Isnin, 23 Ogos 2010

KISAH2 DUNIA KINI

DUNIA

Dipaksa tidur dengan 5,000 lelaki

LONDON - Seorang wanita Thailand yang hanya dikenali sebagai Mimi mendedahkan dia dipaksa meniduri 5,000 lelaki pada tahun lalu dan menambah bilangan 600 orang lagi jika mahu hutangnya dilangsaikan oleh penyeludup yang membawanya memasuki Britain, lapor akhbar News of the World semalam.

Pendedahan itu dibuat selepas sekumpulan anggota polis menyerbu dua rumah pelacuran pada Jumaat lalu di sini.

Mimi yang berumur dalam lingkungan 30-an memberitahu hutangnya dengan penyeludup manusia itu ialah £28,000 (RM136,692) dan dia terpaksa menjadi pelacur kerana tidak mempunyai wang untuk membayar balik hutang tersebut.

Dalam serbuan itu, dua wanita ditangkap termasuk seorang ibu ayam berketurunan Ireland manakala rumah pelacuran tersebut diarah ditutup.

Serbuan itu dilakukan selepas wartawan akhbar itu membongkar dua rumah pelacuran yang membawa masuk wanita dari Asia dan Afrika secara haram ke Britain.

Seorang wartawan yang menyamar sebagai bapa ayam diberitahu oleh seorang ibu ayam sebuah rumah pelacuran bahawa dia mempunyai beberapa pelacur dari China, Thailand, Jepun, Taiwan, Korea, Myanmar dan Mongolia. - Agensi



DUNIA

Lembu berkepala dua di Serbia


GAMBAR menunjukkan lembu berkepala dua di Sopocani, Serbia.


SOPOCANI - Seekor anak lembu berkepala dua dilahirkan di sebuah ladang di Sopocani, Serbia, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang petani, Radomir Timotijevic, pada mulanya enggan mematuhi arahan doktor haiwan yang menasihatinya membunuh anak lembu tersebut selepas ia dilahirkan lebih sebulan lalu.

"Saya tidak akan membiarkan anak lembu itu menderita.

"Saya menyusukan anak lembu itu dengan sebiji botol dengan tangan dan ia kini sudah mengenali suara saya dan mengekori ke mana sahaja saya pergi," kata Radomir. - Agensi



DUNIA

Trend baru bomoh di Malaysia


GAMBAR yang bertarikh 16 Ogos lalu menunjukkan seorang bomoh yang dikenali sebagai Pak Su menjelaskan rawatan yang digunakannya untuk memulihkan penyakit di pinggir Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Pada siang hari, dia memeriksa e-mel pada telefon BlackBerry tetapi pada waktu malam Mazlan Hakim memusnahkan 'hantu jahat' dengan menggunakan al-Quran.

Mazlan merupakan salah seorang bomoh generasi baru di negara ini.

Seperti di kebanyakan kawasan di Asia, kepercayaan kuasa ghaib tersebar luas di Malaysia.

Namun, amalan itu mempunyai kelainan di negara yang didiami majoriti penduduk Islam yang mencampuri perkara ghaib yang dilarang Islam.

Mazlan merupakan salah seorang generasi baru bomoh yang berpendidikan tinggi, memasuki dunia moden dan menghalau hantu dan melakukan pemulihan dengan menggunakan peraturan Islam berbanding menggunakan pendekatan animisme atau teknik lain.

Dia yang berusia 56 tahun telah menjadi bomoh selama 30 tahun.

Mazlan tidak seperti rakan-rakan sejawatannya yang tidak Islamik yang menyatakan mereka menggunakan jin untuk menurut arahan.

Sebaliknya, dia menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk memulihkan dan 'memandu' keluar hantu jahat.

Dengan memakai baju mendedahkan leher dan seluar berwarna coklat, Mazlan memeriksa e-mel di telefonnya.

Dia seperti seorang eksekutif perniagaan tetapi perbualannya mengenai perbuatan hariannya.

"Terdapat dua jenis jin, jin Islam dan bukan Islam," katanya.

"Yang paling jahat ialah jin Islam semasa jin-jin lain keluar dari tubuh apabila saya membaca ayat-ayat dari al-Quran tetapi jin Islam kebal al-Quran menyebabkan saya perlu menggunakan kemampuan telekinetik untuk mengeluarkannya," tambahnya.

Mazlan menyatakan, dia telah melihat makhluk ghaib sejak berusia 15 tahun.

Namun, selepas belajar dengan pakar-pakar agama, dia menajamkan kuasa mindanya dan menguasai teknik telekinetik.

Dia menunjukkan cara penggunaan teknik itu dengan menggerakkan bola ping pong.

Semasa dia menutup kedua-dua matanya dan mukanya berkerut memberikan tumpuan, sebiji bola ping pong di sebuah meja mula untuk bergetar sebelum bergerak secara perlahan ke arah bola lain.

"Ini bukannya satu muslihat, saya menggunakan minda saya untuk menangkap hantu yang merasuk manusia. Ini dan al-Quran memberikan kejayaan kepada saya," katanya.

"Saya mempunyai hampir 100 peratus kejayaan dan ramai pelanggan saya telah dijauhkan daripada hantu atau sumpahan yang menimpa mereka," tambahnya lagi.

Dakwaan seperti itu mungkin dianggap ganjil manakala pihak berkuasa agama di Malaysia terkenal dengan penguatkuasaan keras undang-undang moral dan kerohanian.

Bagaimanapaun, bomoh-bomoh Islam diberikan tolak ansur malah diluluskan sebagai salah satu alternatif kepada amalan ilmu hitam yang masih menjalankan urus niaga yang bercampur dengan jampi.

Majalah-majalah tempatan dipenuhi dengan iklan ubat pengasih dan air jiwa untuk menghentikan pasangan yang menyimpang dan masalah jiran.

Seorang penyelidik kuasa ghaib, Azizah Ariffin menyatakan penduduk Melayu telah lama mengamalkan seni ilmu hitam.

Menurutnya, pada asalnya, ilmu hitam itu berasal dari amalan animisme yang diperkukuhkan dengan kepercayaan Hindu sebelum kedatangan agama Islam di rantau ini.

"Ilmu hitam merupakan sebahagian daripada kehidupan penduduk Melayu selama berabad-abad dengan bomoh kampung masih mengamalkan kepercayaan animisme dan upacara agama terdahulu untuk memulihkan orang ramai," katanya.

"Semasa kedatangan Islam, imam mengambil berat isu kerohanian penduduk.

"Hanya kebelakangan ini, ramai bomoh menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk memulihkan orang ramai," katanya.

Menurutnya, teknik lama seperti membakar kemenyan untuk memanggil jin dan berhubung dengan hantu serta membuat ubat-ubat ajaib kini sudah kurang menjadi pilihan.

"Bomoh-bomoh Islam menggunakan ayat-ayat al-Quran dan mereka tidak merosakkan tetapi membantu memulihkan penyakit serta memindahkan serangan ilmu hitam. Bomoh-bomoh yang tidak menggunakan ayat al-Quran yang menjadi kebimbangan kerana sebahagian sahaja yang melakukan amalan baik manakala yang lain adalah pengamal sebenar ilmu hitam dengan menggunakan amalan animisme," tambahnya.

Seorang ulama terkenal, Mohammad Tamyes Abdul Wahid meminta kerajaan memperkenalkan undang-undang bagi menentang amalan penggunaan ilmu hitam yang menggunakan kemahiran mereka untuk tujuan jahat. - AFP

Tiada ulasan: