Jumaat, 30 Julai 2010

IA BUKAN JAWATAN YG MENGAMBARKAN JAWATAN MAKSUM..RAMAI ULAMAK DAHULU MENOLAK JAWATAN MUFTI


Mufti perlu juarai semua isu berkaitan Islam
Johari Jaafar

IPOH, 29 Julai: PAS Perak menggesa para mufti menjuarai semua isu berkaitan umat Islam di negara ini dengan merujuk sumber al-Quran dan as-Sunnah tanpa memilih dan tidak dipengaruhi mana-mana sentimen politik.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, hanya tindakan sebegitu yang mampu mengelak sebarang label negatif oleh rakyat terhadap mufti.

Menurutnya, label negatif terhadap mufti yang berlaku hari ini adalah akibat mereka dilihat hanya menjuarai isu-isu yang berkepentingan bagi pihak Umno BN dan senyap dalam isu-isu besar membabitkan pemimpin negara.

"Apabila mufti bersikap pasif dan membisu dalam isu-isu yang dirasakan penting oleh rakyat, tiba-tiba sekarang mufti terlibat langsung dalam kemelut politik yang dilihat partisan tentulah sukar bagi rakyat menerimanya dengan baik sangka.

"Lebih-lebih lagi apabila umum mengetahui mufti pernah memberikan ucapan-ucapan yang ditafsirkan sebagai menyebelahi Umno," katanya merujuk kepada kes menimpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Murfti juga, menurutnya dilihat hanya bersuara dalam isu murtad sedangkan banyak lagi isu-isu lain yang juga memerlukan penjernihan semasa daripada ulama.

Rakyat katanya, mahu melihat mufti lebih dari itu iaitu turut memberi pandangan berhubung salah laku elit dalam sistem kehakiman negara dan agensi-agensi penting kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

"Ini perkara yang mengecewakan rakyat yang cintakan Islam. Juga isu-isu tersebut menjadi faktor utama yang melambatkan proses dakwah dan transformasi (islah) dalam negara ini untuk menuju negara yang diredhai Allah.

"Kecuali dalam isu murtad. Rakyat tertunggu-tunggu respons dan teguran mufti dalam isu-isu besar seperti pengumpulan kekayaan di kalangan pemimpin Umno, pendakwaan terpilih, kehakiman yang songsang, pelanggaran amanah oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (contohnya royalti minyak Kelantan dan Terengganu 1999), kes perangkap seks dan rasuah oleh Umno dan SPRM bagi menjatuhkan Kerajaan PR Perak, kenyataan-kenyataan anti Islam oleh pemimpin-pemimpin Umno, dan penggadaian kedaulatan negara kepada Singapura dan Brunei oleh Umno BN," katanya.

Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, beliau juga melahirkan kekesalan terhadap 'sebahagian kecil' warga negara ini yang didakwanya terlibat dalam budaya menggunakan label-label yang kasar dan melampau terhadap Mufti Perak.

Bagaimanapun dalam kontrovesi terbaru yang melibatkan isu perpaduan Melayu yang cuba diterokai oleh mufti tersebut, beliau menyarankan kepada Harussani menjernihkan segera suasana agar beliau tidak terus dipandang serong oleh masyarakat


ISU ZINA


Cubaan merogol, culik gagal


NOOR Zainy Md. Noor (dua kiri) bersama pegawainya memeriksa kereta Perodua Kenari yang digunakan dua lelaki berumur 15 dan 23 tahun untuk melarikan seorang pelajar perempuan di Kampung Limbongan, Besut, semalam.


BESUT 29 Julai – Seorang pemuda dan remaja berusia 15 tahun terpaksa berputih mata apabila cubaan mereka menculik dan merogol seorang pelajar perempuan gagal setelah kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam sebuah parit.

Bukan sahaja gagal, malah kedua-duanya turut ditangkap kira-kira sejam setengah selepas itu oleh penduduk kampung dan polis yang melancarkan gerakan memburu mereka.

Kejadian bermula apabila kedua-dua suspek menculik mangsa, Nur Muni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, yang ketika itu baru keluar dari pintu pagar sekolahnya pada pukul 4.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Noor Zainy Md. Noor berkata, pelajar itu dipaksa menaiki kereta jenis Perodua Kenari namun berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal.

Katanya, kereta itu kemudian terbabas di sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini, kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa diculik.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

“Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan pelajar itu di dalam kereta. Suspek yang berusia 23 tahun cedera di kepala manakala rakannya tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek yang cedera kemudian membuang bajunya sebelum mencuri baju lain di ampaian sebuah rumah bagi mengelakkan dirinya dikesan.

Menurut Noor Zainy, kejadian culik itu bagaimanapun disedari beberapa pelajar lain yang melihat mangsa bergelut sebelum dibawa masuk ke dalam kereta itu.

Katanya, pelajar-pelajar itu juga melihat beg mangsa terputus dan tertinggal di tempat kejadian.

“Mereka kemudian memaklumkan kepada guru dan penduduk kampung sebelum melaporkannya kepada polis.

“Hasil operasi yang dijalankan, kedua-dua suspek berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Katanya, jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Selain itu, tambahnya, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.


ISU MUAMALAT ISLAM


Amalina seksi diburu

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee

2010/07/30

KUALA LUMPUR: Seorang gadis dikenali sebagai Amalina boleh dianggap wanita ‘paling panas’ pada masa ini kerana menjadi buruan polis berikutan disyaki mendalangi satu skim cepat kaya yang dilumpuhkan polis serentak dengan rampasan 17 kereta mewah, kelmarin

IMBAS...laporan Harian Metro, semalam.
IMBAS...laporan Harian Metro, semalam.
Gadis yang gemar berpakaian seksi itu dianggap ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu.

Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya kini memantau pergerakan suspek yang dipercayai masih giat meneruskan kegiatan itu.

“Wanita terbabit dipercayai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli skim terbabit kerana bijak berlakon kononnya pelaburan berasaskan produk kesihatan itu wujud dan mempunyai lesen jualan langsung yang sah.

“Pada setiap kali perjumpaan, suspek akan berlakon dengan menceritakan kehidupannya yang susah ketika bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, namun kerana berani membuat pinjaman untuk melabur, dia hidup mewah pada usia muda,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rohaimi berkata, pihaknya mengumpul maklumat risikan serta memantau pergerakan suspek sebelum menahannya dalam tempoh terdekat.

“Buat masa ini, kami menahan reman 59 orang dipercayai ahli sindiket itu untuk siasatan lanjut. Jika terdapat bukti kukuh berlaku penipuan dalam pelaburan ini, polis akan mengambil tindakan membekukan aset mereka yang dipercayai mencecah lebih RM10 juta,” katanya



10 ciri skim piramid

KUALA LUMPUR 29 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyiarkan di akhbar 10 ciri perniagaan skim piramid yang tidak mengikut peraturan, bagi mengelakkan masyarakat terus tertipu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih ramai rakyat di negara ini yang terpedaya dengan skim tersebut, walaupun kerajaan menasihatkan mereka supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat pelaburan.

Antara ciri skim piramid itu ialah anggotanya perlu merekrut ahli baru, menjual produk dengan harga yang tidak bersesuaian dengan barangan dan perlu membayar sejumlah wang yang tinggi seperti ditetapkan syarikat.

"Saya berharap orang ramai dan pelbagai pihak perlu melindungi diri sendiri dan tidak tertipu dengan skim ini, yang dari awalnya berniat menipu peserta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai kejayaan polis membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di Petaling Jaya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan memandang serius skim itu dan melakukan pemantauan berterusan, selain mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha skim tersebut.

Selain berdepan tindakan digantung atau dibatalkan lesen serta didenda, mereka juga akan dihadapkan ke mahkamah jika ramai yang tertipu dengan skim itu, katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan Akta Jualan Langsung (Pindaan 2010) akan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan aktiviti jualan langsung beretika, selain melarang segala kegiatan berbentuk Skim Piramid dan Skim Cepat Kaya bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna. - BERNAMA


ISU ZINA DAN ROGOL LAGI

2 lagi pernah jadi mangsa

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pemandu van yang ditahan kerana merogol seorang murid berusia 10 tahun di Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu, disyaki pernah melakukan jenayah sama terhadap dua mangsa lain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perkara itu terbongkar hasil soal siasat terhadap suspek yang berusia 51 tahun.

“Dia mengaku pernah merogol dua mangsa lain sebelum ditahan selepas merogol mangsa terakhir yang menaiki vannya di Jalan Othman, Petaling Jaya.

“Perbuatan terakhir suspek pada pukul 1.40 petang itu terbongkar apabila dilihat oleh seorang guru tadika yang melalui tempat kejadian.

“Guru itu cuba menyelamatkan mangsa sehingga berlaku pergelutan. Kejadian itu disedari oleh dua anggota polis yang meronda lalu menahan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Arjunaidi, suspek kemudian berjaya ditahan ketika masih berada di dalam van tersebut, hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan pada hari sama di Kelana Jaya, seorang lagi murid perempuan tahun enam turut menjadi mangsa nafsu buas pemandu van sekolah apabila dicabul lelaki itu.

Arjunaidi berkata, suspek berusia 37 tahun itu dilaporkan memegang kemaluan mangsa ketika murid itu berseorangan dalam kenderaan untuk dihantar ke sekolah pada pukul 6.40 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan itu, menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan tersebut dan melarikan diri.

“Setakat ini, kita masih mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” kata beliau


ISU MENCURI

Sindiket curi kereta ke pasaran antarabangsa

IPOH 29 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti sindiket yang terlibat dalam kegiatan mencuri kereta di negara ini untuk dijual di pasaran antarabangsa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tindakan ini berikutan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyedari wujudnya kegiatan tersebut yang kini bergerak aktif di seluruh negara.

Menurutnya, PDRM juga sedang meningkatkan kerjasama dengan polis di negara-negara ASEAN dan negara lain bagi mengenal pasti sindiket terbabit.

Katanya, Bahagian Risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang mengumpul maklumat terkini modus operandi sindiket itu yang mempunyai rangkaian di seluruh negara sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Menurut beliau, pihaknya sedang memantau keadaan itu dan tindakan akan diambil sebaik sahaja maklumat terperinci mengenainya di perolehi dari sumber risikan polis.

“Sejak enam bulan pertama tahun ini, Bukit Aman berjaya menemui semula 46 buah kenderaan curi di beberapa negara ASEAN manakala 36 lagi di beberapa negara di luar rantau Asia.

“Kita ada lakukan tangkapan tetapi tidak ada bukti untuk mendakwa mereka dan oleh itu kita perlu kumpulkan bukti yang kukuh sebelum mendakwa mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Ismail diminta mengulas laporan yang mendakwa syarikat insurans di negara ini membayar tuntutan hampir RM400 juta akibat kegiatan curi kereta oleh sebuah sindiket antarabangsa tahun lalu.

Menurut laporan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), 8,673 buah kenderaan persendirian kebanyakannya buatan Jepun dilaporkan dicuri tahun lalu oleh sindiket yang menjualnya di China, Kemboja, Sierra Leone dan Afrika Selatan.

Tambah Ismail, polis negara terbabit juga sedang memantau kegiatan sindiket itu dan sedang mengkaji langkah susulan yang perlu diambil bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berulang.

“Kita mempunyai pakar risikan selain menjalinkan kerjasama dengan rakan sejawat kita di negara berkenaan dan saya yakin kita akan dapat mengesan modus operandi sindiket itu.

“Polis juga kini hanya menunggu masa untuk melaksanakan tindakan susulan bagi melumpuhkan sindiket tersebut,” katanya




ISU RIBA DAN MEMINJAM


Ah long diculik, dibelasah peminjam

JOHOR BAHRU 29 Julai - Kisah ceti haram atau ah long memukul dan bertindak ganas terhadap peminjam sering dilaporkan di akhbar-akhbar sebelum ini.

Bagaimanapun lain pula berlaku di sini, apabila si peminjam pula menculik dan menuntut wang tebusan RM30,000 daripada keluarga dua ah long.

Dalam kejadian pukul 11.15 malam, 5 Julai lalu, kedua-duanya diculik di kawasan Danga Bay di sini, sebelum menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut tebusan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, bimbang dengan keselamatan mangsa, keluarga mereka membayar RM5,000 melalui akaun bank manakala baki RM25,000 secara tunai.

"Kedua-dua mangsa kemudian dibebaskan. Ketika ditemui mereka mengalami kecederaan hampir di seluruh bahagian badan dipercayai akibat dipukul.

"Kenderaan kepunyaan mangsa juga turut dilarikan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan tujuh warga tempatan termasuk dua wanita berusia 16 hingga 42 tahun di Kota Tinggi, pada 15 hingga 17 Julai lalu.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM6,500 dan sebuah kereta Perodua Myvi milik mangsa yang dilarikan.

Sehubungan itu, pihaknya juga kini sedang memburu dua lagi individu iaitu Al Annaz Wahid, 18, yang beralamat di 32, Felda Tenggaroh 2, Jemaluang, Mersing.

Katanya, seorang lagi ialah Mohd. Hadi Hamdan, 29, yang beralamat di 199F, Felda Tenggaroh 3, Jemaluang, Mersing, bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kulaijaya di sini, hari ini, lima individu daripada tujuh yang ditahan dituduh menculik Lew Wei Your, 19, dan Leow Own Keong, 30, untuk mendapatkan wang tebusan RM30,000 setiap mangsa.

Tertuduh ialah Mohamad Awan A. Bakar, 23; Wan Karmizi Muhamad, 28; Ismail Jaafar, 39; Rasman Ahmad, 42, dan Aida Jamhalie Samson.

Aida Jamhalie merupakan warga Filipina.

Kesemua tertuduh lelaki bekerja sebagai penarik kereta serta wanita itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A. Karthiyayini manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Siti Aishah Ab. Rashid kemudian memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi tanpa menetapkan sebarang tarikh


ISU PELACURAN..BERGAUL BEBAS..BUKA
AURAT...ARAK



Tidak serik walaupun telah 10 kali diserbu


Sebahagian daripada 25 wanita warga China dipercayai GRO diberkas oleh pihak polis di sebuah kafe di Lorong Madras, Jalan Macalister dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 29 Julai - Walaupun telah diserbu sebanyak 10 kali dan kali terakhir pada Isnin lalu, sebuah pusat hiburan di Lorong Madras berhampiran Jalan Macalister di sini tidak pernah serik menjalankan kegiatannya.

Buktinya, apabila diserbu kali ke-11 kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, polis menahan 25 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Indonesia sedang berpelukan dengan pelanggan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kesemua wanita terbabit berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan dalam 'Ops Noda' yang dijalankan oleh anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Menurutnya, selain menahan kesemua GRO itu, pihaknya turut menahan pekerja premis berkenaan.

"Serbuan dilakukan selepas polis membuat risikan selama tiga hari selain menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti yang dijalankan di premis ini melibatkan pekerja warga asing.

"Hasil pemeriksaan, kesemua mereka tidak mempunyai permit kerja dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya di sini hari ini.

Menurut Kong Meng, kesemua GRO yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Juru untuk tindakan selanjutnya mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 kerana menyalahguna visa pelancong.

Katanya, pemilik premis yang mengendalikan pusat hiburan itu pula disiasat mengikut Seksyen 55b (1) Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit.

Isnin lalu, polis menahan seramai 28 GRO dan seorang pekerja yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 30 tahun di pusat hiburan tersebut



ISU RANCANGAN TV DAN RADIO...MASALAH AURAT...BERGAULAN BEBAS...DALAM SIRI DRAMA MELAYU...ADA TAK...IA MENYUMBANG KERUNTUHAN MORAL REMAJA DAN UMAT ISLAM


Intisari Rancangan TV3

Jumaat 30 Julai 2010

6.00 999

6.30 Malaysia Hari Ini

7.00 Buletin Pagi

7.15 Sambungan Malaysia Hari Ini

9.00 Berita Terkini

9.05 Toon Disney: Donald Duck Presents

9.30 TV3 Kids News

9.32 Nickelodeon: Avatar - The Last Airbender

10.00 Berita Terkini

10.02 Haiwan Teladan

10.30 The Mummy

11.00 Bizworld

11.02 Majalah 3

12.00 Berita Terkini

12.02 Wanita Hari Ini

12.58 My TV3 Capsule

1.00 Al-Hidayah

1.30 Cerekapilihan: Dosa Semalam

3.30 Naluri: Jalan Taqwa - Gigolo

4.00 Berita Terkini

4.02 Sambungan Naluri

4.28 My TV3 Capsule

4.30 Kisah Kaisara: Rupa Atau Sikap

5.00 Al-Kuliyyah

6.00 Bizworld

6.05 Jula Juli

7.00 TV3 Kids: Naruto Shippuden

7.28 Jurnal Protege

7.30 Marchen Awaken Romance

8.00 Buletin Utama

9.00 Zehra: Janji Kekasih

10.00 Mega Movie: The Game Plan

11.58 My TV3 Capsule

12.00 Nightline

12.30 Kapten Kit

1.30 Upik, Abu & Laura

2.30 Spa Q

3.30 Apa Apa Aje

4.30 Cinta Tsunami

5.00 Chef Jo


ISU HUKUM BEKERJA SEBAGAI ARTIS..DAN MENYANYI




Dengarnya: Tak berduit, tapi hidup mewah


2010/07/30

KADANG-kadang Cik Normah hairan melihat kehidupan mewah segelintir artis kita, terutama artis wanita. Berlakon tak seberapa, tapi boleh hidup senang lenang. Bukan setakat itu, tapi mewah, ada yang kereta besar menjalar dua tiga buah depan rumah.

Kalau dikira-kira balik drama lakonan atau kerja nyanyian, tidaklah lebat sangat. Tapi kehidupan bukan main lagi. Cik Normah keliru. Mereka ini buat kerja apa sampai boleh hidup kaya raya. Bergaya dengan kereta mewah dan barang-barang berjenama. Jika diselidiki latar belakang keluarga mereka, tidaklah seberapa. Yang peliknya, keluarga mereka tak siasat atau bertanyakah dari mana mereka dapat sumber kewangan

Kalau sumber halal tak apa. Apabila menyentuh mengenai cerita ini, teringat Cik Normah mengenai kisah seorang peserta sebuah program realiti.
Dia bolehlah dianggap memiliki rupa paras yang boleh tahan juga. Cuma sayangnya kerjaya seni tak ke mana. Nak kata suara hebat, Cik Normah rasa macam haus. Berlakon pun adalah satu dua drama, lepas itu hilang.

Mengikut cerita teman Cik Normah, artis itu ada mengadu kepada rakannya yang dia kini tak ada kerja. Tetapi yang buat kawan Cik Normah pelik, kalau tak ada kerja, maknanya tak adalah duit. Tapi macam mana boleh menyewa kondominium seorang diri. Dari mana dia dapat duit untuk bayar sewa rumahnya?

Lagi satu, artis realiti itu ada beritahu yang dia memerlukan RM2,000 seminggu untuk kegunaan harian. Amboi! Kata tak ada duit? Kalau sudah tak ada duit, kenapa nak hidup dengan gaya mewah. Hiduplah macam biasa, tak payahlah nak berlagak. Dengan dengan undangan lakonan yang tak seberapa dan tawaran nyanyian yang entah ada entahkan tidak itu, orang pasti tahu bagaimana kehidupannya. Jadi tak perlulah nak berlagak.

Apa yang menimbulkan kemusykilan, dari mana artis itu dapat sumber kewangan? Tak mengapalah mungkin dia ingat boleh terlepas sekarang, tapi ingat akhirat ada. Tak takutkah dengan hukuman Allah?



DAN BANYAK ISU LAGI MELIBATKAN HUKUM...MUFTI KENA JELASKAN HUKUM2 DALAM ISLAM...
JANGAN SELINDUNG DEMI KEPENTINGAN AWAM BAGAIMANA KEPENTINGAN ISLAM DAN UMAT...ADAKAH NAK BUAT BODOH AJE..
.



ISU RASUAH DAN PENYALAHAN GUNA KUASA




Bekas pengarah JPAM dijel



2010/07/30

ALOR SETAR: Seorang bekas Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM21,200 selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan memperakukan dokumen berhubung bekalan makanan mengandungi butiran palsu, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Abdullah, 50, kerana didapati melakukan kesalahan itu di Pejabat JPAM Kedah, Tingkat 6, Wisma Persekutuan di sini, pada 26 Jun dan 28 Julai 2005.


Norsharidah dalam penghakimannya berkata, kesalahan dilakukan tertuduh amat serius dan berat serta memerintahkan supaya hukuman bagi kedua-dua kesalahan itu dijalankan serentak bermula semalam.


Bagi kesalahan pertama, dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM11,200 atau enam bulan penjara, manakala dua tahun penjara dan denda RM10,000 atau empat bulan penjara untuk kesalahan kedua.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 199



NEGARA

Liong Sik didakwa tipu kerajaan


LIONG SIK (tengah) ketika merasmikan Sistem Pembersihan Laut Pelabuhan Barat di Pulau Indah pada 10 September 2000.


PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pengangkutan dan mantan Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Liong Sik, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 17 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2003 didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Hakim Suzana Hussin membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 3 September ini untuk sebutan kes.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup manakala Liong Sik diwakili peguam Datuk R.R. Sethu.

Para wartawan dan jurugambar yang menanti sejak pagi selepas tersebarnya berita seorang kenamaan akan didakwa hanya mengetahui identiti tertuduh apabila Liong Sik tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 4.36 petang bersama isterinya, Toh Puan Ena Ling.

Beliau yang berbaju biru belang masuk ke dalam mahkamah pada pukul 4.43 petang dan terus duduk di kandang tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Liong Sik didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Beliau dituduh memperdaya Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn. Bhd. dengan Lembaga Pelabuhan Klang yang antara lainnya ialah:

Luas tanah ialah 999.5 ekar (399.8 hektar) atau 43,538,200 kaki persegi (3,918,438 meter persegi).

Kadar pembelian tanah adalah sebanyak RM25 satu kaki persegi menjadikan jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456.

Tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah bayaran tertangguh selama 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600) dan dengan curangnya menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah tersebut pada kadar RM25 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 15 tahun, adalah termasuk kupon/faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh bayaran balik tersebut.

Dengan demikian, beliau telah dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan kepada pembelian tanah tersebut yang mana Jemaah Menteri tidak akan memberikan persetujuan sekiranya fakta itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa tertuduh boleh menyebabkan kehilangan salah kepada Kerajaan Malaysia yang kepentingannya dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu bahawa tertuduh terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi dan dengan demikian telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan.

Liong Sik merupakan individu kelima berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Akhir tahun lepas, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O.C. Phang dan tiga lagi didakwa melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu



ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA/NIKAH CERAI/POLIGAMI/MUNAKAHAT



Penumbuk jawab pertanyaan isteri

Oleh Hadzlihady Hassan

2010/07/30

AMPANG: “Abang pergi dengan siapa? Lelaki ke perempuan?” Dua pertanyaan itu menyebabkan seorang wanita cedera di muka selepas ditumbuk suaminya yang bengang diajukan soalan itu.

Bukan sekadar ditumbuk, mangsa berusia 20-an turut ditarik rambut dan dimaki-hamun dengan pelbagai kata-kata kesat.

Kejadian berlaku dalam kereta ketika pasangan suami isteri bersama anak mereka berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Pandan Indah di sini, kira-kira jam 10 malam, 22 Julai lalu.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di hidung dan bengkak di muka selain sakit di kepalanya akibat rambut ditarik dengan kuat.

Menurut sumber, ketika berada dalam kereta berhampiran sebuah pasar raya, wanita itu bertanyakan suaminya yang bekerja sebagai kerani berhubung tugasan luar daerah yang perlu dihadiri lelaki itu di utara Semenanjung, hujung minggu ini.

“Pergaduhan tercetus hanya disebabkan mangsa bertanya dengan siapa suaminya pergi, sama ada dengan teman sekerja lelaki atau perempuan.

“Selepas puas membelasah, lelaki itu menghantar isteri dan anaknya pulang sebelum dia beredar meninggalkan rumah,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis berhubung kejadian itu.



ISU BUNUH MEMBUNUH




Bekas peninju ke tali gantung

Oleh Iskandar Shah Mohamed

2010/07/30

SEREMBAN: Seorang bekas peninju remaja Negeri Sembilan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang wanita hamil lapan bulan dan suaminya di sekitar Senawang, di sini, tiga tahun lalu.

 BERSALAH ...Mohamad Azli dibawa keluar oleh  polis dari mahkamah,  semalam.
BERSALAH ...Mohamad Azli dibawa keluar oleh polis dari mahkamah, semalam.
Mohamad Azli Azhari, 23, berbaju hitam dan berseluar jeans biru kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yassin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Syed Herie Azmi Syed Kassim, 25, antara jam 8 hingga 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Desa Anggerik, Taman Desa Anggerik, Senawang, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Azli turut melakukan kesalahan sama terhadap Aniza Ayob, 24, di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Berikutan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memberitahu dua rakannya dia membunuh pasangan suami isteri terbabit menggunakan senjata tajam.

Pemeriksaan mendapati kesan kecederaan teruk dialami kedua-dua si mati iaitu kesan tetakan ditemui pada tubuh Syed Herie manakala isterinya yang juga kakitangan kerajaan mempunyai kesan tikaman pada leher.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, pendakwaan membuktikan kes prima facie berikutan semua bukti menunjukkan tertuduh membunuh pasangan yang baru lapan bulan bergelar suami isteri itu.

“Selepas kejadian, kamu (tertuduh) didapati membuat pengakuan kepada dua rakan bahawa sudah membunuh Syed Herie yang juga dikenali sebagai ‘Along Santan’ dan Aniza.

“Selain itu, fakta bahawa kamu menggunakan sebilah pisau untuk menikam sehingga menyebabkan kecederaan pada organ si mati membuktikan bahawa kamu berniat untuk membunuh.

“Mahkamah turut menolak hujah pihak pembelaan iaitu berlaku pertengkaran antara pasangan itu ketika kejadian sebelum mereka menetak sesama sendiri,” katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam Hanif Hassan mewakili Mohd Azli.

Sementara itu, ibu Syed Herie berusia lewat 40-an yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka perkara itu akan berakhir sebegitu.



ISU PERMAINAN GAME....PERTANDINGAN2 BERBENTUK JUDI DI TV2 DLL...HIBURAN YANG MELALAIKAN SERTA BERCAMPUR GAUL BEBAS...DAN BUKA AURAT




Vietnam haram permainan online



2010/07/30

HANOI: Vietnam mengharamkan sebarang iklan mengenai permainan video secara online serta mengawal capaiannya selepas beberapa remaja melakukan pembunuhan atau rompakan semata-mata untuk membiayai ketagihan kepada aktiviti itu.

Keputusan Kementerian Penerangan dan Komunikasi itu dibuat selepas orang ramai mendesak kerajaan bertindak bagi mengekang pengaruh negatif daripada permainan video berkenaan. - AP





ISU JUDI DNA BUANG ANAK


Shahrizat cadang Pemandu kaji kaedah terbaik tangani masalah buang bayi



2010/07/30

KUALA LUMPUR: Berikutan masalah pembuangan bayi yang semakin serius kebelakangan ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) bercadang untuk meminta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri untuk membuat kajian menyeluruh mengenai kaedah terbaik menangani isu berkenaan sebelum ia menjadi semakin parah.

Menurutnya, jumlah kes pembuangan bayi semakin meningkat setiap hari meskipun kerajaan melancarkan pelbagai kempen dan aktiviti untuk menyedarkan masyarakat.
“Saya akan membawa isu ini sekali lagi ke mesyuarat Kabinet untuk kelulusan jemaah menteri termasuk mengemukakan cadangan agar Pemandu menubuhkan makmal untuk merangka pelan penyelesaian yang sesuai,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mengenai Isu Pembuangan Bayi di ibu pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, semalam





Da Ma Cai
Magnum 4D
Sports Toto
Da Ma Cai

All lottery results unverified. Please visit the respective gaming operators' websites to validate the results. Results are updated around 7:30 pm to 8:30 pm on draw days or when available* Press Ctrl F5 to update results




Special Draws - Cabutan Khas*
Kuda 03/08/10 Tuesday
Toto 03/08/10 Tuesday
Magnum 03/08/10 Tuesday
*as announced
Special Draw dates can also be found in: MyCen Events Calendar
Toto Results
Da Ma Cai
Magnum 4D
Sports Toto
Da Ma Cai

All lottery results unverified. Please visit the respective gaming operators' websites to validate the results. Results are updated around 7:30 pm to 8:30 pm on draw days or when available* Press Ctrl F5 to update results




Special Draws - Cabutan Khas*
Kuda 03/08/10 Tuesday
Toto 03/08/10 Tuesday
Magnum 03/08/10 Tuesday
*as announced
Special Draw dates can also be found in: MyCen Events Calendar



DAN BANYAK LAGI ISU AGAMA YANG PERLU DITANGANI WAHAI TUAN2 MUFTI...ALLAH AKAN TANYA DI AKHIRAT NANTI...KITA KHUATIR UMAT ISLAM JADI ROSAK DAN SESAT ATAS TINDAK TANDUK KITA...JANGAN KITA TEROPONG SALAH ORANG...TEROPONG JUGA SALAH DIRI SENDIRI....ADAKAH KITA MAKSUM DAN DIJAMIN MASUK SYURGA...BEGITU USTAZ HEBAT2...HIDUP PENUH KEMEWAHAN...YANG SELALU KELUAR DIKACA TV...ADA TAK...MEREKA NI MEPERJUANGKAN ISLAM SECARA SYUMUL...

Tiada ulasan: