Shafie: Nisbah pengundi baru tidak mungkin 1:40 | ||
|
"Cuma dari segi ratio itu yang saya tak berapa jelas lagi, tapi saya yakin bukanlah 1:40 yang boleh kita sesuaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Mara 2009 di Kuala Lumpur.
Beliau mengulas kenyataan pengerusi biro keahlian dan pendaftaran pengundi Pemuda Umno, Hishamudin Yahya, bahawa nisbah antara Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini ialah 1:40.
Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada tahun lalu sahaja, Umno mendaftarkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818, diikuti DAP (17,756) dan PAS (16,987).
Justeru, Shafie berkata selaku pengerusi biro keahlian dan pendaftaran ahli Umno, beliau akan bertemu dengan parti-parti komponen lain untuk berbincang bagaimana untuk meningkatkan jumlah pengundi baru dan ahli BN.
Sementara itu, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga berkata nisbah itu tidak betul dan tidak masuk akal.
Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen, beliau bagaimanapun mengakui ketika ini terdapat kecenderungan di kalangan masyarakat bukan Melayu terutama kaum Cina mendaftar sebagai pengundi berbanding masyarakat Melayu.
Khairy juga berkata hubungannya dengan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali adalah baik walaupun mereka mempunyai ideologi tersendiri dalam perjuangan Melayu.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan