Khamis, 12 Ogos 2010

ORANG ISLAM POLITIK KENA BERDASAR AKIDAH DAN HUKUM ALLAH KERANA AKAN DITANYA DIAKHIRAT...IKUT BARAT IA MENGHALALKAN CARA...

Chua: Bekas MB dalang kain rentang
Hazlan Zakaria
Ogos 11, 10
6:01pm

Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.

Menuru
t Chua, kain rentang lain yang seumpama itu juga dikesan sepanjang laluan 'Kembara Mahkota Johor' di mana baginda sendiri terbabit dengan menunggang motosikalnya.

Katanya, kerja pihak tidak bertanggungjawab itu juga mencetuskan kemurkaan sultan dengan dakwaan bahawa beliau adalah calon PKR sebagai menteri besar Johor.

"Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya.”

Chua berkata demikian kepada wartawan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur selepas memberi kenyataanya kepada seorang pegawai kanan polis di ibu pejabat polis Batu Pahat.

"Beliau merakamkan kenyataan saya berhubung kain rentang itu. Katanya, adalah jelas bahawa saya hanya seorang saksi. Beliau memberitahu 40 laporan polis telah dibuat berhubung kain rentang itu.

“Saya juga membuat laporan dengannya berhubung kain rentang itu dan juga mengenai ceramah Pakatan di Rengit yang dihalang oleh FRU dan polis.”

Sementara itu, Suara Keadilan.com melaporkan Chua juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Baharu.

"Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan.

"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.

B

ekas menteri persekutuan itu berjumpa dengan polis untuk selama lebih dua jam, daripada 11.30 pagi sehingga jam 2 petang dengan diiringi peguamnya, Sankara Nair.

Chua juga berkata beliau menjelaskan kepada polis berhubung beberapa kesilapan pada kain rentang itu yang membuktikan ia bukan dibuat oleh PKR.

"Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini,” katanya.

Kamera dijumpai di pejabat MB S'gor
Regina Lee
Ogos 11, 10
4:13pm

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Adalah dip

ercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.

"Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

“Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis,” katanya.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Se

rentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.

Abdul Khalid berkata pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara itu menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.

Beliau berkata pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang.

"Saya dah teliti tiada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," katanya.

Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaliknya akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu.

"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya




PDC: Pengelola bazar gagal serah wang sewa
Ogos 11, 10 5:52pm
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah membuat keputusan untuk menghalang Bazar Ramadan di Komtar.

"Masalah utamanya adalah kegagalan pengelola Bazar Ramadan menyerahkan wang yang dipungut dari peniaga kepada PDC. Sehingga hari ini tidak ada satu sen pun yang dibayar kepada PDC," kata pengurus besarnya, Datuk Rosli Jaafar.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, PDC telah mengadakan satu perbincangan dengan peniaga terlibat dengan lot perniagaan Bazar Ramadan KOMTAR jam 2.30 petang semalam yang dihadiri 15 peniaga terbabit.

Juga hadir ialah wakil Persatuan Peniaga Komtar (KMA), Mohamed Ghani bin Abdul Jiman sebagai pengelola Bazar Ramadan.

Rosli berkata, PDC hanya memaklumkan bahawa pihak pengelola iaitu KMA, harus mengikut kesemua ketetapan, peraturan dan jumlah gerai yang ditetapkan.

Katanya, begitu juga dengan pembayaran yang sehingga kini tiada dipatuhi oleh KMA.

"PDC juga ingin melihat agar Bazar Ramadan ini tidak terlalu sesak yang akan menyebabkan orang ramai sulit berurusan dengan pusat pentadbiran negeri dan boleh menjejaskan keselamatan.

"Tindakan KMA berurusan dengan peniaga tanpa mendapatkan kelulusan telah merugikan pihak peniaga yang telah membuat persiapan serta mengeluarkan perbelanjaan," tambah Rosli.

Bagi menyelesaikan isu ini, katanya, persetujuan telah dicapai antara pihak pengelola, peniaga dan PDC, iaitu:

1. Bersetuju sejumlah 25 lot gerai sahaja diperuntukkan di ruang legar konkos Paras 3, Komtar, bagi memberi lebih keselesaan kepada semua peniaga dan pengunjung.

2. Bersetuju agar memastikan barangan perniagaan tidak melebihi dua kaki dari sempadan gerai untuk menjamin keselesaan ruang.

3. KMA bersetuju membayar sebanyak RM50 sehari bagi setiap gerai kepada PDC. Manakala PDC akan menanggung kos pemasangan gerai dan alatan yang berkaitan. KMA perlu menjelaskan bayaran sewa kepada PDC selewat-lewatnya esok.

4. Atas persetujuan pihak peniaga, sekiranya KMA gagal mematuhi syarat-syarat PDC dan tidak menjelaskan bayaran yang telah dipersetujui , maka pihak peniaga bersetuju untuk berurusan secara terus dengan PDC dengan kadar yang sama.

5. Pihak PDC bersetuju untuk menyewakan pada harga yang sama yang dikenakan kepada peniaga sedia ada pada kadar RM50 sehari setiap gerai, seandainya PDC mengambilalih pengurusan penyewaan gerai-gerai tersebut.

6. Atas permintaan para peniaga juga, tarikh penyewaan ini akan bermula pada esok dan tamat pada 12 September.

7. Peniaga boleh memasuki gerai masing-masing serta-merta.

8. Semua peniaga yang telah berurusan untuk menyewa lot Bazaar Ramadan dengan KMA akan diperuntukkan sejumlah 25 lot yang akan diuruskan oleh KMA.

Rosli berkata, melalui hasil perbincangan bersama ini, PDC percaya tidak ada masalah yang dihadapi peniaga Bazaar Ramadan sepertimana yang dakwanya digembar-gemburkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab



'PDC dipersalah isu Bazar Ramadan di Komtar'
Susan Loone
Ogos 11, 10
1:32pm

Persatuan Peniaga Komtar (KMA) bercadang membuat laporan polis terhadap Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) serta mendedahkan surat PDC, yang didakwanya "bertanggungjawab secara langsung" terhadap isu larangan berniaga di Bazar Ramadan di Komtar dalam bulan puasa.

Naib peng

erusi KMA, Mohamed Abdul Ghani Pak Jiman berkata, PDC yang bertanggungjawab ke atas gerai-gerai tersebut, lambat memberitahu peniaga tentang tarikh akhir yang baru untuk membayar sewa, mengakibatkan mereka tidak membuat bayaran kepada PDC dalam masa yang ditetapkan.

Ghani berkata, PDC hanya menghantar surat tersebut pada petang 6 Ogos, meminta bayaran sewa dibuat pada hari Isnin 9 Ogos, menyebabkan beliau bergaduh dengan pegawai kerajaan negeri dan ahli KMA.

"Saya akan dedahkan surat-surat tersebut apabila saya membuat laporan polis di balai Pantai Road dalam beberapa hari lagi," kepada kepada pemberita di tingkat tiga Komtar hari ini.

Diperalatkan

"Saya juga ada sepucuk surat yang mengatakan PDC seharusnya menghantar surat-surat tersebut (kepada peniaga) pada 10 Julai tetapi ditangguhkan ke 6 Ogos. Apa yang mereka cuba lakukan?" tegasnya.

Ghani (kanan) mendakwa PDC mungkin tidak puas hati dengan kerajaan negeri, dan cuba melemahkan pentadbiran dengan memperalatkannya.

"Th

e PDC harus menjawab semua tuduhan ini... Tanyalah kepada mereka," katanya kepada wartawan yang menemuinya selepas pertemuannya dengan pengurus besar PDC Datuk Rosli Jaafar.

"PDC harus memberi kami peluang untuk membuat bayaran, dan bukan melarang kami membuka gerai kami di sini," tambahnya.

Dalam pertemuan tersebut, katanya, dengan bantuan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, Rosli telah bersetuju membenarkan gerai-gerai dibuka di Komtar sepanjang bulan Ramadan.

Para peniaga akan dikenakan bayaran yang dipersetujui sebanyak RM50 sehari untuk ruang niaga, manakala PDC menanggung kos gerai.

Elak kesesakan

KMA pula bersetuju hanya 25 gerai - bukan 27 - dibuka bagi mengelak kesesakan di kawasan itu, yang merupakan pintu masuk utama ke pejabat sekretariat kerajaan negeri.

Gh

ani juga berkata kekecohan Isnin lalu yang berlaku apabila 27 peniaga mengadakan protes terhadap kerajaan negeri di Komtar, adalah disebabkan 'masalah "teknikal'.

Beliau menyalahkan media kerana didakwanya memutarbelit keadaan untuk menunjukkan KMA ada masalah dengan para peniaga kerana tidak menjelaskan wang yang dipungut daripada mereka, kepada PDC sebagai bayaran sewa bagi gerai mereka.

Apabila diberitahu bahawa Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang membuat dakwaan tersebut dalam satu sidang akhbar di Komtar semalam, Ghani meminta maaf kepada wartawan, dengan mengatakan dia "belum ada masa untuk membaca akhbar

Tiada ulasan: