Isnin, 30 Ogos 2010

YANG DAH MATI LAH...PATUT IA MATI GAK...KALAU SABIT IKUT HUKUM ISALAM

Jurujual bunuh tunang dijel



2010/08/30

ALOR SETAR: Seorang jurujual peralatan gas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh tunangnya dua hari sebelum tarikh mereka bernikah, empat tahun lalu.

BERSALAH...Raja Saiful Nizam dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam.
BERSALAH...Raja Saiful Nizam dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam.
Tertuduh, Raja Saiful Nizam Raja Ali, 28, dari Bandar Amanjaya, Sungai Petani, didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 12.01 tengah malam hingga 4 pagi pada 29 Ogos 2006 di lereng bukit Tanjung Jaga, Yan.


Dia didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan menyebabkan kematian Rohayu Kasa, 28, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.


Hakim Datuk Zamani A Rahim membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


Zamani ketika membacakan keputusannya berkata, selepas mendengar keterangan saksi pendakwaan dan saksi pembelaan serta penghujahan bertulis kedua-dua pihak, mahkamah berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.


“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan dengan ini memutuskan tertuduh didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati,” katanya.


Sebaik hakim membacakan keputusan, beberapa ahli keluarga terdekat tertuduh yang berada di mahkamah kelihatan menangis dan berpelukan menyebabkan suasana dalam mahkamah sebak.


Raja Saiful Nizam yang berbaju kemeja kuning berkotak dan berseluar denim biru bagaimanapun kelihatan tenang dan sempat memandang ke arah keluarganya sebaik hukuman dijatuhkan.


Mengikut fakta kes, tertuduh dan Rohayu bertunang pada 22 Mei 2006 selepas sebulan mereka berkenalan dan ahli keluarga menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada Februari 2008 sempena cuti Tahun Baru Cina dengan belanja hantaran RM5,612.


Bagaimanapun, atas permintaan keluarga mangsa, tarikh perkahwinan mereka dipercepatkan kepada 31 Ogos 2006 dengan alasan bapa Rohayu mengalami serangan angin ahmar dan ia dipersetujui keluarga tertuduh kerana mangsa turut bersetuju menanggung sebahagian perbelanjaan wang hantaran.


Pada jam 8.30 malam 28 Ogos 2006, tertuduh dan mangsa keluar bersama dan pergi ke lokasi kejadian iaitu berhampiran sebuah banglo tinggal di Tanjung Jaga untuk membincangkan hal perkahwinan mereka dan tertuduh memberitahu mengenai masalah wang hantaran yang tidak cukup RM2,000.


Bagaimanapun, berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pergaduhan dengan tertuduh memukul mangsa dengan topi keledar di kepala serta badan menyebabkan tunangnya itu cedera parah

Tiada ulasan: