KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Kerajaan Pas Kelantan tidak sepatutnya melanggar peraturan dengan mewujudkan penggunaan dinar dan dirham tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat.
Menurutnya, kenyataan awal yang dibuat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjadikan mata wang ini sebagai alternatif jelas melanggar undang-undang yang hanya memberi kuasa kepada Bank Negara untuk mengeluarkan mata wang.
Selain itu, Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata, tindakan Kerajaan Negeri tidak sepatutnya sewenang-wenangnya buat peraturan baru dan tindakan itu bersifat politik serta meraih simpati rakyat apabila menyatakan UMNO akan menolak pendekatan Islam yang dibawa oleh Pas.
“Mereka akan menyatakan kita tidak Islamik kerana tidak menyokong dinar ini, ini adalah satu perancangan untuk mengasak dan mencabar kita,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri di sini, semalam.
Dua hari lalu, Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.
Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima
dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.
Kelmarin, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi
pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini dan menolak penggunaan dinar dan dirham.
Mustapa berkata tindakan Kerajaan Pas Kelantan jelas melanggar undang-undang yang hanya membenarkan Bank Negara yang terlibat dalam urusan mengeluarkan mata wang di negara ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, tindakan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan penggunaan mata wang dinar menggantikan mata wang negara jelas bercanggah dengan kenyataan awal yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan.
“Kenyataan Husam itu hendak mengalih apa yang dikatakan Nik Aziz yang jelas bertentangan dengan undang-undang, sesama mereka sendiri sudah ada dua kenyataan berbeza,” katanya.
Wang syariah: PAS diingat ikut undang-undang | ||
|
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan Kerajaan Kelantan agar tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan dinar dan dirham tanpa merujuk kepada kerajaan Pusat. Mustapa berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). "Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan). Apa pun nak dibuat perlu berbincang kerana nanti rakyat terkeliru dengan bidang tugas kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. "Soal mata wang ini bidang tugas kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri dan ini apa yang telah dibuat adalah jelas melanggar undang-undang negara. Kita ada perlembagaan dan peraturan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di Kota Bharu, hari ini. Dua hari lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam. Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade. Semalam, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini dan menolak penggunaan dinar dan dirham. Semalam juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa menyalahkan media yang katanya keliru dengan pelancaran mata wang syariah tersebut sedangkan ia adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu. Mengulas isu itu lagi Mustapa berkata apa yang dilakukan Kelantan itu sebenarnya hanyalah bertujuan politik semata-mata dan untuk meraih simpati rakyat yang akhirnya akan menyalahkan kerajaan Pusat kerana menolak penggunaan dinar dan dirham itu. "Ini tindakan politik dan untuk mendapatkan sokongan politik yang kononnya nanti kerajaan Pusat tidak Islamik dan ini jelas untuk mengasak kerajaan Pusat dan perkara ini amatlah mendukacitakan kami," katanya. Mustapa berkata ketika ini kenyataan Nik Aziz dan Husam ternyata bercanggah mengenai penggunaan dinar dan dirham itu serta menyifatkan kedua-dua pemimpin PAS itu sudah "terperangkap" dengan isu itu. Sementara itu Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yakin isu dalaman membabitkan Umno Bahagian Rantau Panjang akan selesai selewat-lewatnya penghujung tahun ini. "Kita ada langkah tertentu yang akan diambil mengatasinya dan untuk menyakinkan rakyat hari ini kita lancarkan program juara rakyat di bahagian itu dan besar harapan kita keadaan di sana akan kembali pulih demi Umno," katanya. Turut hadir pada mesyuarat itu Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Awang Adek Hussin. - Bernama DARI BLOG TUKARTIUB ZIONIS TEMPATAN MULA MARAH ! dinar emas kelantan kini menjadi heboh. najib telah mengeluarkan ucapan - tapi tak muktamad - biarkan bank negara buat keputusan. kah kah kah.... pasal apa nak suruh bank negara? pasal apa tak berani buat keputusan sendiri? tak kan semua takut nak buat keputusan. NOTA: apabila bila kita melakukan sesuatu dan musuh kita marah terhadap apa yang kita lakukan - ini bermakna apa yang kita buat adalah betul dan tepat. jika kita melakukan sesuatu dan musuh kita senyap maka ertinya kita telah sama setaraf dengan musuh kita kerana itu musuh kita tidak marah ! pekara yang paling bodoh yang boleh kita lakukan ialah membuat kerja dan meniru apa yang musuh kita lakukan kah kah kah DARI FB Added today · ·
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan