Posted on Sunday, April 27 @ 23:42:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar), berkata sebagai cabang muda dalam PKR dan pakatan itu, AMK tidak akan bersetuju terhadap desakan mana-mana pihak terutamanya rakan dalam pakatan pembangkang untuk mengeluarkan mana-mana parti daripada pakatan tersebut tanpa sebab kukuh.
Bagaimanapun, pengerusi PKR Melaka itu berkata, AMK memahami hasrat dan kemarahan yang ditunjukkan pemimpin DAP berkaitan isu hudud dan menegaskan isu itu perlu diselesaikan secara muafakat bersama pimpinan pakatan pembangkang.
Beliau ditemui pemberita selepas mengundi di Taman Bemban Utama di Jasin, hari ini untuk menentukan kepimpinan PKR bagi penggal 2014 hingga 2017 dan beliau turut bertanding bagi jawatan naib presiden.
PAS Kelantan melalui ahli Parlimennya merancang untuk membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.
Pada Jumaat lalu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook dilaporkan sebagai berkata PAS perlu berundur daripada pakatan itu jika bertegas untuk tetap dengan keputusannya berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan. – Bernama, 27 April, 2014.
sumber
Kelemahan kenderaan rasmi Obama, "Cadillac One" (The Beast) di kesan di Malaysia & Isreal !!
Posted on Sunday, April 27 @ 23:42:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Cadillac One yang dikenali “The Beast” kenderaan rasmi Presiden Obama dikatakan adalah kenderaan terbaik dan paling baik di dunia. Kereta General Motors ini adalah keluaran 2009 dengan spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan dan berciri sebuah kereta kebal menurut media.
Sepanjang lima meter, seberat lapan tan, “The Beast” dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.
Tayarnya kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.
The Beast turut dilengkapi senapang “shot-gun” dan kamera penglihatan malam. Memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah.
Walaupun hebat kereta ini telah memalukan Presiden Obama semasa lawatannya ke Isreal Mac 2013 lalu bila kereta yang tangkinya di isi gas bukan diesel menyebabkan terpaksa ditunda.
Akibat kebodohan pemandunya kerana bernilai $1.5 juta dollar ini tak boleh bergerak. Obama terpaksa menggunakan kereta keduanya untuk acara lawatan di Isreal. (rujuk di sini)
Di Malaysia pula, hebat mana kereta ini, ada oksigen dan bekalan darah... tapi minyaknya masih tak mampu untuk bergerak jauh dan tak ada bekalan minyak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan