Jumaat, 13 Ogos 2010

MASIH KELIRU..JIKA BENAR SALAH...TINGGALKAN...BANYAK LAGI IBADAH TAK KHILAFIAH UTK DIKERJAKAN BAGI IBUBAPA.

Baca Yassin: Henti fitnah Imam Syafie
Fri | Dec 02, 05 | 2:27:35 pm MYT





Assalamualaikum.

SEMOGA Allah mengampunkan dosa saya dan Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam (IKIM), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dalam mengheret tajuk utama akhbar Mingguan Malaysia bertarikh Ahad 27 November 2005 bertajuk 'Fahaman Wahhabi Menular'.

Setelah menatap dan cuba untuk memahaminya, saya terfikir kenapa ia menjadi tajuk besar akhbar tersebut sedangkan pelbagai isu besar yang sepatutnya diutarakan seumpama isu Pengkalan Pasir, tahanan bogel dan sebagainya mendapat tempat.

Namun pertanyaan saya terjawab apabila pada pagi Isnin, akhbar yang sama mengaitkan nama Nordin Mat Top (didakwa pengganas) dengan fahaman Wahhabi.

Sikap kait mengait ini pernah timbul beberapa kali yang menjadikannya satu kekaburan kepada rakyat khususnya pembaca akhbar tersebut. Dahulu perbuatan kumpulan Al-Maunah cuba dikaitkan dengan PAS. Kini yang cuba �dimangsakan� pula ialah pelajar-pelajar cerdik pandai di universiti-universiti tempatan.

Fitnah dimulakan dengan ayat: �Pengikut fahaman ini menolak amalan membaca Al-Quran kepada orang yang meninggal dunia, membaca Yassin, tahlil, talkin, berzikir..."

Dengan gaya penulisan begini telah tersebarlah satu fitnah secara meluas bahawa pengikut fahaman Wahhabi ini seolah-olah tidak membaca Yassin, tidak bertahlil, tidak berzikir dan sebagainya sedangkan pada hakikatnya tidak benar sama sekali.

Sebetulnya akhbar tersebut menulis sebegini �pengikut fahaman ini menolak amalan membaca a-Quran, Yassin, tahlil, talkin, berzikir kepada orang yang telah meninggal dunia."

Persoalan pentingnya ialah, adakah Rasullulah s.a.w.pernah melakukannya ataupun menganjurkan amalan-amalan sebegini?.Adakah amalan-amalan sebegini dianjurkan oleh Imam Syafie?

Umat Islam di negara ini perlu meneliti atau mempelajari kitab Al-Umm karangan Imam Syafie, yang mana ada antara amalan yang dianjurkan oleh imam ini tidak diguna pakai oleh pengikutnya. Dan ada pula amalan yang ditegah dan tidak pernah disuruh oleh Imam Syafie, dilakukan oleh pengikutnya yang kononnya bermahzabkan Syafie.

Satu demi satu persoalan yang timbul adakah bermahzab Syafie itu wajib? Dan apakah benar semua yang amalan yang disarankan oleh Imam Syafie itu dituruti sepenuhnya oleh pengikutnya?

Seperti pemberian zakat fitrah di Malaysia yang mana sama sekali kaedah pembayarannya tidak menuruti pendapat Imam Syafie. Dan juga apabila menunaikan haji dan umrah, rakyat Malaysia disarankan mengambil pendapat Imam Maliki dan Hambali apabila timbul isu �bersentuhan lelaki dan perempuan� sewaktu tawaf.

Dalam hal sebegini, tidak pula saya ingin menafikan atau meminta agar pendapat Imam Syafie ini ditolak sama sekali. Kita tidak harus menjurus kepada pendapat satu imam sahaja sedangkan ada pendapat-pendapat imam yang lain juga ada kesahihan dan kebenarannya.

Syarahan dan perbahasan tentang pendapat-pendapat imam ini sewajarnya kita pelajari dan dalami dengan cara menuntut ilmu dan bukannya dengan membiarkannya ianya tergantung di dada akhbar tanpa jawapan.

Apabila persoalan-soalan seumpama ini dibiarkan tergantung tanpa sebarang penjelasan maka ia akan merebakkan kekeliruan dan fitnah yang berpanjangan.

Dr Muhammad Uthman (Fellow IKIM) yang dikatakan banyak mengkaji fahaman ini, menjelaskankan bahawa fahaman ini menggunakan �pendekatan yang keras� dan menyarankan agar fahaman ini ditolak sama sekali kerana rakyat Malaysia umumnya berfahaman mazhab Syafie. Benarkah begitu?

Mengapa Dr Muhammad Uthman menyarankan agar fahaman ini ditolak? Adakah ia sesat? Adakah amalan dan pendapat yang diguna pakai oleh majoriti penduuduk Makkkah dan Madinah yang rata-ratanya berfahaman Wahhabi ini boleh dikatakan salah atau sesat?

Bagaiman pula fahaman dan pendapat Imam Maliki dan Hambali? Wajar ditolak jugakah kerana rakyat Malaysia kononya bermahzab Syafie?

Imam Syafie juga pernah berkata �seandainya ada pendapat yang lebih baik daripadaku, maka ikutilah pendapat itu."

Dr Muhammad Uthman juga sewajarnya menyemak dan memantau amalan-amalan umat Islam di Malaysia yang dikatakan datangnya daripada pendapat Imam Syafie sedangkan ianya berbentuk bidaah dan khurafat dan ianya jelas memfitnah Imam Syafie itu sendiri kerana beliau tidak pernah sama sekali menyarankan amalan tersebut.

Janganlah kerana tidak sukakan fahaman, pendekatan dan pendapat Wahhabi atau tidak mempunyai hujah untuk berdepan dengan fahaman ini maka fahaman ini difitnah sehingga cuba dilagakan dan cuba dikaitkan dengan �pengganas�.

Jangan kerana sentimen turun temurun dan nenek moyang diguna pakai, menyebabkan kita membuat sesuatu amalan tanpa usul periksa.

Dan paling perit sekali janganlah kerana mempunyai agenda dan muslihat tertentu fahaman ini difitnah seiring dengan kegiatan pengganas. Betapa buruk imej fahaman Wahhabi ini digambarkan.

Fahaman Wahhabi tidak wajar difitnah sebegini rupa kerana fahaman ini menganjurkan umat Islam membersihkan amalan daripada bidaah dan khurafat. Kerajaan Arab Saudi cukup arif dan tahu tentang fahaman Wahhabi ini kerana majoritinya terutama penduduk Makkah dan Madinah mengambil pendapat fahaman Wahhabi ini.

Kalau sebab pendekatan keras diambil kira, bukankah agama Islam itu sendiri mempunyai 'pendekatan keras' dalam situasi tertentu yang berhubungkait dengan hukum hakam dan mensyirik Allah SWT dan adakalanya Islam juga mempunyai 'pendekatan berhemah dan bijaksana' dalam menangani sesuatu isu.

Sesuatu amalan dan ajaran agama perlulah di lihat daripada mana sumbernya supaya umat Islam tidak tergelincir dan melakukan amalan yang tidak pernah ada dalil al-Quran dan Hadisnya.

Sebaik-baiknya Dr Muhammad Uthman menyarankan agar umat Islam membanteras dan menghindari fahaman songsang,seumpama fahaman JIT (Jangan Ikut Tuhan), Black Metal (sembah Syaitan), Anti- Hadis, Ayah Pin, Rasul Melayu, ajaran Ahmadiah, ajaran Mat Matahari, ajaran Laksamana, ajaran mencari Nabi Khidir dan bermacam fahaman yang lebih parah yang sedang mewabak kepada umat Islam khususnya muda-mudi.

Mengapa akhabar tidak menengahkan isu -isu seumpama ini yang lebih nyata sesatnya dan mengapa pula Dr Muhammad Uthman tidak mengkaji dan mengupas mengapa muda-mudi mudah terjerumus kepada fahaman ini?

Sewajarnya Dr Muhammad Uthman dan pengikut fahaman Wahhabi mengadakan perbincangan, perbahasan, muzakarah atau sebagainya demi mengelakkan kekeliruan yang nyata dan supaya ianya tidak menjadi fitnah sepanjang masa dan sekiranya Dr Muhammad Uthman ingin �menobatkan� atau mengutamakan fahaman mahzab Syafie sahaja dengan mencadangkan agar fahaman lain ditolak, wajar juga beliau menjemput wakil-wakil daripada kerajaan Arab Saudi yang berfahaman Wahhabi dan juga wakil pengikut-pengikut Hambali dan Maliki supaya mereka yang lain tidak berkecil hati.

Yang baik sudah tentunya daripada Allah, dan yang cela dan lemah datang daripada saya sendiri. Semoga kita berbaik sangka dan mohon pentunjuklah daripada Allah SWT. Wassalam.



Perlukah saya buat kenduri arwah?
Azamin Amin
Thu | Jul 16, 09 | 11:38:28 am MYT

"Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?" tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta akibat sakit kronik.





Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.

Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.

Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)

Amalan membebankan keluarga si mati

Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda:

"Persiapkan makanan untuk keluarga Ja'far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)." - Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.

Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.

Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.

"Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut

Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.

Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah

Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.

Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.

Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya."

"Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.

"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.

"Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.

"Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz.

Kenyataan pahit dan mengejutkan

Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.

"Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya

"Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian," katanya lagi

Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

"Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan.

Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

"Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya," katanya.

Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59 :

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

(Segala kritikan, teguran dan pandangan bolehlah dimajukan kepada azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )



Mentaliti hari, malam Jumaat
Roslan Harun, Melaka.

SEBAGAI bekas kakitangan dan pembaca tetap sebuah akhbar harian arus perdana, saya kurang senang dengan tindakan lembaga pengarangnya menyiarkan gambar perempuan seksi pada setiap kali keluaran akhbar itu.

Gambar berkenaan diletakkan pada sisi kiri muka depan, agak saya bagi menarik pembaca membeli akhbar terbabit. Ada kalanya wanita penghias muka depan itu bagaikan tidak cukup kain, maka tersembullah aset yang sepatutnya disembunyikan. Langkah menyiarkan gambar wanita seksi ini bertujuan menaikan jualan akhbar, sekali gus meningkatkan keuntungan, itulah strategi orang yang otaknya fikir fasal bisnes saja.

Disebabkan adanya gambar itu, saya memboikot daripada membeli akhbar berkenaan, yalah bukankah ada hadis yang antara lain bermaksud, seseorang itu perlu menyatakan bantahan (mengubah) perkara maksiat dengan tangan (kuasa), jika tidak dengan lisan (mulut, menulis) dan yang paling rendah menyatakan bantahan dalam hati dan juga larangan bersubahat dalam perkara maksiat.

Namun ada harinya saya terpaksa juga membeli akhbar berkenaan kerana tiada pilihan disebabkan akhbar lain sudah habis. Akhbar-akhbar lain pun dua kali lima, sarat dengan gambar keterlaluan, yang berbahasa Melayu tetap degil menyiarkan keputusan empat nombor ekor manakala sesetengah akhbar berbahasa Inggeris ghairah menyiarkan iklan minuman keras.

Suatu petang Jumaat saya nekad menelefon ketua pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan bantahan. Bukan senang hendak bercakap dengan pengarang berpangkat Datuk ini, selepas mencuba hampir 10 kali, barulah dapat bercakap dengannya. Saya nyatakan rasa kurang senang dengan penggunaan gambar perempuan seksi yang menjadi penghias muka depan hampir setiap hari.

Saya nyatakan juga alangkah janggal menyiarkan gambar seksi itu pada hari Jumaat, ramailah pembaca menatap gambar wanita itu pada pagi hari kemudian pergi sembahyang Jumaat, begitu bertentangan sekali amalan kita, kejap tengok aurat wanita, kemudian sujud pada Illahi, inilah fikiran sekular, berperangai alim-alim kucing ketika berada dalam masjid tetapi di luar…macam serigala lapar.

Saya nyatakan pada pengarang itu, saya malu untuk mengepit akhbar menyiarkan gambar tak senonoh itu. Demikian juga agak saya dengan ustaz, ustazah, pak haji, tok iman dan mufti, tentulah mereka malu untuk membawa akhbar itu ke sana sini, apatah lagi pada hari Jumaat.

Nampaknya pengarang itu bersetuju dan berjanji akan membuat perubahan. Namun pada hari keesokannya (hari Sabtu), ketika ke gerai akhbar, saya perhatian akhbar itu tetap menyiarkan gambar wanita seksi pada muka depan. Saya pun teruskan boikot saya, tidak beli akhbar itu.

Selepas teguran saya itu, penampilan wanita seksi pada muka depan tetap berlaku kecuali pada hari Jumaat. Pada hari Jumaat disiarkan gambar wanita berpakaian sopan malah kadang-kadang bertudung. Antara gambar dipaparkan adalah artis wanita yang hadir di mahkamah syariah. Tentunya mereka berpakaian sopan termasuk mengenakan tudung.

Demikianlah, betapa sebahagian anggota masyarakat kita bermentalitikan untuk membuat baik dan melakukan kebajikan pada malam dan hari Jumaat sedangkan pada hari lain mereka tidak kisah.

Pengarang akhbar pun berfikiran begitu. Pada setiap hari (keluaran) mereka menyiarkan gambar perempuan seksi tetapi pada keluaran hari Jumaat mereka bertukar sikap, menjadi begitu alim; menyiarkan artikel agama yang menyuruh orang membuat kebaikan dan pada ruangan yang biasanya disiarkan gambar wanita mendedahkan aurat keterlaluan digantikan halaman kegiatan harian seperti pertanian. Jika hari-hari sebelumnya kerap disiarkan gambar buah terlarang tetapi pada hari Jumaat disiarkan buah-buah tempatan seperti betik, mangga dan kelapa mawar.

Jika pengarang akhbar bermentaliti begitu, apa kurang dengan anggota masyarakat. Hari dan malam Jumaat, ramai menjadi alim. Di surau dan masjid, pada malam Jumaat, jemaah sibuk membaca Surah Yassin bersekali dengan tahlil. Ramai baca al-Quran (Surah Yassin) pada malam Jumaat saja, pada malam dan siang hari lain mereka tidak peduli. Baca al-Quran pada malam Jumaat, bagus tetapi alangkah elok mereka membaca dan mentelaahnya sepanjang waktu tanpa menunggu malam Jumaat

Bagi sesetengah wanita, mereka mengenakan baju kurung labuh malah ada yang memadankannya dengan tudung atau selendang pada hari Jumaat. Pada hari lain, mereka tidak peduli, mereka berpakaian seksi, tetapi pada hari Jumaat mahu kelihatan alim. Kononnya mereka menghormati hari Jumaat yang mulia. Apa yang bagusnya, ramai juga gadis Cina dan India (bukan Islam) turut berpakaian baju kurung pada hari Jumaat. Malah budak-budak sekolah bukan Islam pun ramai yang pakai baju kurung pada hari Jumaat.

Bagi budak-budak pula, mereka sering diugut oleh ibu bapa supaya jangan buat nakal pada malam Jumaat. Mereka akan berkata: “Hah kau ingat ini malam apa? Ini malam Jumaat, hormatilah sikit hari Jumaat.” Apakah ini bermakna pada malam dan hari lain, boleh buat nakal? Hantu termasuk pontianak pula dikatakan suka keluar pada malam Jumaat!

Di kalangan sesetengah orang Melayu, malam hari Khamis malam Jumaat dianggap waktu paling istimewa bagi pasangan suami isteri. Jadi berlakulah sindir menyindir kepada pasangan suami atau isteri. Kononnya itulah malam paling sesuai buat ibadah membabitkan suami isteri itu. Persoalannya, mengapa mesti malam Jumaat, malam lain tidak bolehkah? Apakah ia bermakna malam Jumaat wajib, malam lain sunat?

Mentaliti malam Jumaat ini, menyebabkan sesetengah orang kreatif, mengambil kesempatan dan peluang. Misalnya sebuah syarikat memperkenalkan minyak wang dan semburan diberi jenama MJ (Malam Jumaat). Ini adalah orang bijak, mengeksploitasi kepercayaan tidak berasas masyarakat bagi menjana pendapatan lumayan.

Seorang penulis blog (roseharissa.blogspot.com) bertanya: “Tak tahulah kenapa lelaki-lelaki Melayu suka sangat mengaitkan malam Jumaat dengan seks. Habis tu, hari Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu, Ahad, tak bolehkah? Jadi tak keterlaluan dikatakan bahawa ia hanya mitos mengenai 'ibadah sunat' dan tak ada masuk dalam bab sunnah pun. Cuma mentaliti orang Melayu sudah diterapkan zaman berzaman mengaitkan malam Jumaat sebagai malam bulan madu. Seks malam Jumaat tu cuma mitos orang Melayu!”

Beliau mendakwa disebabkan ‘menunggu malam Jumaat’ ada hubungan suami isteri semakin lama semakin hambar, sebab terlalu lama menunggu, maklumkan seminggu sekali. “Sepatutnya setiap hari adalah sama dan istimewa untuk suami isteri...tak payah tunggu hari Khamis malam Jumaat!” tulisnya.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


10 amalan terbalik
Ibnu Hamid
Tue | Oct 10, 06 | 11:46:52 am MYT

Assalamualaikum
Baru-baru ini saya menerima mesej ini. Saya panjangkannya untuk pengetahuan pembaca lain.





Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. di mana Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik?

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan pada bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Makkah dan apabila balik dari Tanah Suci tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah SWT tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah s.a.w.: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari) - lanh




Tahlil bidaah?

Memang ada kebenarannya tentang apa yang saudara perkatakan itu. Majlis
tahlil ini sekadar majlis dan ia tidak betul-betul dihayati. Yang saya tidak
pasti apakah dilakukan oleh Nabi SAW ialah adakah ketika peringkat tahlil
dengan kalimah Lailahailallah itu diucapkan dengan tahap kelajuan tertentu
semacam gear kenderaan bermula dengan satu dua dan seterusnya ? Ucapan
Lailahailallah diucapkan semakin kuat dan cepat apabila ianya hampir cukup
jumlahnya. Seorang ustaz yang mengajar di tempat saya mengatakan ucapan
tersebut seharusnya diucap dengan penoh keinsafan dengan menyadari akan
tuntutan nya sebagai kalimah Tauhid. Saya rasa ustaz ini merujuk kepada tahlil
selepas solat kerana saya tahu dia tidak begitu gemar hadir majlis tahlil arwah
kerana saya rasa dia ? berpegang kepada amalan ini adalah bidaah sebagaimana
juga ? pegangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Satu perkara lagi yang saya kurang mengerti ada keluarga di daerah saya
yang melakukan tahlil arwah sehingga seminggu bermula hari pertama ahli
keluarga meninggal dunia hinggalah hari ketujuh setiap hari. Saya rasa ini
sudah keterlaluan. Dulunya sekadar tiga hari pertama kemudian tujuh hari dan
seterusnya 40 hari yang saya yakin ramai berpegang kepada perbuatan ini pun
sebagai bidaah apatah lagi jika dilakukan tujuh hari berturut-turut. Bagi
mereka yang tinggal di daerah yang sama yang tidak faham akan tuntutan sebenar
pasti akan terikut-ikut dan ini membebankan kepada keluarga yang kurang
mampu. Sebaliknya apa yang lebih digalakkan apabila berlaku kematian ialah kita
membantu keluarga terlibat dalam bentuk material dan lain-lain termasuklah
mendoakan dan meminta keluarga itu bersabar dengan ujian Allah swt. Satu
perkara lagi ialah kita dianjurkan ? mengiringi jenazah hingga kekubur. Amalan
ini saya dapati semakin kurang diperaktikkan
kebetulan dua hari lepas berlaku kematian seorang ahli jemaah sebuah masjid
berhampiran rumah saya. Saya dapati rakan-rakan si mati tidak ramai yang turut
mengiringi jenazah. Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal



Soal tahlil, baca yasin, marhaban dsbgnya ni, memang saya tahu ada perdebatan
terutama antara kaum muda dan kaum tua (kalau dulu), sekarang antara apa yg di
panggil salafi/wahabi dan yg mengaku mazhab Syafi'i atau yg lain. Saya tidak
ada ilmu utk katu ia bid'ah atau sunnah. Cuma saya sendiri kurang gemar
menghadiri majlis2 seumpama itu kerana apa yg saya dilihat di situ kurang
menyenagkan.

Maksud saya: Setelah bertahlil dgn begitu khusyuk dan serious dan penuh passion
bagaikan nak runtuh rumah, lepas itu bersembang2, lawak jenaka, mengumpat,
merokok (paling kurang meerka anggap makruh jika tidak haram), seolah2 baru
balik ke kelab untuk minum2 petang setelah penat main golf 18 lubang., bukan
dari suatu majlis memperingati dan membesarkan Allah swt. Ini kadangkal berlaku
di tahlil arwah, siang tadi baru kebumi dgn penuh airmata berlinangan. Malah
kadangkala masa tunggu mayyit dikafankan ini berlaku cuma tiada makan minum
atau beratib tahli, tapi aktiviti diatas ada. Kekadang saya tertanya, orang
Melayu anggap ini adat atau ibadat?

Itu saja. Bukan saya nak tuduh bid'ah ke sunnah ke. Saya masih dok belajar.




Tahlil: Perkara Khilafiah yang diperdebatkan


Bicara Agama Oleh al-bakistani

" Dalam bahasa arab, Tahlil bermaksud menyebut kalimah “syahadah” iaitu “La ilaha illa Allah”. Definisi ini dinyatakan oleh Al-Lais dalam kitab “Lisan Al-Arab”. Dalam kitab yang sama, Az-Zuhri menyatakan, maksud tahlil adalah meninggikan suara ketika menyebut kalimah syahadah[1].

Adapun makna tahlil mengikut pandangan masyarakat melayu adalah “amalan menyebut kalimah syahadah. Ianya di lakukan sebelum dari berdoa, dan kebiasaannya diamalkan selepas dari kematian atau untuk kesyukuran” Amalan tahlil arwah dan kesyukuran ini sering didebatkan secara ilmiyyah. Perdebatan ini bukan sekadar berlaku dikalangan manusia biasa, bahkan ianya didebatkan dikalangan ilmuan-ilmuan Islam.

Walaubagaimanapun, tulisan ringkas ini bukanlah untuk membela atau menghentam amalan yang diamalkan dikalangan masyarakat melayu ini. Tetapi ianya sekadar ulasan yang menggambarkan perkara perdebatan yang ianya adalah amalan yang masih dibawah ketagori khilafiyyah dikalangan ulama.

NABI TAK BUAT !!

Amalan tahlil arwah dan kesyukuran sering diperdebatkan oleh sebilangan golongan yang mendakwa salafi atau wahabi. Golongan ini mendakwa, amalan tahlil adalah amalan yang tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW, Sahabat-sahabat, tabiin, tabii tabiin dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan, amalan tahlil arwah dan kesyukuran tidak pernah diamalkan Rasulullah SAW dan golongan salaf soleh, tetapi ianya tidak lepas dari perkara khilafiyyah dikalangan ulama dalam beristidlal atas keharusan mengamalkannya.

Melihat dengan alasan bahawa sesuatu amalan itu tidak boleh dilakuakan bersebabkan amalan itu tidak diamalkan oleh Rasulullah, maka jawapannya adalah, tidak semua amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagai amalan yang tidak boleh dilakukan. Ini kerana, alasan yang menyatakan tidak boleh diamalkan sesuatu amalan yang tidak di amalkan oleh Rasulullah SAW adalah bersumberkan kepada hadis nabi SAW;

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beramal sesuatu amalan yang bukan atasNYA dari urusan kami, maka amalan itu tertolak[2]”

Menurut Muhammad Syams Al-Haq al-‘Azim Al-Abadi didalam kitabnya “Aun Al-Ma’bud”, maksud dengan “sesuatu amalan yang bukan atasNYA dari urusan kami” adalah sesuatu amalan yang tidak disandarkan kepada kitab (al-Quran) dan As-Sunnah, samada berbentuk ZAHIR atau BATIN[3]

. Maka dengan demikianlah, difahami disana ada sesuatu yang jelas dinyatakan berbentuk perbuatan, perkataan dan taqrir nabi secara zahir, tetapi disana terdapat juga pengambilan hukum secara batin, atau dikenali sebagai istinbat hukum dari Nas.

Didalam pengajian Ilmu usul Fiqh, sesuatu nas itu diistinbatkan hukum dengan beberapa cara, samada dengan Ibarat an-nas, isyarat an-nas, dilalat an-nas atau iqtida’ an-nas[4].

Maka dengan demikian, dengan beberapa kaedah pengistinbatan hukum inilah dinamakan sebagai sandaran kepada Al-Quran atau hadis secara BATIN.

Oleh itu, sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW, maka tidak semestinya amalan itu dikira sebagai amalan yang ditolak, bahkan kadangkala sesuatu perkataan, perbuatan atau taqrir nabi itu tidak dilakukan secara zahir, tetapi dapat difahami secara istinbat atas keizinan melakukan amalan tersebut. Perkara ini berlaku adalah kerana, Baginda SAW merupakan seorang Nabi yang bercakap dengan kalam yang mempunyai banyak tafsiran, walaupun kadangkala, ianya adalah sekadar 5 kalimah sahaja.

Ini dapat dibuktikan dengan berlakunya pembukuan Al-Quran, membina madrasah, mengarang kitab dan sebagainya, walaupun perkara tersebut tidak pernah berlaku dalam perhatian Nabi SAW.

Kemungkinan sebilangan manusia menganggap, amalan itu adalah amalan sahabat-sahabat Baginda SAW yang amalan mereka di iktiraf oleh Nabi SAW dalam satu hadis;

وستفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة قالوا وما هم يا رسول الله قال من كان على ما أنا عليه وأصحابي

Maksudnya;
“lagi akan berpecah ini umat kepada 73 puak, semuanya dalam neraka melainkan satu. Sahabat berkata; siapakah mereka Wahai Rasulullah SAW? bersabda Nabi SAW ; mereka yang atas jalanku dan sahabat-sahabatku[5]”

Dari hadis ini, mereka akan mendakwa bahawa amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, tetapi di amalkan juga oleh sahabat dikira sebagai amalan yang dibenarkan, disebabkan sandaran kepada hadis ini.

Diperhatikan balik, sahabat-sahabat adalah dikira sebagai mujtahid mustaqil, atau dinamakan juga dengan gelaran “Tabqah Al-Mujtahidin fi As-Syara’”.

Maksud dengan mujtahid mustaqil adalah;

وهوالذي استقل بوضع قواعده لنفسه، يبني عليها الفقه

Maksudnya;
“ia adalah orang yang bersendiri dengan meletakan kaedah-kaedahnya bagi dirinya dan terbina fiqh daripadanya[6]”

Perkara ini diakui sendiri oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya “Fatawa Maasirah”, serta menamakan sebilangan mujtahid-mujtahid dikalangan sahabat, seperti Abu Bakar As-Siddiq, Omar Al-Khattab, Ibnu Omar dan sebagainya[7].

Maka dengan demikian, amalan yang dilakukan oleh sahabat merupakan satu isyarat yang perlu dipelajari, bahawa di sana terdapat kaedah-kaedah istinbat yang dilakukan oleh sahabat. Maka dengan sebab itulah, maksud hadis ini adalah, hendaklah kita mengikut kaedah-kaedah istinbat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW serta kaedah-kaedah pengistinbatan hukum yang dilakukan sahabat-sahabat Rasulullah SAW

Maka dari ini, difahami bahawa, tidak semua amalan yang tidak dilakukan oleh rasulullah SAW sebagai di tolak, tetapi yang dimaksudkan dengan amalan yang ditolak adalah amalan yang yang bercanggah dengan sandaran penghujahan Nas, samada secara zahir atau secara batin.

DOA TIDAK SAMPAI KEPADA SI MATI

Sebilangan penganalisa fiqh menyatakan, doa kepada si mati tidak sampai dengan beberapa alasan. Antara alasannya adalah, bersandarkan kepada hadis Nabi SAW"

إذا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلا من ثَلَاثَةٍ إلا من صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أو وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو له

Maksudnya;

“apabila seorang insan, maka terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya[8]”

Maka dari hadis ini, Baginda SAW menyatakan bahawa, doa yang sampai kepada si mati adalah doa yang dilakukan oleh anak si mati sahaja, tidak orang lain, disebabkan hadis ini dengan jelas menyatakan demikian.

Persoalannya adalah, adakah doa orang yang tidak terlibat hubungan dengan si mati, apabila mereka berdoa, doa mereka tidak diterima oleh Allah? Jika diperhatikan kepada hadis-hadis yang lain, didapati Baginda SAW pernah mengajar doa-doa yang perlu dibaca untuk si mati. Antara doa-doanya adalah;

عن عوف بن مالك أنه قال صلى النبي (ص) على جنازة فسمعته يقول اللهم اغفر له وارحمه واعف عنه

Maksudnya;
“Daripada Auf bin Malik, sesungguhnya dia berkata; Nabi SAW telah menunaikan solat atas satu jenazah, aku mendengar Baginda SAW berkata; Ya Allah!! ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkan dia ………..[9]”

Dari hadis ini dapat di istinbatkan bahawa, doa kepada si mati ini sabit dari hadis baginda SAW. maka dengan demikian, dakwaan yang mengatakan doa kepada si mati tidak sampai, maka itu merupakan tindakan melihat kepada zahir nas, tanpa dilihat dari sudut batin nas.

MENGAPA TIDAK TERUS BERDOA SAHAJA?

Ada juga sebilangan manusia yang mendakwa, jika demikian, mengapa perlu mengucapkan tahlil dahulu, kenapa tidak terus berdoa sahaja. Dalam kitab “At-Tawassul” karangan As-Syaikh Albani menyatakan, bertawassul yang diizinkan dalam syarak adalah tawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah, tawassul dengan amalan soleh dan tawassul dengan doa orang yang soleh (yang masih hidup)[10].

Daripada tawassul-tawassul yang dinyatakan ini, antara tawassul yang disyariatkan berdasarkan kepada pendapat Albani adalah tawassul dengan amalan soleh. Amalan tawassul dengan amalan soleh ini adalah disandarkan kepada hadis yang panjang, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lainnya, daripada Abdullah bin Omar berkata, bahawa Aku dengar Rasulullah SAW bersabda;

انطلق ثلاثة رهط ممن كان قبلكم حتى آواهم المبيت إلى غار فدخلوه ، فانحدرت صخرة من الجبل ، فسدت عليهم الغار ..................... فانفرجت الصخرة فخرجوا من الغار يمشون

Maksudnya;
“tiga orang sebelum dari kamu telah masuk dalam satu gua dan bermalam dalamnya, lalu telah jatuhlah sebiji batu besar daripada bukit, maka tertutuplah pintu gua tersebut ……………….. … lalu memacar keluarlah batu itu, lalu mereka berjalan keluar daripada gua tersebut[11]

Jika dilihat kandungan hadis ini adalah, berkenaan dengan tiga orang lelaki yang telah terperangkap didalam gua. Lalu, untuk membuka pintu gua yang tertutup dengan batu besar itu, maka mereka berdoa dengan Allah SAW disamping bertawassul dengan amalan soleh yang mereka telah lakukan. Apabila selesai tiga orang itu menceritakan amalan baik mereka sebagai tawassul dengan amalan soleh mereka yang disertai doa, maka pintu gua yang tertutup itu telah terbuka dengan berkat doa mereka yang disertai tawassul amalan soleh mereka itu. Sesungguhnya antara amalan soleh yang dii’tiraf oleh Islam adalah mengucapkan kalimah syahadah, atau dinamakan sebagai tahlil. Didalam hadis, Nabi SAW pernah menyatakan;

يخرج من النار من قال لا اله الا الله

Maksudnya;
“orang yang menyebut “la ilaha illa Allah” akan dikeluarkan daripada neraka[12]”

Hadis ini menyatakan tentang keselamatan mereka menyebut kalimah syahadah dengan diselamatkan mereka dari api neraka. Dengan jaminan ini menandakan bahawa, menyebut kalimah syahadah ini merupakan amalan soleh yang dii’tiraf oleh Allah SWT.

Maka dengan demikian, apabila seseorang yang mengadakan tahlil arwah, mereka berzikir dengan mengalunkan kalimah syahadah terlebih dahulu, kemudian mereka berdoa, maka amalan itu tidak bercanggah dengan syarak, disebabkan bertahlil itu sebagai cara bertawassul kepada Allah untuk memustajabkan doa yang hendak ditujukan kepada si Mati.

PENUTUP

Tulisan ini bukanlah bermaksud untuk mempertahankan amalan tahlil arwah, tetapi ianya lebih kepada menyatakan bahawa, amalan ini masih lagi dalam perkara khilafiyyah dikalangan ulama.

Segala ulasan ini bukanlah bermakna ianya adalah sesuatu yang qatii, tetapi ianya adalah perkara ijtihadiyyah yang tidak lepas dari berlaku khilafiyyah.

Mungkin ada pertanyaan, sekiranya tulisan ini untuk menyatakan perkara khilafiyyah dalam amalan tahlil arwah, mengapa ianya tidak disertakan juga hujjah-hujjah mereka yang mengatakan larangan bertahlil arwah. Jawapannya adalah, disebabkan di dunia alam maya ini, sudah ramai yang berhujjah atas larangan, maka kali ini, tulisan ini sekadar menyatakan pandangan golongan yang menyatakan ianya adalah amalan yang dibenarkan oleh syarak.

Pun begitu, pada pandangan penulis, lebih baik tidak dilakukan amalan tahlil arwah ini. Ianya adalah kerana, amalan ini tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW dan golongan dulu.

Walaupun begitu, penulis tetap mengambil sikap, untuk menghormati pandangan ulama yang menyatakan kebenaran melakukan amalan ini.
Dalam menghadapi perkara khilafiyyah ini, tidak perlu kita “berkepala batu”, seperti yang dilakukan oleh sebilangan puak dan golongan. apa guna kita "berkepala batu" perkara khilafiyyah, tetapi dalam masa yang sama, serangan musuh-musuh Islam kepada kita tidak berkesudahan. Agama Islam menjadi agama yang dihina oleh musuh-musuh Islam.

Perkara yang paling perlu “dikepala batukan” adalah dalam perkara yang bersangkut dengan perkara yang disepakati oleh ulama, seperti perlaksaan undang-undang islam didalam sesebuah Negara, isu murtad, syirik dari sudut uluhiyyah dan rububiyyah dan sebagainya.

Mudah-mudahan semuanya mendapat keberkatan disisi Allah dan tidak putus-putus untuk mengharapkan kemenangan islam sehinggakan Islam menjadi agama yang memerintah bukan diperintah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani





Pandangan Dato Abu Hasan Din Tentang Bid'ah dan Khurafat



Tuesday, 06 April 2010 16:34
Oleh zain-ys

Wawancara tentang bid'ah dan khurafat oleh Utusan bersama Dato Abu Hassan Din Al Hafiz (AHD). Kita sepakat dan seiya sekata dengan al-fadhil ustaz AHD dalam perkara mahu membenteras bid'ah dan khurafat. Namun, saya secara peribadi sedikit berbeza pendapat dengan beliau dalam beberapa hal, iaitu satu dua perkara, apakah ia bid'ah ataupun tidak.

Dalam keadaan saya begini, di mana ada dua tiga perkara yang saya tidak bersetuju dengan Ustaz AHD, apakah ia dapat dijadikan lesen untuk saya membenci beliau. Atau katakanlah beliau ke tempat saya untuk berkuliah, apakah patut dan wajar saya memulaukan kuliah atau ceramahnya itu?

Kalau anda bagaimana?




Buang amalan khurafat

Mega: Bolehkah kita membuat binaan atas kubur?

ABU HASSAN: Terlebih dahulu kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan membuat binaan. Setakat kita membuat dinding simen atau mar mar di sekeliling kubur itu bukan termasuk dalam binaan atau perhiasan.

Tetapi jika sampai ke tahap membuat bumbung di kubur, itu sudah termasuk dalam membuat binaan. Ini diharamkan kecuali pada kubur para rasul, sahabat dan yang setaraf dengannya.

Ada pun, amalan masyarakat yang suka menabur bunga di pusara, ini pun tidak ada nas yang mensyariatkannya. Adalah dibimbangi perbuatan sedemikian boleh membawa kepada termasuk dalam perhiasan itu tadi.

Kalau ada pun dalam syarak adalah amalan para ulama yang menyiram air atas pusara selepas jenazah disemadikan.

Perbuatan memacak sesuatu yang basah seperti pelepah tamar atau kelapa, ada nas menyebut selagi ia masih basah ia masih bertasbih pada Allah memohon keampunan pada mayat.

Barangkali berdasarkan nas tadi, agak masyhur di kalangan masyarakat kita untuk menanam pokok kemboja kerana ia basah dan akan mendoakan si mati.

Tetapi tidak pula disebut memacak payung di atas pusara. Tidak ada nas menyuruh perbuatan sebegini dan ulama menyebut ia termasuk dalam bidaah dan khurafat.

Bagaimana pula dengan tahlil arwah yang dilihat mesti dibuat apabila berlaku kematian?

ABU HASSAN: Ini satu lagi perkara yang sampai sekarang masih diperdebatkan. Bagi yang tidak mengharuskannya, ia dianggap bidaah atas alasan antaranya Nabi SAW tidak pernah membuat tahlil arwah dan juga bersandarkan hadis bermaksud: Apabila mati anak Adam putuslah amalnya kecuali tiga iaitu amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang bermanfaat (riwayat Muslim)

Bagi ulama yang mengharuskannya, tahlil dibolehkan berdasarkan hadis yang sama. Cuma yang terputus adalah amalan orang yang mati. Sedangkan amalan orang yang masih hidup untuk di mati masih belum putus dan boleh dilaksanakan.

Keharusan tahlil juga bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW di mana pada suatu hari baginda didatangi oleh seorang wanita. Kata wanita itu: "Ya Rasulullah, ibu saya baru meninggal dunia dan belum mengerjakan haji. Lalu Nabi menjawab, kerjakan olehmu haji untuk ibumu itu".

Bersandarkan peristiwa itu, ulama memutuskan bahawa orang yang hidup boleh membuat ibadat seperti haji, puasa dan sedekah untuk si mati.

Bagaimanapun, soal menetapkan tarikh tahlil pada malam pertama, ketiga, ketujuh, ke-40 dan 100, ini tidak ada nasnya. Bahkan ada pendapat ulama bahawa hal ini tergolong dalam bidaah.

Kalau nak buat tahlil, buat sahaja pada bila-bila masa jangan kaitkan dengan masa atau tarikh tertentu.

Lagi pun, bagi saya, tahlil untuk si mati itu bukan kemestian. Ia sekadar untuk membantu atau menambah sedikit pahala kepada si mati.

Itupun dengan syarat si mati itu orang yang semasa hidupnya beribadat dan bertakwa. Jika semasa hayatnya, si mati tadi dikenali sebagai orang yang tidak pernah solat malah hidupnya sentiasa bergelumang dengan maksiat, secara peribadi saya melihat tahlil tiada ada faedah baginya.

Contohnya, seorang bapa semasa anak mudanya masih hidup tidak pernah menyuruh anaknya solat malah hidup anaknya terlalu bebas sehingga tidak mengenali Tuhan.

Tiba-tiba anaknya itu mati, adakah tahlil boleh membantu atau memberi faedah kepadanya, kebanyakan ulama berpendapat, ia tidak memberi sebarang faedah.

Kalau hendak membantu anak atau kaum keluarga daripada api neraka pastikan ia dibuat semasa hayat mereka bukan setelah mereka mati.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka...(al-Tahrim: 6).

Ada juga pandangan mengatakan majlis cukur jambul yang sebahagian besar kita buat sekarang adalah bidaah. Benarkah?

ABU HASSAN: Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Seorang anak terikat dengan akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama". (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Rasulullah sendiri mencukur rambut cucunya iaitu Hasan dan Husin semasa melakukan akikah. Mencukur di sini bermaksud membotakkan kepala anak.

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW mengakikah seekor kambing untuk cucunya dan berseru: "Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham". (riwayat Tirmidzi)

Sayangnya, menjadi amalan dalam masyarakat kita dalam majlis bercukur jambul akan diadakan berzanji dan marhaban. Kemudian bayi tadi dibawa bersama sebiji kelapa dan hadirin akan menggunting sedikit rambutnya dan dimasukkan ke dalam kelapa itu.

Berdasarkan pandangan ulama, perbuatan begini adalah bidaah dan khurafat.

Kita dilarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: Nabi SAW melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan mencukur kepala, rambut yang ada pada kepala bayi dibimbangi mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim.

Jika tidak dibuang dibimbangi kuman atau virus itu akan meresap dalam kepala dan otak yang mungkin menjejaskan mental bayi tersebut.

Apa pula hukum melukis inai pada tangan terutama bagi gadis yang mahu berumah tangga?

ABU HASSAN: Islam melarang perbuatan melukis pada mana-mana anggota badan tidak kira apa juga bahan yang digunakan sama ada kekal atau sementara.

Ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Allah melaknat (washam) yang bekerja sebagai melukis di badan orang dan orang yang meminta supaya dilukis".

Sepatutnya, berkahwin itu adalah perbuatan yang baik, maka jangan dicampur aduk dengan benda atau perbuatan yang kurang baik lebih-lebih yang khurafat.

Dibimbangi akan kurang keberkatan dalam perkahwinan tersebut.

Tentang pakai inai ia memang diharuskan tetapi jangan dilukis.

Demikian juga dengan upacara menepung tawar yang kini dilihat sudah jadi tradisi dan sebati dalam masyarakat. Sedangkan ia bukan budaya Islam.

Sebab itu, ulama berpendapat perbuatan merenjis dengan tepung tawar itu untuk tujuan apa sekali pun adalah termasuk dalam bidaah dan khurafat. Ia patut ditolak.

Ada juga sebahagian ulama yang membolehkan merenjis dengan syarat jangan guna tepung tawar. Gantikan dengan benda lain seperti merenjis air mawar.

Kedua, jangan ada niat tertentu tetapi seelok-eloknya jangan amalkan budaya ini.

Kebelakangan ini ada di kalangan orang Islam yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan. Apakah hukum memelihara anjing sebagai kegemaran?

ABU HASSAN: Memang tidak ada nas yang melarang kita memelihara anjing. Cuma kita kena tengok apakah tujuan berbuat demikian.

Dalam kitab fiqh ada istilah kalbul mu'allim iaitu anjing yang dilatih untuk berburu. Dalam keadaan ini adalah diharuskan untuk kita menggunakan anjing. Syaratnya, tempat gigitan anjing itu tidak boleh dimakan.

Berdasarkan hukum ini, ulama berpendapat tidak jadi kesalahan jika orang Islam pelihara anjing bagi tujuan menjaga keselamatan harta benda dan rumah.

Tetapi pada masa yang sama, kita perlu tahu bahawa anjing itu adalah binatang bernajis. Jika ia menjilat atau kita terkena jilatan anjing maka ia perlu disamak.

Dalam hal memelihara anjing untuk tujuan suka-suka, dibimbangi kita terkena najisnya. Apatah lagi jika anjing itu dibiar berkeliaran dalam rumah. Dalam keadaan demikian, kita tidak boleh memastikan tentang najis anjing itu yang keluar masuk ke rumah.

Pada masa yang sama, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Malaikat tidak akan masuk dalam mana-mana rumah yang ada anjing dan patung. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau demikian, bagaimana kita hendak mendapat rahmat Allah?


Arwah, Tahlil (2/7)



Tiada ulasan: