, 10 senarai nama guru yang telah ditukar, 12 guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam senarai cadangan bertukar ke luar PPD Bachok, 13 guru J-Qaf dicadang bertukar ke luar PPD Bachok, 3 guru J-Qaf sekolah rendah bertukar ke luar negeri Kelantan, 20 guru sekolah rendah dalam daerah manakala 14 guru dari sekolah menengah, selain cadangan 25 guru bertukar di dalam negeri serta  cadangan 12 guru ditukar antara negeri.

"Guru adalah individu yang banyak mengorbankan diri, tenaga masa dan usaha untuk melahirkan warganegara berilmu dan berpengetahuan. Tidak wajar mereka diganggu dengan apa-apa sahaja intimidasi atau percubaan terhadap ugutan seperti pertukaran, dibuang kerja, diganggu semosi, ancaman kekerasan dan seumpamanya," kata beliau.

Keadaan ini katanya, sangat memalukan dunia pendidikan negara dan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia kononya dikenali sebagai Hub Pendidikan Dunia, namun hanyalah omong kosong sahaja.

"Jika guru diperlakukan sebegini rupa seolah-olah 'binatang ternakan' yang dipelihara untuk disembelih oleh pihak-pihak tertentu,"katanya.

Hari ini, seramai lima orang guru dari daerah Bachok bersama beliau tampil mengadu masalah pertukaran politik kepada Suhakam.

Turut bersama dalam pertemuan itu, Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman, mereka juga menyerahkan memorandum Bantahan Pertukaran Warga Pendidik Secara Zalim kepada Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam di Bangunan TH Perdana pada 3.00 petang tadi.

Memorandum tersebut turut melampirkan senarai guru terbabit serta alasan pertukaran antaranya, Bekas Imam Muda Masjid Bachok, tidak menyokong Umno, suami ketua konvo kereta PAS, dan menampal pelekat 'R' di kereta.

Sebelum ini, Ahmad Marzuk mendedahkan  PPD Bachok di bawah Kementerian Pelajaran telah menukar 10 guru di kawasan berkenaan atas sebab dendam politik di Parlimen.

Antara yang tersenarai adalah isteri kepada Naib Presiden PAS, Pusat Datuk Husam Musa iaitu Datin Rohana Abd Rahman.

Menurut Marzuk, antara 40 alasan politik pertukaran yang diberikan adalah kerana suami calon PAS, keluarga PAS tegar dan membekal makanan ke pos PAS.

KUALA LUMPUR: Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju agar penjualan arak dalam peswat penerbangan dihentikan kerana ajaran agama tersebut melarang perbuatan itu.

Presidennya Datuk RS Mohan Shan berkata, arak dilarang kepada penganut Hindu kerana ianya boleh membawa mudarat kepada peminumnya.

"Arak boleh membawa kepada satu tahap di mana peminumnya boleh hilang kesedaran diri. Seterusnya individu tersebut mungkin akan melakukan sesuatu di luar kawalan.

"Oleh itu Hindu melarang minum arak kerana mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) berkata, walaupun ada ajaran yang tidak menghalang penganutnya meminum arak, namun beliau mencadangkan agar isipadu yang dihidang dalam pesawat dihadkan.

"Syarikat penerbangan perlu memastikan agar penumpang tidak terlebih minum sehingga mabuk kerana ia mungkin boleh membawa keburukan kepada penumpang lain," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian Fellowship (NECF) berkata, ajaran Kristian juga tidak menggalakkan penganutnya mengambil minuman keras.

Menurut beliau, oleh kerana penumpang dalam pesawat terdiri daripada pelbagai negara dan budaya, pramugari harus sensitif dan menghidangkanya kepada penumpang yang tiada larangan sahaja.

Bagaimanapun ujarnya, hidangan arak dalam pesawat sebenarnya tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam peswat.

"Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang lama. Apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain.

"Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya dipetik akhbar berbahasa Melayu itu.

BANTING: Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Perumpamaan itu mungkin paling tepat untuk menggambarkan kegigihan tenaga pengajar Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB), bagi membina jati diri pelajar, membimbing mereka untuk mengetahui matlamat hidup dan seterusnya berjaya dalam kehidupan beragama dan dunia akademik.
Pengetua MITIB, Ustaz Anas Ayob (gambar) berkata, madrasah itu memberi fokus kepada 'kemenjadian pelajar' (outcome based learning) berbanding  kecemerlangan dalam peperiksaan (examination based learning).
"Bila fokus kepada kemenjadian pelajar, kecemerlangan akan ikut. Bila pelajar tahu keutamaan dalam hidup, tahu matlamat hidup, pasti kecemerlangan akan kejar dia," katanya penuh yakin.
Ustaz Anas tidak bercakap kosong. Kejayaan yang diraih para pelajar MITIB di bidang akademik walaupun 'dibebani' dengan kurikulum tahfiz dan kurikulum Al Azhar telah membuka mata sekolah-sekolah lain khususnya di daerah Kuala Langat.
Mula beroperasi pada 28 Januari 2008, MITIB adalah kesinambungan daripada dua institusi pengajian tahfiz terdahulu di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) iaitu Markaz Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH Selangor) dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Istana Alauddin Bandar (MATISDAR).
MITIB mempunyai visi menjadi institusi pendidikan dan pusat pengembangan ilmu yang melahirkan generasi al-Quran yang diredhai Allah.
Misi yang dipikul olehnya adalah mendidik dan membentuk generasi al-Quran bertakwa yang ikhlas, berilmu, beramal, berakhlak mulia dan berketrampilan.
Semua ini dicapai melalui sistem pendidikan integrasi dan holistik berasaskan pengurusan berkualiti serta berperanan sebagai khalifah di muka bumi.
Dengan menjadikan Maahad Tahfiz Sains, Pulau Chondong, Machang sebagai model, MITIB mula beroperasi dengan pengambilan sulung 58 orang pelajar.
Kini ia menampung 295 pelajar dengan bilangan yang seimbang antara pelajar lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 hingga 5.
Terdapat 52 orang tenaga pengajar, 24 daripadanya ialah guru tahfiz.
Bagi meningkatkan kemahiran bahasa Arab di kalangan pelajar, dua tenaga pengajar dari Mesir dan Sudan diambil bertugas di madrasah ini.
Pengambilan murid dibuat berdasarkan syarat-syarat rakyat Selangor atau ibu bapa bermastautin di Selangor, terbaik dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA),  5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan lulus temuduga Ujian Syafawi dan Tahriri kendalian Jais.
Menurut Ustaz Anas, dasar kurikulum MITIB adalah berbeza daripada sekolah-sekolah lain dengan menjadikan kurikulum Tahfiz sebagai teras (50%), kurukulum KBSM (35%) dan kurukulum Al-Azhar (15%).
Berkonsepkan asrama penuh, MITIB dibiayai operasinya oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Para pelajar MITIB juga menerima elaun tahfiz al-Quran berjumlah RM150 sebulan; pembiayaan Yayasan Selangor antara RM700 hingga RM1000 setahun (berdasarkan pendapatan keluarga); dan dermasiswa kecemerlangan Mais berjumlah RM360 setahun bagi mereka yang layak.
Di bidang kokurikulum, para pelajar diwajibkan menyertai aktiviti berenang, memanah dan taekwondo. Malah MITIB juga mewakili daerah Kuala Langat bagi acara memanah di peringkat negeri. Pelajar MITIB juga mewakili Kuala Langat untuk acara pingpong dan boling.
Kecemerlangan yang dicapai para pelajar MITIB di bidang akademik juga membanggakan apabila dinobatkan sebagai sekolah terbaik daerah Kuala Langat dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2010.
Seramai 56 pelajarnya memperolehi 9A dalam PMR 2011.
MITIB juga meraih keputusan terbaik seluruh Selangor bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2012 apabila 99 peratus calonnya memperolehi keputusan Mumtaz bagi keseluruhan subjek.
Bagi SPM2013, 12 pelajarnya memperolehi 11A, 8 pelajar (10A), 7 pelajar (9A), 11 pelajar (8A) dan 9 pelajar (7A).
Apa yang lebih membanggakan, 11 daripada 12 pelajar yang meraih A dalam semua matapelajaran SPM 2013 sudah bergelar hafiz.
Lepasan pelajar MITIB, jelas Ustaz  Anas juga melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang profesional antaranya Jordan, Jepun dan Russia.
Bagi Ustaz Anas, kejayaan yang diraih para pelajar MITIB didorong oleh program pembinaan jati diri berteraskan al-Quran.
"Pelajar kita boleh menjadi cemerlang dengan pembinaan jati diri. Bila tiada masalah dan tahu apa yang hendak dibuat insya Allah, kejayaan akan menyusul," katanya.
Menurutnya, dengan pembinaan jati diri, para pelajar mengetahui matlamat hidup dan mampu mengislah diri.
"Rahsia paling besar adalah kembali kepada al-Quran. Dengan al-Quran Rasulullah s.a.w. boleh mengubah para sahabat dari menjadi belalang di padang pasir kepada singa di padang pasir. Bangsa Arab menjadi bangsa yang kuat bukan sahaja di Jazirah Arab, tempat mereka berniaga, malah separuh daripada dunia.
"Kalau kita membaca dan menghafal al-Quran, kita dapat rahmat;  apatah lagi jika kita faham dan laksanakan kandungan al-Quran," katanya mengakhiri perbualan.

Para pelajar MITIB di kantin sekolah ketika waktu rehat.
Kami mendapatI tujuan utama lawatan Obama ialah mengenai agenda menandatangani rundingan TPPA. Lantaran itu, jika Najib berani dan tegas mempertahankan maruah negara, dia  perlu mengambil kesempatan ini untuk menegaskan pendirian Malaysia bahawa rakyat tidak menerima perjanjian ini.

Kami yakin tujuan AS menekankan kepentingan TPPA ditandatangani bukan isu perdagangan, sebaliknya  adalah hegemoni AS adalah mengekang pengaruh China di rantau ini.

Oleh itu, Malaysia tidak perlu diperangkap dalam perjanjian ini hanya kerana AS mahu memenuhi agendanya mengimbangi kuasa China.

Penolakan Malaysia terhadap TPPA ini adalah wajar kerana sejak Malaysia menyertai rundingan tersebut dalam keadaan penuh kerahsiaan, rakyat tidak yakin kepentingan negara akan dapat dilindungi walaupun pihak MITI (Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa)  berulang kali menyatakan kepentingan negara tidak akan digadai.

Jika tujuan utama kedatangan Obama ke Malaysia adalah berkait dengan TPPA kami menjangka Obama akan mengguna pengaruh AS sepenuhnya ke atas Najib agar Malaysia tunduk kepada kehendak AS dalam perjanjian tersebut.

Kami mengulangi pendirian menolak dan membantah TPPA kerana kesan jangka panjangnya yang tidak dapat dijangka akibat peraturannya yang mengikat dan boleh mengheret negara ke Mahkamah antarabangsa jika berlaku konflik perdagangan.

Kami juga menolak lawatan Obama kerana AS merupakan negara adikuasa yang menggunakan pengaruhnya dan melakukan semahunya ke atas pelbagai negara di dunia seperti di Syria, Iraq, Afghanistan dan Pakistan sehingga jutaan rakyat awam menderita. Dasar luar AS telah memberi akibat yang buruk kepada sosio-ekonomi, pertahanan dan politik banyak negara di dunia ketiga.

Hegemoni AS yang menyebabkan Israel terus bermaharajalela, jelas menunjukkan betapa AS berperanan besar menafikan hak rakyat Palestin untuk mendapat keadilan sejak lebih 65 tahun yang lalu. Keganasan Israel terus berleluasa bukan sahaja di Tebing Barat malah juga membenarkan Israel melakukan kepungan haram keatas Tebing Gaza yang menyebabkan rakyat Palestin di Gaza menderitai akibat sekatan makanan, ubatan, bahan binaan, bekalan gas dan minyak sejak 2006  sehingga hari ini.

AS jelas menggunakan pengaruhnya secara "double standard" dalam dasar luarnya yang tidak mempedulikan hak asasi manusia sedangkan AS mencanang demokrasi kepada dunia. Operasi militari AS yang mengguna kapal terbang perang tanpa pemandu  (drone) di Afghanistan telah membunuh ribuan rakyat awam yang tidak berdosa. Demikian operasinya menjatuhkan Sadam Hussein telah mengakibatkan lebih sejuta rakyat Iraq terbunuh dan kini Iraq hancur sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Dasar hipokrit AS sangat jelas dalam krisis yang berlaku di Syria dan Mesir. Slogan AS supaya menghormati hak demokrasi rakyat Mesir menunjukkan percanggahan yang nyata. Kini AS menyokong penuh apa yang dilakukan oleh Fatah al-Sisi yang melakukan kudeta tentera menjatuhkan Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden yang sah dipileh oleh rakyat Mesir. Manakala AS menyokong keganasan yang berlaku di Syria yang kini sudah mengorbankan lebih dari 200,000 orang rakyat awam.

Kedatangan Obama ke Malaysia yang akan disambut sebagai lawatan terpenting pemimpin luar oleh Perdana Menteri Malaysia adalah simbol penyerahan kehormatan negara kepada kuasa imperialis dunia. Menerima lawatan pemimpin sebuah negara paling ganas didunia menunjukkan betapa negara sangat mudah diperalatkan oleh kuasa besar.

Obama jelas adalah seorang Presiden Amerika yang bermuka-muka dan pembohong besar. Harapan yang diisytiharkannya kepada dunia bahawa dia akan merubah dasar luarnya yang lebih positif kepada negara-negara Islam jelas adalah suatu penipuan dan manipulasi. Dengan terus memperalatkan beberapa negara Arab di Timur Tengah, sikapnya menyokong penuh dasar Israel, operasi ketenteraan yang semakin meningkat di Afghanistan dan Iraq, ternyata Obama adalah hipokrit paling besar dalam dunia. 

Bila 1 sahaja daripada 1000 yang masuk Syurga


1 Votes

Oleh: PenyairCinta
“Bismillahirrahmanirrahim, Sekadar renungan bersama menjelang hari-hari yang dinantikan ..Bacalah dengan seikhlas hati ..Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: Setiap seribu orang yang kamu ingin hantarkan seorang ke syurga, 999 dari orang-orang itu kau hantarkan ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
 —————————————————————–
Selepas peristiwa Zalzalah… Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur menuju ke hari neraka… dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)… dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut…”
Hadis Sahih Riwayat Bukhari
—————————————————————–
Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.
Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menenati di padang pengadilan.
Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.
Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi..
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda..
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.
15. `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari `Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & `Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat..
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. .
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya 1 sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

—————————————————————-
*Sewaktu Adam baru turun ke muka bumi, keadaan sekeliling gelap gelita. Maka Allah memperintahkan Jibril menghantar sedikit cahaya api untuk kegunaan Nabi Adam di bumi. “Wahai Jibril, pergilah engkau meminta sedikit api neraka dari Zabaniyah. Dia malaikat yang menjaga api neraka”.
Lantas Jibril menemui Zabaniyah.
Jibril : Wahai Zabaniyah, Allah perintahkan aku meminta sedikit api neraka darimu untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam.
Zabaniyah : Banyak mana sedikit api neraka yang engkau mahu?
Jibril : Berilahku sebesar buah tamar.
Zabaniyah : Wahai Jibril, jika aku memberi api neraka sebesar buah tamar, nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi.
Jibril : Jika begitu berilah separuh dari buah tamar.
Zabaniyah : Jika separuh dari buah tamar ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walau setitik air hujan dan tidak ada tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniyah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
PENGAJARAN
Itulah api neraka. Kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri nanti.
—————————————————————-
* Terkenang kisah Rasulullah lari ke Gua Hira’ dan pemuda Kahfi lari ke dalam gua selama 309 tahun ..
Surah Al Hadiid
[57.20] Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ada ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
*Yang menolak kedatangan2 peristiwa ini tidak mengapa .. teruskan dengan kehidupan kalian, yang masih beriman dan mempercayainya, persiapkanlah diri kita ..
Wallahua’lam ..


Pesanan untuk kaum wanita

Terlebih dahulu ana ingin memohon maaf jika penulisan ana ini bakal mengguris hati anda. Keadaan sekarang ini sangatlah teruk kerana majoriti wanita Islam yang tidak menjaga batas-batas mengikut apa yang disyariatkan dalam Islam. Antara yang paling teruk adalah berkaitan aurat dan tidak dinafikan ada lagi yang terlebih teruk dari itu. Tapi pada saat dan ketika ini, ana terasa ingin mengarang tentang hal ini agar sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca semua, insyaAllah.

Banyak sangat wanita Islam yang tidak menjaga aurat sekarang ini. Mereka mengaku Islam, tetapi mereka tidak mengikut apa yang diperintahkan. Hal inilah salah satu punca yang menyumbangkan kepada berlakunya kes rogol,kes zina,kes buang bayi dan sebagainya. Alangkah indahnya dunia jika semuanya mengikut ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya keruntuhan akhlaq kanak,remaja bermula dari kekurangan didikan agama terhadap mereka. Namun, hidayah itu milik Allah dan Dia boleh memberikannya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya, jadi jangan berputus asa memohon hidayahNya.

Tidakkah kamu tahu wahai kaum wanita Islam bahawa kamu adalah golongan yang dimuliakan oleh Allah? Tidakkah kamu tahu bahawa kaum wanita paling mudah untuk memasuki syurga Allah? Seperti sabda Nabi s.a.w:

“Wanita yang solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang soleh”
“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.”

Akan tetapi, kaum wanita akan dimasukkan ke neraka kerana tidak menjaga aurat, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum pernah aku lihat. 1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu, yang digunakannya untuk memukul orang. 2) Wanita-wanita berpakaian tetapi sama juga bertelanjang kerana pakaiannya terlalu minimum,telalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana sebahagian auratnya terbuka, dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh.” (Hadis Riwayat Muslim)

Diantara suruhan menjaga aurat dengan firman Allah:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nuur 24:31)


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Ahzaab 33:59)

Ana cuma ingin memberi nasihat, kasihan dengan saudara seislam.
“Dari Abu Sa'id Al-Khudry r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa diantara kamu sekalian melihat kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, bila ia tidak mampu maka hendaklah ia merubahnya dengan lisannya, bila ia tidak mampu maka hendaklah ia merubahnya dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)
“Dari Anas r.a, dari Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tidaklah sempurna iman salah seorang di antara kamu sekalian sebelum ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi diri sendiri.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam.

Wanita adalah paling ramai masuk neraka


MENGENANGKAN banyak antara kaum perempuan menyeleweng daripada ajaran Islam disebabkan beberapa sifat buruk yang sepatutnya dijauhi, Rasulullah SAW menasihati dan menggalakkan mereka supaya selalu bersedekah. Hal ini kerana sedekah akan menolong mereka di dunia dan akhirat.
Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”
Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”
Jabir (rawi hadis ini) berkata: “Golongan perempuan itu pula tampil bersedekah barang perhiasan badan mereka, mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka.” (Hadis riwayat Muslim)
Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya – sebagai ibu yang dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain itu, diberi panduan supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal salih.
Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa juga tabiat buruk seperti diterangkan dalam hadis di atas. Perkara itu ditegaskan lagi dalam hadis berikut.
Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”
Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: “”(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”
Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”
(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)
Dari Al-Hasan, bahawa ‘Aqil bin Abi Thalib menikahi seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : “Birafa’ Wal Banin (Semoga murah rezeki dan banyak anak)”. ‘Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata : “Janganlah kalian ucapkan demikian!!. Karena Rasulullah s.a.w melarang ucapan demikian”. Para tamu bertanya :”Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?”. ‘Aqil menjelaskan : “Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka ‘Alaiykum (Semoga Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah s.a.w”.
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).
Doa yang biasa Rasulullah s.a.w ucapkan kepada seorang mempelai ialah :
“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
Doa ini berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
Dari Abu hurairah, bahawasa Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan doa : “Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair (Semoga Allah memberimu keberkatan dan mencurahkan keberkatan ke atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan)”.
(Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi, Hakim, Ibnu Majah dan Baihaqi).
Wallahu’alam

 

Perempuan paling ramai masuk neraka? January 1, 2007

Posted by abulutfi in Bimbingan.
trackback


Salam,
Tertulis dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,
Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Telah aku lihat di dalam neraka pada malam mi’raj, maka aku nampak kebanyakan isinya perempuan.” Maka kataku daripada sahabatnya: “Kerana apa begitu ya Rasulullah?” Maka sabdanya: ” Sebab pun perempuan-perempuan itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki, bukanlah ia diam atau berkata dengan perkataan baik.” Dan satu lagi: “Tidak mengatakan ada apa-apa kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yang sekadar upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan mambaikkan tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tidak ada apa baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas sekalian perkara itu, jauh sekali dipujinya dengan kerana banyak perempuan-perempuan itu demikian banyaklah pula mereka itu masuk neraka.”
pp00951.jpg
Hadith ini menyatakankan bahawa dua sebab utama ramai wanita yang menjadi penghuni neraka adalah kerana:
1. Suka memaki dan melaknat.
2. Mengatakan bahawa tiada apa-apa kebaikan daripada suaminya kepadanya.
Para wanita tidak harus memandang hadith ini sebagai satu perkara yang bias kepada wanita, sebaliknya jika dilihat dari sudut yang lain, ia adalah satu keadilan kepada wanita. Mengapa saya berkata begitu?
Begini… Rasulullah saw telah memberi peringatan awal kepada wanita dengan menggambarkan apa yang bakal terjadi di hari pembalasan. Secara terperinci, baginda telah menyatakan sebab-sebab mengapa begitu ramai wanita dihukum masuk ke neraka. Oleh itu, umur kita yang panjang di dunia ini seharusnya para wanita mengambil peringatan dan kesempatan memelihara diri dari dua sebab yang telah disebutkan tadi. Allah bukan sengaja meletakkan wanita ke dalam neraka, melainkan mereka sendiri yang tidak mengambil endah kepada peringatan Rasulullah ini.
Para wanita telah diberi ‘clue’ awal lagi cara-cara untuk mengelakkan diri daripada terkena hukuman di hari kemudian. Maka, tiada alasan untuk mereka berdolak dalih sedangkan amaran awal telah diberikan untuk mempersiapkan diri. Umpama, seorang bapa yang memberi nasihatkepada anaknya agar tidak melakukan kemungkaran. Nasihat itu tidak diendahkan anaknya. Wajarkah si bapa menghukum anaknya setelah melanggar nasihat? Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah si bapa tidak adil apabila menghukum anaknya? Adakah si bapa boleh dikatakan seorang bapa yang baik dengan menasihatkan anaknya agar menjauhi perkara yang membawa mudharat?
Peringatan Rasulullah saw ini adalah satu titik tolak bagi kaum wanita memperhiaskan diri dengan akhlak mulia, terutamanya terhadap suami. Bahkan, sebenarnya wanita lebih mudah masuk ke syurga jika taat kepada perintah Allah, Rasul dan suami. Mereka tidak dibebankan dengan kewajipan mencari nafkah, memimpin keluarga atau berjihad di medan juang (kecuali dalam situasi tertentu).
Oleh itu para wanita wajar besyukur dengan nasihat yang diberikan Rasulullah ini. Kita hendaklah yakin bahawa Allah itu Maha Adil, tetapi manusia itu yang sering tidak berlaku adil kepada dirinya. Wallahu a’lam.

Tiada ulasan: