Khamis, 14 Oktober 2010

BERGERAK KENA GUNA AKAL YANG BIJAKSANA DAN BERTERASKAN AKIDAH ISLAM SEPATUTNYA.....

Wednesday, October 13, 2010

Akibat biadap dan 'khianat': Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ Ibrahim Ali..



Oleh: Pria Malaya

Penulis yakin, bukan sahaja Ibarahim Ali, bahkan PERKASA dan pejuang fanatik Melayu Umno turut terasa malu yang teramat sangat dengan berita penarikan balik gelaran Datuk ini..kononnya pejuang Melayu, tetapi tidak diiktiraf oleh kesultanan Melayu..sungguh hina lagi memalukan..

Mungkin ini balasannya terhadap kerja biadap dan khianat Ibrahim Ali selama ini..

Apakah akan wujud kecaman dan bantahan dari penyokong Ibarahim Ali dan PERKASA terhadap Istana dan institusi beraja? bagi penulis, tidak kurang cercaan dan fitnah akan dilontarkan terhadap kesultanan kelantan termasuk kerajaan negeri kelantan nanti....sama-sama kita saksikan dan ambil perhatian..



Apapun berita sebegini pastinya membuatkan pemimpin dan penyokong MCA gembira dan gelak besar...boleh lihat kecaman dan kutukan MCA terhadap Ibrahim Ali dan PERKASA di wallahua'lam..


Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Istana Kelantan menarik balik pingat “Datuk” yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan hari ini.

Turut dilucutkan gelaran Datuk ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Wan Hashim Wan Daud.



Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad memberitahu The Malaysian Insider bahawa Sultan Muhammad V melucutkan gelaran kedua-dua merekam

Wan Hashim sebelum ini mendakwa sebagai setiausaha sulit kepada Sultan Ismail Petra ketika krisis Istana Kelantan.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider Ibrahim sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan beliau menerimanya dengan terbuka.

“Datuk Ibrahim Ali tak kecewa. Dan, beliau berkata akan terus melahirkan kesetiaan kepada baginda Sultan,” katanya. - TMI

Artikel berkaitan:
- GEMPAR! Umno kecut: MCA semakin lantang kutuk PERKASA!


GEMPAR! Umno kecut: MCA semakin lantang kutuk PERKASA!



Oleh: Pria Malaya

Sebelum meneruskan pembacaan, mari kta lihat antara koleksi terkini kompenan BN mengutuk dan memakihamun Ibrahim Ali dan PERKASA...

- 1Malaysia gagal: MCA mahu wujud 'PERKASA' versi Cina saingi PERKASA versi Umno!
- Ibrahim Ali (PERKASA) dikecam sekutu Umno: "Ekstremis celaka ini patut dipenjarakan!" - Pemuda MCA
- Selepas MCA, gilirin MIC hentam PERKASA: "Dia (Ibrahim Ali) macam katak" - Pemimpin MIC

Apa yg nyata, suara kecaman ini tidak akan berhenti dan akan terus berbunyi..

Seperti biasa, penyokong rasis Umno terus menyalahkan DAP dan Lim Guan Eng, MCA pula ambik kesempatan 'pijak kepala' Umno (dan sekutunya PERKASA) tanpa mereka sedari..ternyata Umno tidak berani setalah menjadi boneka parti Cina, bak kata Ibrahim Ali, " Umno kini dikuasai parti Cina, Umno diperbodohkan MCA dan Gerakan"....fikir2kan..wallahua'lam....


“Kami menghormati kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan. Tapi, kami tidak akan membiarkan Perlembagaan ditafsir sesuka hati mereka..Saya ingin tegaskan di sini bahawa kepimpinan Barisan Nasional perlu memisahkan diri secara jelas daripada pelampau atau kumpulan pelampau.."

“Hari ini, Pemuda MCA ingin berkata begini kepada manusia primitif itu: “Anda tidak sesuai hidup di zaman moden kini, lebih baiklah anda kembali saja ke zaman kuno!”..- Pemuda MCA


Baca seterusnya di bawah..

Pemuda MCA mahu BN jauhi kumpulan esktrem

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Pemuda MCA hari ini menggesa kepimpinan Barisan Nasional (BN) memisahkan diri daripada pelampau atau kumpulan pelampau di negara ini.

Ketuanya Datuk Wee Ka Siong berkata langkah ini penting dalam usaha BN melobi sokongan daripada seluruh rakyat, di samping dalam menunaikan tanggungjawabnya untuk menjaga kebajikan semua pihak agar tiada siapa yang tersisih daripada proses pembangunan.

Kata beliau Pemuda MCA sentiasa menentang kumpulan pelampau dan tidak akan tunduk kepada mereka.

“Kami menghormati kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan. Tapi, kami tidak akan membiarkan Perlembagaan ditafsir sesuka hati mereka.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa kepimpinan Barisan Nasional perlu memisahkan diri secara jelas daripada pelampau atau kumpulan pelampau,” kata Wee pada Perhimunan Agung Pemuda MCA Ke-46 di sini.

Dalam ucapannya pada perhimpunan itu yang dirasmikan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan turut dihadiri para pemimpin Pemuda parti komponen BN lain, termasuk Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin, Wee menyelar golongan tertentu yang berangan-angan menjadi wira negara dengan memainkan isu perkauman dan menggelarkan golongan itu sebagai “manusia primitif”.

Beliau berkata pemikiran manusia primitif yang gemar meniupkan api perkauman, tidak sesuai lagi pada abad ke-21 ini dan orang ramai tidak suka kepada mereka yang suka menimbulkan keributan atau yang menyamar sebagai wira negara kerana ia tidak bernilai dan tidak memberi makna kepada mereka.

Katanya sikap melampau seperti itu bukan saja tidak boleh diterima dan tidak bersifat membina, malah boleh mengakibatkan banyak kerosakan.

“Lebih teruk lagi, mereka menghalalkan tindakan mereka itu dan mendakwa diri mereka sebagai wira negara. Sebenarnya, mereka melakukan semua itu demi kepentingan peribadi dengan mengorbankan perpaduan, pembangunan dan masa depan negara.

“Hari ini, Pemuda MCA ingin berkata begini kepada manusia primitif itu: “Anda tidak sesuai hidup di zaman moden kini, lebih baiklah anda kembali saja ke zaman kuno!”

Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, turut menggesa kerajaan supaya menambah saiz kek ekonomi negara untuk membolehkan lebih banyak orang menikmatinya.

Katanya kerajaan perlu menjadi kapten bagi usahawan tempatan, tanpa mengira bangsa dan jenama, dalam mempromosikan produk tempatan di luar negara.

“Kita perlu melihat ekonomi daripada sudut pandangan global dan memperlengkapkan diri kita agar kita mampu bersaing di arena global. Kita perlu ubah set minda kita dan tidak boleh mengurung diri kita dalam dunia kita yang kecil,” katanya.

Sebanyak 888 daripada 1,736 anggota perwakilan pusat menghadiri perhimpunan agung itu. – Bernama

Sementara Berita Harian melaporkan..

Pemuda komponen BN desak isu perkauman tidak lagi dibangkitkan

KUALA LUMPUR: Pemimpin sayap parti komponen Barisan Nasional (BN) mendesak segelintir pihak termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) supaya tidak lagi membangkitkan isu perkauman kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan perpaduan di negara ini.

Ketua Pemuda GERAKAN, Lim Si Pin, berkata ketika negara mengorak langkah ke arah negara maju, semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama perlu bersatu padu dengan memupuk suasana harmoni.

"Kita rakyat Malaysia perlu terus bergerak maju, Jangan kita masih lagi membicarakan atau terus membangkitkan isu perkauman.

"Melayu, Cina atau India, yang pentingnya kita semua rakyat negara ini, kita perlu bersatu menjayakan aspirasi 1Malaysia," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA ke-46 di Wisma MCA di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda MIC, C Sivaraajh berkata, beliau sedih apabila isu perkauman terus dibangkitkan bagi tujuan tertentu walaupun negara sudah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan.

Katanya, semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama berkorban untuk kemajuan negara ini.

"Malaysia sentiasa menjadi contoh kepada negara luar...itu satu perkara yang membanggakan.

"Tetapi, masih ada pihak yang secara berterusan membangkitkan isu perkauman. Perkara ini tidak akan menguntungkan mana-mana pihak," katanya.

Artikel berkaitan:
- 1Malaysia gagal: MCA mahu wujud 'PERKASA' versi Cina saingi PERKASA versi Umno!
- Ibrahim Ali (PERKASA) dikecam sekutu Umno: "Ekstremis celaka ini patut dipenjarakan!" - Pemuda MCA
- Selepas MCA, gilirin MIC hentam PERKASA: "Dia (Ibrahim Ali) macam katak" - Pemimpin MIC

Kesannya:
- Lagi drama pemimpin Umno berlutut minta maaf pada parti Cina
- PERKASA barua MCA: 'Berani' dengan DAP, tapi kecut/bacul dengan MCA dan Gerakan!
- PANAS BERAPI: "PERKASA wujud kerana ramainya penyangak bangsa di dalam Umno!" - Blogger Umno

Tiada ulasan: