Ahad, 25 Julai 2010

SUSAH2 NAK KEJAR BAPA LARI...YANG KITA LINDUNGI ORANG AHLI ZINA WATPE....ROTAN 100X ATAU REJAM ..IKUT HUKUM ALLAH...NAPE BODOH SANGAT

NEGARA

Juara Sebaya bendung buang bayi


SHAHRIZAT (dua dari kiri) bersama Sharifah Hapsah (depan kanan) pada majlis pelancaran program Kami Prihatin di Bangi semalam.


BANGI - Gerakan kempen Kami Prihatin perlu turun padang ke semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini untuk menjadikan para pelajar sebagai 'Juara Sebaya' menyedarkan masyarakat mengenai isu pembuangan bayi di kalangan remaja.

Melalui projek Rakan Pintar, sebagai permulaan kerajaan menyasarkan seramai 105,377 pelajar baru di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dilibatkan dengan kempen itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, memandangkan institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai ramai remaja, pendedahan melalui rakan seusia diharap dapat menyedarkan mereka yang terlibat tentang gejala maksiat dan kes-kes pembuangan bayi.

"Dalam kes buang bayi sebelum ini ramai bapa kepada bayi itu lari dan sukar dikesan. Ibu bayi yang dibuang pula sebahagian besarnya gadis di bawah umur 18 tahun, jadi remaja lingkungan umur sedemikian perlu didedahkan melalui kempen ini," katanya.



21 kes pelajar mengandung, bersalin luar nikah
Jul 28, 10 1:36pm
Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi, berkata 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.

"Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol," katanya.

Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata kesemua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masing-masing.

Beliau berkata, maklumat tersebut diperolehi dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyrakat.

"Sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan," katanya.

Beliau berkata kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga.

Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga agar lebih bersikap prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka, katanya.

Katanya, kementerian dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) telah merancang dan melaksanakan beberapa program untuk mendidik pelajar lelaki dan perempuan mengenai seks dan seterusnya mereka diminta berikrar secara bertulis agar mereka menjaga kehormatan diri sehingga ke malam pengantin (alam perkahwinan) setelah tamat program berkenaan.

Mohd Puad berkata program itu akan dianjurkan ke sekolah-sekolah lain termasuk latihan khas untuk Guru Bimbingan dan Kauseling yang akan terbabit dalam program berkenaan.

- Bernama

Tiada ulasan: