Sabtu, 24 Julai 2010

INI TAK MUSTAHIL TERJADI...PERMUDAHKANLAH..UNDANG2 NI MANUSIA YANG BUAT,,,,UNDANG2 ALLAH KITA LANGGAR...JANGAN SALAH RAKYAT JIKA MENGALIH PARTI

'Nek, saya nak sekolah'



2010/07/24

IPOH: Selepas ditinggalkan ibu kandung ketika masih bayi, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun bukan saja terpaksa menumpang kasih nenek, malah hasratnya menikmati alam persekolahan juga terbantut berikutan tidak memiliki surat beranak.

Difahamkan, surat beranak itu disimpan ibunya yang kini gagal dikesan selepas menghilangkan diri sejak 2005.


Nenek kanak-kanak itu, Normah Asinar, 51, berkata cucunya, Muhammad Zainawi Abdullah kini di bawah jagaannya selepas anaknya, Siti Nur Ain Talib, 21, menghilangkan diri.


Katanya, dia kesal apabila cucunya itu dinafikan hak untuk bersekolah kerana tidak memiliki surat beranak sekali gus menjejaskan masa depannya.


“Hampir setiap hari, dia (Muhammad Zainawi) memberitahu mahu ke sekolah.


“Saya hanya mampu menitiskan air mata setiap kali cucu menyatakan hasrat itu. Saya tidak mahu masa depannya gelap,” katanya.


Katanya, selain berjumpa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, dia turut merayu Jabatan Pelajaran Perak supaya menempatkan cucunya itu di sekolah rendah, namun usaha itu sia-sia kerana mereka masih memerlukan surat beranak sebagai syarat utama bersekolah.


“Saya buntu memikirkan hal ini dan pada masa sama bersimpati dengan nasib menimpa cucu. Saya berharap ada pihak sanggup membantu menyelesaikan masalah ini seterusnya memastikan masa depan cucu terjamin,” katanya.

Tiada ulasan: