Selasa, 19 Oktober 2010

POLITIK DI MALAYSIA

GEMPAR SABAH: Pakatan Rakyat terus unggul di Sabah - Terbaru Umno lumpuh di Tenom!



BERITA 1

KUBU UMNO DI SINALUNG LEBUR

SATU demi satu kubu kuat UMNO di Tenom lebur oleh kebangkitan kesedaran rakyat akan makna merdeka dan intipati sebenar berpolitik. Kali ini penduduk Kampung Sinalaung, Kemabong, Tenom telah meninggalkan parti keramat orang Melayu; yang selama ini mendakwa kononnya membela kepentingan rakyat Sabah, untuk menyertai PKR di hadapan Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman.

Menurut Ketua Ranting Kg Sinalaung, Kamiang Tumu, penduduk kampung telah mulai bosan dan jemu dengan sandiwara semasa kepimpinan Barisan Nasional yang hanya menjaga kepentingan diri mereka bersama-sama kroni-kroni mereka sahaja. Penduduk kampung menyatakan pendirian mereka secara tulus dan ikhlas kepada, Halik Zaman.

Halik dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada penduduk kampung yang mengalihkan kepercayaan mereka kepada PKR. Beliau juga menyatakan kesanggupan PKR untuk membela dan memperbaiki nasib mereka seandainya diberikan peluang memerintah Sabah dan mengambil alih tampuk pemerintahan Negara Malaysia pada pilihanraya umum ke 13 kelak.



Halik turut melahirkan rasa sedihnya berhubung kebajikan penduduk kampung yang terbiar sekian lama, sedangkan kepimpinan BN Tenom dan kroni-kroni mereka mewah dan senang-lenang di atas kesusahan penduduk kampung.

Dalam keadaan penduduk kampung terpaksa bertungkus-lumus untuk meneruskan kehidupan mereka, YB-YB BN dan kroni-kroni asyik menimbun kekayaan dan menjana kemewahan hidup mereka.

“Kita dapat lihat dengan jelas, modus operandi kepimpinan BN hanyalah untuk mengejar projek-projek yang hanya memberikan keuntungan kepada mereka dan kroni sahaja. Pemimpin-pemimpin BN secara terang-terangan memperjudikan masa depan rakyat demi untuk memenuhkan poket-poket mereka sahaja. Mungkin inilah yang didefinisikan sebagai ‘Poket di dahulukan, pencapaian projek untuk diri sendiri diutamakan’ bagi menggantikan cogankata 1Malaysia.

Turut hadir di program ini ialah Ketua Penerangan Cabang Tenom, Ketua Wanita Cabang, Ketua AMK PKR Cabang Tenom dan beberapa orang Jawatankuasa Cabang.- Sabahkini.net

BERITA 2

PKR BERJAYA TAWAN KAMPUNG RAIMIE UNGGI!



OPERASI memperkasa nadi penggerak PKR Cabang Tenom dilanjutkan lagi ke kampung Mamaitom dan misi mereka menawan kampung tumpah darah Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi terlaksana.

Sambutan yang begitu menggalakkan memberikan signal yang jelas bahawa rakyat Tenom inginkan perubahan terhadap pentadbiran Kerajaan Sabah yang terlalu lembab sehingga mereka merasakan diri mereka bagaikan dikuarantin sejak 47 tahun lalu.

Ketika ditemui oleh Krew Sabahkini.net, penduduk kampung berkenaan menyatakan bahawa mereka kini bertekad ingin melakukan perubahan kerana mereka tidak gentar lagi menghadapi ugutan atau amaran dari sesiapa pun kerana telah membulatkan tekad menyertai PKR.

Penduduk kampung ini menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi dan seharusnya kebebasan bersuara dan memilih tidak dipertikaikan sama sekali oleh kepimpinan UMNO/BN dan kroni-kroninya, Ketua Kampung dan JKKK yang dianggap sebagai ‘Pak Turut’ dan boneka BN.

Ketua Cabang Tenom, Halik Zaman ketika di minta memberikan sepatah dua kata di majlis berkenaan menegaskan, bahawa PKR kini lebih berkeyakinan untuk bergerak maju dan merobohkan kubu-kubu UMNO/BN demi satu bagi mencapai hala tuju perjuangan membela nasib rakyat Sabah.

Menurut Halik lagi, sudah terlalu lama pemimpin UMNO/BN memperdayakan pengundi-pengundi terutamanya penduduk di pedalaman.

Rakyat di pedalaman akan terus menerus miskin dan tidur bersulamkan segala kepayahan manakala pemimpin-pemimpin UMNO/BN terus tidur di tilam yang empuk dan diuliti kemewahan.

“Inilah matlamat PKR terutama untuk membenteras kemiskinan rakyat Sabah di pedalaman yang selama ini dipandang remeh oleh pemimpin BN,” ujar Halik lagi.

Halik Zaman menyatakan, sekiranya PKR diberi peluang menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pusat, beliau akan memastikan segala kepincangan dan kesulitan rakyat akan di atasi dengan segera.

Keperihatinan kerajaan Pakatan Rakyat telah terbukti di negeri Selangor. Pelbagai bentuk kebajikan untuk rakyat telah diwujudkan dan disempurnakan dengan sewajarnya. Rakyat Selangor kini sedang menikmati pelbagai kemudahan hasil dari sistem pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurut Halik lagi, rakyat Sabah sewajarnya diberi layanan ‘Kelas Satu’ memandangkan Sabah mempunyai sumber hasil yang lumayan, akan tetapi hasil dari sumber hasil bumi Sabah hanya dinikmati oleh ‘segolongan yang terpilih’ sahaja, rakyat dibiarkan hidup diuliti kesukaran hidup.

“Maka kerana itulah rakyat Sabah harus terus bangkit dan berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan kesungguhan mereka untuk merubah nasib hidup rakyat Sabah khasnya di pedalaman”, kata Halik lagi sebelum mengakhiri ucapan beliau pada petang itu. - Sabahkini.net


GEMPAK: Gambar sekitar Majlis penerimaan ahli baru dan penubuhan 18 ranting baru KEADILAN Sabah

Program: Konvoi dan Majlis penerimaan ahli baru dan penubuhan 18 ranting baru KEADILAN Sabah
Tarikh: 2 Oktober 2010
Lokasi: Kg Entilibon 1, Tongod, Sabah





Para peserta "Konvoi Pengiring" adalah 100% golongan belia bawah 40 tahun dan layak mengundi. Satu keberanian yg tinggi utk menidakkan kuasa monopoli dan penindasan berterusan BN kpd negeri Sabah. Syabas kpd Ckg Jalibin Paidi, tuan mmg hebat krn berjaya menawan hati semua golongan di sini baik tua atau muda. 2 Thumbs Up!








Belia-belia yg menjayakan konvoi tanpa dibayar apa-apa malah mereka sanggup mengeluarkan belanja minyak sendiri, semangat yg begitu tinggi yg ditunjukkan oleh belia-belia di Dun Kuamut. Syabas, 2 thumbs up buat mereka!!


















boleh dikatakan hampir setiap rmh di kg ini ada bendera PKR...bye-bye UPKO dan BN >>>>>>>>> :p










Kehadiran yg berkualiti dan mantap...amaran awal kpd UPKO/BN di kwsn ini supaya jangan terlalu mendabik dada menampakkan kesombongan kamu. Awas, rakyat akan menghukum dan menguburkan BN pd pru13 nnt, insya'Allah, Amin




Bantuan berupa beras yang diagihkan kpd penduduk2 sekitar yg miskin tegar. Tahniah kpd dermawan-dermawan PKR, semoga sumbangan ikhlas tuan2 dan puan2 itu akan dibalas oleh Allah swt dgn kejayaan di dunia dan akhirat. Amin


Bekas-bekas ahli UPKO, PBS dan UMNO yg berani membuat perubahan, malah mengetuai ranting baru masing-masing...inilah wajah2 perwira bangsa dan negara. Alhamdulillah


































Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kpd anggota-anggota RELA yg sudi membantu mengawal lalulintas semasa konvoi dan menjaga keamanan di tempat ceramah. Salute to all of you bro......!!!







Sumber: FB "Ady Kaloy"


Pengasas Umno Sabah tinggalkan Umno: "Umno gagal bela hak rakyat Sabah!" - Datuk Karim



Datuk Karim Ghani keluar Umno

Ahli politik veteran yang membawa Umno ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Beliau adalah antara bekas pemimpin parti Usno, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal Umno itu berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, beliau akan kekal tanpa parti sehinggalah menemui parti politik yang sesuai untuk disertainya.

Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.- Bernama



Bekas Timbalan Menteri Keluar BN Sokong Pakatan Rakyat

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan keanggotaannya dalam Barisan Nasional (BN).

Bercakap dalam sidang media di Tamparuli, beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco).

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Beliau mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihan raya umum ke-13.Kalakau berkata, walaupun pemimpin Sabah dari dulu sehingga sekarang melakukan yang terbaik untuk mempertahan hak-hak negeri namun pucuk pimpinan dan sebilangan pemimpin persekutuan tidak serius atau komited dengan saranan dan tuntutan wakil rakyat Sabah mahupun kerajaan Sabah sendiri.

"Saya yakin dengan kesepakatan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen pertama tahun lalu, mereka bersetuju menyemak semula kepentingan Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak.

"... seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan pelbagai pihak semasa penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963.

"Perkara dan agenda ini hanya dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu pendatang tanpa izin. Pperkara ini berlarutan sekian lama dan tidak akan dapat diatasi kerajaan BN.

"Pakatan Rakyat pada konvensyen itu bersetuju menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Jadi saya bertekad membantu Pakatan Rakyat memberi penjelasan ke seluruh negeri," katanya.

Menjawab satu soalan, Kalakau bagaimanapun, berkata beliau belum menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

Kalakau, yang juga merupakan presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda), juga pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Dis 2005. - Bernama

Tiada ulasan: