Isnin, 19 Julai 2010

TAHNIAH BAGI PENCIPTANYA...

NEGARA

Ikona Maps dahului industri anti virus




KUALA LUMPUR - Walaupun masih belum dipasarkan, Ikona Maps, produk anti virus yang dicipta anak Malaysia, telah berjaya mendahului produk anti virus di dunia kerana menepati modul dan ciri-ciri keselamatan ISO 20071/2.

Penasihat Ikona Software (M) Sdn. Bhd. (Ikona Software), Datuk Ishak Ismail (gambar) berkata, dengan kejayaan yang dicapai, Ikona Maps kini adalah pemacu industri anti virus yang selama ini dikuasai oleh negara luar.

"Walaupun baru dihasilkan dan belum dipasarkan, namun Malaysia boleh berbangga kerana Ikona Maps kini telah pun mendahului senarai kerana belum ada lagi mana-mana syarikat pengeluar anti virus lain yang menepati ciri-ciri dan modul bagi memenuhi kriteria pensijilan ISO.

"Beberapa buah negara telah pun bersetuju membuat tempahan namun sasaran utama kami sebelum memasuki pasaran global adalah untuk memastikan Ikona Maps mendapat tempat di negara ini khususnya di kalangan badan-badan kerajaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Tiada ulasan: