Jumaat, 11 April 2014

TAK DE YANG HITAM AKAN2 HITAM JADILAH

1.Tahaaluf Siasi ialah Kerjasama Politik. Ia dijalin dengan parti yang berbeza ideologi untuk bekerjasama dalam mendepani perkara yang disepakati bersama seperti membasmi rasuah, menentang kezaliman dan menolak penindasan. Terdapat di sana perkara yang tidak disepakati, maka ia urusan perjuangan dan tindakan parti masing-masing.

2.Tahaaluf Siasi adalah kerjasama politik. Justeru itu, ia hanya mencakupi urusan politik tanpa sekali-kali melibatkan dasar dan prinsip parti yang diperjuangkan. Masing-masing parti yang menjadi kompenan tahaaluf siasi tidak boleh mencampuri, memaksa apatah lagi menghalang dasar perjuangan yang dianut oleh parti-parti kompenan yang lain.

3.Tahaaluf Siasi adalah kerjasama politik bukan kerjasama dasar perjuangan, juga bukan kerjasama fikrah, ibadah dan akidah. Ia kekal menjadi parti yang berbeza dengan sempadan masing-masing namun bekerjasama di antara satu sama lain dalam perkara yang dimeterai bersama.

4.Hudud ialah Kanun Jenayah Syariah Islam yang adil dan bijaksana justeru ia adalah bersumber daripada Allah SWT Tuhan yang mencipta manusia dan sekelian alam. Suatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT secara muhkamat lagi muktamad di dalam al-Quranil Karim dan ia merupakan sebahagian daripada Syariat Islam yang wajib ditegakkan oleh hamba Allah SWT sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

5.Hudud adalah hukum Islam dan ia sebahagian daripada keseluruhan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS malah termaktub di dalam perlembagaan PAS bahawa Islam adalah dasar PAS. Benar, ia bukan agenda dan perjuangan Pakatan Rakyat tetapi ia adalah dasar dan agenda perjuangan PAS. Insya-Allah PAS akan mengemukakan Private Bill di Parlimen ke arah implementation Kanun Jenayah Syariah Islam II (Hudud) di Kelantan setelah sekian lama ia di luluskan di DUN Kelantan.

6.Hudud adalah juzuk Islam yang tidak boleh diperkecilkan. Ia adalah solusi kepada isu nasional yang sekian lama buntu ditangani oleh undang-undang dan peraturan manusia. Ini adalah masa terbaik untuk PAS mengemukakannya ke Parlimen, sementelah pula Menteri di Jabatan Menteri membuka laluan agar Private Bill dibentang pada sidang Dewan Rakyat akan datang. Ahli Parlimen muslim sewajibnya menyokong demikian juga Ahli Parlimen non muslim diharapkan turut memberi sokongan kerana ia adalah undang-undang Allah SWT yang adil untuk semua.

7.Justeru, membentang "Private Bill" Kanun Jenayah Syariah Islam (Hudud) ke Parlimen tidak akan menjejaskan Tahaaluf Siasi atau kerjasama politik PAS dengan parti-parti rakan yang lain. Sebagaimana Tahaaluf Siasi juga bukanlah penghalang untuk PAS membentang Private Bill tersebut ke Parlimen.
KUALA LUMPUR: Pelantikan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam kes saman sivil DAP terhadapnya memperlihatkan seolah-olah Jabatan Peguam Negara kekurangan peguam berkaliber.

Tindakan tersebut mencerminkan kegagalan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta jabatan yang dikendalikan beliau yang disifatkan sebagai telah melepaskan tanggungjawab dan tugas untuk mengendalikan kes-kes saman terhadap kerajaan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dalam kenyataannya yang mengulas pelantikan Shafee oleh ROS itu mempersoalkan sama ada pembayar cukai turut terpaksa menanggung bayaran kepada peguam Umno terbabit, lapor Roketkini.

Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo yang menguruskan kes sivil DAP lawan ROS tersebut dimaklumkan tentang pelantikan Shafee sewaktu pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong memberitahu bahawa pihak pendaftar mahkamah dimaklumkan peguam dari firma Shafee bahawa ROS telahpun berbincang dengan peguam Umno itu untuk khidmatnya.

Seksyen 24(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 membenarkan Peguam Negara menggunakan khidmat mana-mana peguambela dan peguamcara untuk mewakili seorang pegawai kerajaan dalam prosiding sivil di mahkamah.

“Bagaimanapun, peruntukan tersebut sepatutnya digunakan hanya dalam kes-kes tertentu apabila kepakaran yang diperlukan di mahkamah tidak boleh didapati di Jabatan Peguam Negara.

“Prosiding sivil terhadap ROS tidak memerlukan sebarang kepakaran khas,” ujar Karpal, justeru tidak perlu wang pembayar cukai digunakan untuk membayar khidmat Muhammad Shafee.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi DAP menggesa Peguam Negara menjelaskan kepada orang ramai sebab Shafee perlu dilantik serta berapakah kadar bayaran yang perlu ditanggung oleh para pembayar cukai.

Shafee turut dilantik menganggotai pihak pendakwa dalam fasa rayuan kes Liwat 2 membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga turut menjadi peguam kepada Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Kemelut DAP dan ROS kini masuk tahun kedua. DAP dalam kes sivilnya mencabar keputusan ROS yang tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Meski pemilihan semula telah pun dibuat mengikut saranan pihak ROS. Namun ROS tetap bertindak mengarahkan CEC untuk tidak membuat sebarang keputusan bagi pihak parti sehingga selesai siasatan.
Masyarakat luar bandar terutamanya penoreh getah cukup merasa bimbang dengan harga semasa getah atau nama saintifiknya iaitu Hevea Brasiliensis sekarang ini iaitu RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh lagi.

Para penoreh getah yang dahulunya mampu memperolehi dari RM4.50 sehingga RM5.00 sekilogram sekitar pada tahun 2011 yang lalu.

Bagaimanakah nasib penoreh getah terutamanya di Perak dan apakah perancangan agensi Kerajaan untuk mengatasi masalah harga getah ini dalam tempoh terdekat?

Banyak rungutan penoreh getah yang dilaporkan berikutan harga yang begitu rendah dan akan menyukarkan penoreh-penoreh getah terutama di Kampung Pendalaman yang bergantung kepada perusahaan getah ini.

Di Negeri Perak masih merupakan kawasan pertanian walaupun perkembangan sektor industri adalah begitu pesat.  Daripada 2,117,54 hektar tanah di Perak, 30% iaitu 631,552 hektar adalah kawasan pertanian.

Beberapa jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan, sayur-sayuran, koko, padi, tanaman singkat, tanaman kekal dan pelbagai lain-lain tanaman. Seluas 205,764 hektar merupakan kawasan penanaman getah dari Utara Perak hinggalah ke Selatan Perak.

Dari jumlah itu, 180,591.5 hektar adalah kawasan getah yang telah dikenalpasti dan diuruskan oleh badan-badan Kerajaan dan Swasta.

Daripada jumlah 180,591.5 hektar yang dikenalpasti itu hanya 147,044.5 hektar yang dimiliki oleh 58,353 orang pekebun kecil getah sahaja yang berdaftar dengan Risda Negeri Perak.

Oleh kerana perkembangan pesat tanaman getah di Perak dahulu, sehinggakan terhadap nama Pekan Getah di Tapah Road. Manakala di Kampung Bendang Selising, Sauk, Kuala Kangsar terdapat dua batang pokok getah klon istemewa yang ditanam mampu mengeluarkan susu enam kilogram setiap hari dengan sekali torehan.

Mengikut sejarahnya, pada tahun 1877 tanaman getah di Malaysia telah di bawa masuk dari negara Brasil dan benih terakhir yang di bawa dari Brazil masih ada di Kuala Kangsar.

Jelas tanaman getah ini begitu dekat dengan rakyat Perak terutamanya pada masa dahulu dan mereka yang duduk di ladang-ladang sehingga kini. Banyak faktor penyebab perkembangan tanaman getah telah berubah dan yang paling kritikalnya kerana harga pasaran getah mencatatkan penurunan yang membimbangkan.

Ianya turut akan menjejaskan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang mempunyai tiga buah ladang seluas 2998.0 hektar yang telah dimajukan dalam tahun 2012.

SADC telah mula memajukan tapak semaian getah pada Ogos 2011, tapak semaian seluas dua hektar ini terletak di lokasi yang sama dengan kapasiti sebanyak 560,000 anak benih getah. Sudah tentu nasib buruk akan bakal ditanggung oleh SADC jika melihat kepada perkembangan harga getah kini.

Ini tidak termasuk di Felda Wilayah Trolak yang terdapat 21 perancangan Felda di seluruh Perak khasnya yang menguruskan tanaman getah. Sudah tentu akan memberikan kesan terutamanya pelaburan tanaman getah akan menjejaskan sektor ekonomi menyeluruh di atas penjualan getah.

Saya merasakan beberapa langkah daripada agensi Kerajaan yang terlibat seperti program tanam semula getah ke getah (TSGG), tanaman baharu komoditi getah (TBKG) Projek di bawah Skim Tanam Semula di Felda-Felda tidak banyak memberikan sumbangan kepada nilai jualan getah semasa.

Ini ditambah telah ada kawasan-kawasan yang dahulunya melakukan penanaman getah telah menjual tanah-tanah mereka. Dan hasilnya telah banyak pembangunan perumahan-perumahan yang telah dibangunkan.

Dengan nilai RM85,000 tanah getah 9.615 ekar di Redang Panjang, Ijok hanya menunggu jualannya. Dan ada juga seperti kebun getah di Batu 25, Mukim Hulu Ijok, Selama seluas 2.84 ekar yang mempunyai pokok getah serta mempunyai hasil dengan harga RM70,000 juga akan bakal menerima nasib yang sama.

Semua ini penyumbang ke atas suasana yang berlaku dengan tanaman getah yang seperti ‘sudah jatuh di timpa tangga’. Satu pelan jangka masa pendek dan panjang perlu dibentangkan daripada semua agensi Kerajaan yang terlibat.

Bagi saya, Kerajaan Negeri khasnya juga tidak terlepas di dalam memastikan kadar nilai jualan harga getah boleh diberikan ‘nafas baru’ seperti menyuntik ruang dan peluang peruntukan khas kepada pengusaha tanaman getah.

Kerangka bidang kuasa yang ada mampu ‘menyumburkan’ tanaman semula getah di seluruh Perak khasnya. Ini kerana tanah-tanah yang subur di Perak akan mampu mengembangkan bidang industri untuk kembali di Perak kelak.

Kerajaan Negeri perlu serius dan peka perkembangan industri getah untuk memastikan ianya terus kekal sebagai salah satu pembekal terbesar hasil pertanian iaitu getah.

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak.
KUALA LUMPUR: Iskandar Abdul Samad menyelar dakwaan Ketua Pembangkang yang juga Adun Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias yang mendakwa polisi Rumah Selangorku hanya mewajibkan pemaju membina 10 peratus rumah berharga RM42,000 sahaja.

Sebaliknya, Iskandar selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar negeri, berkata kenyataan terbabit adalah tidak tepat, malah polisi terbabit melebihi 10 peratus.

Menurutnya, rumah berharga RM42,000 adalah Rumah Selangorku Jenis A sementara peratus jenis rumah yang wajib dibina oleh pemaju-pemaju adalah bergantung kepada lokasi projek.

“Bagi kawasan dengan permintaan rumah itu adalah rendah, hanya 10 peratus diwajibkan dibina. Tetapi di kawasan terdapat permintaan, pemaju wajib membina sehingga 20 peratus rumah jenis A seperti mana polisi lama.

Contohnya, kata beliau 20 peratus rumah jenis A diwajibkan dibina bagi projek antara 10 hingga 20 ekar di Zon 1 dan Zon 2 dengan permintaan bagi rumah itui adalah paling tinggi

Untuk rekod, jelasnya dalam satu kenyatan, Zon 1 adalah kawasan Lembah Kelang meliputi mukim-mukim di dalam daerah-daerah antaranya Petaling (keseluruhan Daerah Petaling), Gombak (Mukim Batu dan Hulu Kelang), Klang (Mukim Klang), Hulu Langat (Mukim Cheras, Kajang, Ampang dan Semenyih) dan Sepang (Kawasan Cyberjaya).

Manakala bagi Zon 2 pula adalah mukim-mukim di dalam daerah-daerah antaranya Gombak (Mukim Setapak dan Rawang), Hulu Langat (Mukim Hulu Langat, Beranang dan Hulu Semenyih), Klang (Mukim Kapar), Sepang (Keseluruhan Daerah Sepang kecuali Cyberjaya), Kuala Langat (Keseluruhan Daerah Kuala Langat), Kuala Selangor (Mukim Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Batang Berjuntai (Bestari Jaya) dan Hujung Permatang).

Selain itu, katanya lagi, bagi Zon 3 pula yang merupakan kawasan luar bandar hanya 10 peratus rumah jenis A diwajibkan dibina bagi projek 50 ekar ke atas.

“Kawasan Zon 3 adalah mukim di dalam daerah antaranya Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Tg Karang dan Hulu Tinggi), Hulu Selangor (Keseluruhan Daerah Hulu Selangor) dan Sabak Bernam (Keseluruhan Daerah Sabak Bernam),” katanya.

Beliau menjelaskan secara ringkasnya peratus rumah jenis A yang wajib dibina oleh pemaju adalah meliputi keluasan pembangunan antara lima hingga 10 ekar ialah Zon 1 sebanyak 10 peratus, zon 2 tidak wajib, zon 3 tidak wajib.

“Manakala keluasan pembangunan ialah 10 hingga 20 ekar iaitu zon 1 sebanyak 20 peratus, zon 2 sebanyak 20 peratus dan zon 3 tidak wajib.

“Bagi keluasan pembangunan 20 hingga 50 ekar, Zon 1 (20 peratus), Zon 2 (10 peratus), Zon 3 (tidak wajib).

” Keluasan pembangunan bagi 50 ekar ke atas, Zon 1 (10 peratus), Zon 2 (10 peratus) dan Zon 3 (10 peratus),” katanya yang juga Adun Chempaka.

Iskandar menambah, peratusan itu adalah berdasarkan kajian tentang permintaan di daerah-daerah untuk rumah jenis A yang sebelum ini dikenali sebagai Rumah Kos Rendah.

“Hingga ke hari ini masih terdapat Rumah Kos Rendah yang dibina di zaman pentadbiran Barisan Nasional yang masih tidak terjual kerana dibina di kawasan yang tiada permintaan,” katanya.

Beliau berkata polisi rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana sebelum ini, Polisi 20:20:10, mewajibkan pemaju membina rumah-rumah untuk golongan ini tanpa mengira permintaan.

Katanya, secara keseluruhannya polisi Rumah Selangorku menetapkan 20 hingga 50 peratus rumah mampu milik (Rumah Selangorku) yang wajib dibina oleh pemaju-pemaju adalah sepertimana berikut:

ZON 1

2 hingga 5 ekar – 20 peratus
5 hingga 10 ekar – 30 peratus
10 hingga 20 ekar – 40 peratus
20 hingga 50 ekar – 50 peratus
50 ekar ke atas – 50 peratus

ZON 2

2 hingga 5 ekar – Tidak wajib
5 hingga 10 ekar – 20 peratus
10 hingga 20 ekar – 40 peratus
20 hingga 50 ekar – 40 peratus
50 ekar ke atas – 50 peratus

ZON 3

2 hingga 5 ekar – Tidak wajib
5 hingga 10 ekar – Tidak wajib
10 hingga 20 ekar – 40 peratus
20 hingga 50 ekar – 40 peratus
50 ekar ke atas – 50 peratus

Terdapat 4 jenis Rumah Selangorku, jenis A, B, C dan D dari RM42,000 hingga RM250,000.
PERTH: Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) mengesahkan isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis di kawasan pencarian di Lautan Hindi tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
  
Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata penilaian awal mengesahkan isyarat itu tidak datang dari alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
  
"Pusat Analisis Akustik Bersama Australia telah menganalisis data akustik berkenaan dan mengesahkan isyarat dilaporkan dikesan di kawasan Kapal Pertahanan Australia, Ocean Shield kemungkinan tidak ada kaitan dengan kotak hitam pesawat.
  
"Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Bersama Australia," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
  
Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.
  
Beliau berkata ia bertujuan untuk mendapatkan sebanyak maklumat yang boleh sementara bateri alat pengesan isyarat di bawah permukaan air itu mungkin masih aktif.
  
"AP-3C Orion akan meneruskan pencarian akustiknya, bekerjasama dengan Ocean Shield, dengan tiga lagi misi dirancang untuk hari ini.
  
"Keputusan tentang bila untuk mengerahkan kenderaan bawah air automatik akan dibuat atas nasihat pakar dalam kapal Ocean Shield dan mungkin dalam beberapa hari lagi," katanya.
  
Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian pesawat MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
  
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
  
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
  
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang sedang berduka, rakyat Malaysia, dan warga dunia menerima satu lagi kejutan pada hari ke-34 kehilangan pesawat itu apabila CNN melaporkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pesawat pencari pada pagi pesawat MAS MH370 hilang, iaitu pada sekitar jam 8 pagi, tetapi tidak memaklumkan langkah tersebut kepada pihak berkuasa sehingga tiga hari kemudian dan kemudian dikejutkan pula oleh penafian Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

CNN kelmarin melaporkan bahawa menurut seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan satu lagi sumber yang terlibat dalam siasatan, “pesawat pencari pasukan tentera udara Malaysia telah dikejarkan pada sekitar jam 8 pagi, sejurus selepas Malaysia Airlines (MAS) melaporkan pesawatnya hilang pada awal 8 Mac.”

Menurut laporan itu, pesawat telah dikejarkan sebelum pihak berkuasa mengesahkan data yang menunjukkan bahawa Boeing 777 terbabit telah berpatah balik dari laluan asalnya.

Sumber yang tidak dinyatakan namanya itu menyebut bahawa TUDM “tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Sivil atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian, iaitu pada 11 Mac.”

Ia seterusnya melaporkan bahawa pesawat MH370 telah hilang dari radar tentera 120 batu nautika setelah ia kembali melintasi Semenanjung Malaysia.

“Berdasarkan data yang ada, bererti pesawat itu telah menjunam ke altitud 4,000 hingga 5,000 kaki,” dakwa pegawai kanan kerajaan terbabit.

Hishammuddin menafikan laporan CNN itu dan menyifatkannya sebagai “dakwaan palsu.”

Siapa yang berkata benar, Hishammuddin atau CNN?

Sukar untuk mempercayai laporan CNN, melainkan jika ia sanggup mendedahkan nama “pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sumber lain” yang dapat mengesahkan laporannya.

Namun, melihat pada penyaluran maklumat yang tidak sekata selama ini, selain bermacam kekeliruan dan percanggahan yang telah ditimbulkan, juga pelbagai tindakan tidak sekata, serta mengambil kira jurang maklumat yang begitu besar sejak 35 hari lalu, penafian Hishammuddin itu tidak memadai, tidak memuaskan dan sukar untuk diterima begitu saja.

Jika Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan MH370 telah ditubuhkan sebelum Dewan Rakyat ditangguhkan kelmarin, tentu ia boleh berperanan sebagai badan yang sesuai untuk menyiasat kesahihan laporan CNN tentang tindakan TUDM menghantar pesawat pencari pada pagi MH370 hilang tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa hingga tiga hari selepas itu dan tentunya PSC boleh mengeluarkan laporan yang berwibawa untuk membuktikan kebenaran penafian Hishammuddin serta melenyapkan segala keraguan tentang perkara itu.

Malah, PSC bukan saja mampu untuk mempastikan sama ada TUDM telah menghantar pesawat pencari pada pagi 8 Mac itu, malah juga mempastikan:

- sama ada benar pesawat pencari TUDM dikejarkan untuk mencari setelah radar tentera mendapati MH370 telah melencong dari laluan asal dari Kuala Lumpur ke Beijing, atau mengapa pesawat itu tidak dikejarkan sejurus saja ia melencong, antara jam 1.40 dan 1.45 pagi, kerana sekurang-kurangnya dua pesawat Sukhoi-30 milik TUDM boleh dikejarkan dari Gong Kedak untuk memintas MH370 di ruang udara Kelantan; dan

- mengapa sekali lagi MH370 tidak dipintas sewaktu ia menghampiri Pulau Pinang dan dikesan oleh radar tentera di Butterworth, walaupun skuadron jet F/A TUDM berada dalam keadaan bersedia 24-jam di pangkalan udara Butterworth.

Persoalan di atas dan banyak lagi persoalan lain berkaitan MH370 menanti untuk dijawab sejak 35 hari lalu, tetapi seperti yang saya sebut dalam dewan Parlimen di depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin sendiri pada 25 Mac (hari ke-18 kehilangan MH370) saya bersetuju bahawa keutamaan kita ialah untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR), manakala persoalan lain yang berbangkit tentang tragedi ini, termasuk persoalan tentang pengurusan krisis, boleh ditangani setelah pesawat serta penumpang dan anak kapal ditemui.

Hari ini masuk hari ke-35 MH370 hilang. Saya baru saja menerima laporan bahawa stesen radio Perth telah mengumumkan “laporan belum disahkan menyebut bahawa kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 telah ditemui.” Laporan itu memetik pandangan seorang pakar penerbangan bahawa jika “laporan belum disahkan ini cukup kukuh untuk kita mengatakan bahawa kotak hitam telah ditemui, itu cukup untuk kita meluncurkan Bluefin 21 ke dasar laut dan mengambil gambar atau memindai dasar laut dengan pemindai sonar.”

Saya harap laporan itu benar kerana keluarga 239 penumpang dan anak kapal telah lama menanti penyudah kepada tragedi ini.

Bagaimanapun, selepas 35 hari bencana MH370, saya percaya bahawa kita telah sampai ke tahap di mana keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 mahukan jawapan kepada seribu-satu persoalan yang timbul berkaitan tragedi ini, maka proses untuk mencari jawapan perlu dimulakan dengan segera tanpa lengah.

Dalam keadaan ini, laporan CNN dan penafian Hishammuddin tentang tindakan TUDM menghantar pesawat pencari pada pagi 8 Mac itu memarakkan lagi keraguan tentang kesanggupan kerajaan untuk bersikap telus sepenuhnya, apatahlagi kerana sebelum ini ia mengingkari janji untuk memberi maklumat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan enggan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen MH370.

Atas alasan ini, saya meminta Perdana Menteri mengotakan kata-katanya bahawa Malaysia tidak cuba menyembunyikan sesuatu dengan sekurang-kurangnya memenuhi dua janj yang setakat ini telah dimungkiri – memberikan taklimat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tentang tragedi MH370 dan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan tragedi MH370.
ALOR SETAR: Lajnah Asas Tani PAS Pusat akan mengadakan Pelancaran Gabungan NGO Membela Hak Petani (GABETA) esok (12 April) di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor, bermula pada jam 9.00 malam.

Menurut pengerusi Lajnah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, program yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, akan menyaksikan 15 NGO seluruh negeri digabungkan atas tujuan membela nasib petani.

"Apabila semua NGO ini disatukan ianya memudahkan kita untuk mengemukakan isu-isu berkaitan petani serta sekaligus membela nasib mereka," ujarnya.

Jelasnya lagi, antara isu-isu yang akan diketengahkan dalam pelancaran itu termasuklah, penetapan harga lantai padi, subsidi padi yang dituntut hampir 24 tahun, harga potongan permutuan dan lain-lain yang berkaitan.

Dalam majlis tersebut, Exco Permodenan Pertanian Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dadijangka turut hadir.

Amiruddin berkata orang ramai dijemput hadir untuk menjayakan majlis berkenaan.
Kenyataan yang hanya Menteri Malaysia mampu berikan reapon bila diminta mengistiharkan "harta"..
Today · Edited ·
·
~~TIADA LAGI PELUANG KE 3 BUAT NAJB..~~
~~SEMOGA RAKYAT MARHAEN TIDAK TERTIPU LAGI DENGAN UCAPAN NAJIB ~~..PELUANG SUDAH DI BERI NAMUN PERUBAHAN & TRANFORMASI YANG DIJANJIKAN UNTUK PEMERINTAHAN YANG LEBIH BAIK UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN KEMAKMURAN NEGARA MASIH KABUR DAN JAUH KETINGGALAN.~~
UCAPAN NAJIB SEBELUM PRU13.. 22/9/2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat memberikan kemenangan kepada BN untuk satu lagi penggal supaya pihaknya dapat membawa lebih pembangunan kepada negara ini,
"Percayalah saya, kerajaan akan terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat," katanya.
Najib yang juga pengerusi BN berkata, sekiranya diberikan mandat baru, lebih banyak perkara yang dapat dilakukan.
******************************************
PERMINTAAN NAJIB SELEPAS MENANG PRU 13... 10/4/2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya bertindak menukar kerajaan yang ada pada hari ini.
Ini kerana, katanya, kerajaan hari ini terbukti mampu melaksanakan perubahan dan pembangunan yang dikehendaki rakyat.
"Kita jangan nak tukar kerajaan (hari ini), kita nak perubahan, yang penting kita nak perubahan dan kemajuan...buat apa nak tukar sekiranya parti (Barisan Nasional) boleh menunaikan dan melaksanakan perubahan dan kemajuan, jadi buat apa nak tukar.
"Sebab kalau kita nak tukar, boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak boleh tunaikan apa yang kita tunaikan untuk rakyat, bukan nak tukar kerana nak tukar tapi kena tahu kesudahannya ," kata Najib.
Like · ·
TAZKIRAH....
Kemana ROH Selepas Mati ?
Pengetahuan atau ilmu kita tentang roh sangatlah sedikit dan telah kita sedia maklum berdasarkan Firman Allah Taala didalam Al-Quran :
“Mereka bertanyakan kpd Engkau ( Ya Muhammad ) tentang ROH, maka katakanlah bahawa ROH itu dari perintah/urusan Tuhanku.” (Al-Isra’ : 85)
Ulama' berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal Roh selepas mati :-
1. Roh MUKMIN didalam Syurga dan Roh KAFIR didalam Neraka.
2. Kedua-duanya didalam qubur mereka, dan Roh Mukmin dibukakan Taman Syurga nikmatnya dan Kafir dibukakan Lubang Neraka.
3.Roh Mukmin dialam tinggi ( 'Illiyyin ) dilangit ketujuh dan Kafir di 'Sijjin' didunia yang ketujuh terkebawah.
4. Roh para Syuhada' ( mati syahid ) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada dikuburan mereka.
Antara dalil dalam hal kesudahan Roh selepas kematian ini ada diterangkan didalam hadith:
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yg bergantungan dipokok-pokok didalam Syurga, sehinggalah ALLAH mengembalikannya kpd Jasadnya pada hari dibangkitkan."
( Riwayat Imam Ibn Majah, no 1449; Imam Ahmad, no 15716 12/315 )....share dr JO...
Like · ·

Tiada ulasan: