Ahad, 29 Ogos 2010

PERBUATAN MENGEJEK TAK ELOK....BOLEH MEROSAKKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN....NI HENDAK BUNUH DIRI..ADA DIBUNUH SEBAB DIEJEK...

Tertekan ejekan rakan

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my
2010/08/29

KUALA LUMPUR: Hanya kerana ejekan rakan menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun hampir membunuh diri apabila cuba mengelar pergelangan tangan kirinya dengan sebilah pisau.

Menurut sumber, gadis berkenan dalam keadaan tidak terkawal akibat tekanan emosi.


Selepas hampir setengah jam, polis berjaya memujuk remaja berkenaan supaya meleraikan pisau dalam genggaman sebelum memintanya bertenang.


Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Lia berkata, dia tertekan kerana sering menjadi bahan ejekan rakan.


Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, jika berlaku kecurian mahupun kehilangan barang, pasti dirinya dijadikan sasaran.

Lia yang dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil mengakui tertekan dengan keadaan persekitaran dan merasakan tiada siapa mempercayainya.


“Saya sudah penat dengan semua ini dan hampir putus asa. Sebab itu saya mengambil keputusan... supaya tiada lagi individu akan bercakap buruk mengenai dirinya.


“Memang dilarang oleh agama, namun waktu itu saya rasa tiada orang peduli mengenai saya.


“Jika ada masalah, tidak tahu mahu mengadu kepada siapa sebab ibu bapa angkat juga kerap bertengkar disebabkan perselisihan faham antara mereka,” katanya.


Jelas Lia, ibu angkatnya juga pernah mengeluarkan perkataan ‘kau tak ada lagi bagus’ menyebabkan dia berfikir dirinya sebagai beban kepada keluarga berkenaan.


“Siapa tidak terasa jika individu yang dianggap sebagai ibu kandung bercakap perkataan sedemikian di depan kita.


“Saya rasa tidak ubah seperti pengemis bila dengar ibu berkata begitu, seolah-olah saya hanya menyusahkan hidupnya. Setiap kali bertengkar dengan ayah pasti saya jadi mangsa,” katanya sebak.

Sempena lebaran juga, Lia berkata, dia tidak tahu di mana mahu beraya. Jika individu seusianya sibuk membeli-belah bersama keluarga masing-masing, dia pula sebaliknya.


Lia turut berharap dapat berjumpa ibu kandungnya yang didakwa berada di Kedah kerana rindu mahu menatap wajah insan yang melahirkannya.


Namun, dia tetap bersyukur kerana ada seorang insan sentiasa memberi sokongan supaya dia meneruskan kehidupan menjadi lebih kuat dan tabah.


Sementara itu, jurucakap pusat pemulihan wanita itu yang mengesahkan kejadian terbabit berkata, Lia dalam proses pemulihan dan sebab itu dia merasa tiada sesiapa mempedulikannya.


“Kami sentiasa menitikberatkan ikatan persaudaraan dan kerjasama di kalangan penghuni, malah di bulan puasa ini mereka bertarawih bersama. Semua penghuni akan disokong, bukan dipinggirkan,” katanya

Tiada ulasan: