Selasa, 27 Julai 2010

TERBUKANYA TEMBELANG ....ADALAH DENGAN IZIN ALLAH JUA...TIADA SEORANG PUN YANG MAMPU MENYEKAT...MAKA BERTAKWALAH..KEMBALI KEPANGKAL JALAN

KAMI: BN gusar lambakan maklumat tepat, telus
Jul 27, 10 11:12am
Tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan permit Suara Keadilan dan Rocket dilihat sebagai kebimbangan kritikal Umno BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan akhir-akhir ini.

Setiausaha Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Tarmizi Mohd Jam berkata, jika Umno BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu penahanan, penafian hak dan penggantungan permit dua lidah rasmi PKR dan DAP itu tidak dilakukan, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa.

“Tindakan tidak popular itu hanya memburukkan imej Umno BN yang menguasai kerajaan dan sekaligus mengesahkan sikap tidak demokratik mereka terhadap kebebasan bersuara dan bermaklumat di negara ini.

Rosakkan imej BN

“Mengapa Umno BN sanggup merosakkan imejnya, mencalar kepercayaan rakyat jika tidak kerana mereka benar-benar dalam keadaan terdesak untuk mempertahan kuasa yang kian tergugat akibat lambakan maklumat berani, telus dan bersifat reformasi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Tarmizi, KAMI yakin, kekangan terhadap media cetak sejak akhir-akhir ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan fakta tepat kepada rakyat, khususnya yang berkaitan isu-isu politik yang boleh menikam dan menghakis pengaruh Umno dan BN.

“Sebagai persediaan nekad menghadapi pilihan raya umum ke-13, dan mempertahankan kuasa yang sedia ada, demi untuk merampas kembali Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan yang terlepas ke tangan Pakata Rakyat, maka sudah tentulah kerajaan Umno-BN terpaksa bertindak 'membunuh' suara rakyat melalui dua lidah rasmi ini, kerana ia menjadi perhatain rakyat,” katanya.

Menurut Tarmizi adalah mustahil jika Suara Keadilan dan Rocket tidak berbisa, permitnya ditahan.

Begitupun, katanya, tidak bermakna kelulusan permit lidah rasmi PAS, Harakah menjadi petunjuk keadilan dan sikap profesional KDN.

Amaran keras

“Sebaliknya amaran keras, larangan dijual di premis awam serta arahan dibesarkan perkataan "Hanya Untuk Ahli Sahaja" pada maskhead akhbar itu jelas kekangan melampau yang tidak wajar wujud dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

KAMI terus mendesak agar KDN menghormati hak kebebasan bersuara, sistem demokrasi berparlimen dan menghormati kebijakan bermaklumat dengan mengembalikan semula kedua-dua permit Suara Keadilan dan Rocket kepada parti-parti berkenaan, sebagai lidah rasmi dan menarik semula amaran keras yang tidak munasabah yang dikenakan ke atas Harakah,” katanya lagi.

Menurutnya, sebagai lidah rasmi parti, dan bukannya akhbar komersial adalah amat tidak wajar sama sekali KDN menafikan hak-hak warga negara ini dalam menegaskan suara mereka.

Katanya, tindakan tidak memberikan permit bermakna kerajaan 'menggam' mulut rakyat, memaku minda dan mengganyang rakyat dengan dipaksa menerima maklumat sebelah pihak.

Beliau berkata, berbanding penguasaan Umno BN terhadap media tradisi seperti RTM, TV3, NTV7, NTV9, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, News Strais Times, beberapa akhbar berbahasa Cina dan India; kekangan KDN terhadap Suara Keadilan, Rocket dan Harakah boleh digambarkan sebagai tindakan tegar dari emosi takut, bimbang dan risau kerajaan Umno BN hilangnya segenggam kuasa yang membukitkan kekayaan kepada pemimpin dan kroni, yang memayahkan rakyat dan yang memayungi kezaliman.



FDI: Ku Li dakwa menteri tak cakap benar
Aidila Razak
Jul 31, 10
1:10pm

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.

"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya kepada Malaysiakini di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar hari ini.

Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastuktur.

Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.

Razaleigh yang juga ahli parlimen Guan Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.

"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.

"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan," katanya


Penyokong protes pemecatan Tee
Woon Zheng Yang
Ogos 1, 10
2:00pm

Sekumpulan penyokong Tee Boon Hock mengadakan protes di depan pejabat exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Pandamaran pagi tadi kerana membantah tindakan parti itu memecat ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) tersebut.

Mereka yang membawa kain rentang dengan tulisan menyokong Tee, terdiri daripada ahli DAP daripada kira-kira 15 cawangan di sekitar Klang.

Dengan diketuai setiausaha DAP Klang, Lee Fu Haw, mereka membantah apa yang mereka sifatkan sebagai tindakan keras terhadap seorang aktivis DAP yang telah banyak berjasa kepada parti sejak menyertainya hampir tiga dekad yang lalu.

“Beliau telah bersama DAP selama 26 tahun, tidak patut dia dipecat seperti itu?" kata Lee kepada pemberita sewaktu protes tersebut.

Tee dan DAP menjadi tumpuan media sejak awal minggu ini selepas akhbar the Star melapor mendakwa Tee telah menyalahgunakan cop dan kepala surat Ronnie untuk mendapatkan kontrak bernilai RM1 juta untuk 20 syarikat, termasuk sebuah milik anggota keluarganya.

Rabu lalu, Tee menafikan dakwaan tersebut, tetapi kemudiannnya diminta bercuti oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Ibrahim sementara siasatan dijalankan.

Peserta protes itu bagaimanapun bertegas bahawa Tee sepatutnya digantung daripada parti sementara siasatan dijalankan dan bukannya terus dipecat.

Lee juga memetik kenyataan ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bahawa pemeriksaan yang dilakukan di pejabat MPK tidak menemui sebarang surat sokongan yang dikatakan dikeluarkafn oleh Tee.

Mengulangi penjelasan Tee kepada jawatankuasa disiplin DAP semalam, Lee berkata, Tee tidak tahu anak lelakinya menjadi rakan kongsi syarikat yang mendapat surat sokongan yang ditandatanganinya.

"Malah, pihak polis pun tidak menemui sebarang bukti ketika menjalan pemeriksaan di pejabat Tee, jadi kita rasa hukuman yang dikenakan ke atasnya itu terlalu gopoh dan keras.

"Mereka mungkin boleh menggantungnya, tetapi jangan terus dipecat," tambah Lee


Ronnie, Teng dipanggil jawatankuasa disiplin DAP
Lee Way Loon
Ogos 1, 10
4:06pm

Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan speaker DUN negeri Teng Chang Khim akan dipanggil oleh jawatankuasa disiplin DAP pada 12 Ogos ini berhubung isu surat sokongan.

Pengerusinya, Tan Kok Wai mengumumkan hari ini bahawa jawatankuasa tersebut akan meminta Ronnie dan Teng memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dibuat oleh ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock

Tee memberitahu jawatankuasa itu semalam bahawa dia telah diarahkan oleh Ronnie supaya menandatangani surat-surat sokongan di mana Tee telah dituduh memalsukannya untuk faedah rakan dan anggota keluarganya.

Mengenai Teng pula, Tan berkata speaker tersebut akan perlu memberi bukti mengenai individu yang didakwanya "pesalah sebenarnya".

Tan merujuk kepada Tweet Teng semalam di mana beliau berkata: "OMG! Real culprit freed"







Tiada ulasan: