Sabtu, 28 Ogos 2010

MASA JANGAN DIKEJAR...TERIMA SAJA DIMANA KITA DITAKDIRKAN BERBUKA...TAK ELOK MEMENTINGKAN DIRI BAHAYAKAN ORANG LAIN...AKUI NI TAKDIR...KENA REDHA ...

Pemandu bas ekspres terbunuh
Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
2010/08/28

KEADAAN bas   ekspres remuk akibat melanggar belakang treler   di   Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung menyebabkan pemandunya  maut.
KEADAAN bas ekspres remuk akibat melanggar belakang treler di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung menyebabkan pemandunya maut.
Rempuh treler, sembilan penumpang cedera

KAMPAR: Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala sembilan penumpang cedera termasuk tiga parah selepas bas yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler yang membawa muatan habuk tayar di Kilometer 306.2, Lebuh Raya Utara-Selatan, tidak jauh dari Gua Tempurung di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, Adnan Abu Hassan, 54, dari Batu 9, Perumahan Seri Kepayang, Ipoh, maut di tempat kejadian kerana mengalami cedera parah di badan serta kakinya akibat hentaman kuat pelanggaran itu

Mangsa parah dikenali Nurul Afzah Sallehuddin, 23 dan Nurshaidah Musa, 24, kedua-duanya dari Kuala Lumpur manakala seorang lagi, Nor Ahmad Abdul Rahman, 30-an berasal dari Selayang, Selangor.

Nurul Afzah dan Nurshaidah yang patah hidung dirawat di Hospital Tapah (HT) dan sudah dibenarkan pulang malam kelmarin, manakala Nor Ahmad yang patah kaki kiri masih dirawat di hospital sama.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila pemandu dipercayai memandu laju kerana mahu memenuhi permintaan seorang daripada penumpang untuk berbuka puasa di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, berkata bas ekspres yang membawa 43 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan dari Medan Gopeng menuju ke Kuala Lumpur, manakala treler terbabit dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.
“Ketika kejadian, bas berkenaan berada di paling kiri tetapi dipercayai dipandu laju sehingga pemandunya gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh treler di depannya.

“Keadaan jalan licin selepas hujan dan menuruni bukit menyebabkan pemandu terbabit gagal membrek. Pemandu bas itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya

Tiada ulasan: