Selasa, 7 Oktober 2014

SEMUA PIHAK TAK MENGAKU....MUNGKIN PERSATUAN TUNGGUL2 DAN PERSATUAN HANTU2 YANG MELULUSKAN

4:00PM - 7 Oct 2014

S'gor nafi luluskan pesta arak Oktoberfest


Kerajaan Selangor menafikan meluluskan penganjuran pesta arak, Octoberfest anjuran syarikat arak Carlsberg semasa pentadbiran menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

Exconya Iskandar Abdul Samad (bawah) berkata, perkara berhubung pesta itu tidak pernah dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat exco.

"Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran TSKI (Khalid) dan empat exco PAS. Ini tidak benar.

“Ia tidak pernah di bawa kepada mesyuarat exco," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu dalam Facebooknya.

Pesta turut mendapat bantahan pemimpin PAS dan NGO seperti Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILHAM) dan anggota Parlimen PAS kawasan Temerloh Nasruddin Hassan.

Pesta Octoberfest bermula sejak abad ke-19 lagi.

Peringkat Malaysia, untuk 2014, ia bermula di hotel Subang pada 24 September dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir.

Isu papan iklan

Sementara itu, PAS Selangor hari ini mendesak supaya kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menaikkan papan iklan pesta itu.

Ketua Penerangannya, Zaidy Abdul Talib berkata, pesta itu jelas bercanggah dengan Akta Eksais 1976 berhubung permohonan lesen untuk menjual minuman yang memabukkan.

"PAS Selangor juga meminta pihak MBSA mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi dengan menaikkan iklan billboard Octoberfest tanpa kebenaran di sekitar Saujana Hotel Subang, walau ia diturunkan semula selepas 3 hari dinaikkan," katanya.

Kebebasan beragama

Perkara sama dilahirkan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Ahmad Tarmizi yang meminta kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak PBT menghentikan pesta itu.

Katanya, Islam tidak melarang penganut agama lain meminum arak namun mengadakan pesta arak di negeri atau negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan adalah tidak wajar.

Ahmad Tarmizi meminta agar tiada pihak menyamakan isu kebebasan beragama dengan meminum arak secara terbuka.

"Islam mengiktiraf keamanan pihak bukan Islam yang berlindung di rumah ibadat atau berhala bukan Islam, tetapi tiada nas dan dalil yang mengiktiraf keselamatan di premis judi dan arak.

“Ini bezanya dan harap tiada pihak yang menyamakan kes kebebasan beragama dengan kes kebebasan meminum arak secara terbuka," katanya. 

Umno terkilan pesta arak dibenarkan
  • Noh Omar Noh Omar
1 / 1
TANJONG KARANG - Umno Selangor melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak 'Oktoberfest'.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan memasang iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar daerah Shah Alam itu dilihat tidak bersesuaian dengan persekitaran setempat.

"Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.

"Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan...Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Korban Perdana 2014 peringkat Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pesta arak: Jangan biar kemungkaran berleluasa]

Beliau berkata, Azmin perlu mengambil langkah segera bagi membendung perkara itu supaya bandaraya Shah Alam tidak lagi dicemari dengan pelbagai iklan arak.

'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Terdahulu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyertai penduduk kawasan parlimen itu melaksanakan ibadah korban membabitkan 23 ekor lembu sempena Aidiladha semalam. - Bernama3:00PM - 6 Oct 2014

MP gesa bangkit tolak 'pesta arak' Carlsberg


Semua pihak diseru bangkit menentang penganjuran pesta Octoberfest Carlsberg yang akan berakhir pada 12 Oktober ini kerana kemungkaran mesti dicegah, kata anggota parlimen PAS Nasrudin Hassan.

Katanya, cegahan itu harus dilakukan kerajaan pusat, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pihak berkuasa agama di semua peringkat kerana bala Allah apabila turun akan mengenai semua pihak.

“Jangan hanya memberi alasan kononnya perkara ini berada di luar bidang kuasa sedang akibatnya kelak akan melanda umat tanpa mengenal di mana kuasa dan kedudukan mereka.

“Bangkitlah sebelum terlewat,” kata wakil rakyat Temerloh itu.

Beliau membangkitkan sebuah hadis Ali bin Abi Thalib yang antaranya mengebut, balasan Allah akan turun apabila arak sudah diminum secara berleluasa.

Menulis di Facebook beliau hari ini, Nasrudin berkata, walaupun arak boleh diminum oleh penganut agama yang membenarkannya, ia tidak harus dilakukan secara terbuka dan dipromosi besar-besaran.

“Pesta arak yang dipromosi besar-besaran ini telah menjadi mungkar terbuka meskipun ia dilakukan dalam ruang bangunan tertutup. Sekali gus ia mencabar sensitivit umat Islam.

Katanya, ia sama seperti hubungan seks luar nikah (pelacuran) yang dipromosi kepada umum dan wajib ke atas pihak berkuasa dan seluruh umat Islam bangkit mencegahnya.

“Jangan biarkan negara membangun dengan budaya mungkar dan maksiat. Kelak binasa tamadun dan maruah pula hilang keberkatan justeru dimurkai Allah SWT,” katanya. 
MAKIN BIAK PENYELEWEN GAN...YANG TAK RASHIA DIKELAK KELAK

Tuesday, 7 October 2014


RUPA-RUPANYA JUMLAH CUKAI YANG DIBAYAR OLEH PARA HARTAWAN TERKAYA NEGARA TERMASUK ANAK MAHATHIR ADALAH RAHSIA DAN TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN.

Untung, bertuah dan bernasib baik menjadi billionair dinegara ini termasuklah anak lelaki Mahathir .. segala butiran cukainya rahsia .. jadi rakyat tidak boleh tahu berapa jumlah cukai yang dibayar setahun serta berapa tnggakan jika ada.Jumlah cukai yang dibayar oleh hartawan-hartawan negara tidak boleh didedahkan kerana ia adalah rahsia di bawah Seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Lembaga Hasil Dalam Negeri terikat kepada peruntukan kerahsiaan maklumat percukaian individu di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan tidak boleh didedahkan amaun cukai individu sebenar yang dibayar oleh mereka.

"Selaras dengan Seksyen 138 Akta Percukaian 1967 menyatakan dengan izin, every classified person shall regard and deal with every clasified material as confidential.

"Jadi cukai pendapatan individu mereka yang terkaya itu kita tidak boleh dedahkan mengikut akta," kata Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014) di Parlimen, petang ini.

Beliau memberi maklum balas kepada gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tengah hari tadi.

Anwar menggesa agar kerajaan mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang terkaya di Malaysia yang bertaraf bilionair.

MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin bangkit dan memohon Ahmad mendedahkan jumlah keseluruhan cukai 20 orang individu terkaya jika jumlah cukai persendirian mereka tidak boleh didedahkan.

Ahmad memberitahu Sim beliau tidak mempunyai statistik yang diminta itu dan perlu memeriksa semula jika ia dibenarkan untuk didedah.

"Pada saat dan ketika ini, angkanya tiada.

"Kemudian... kalau tidak melanggar akta ya," jawab Ahmad kepada Sim.

Kenyataan DSAI mengenai isu ini adalah seperti berikut:-


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan agar mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang hartawan bertaraf bilionair di dalam negara.

Beliau antara lain menamakan mogul telekomunikasi, Tan Sri T Ananda Krishnan; anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir; dan Tan Sri Vincent Tan sebagai hartawan-hartawan tersebut.

"Saya mahu tahu daripada 20 bilionair di negara kita ini berapakah jumlah cukai yang kita kumpulkan?" Kata Anwar di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014).

"Saya menyokong pindaan ini yang memberikan lebih autonomi kepada LHDN," kata Anwar.

Menurut Anwar, beliau mahu tahu jumlah tersebut kerana dakwanya, ada di antara golongan kaya di dalam negara mendapat kelonggaran dalam membayar cukai mereka.

"Tidak mudah bagi orang biasa bagi mendapat kelonggaran tapi ada maklumat di mana LHDN ditekan.

"Di mana orang-orang kaya, bilionair, boleh diberi kelonggaran, bayaran ansuran 18 bulan, umpamanya.

"Kalau ini cara yang konsisten diberi kepada semua, yang berhak, saya tidak masalah.

"Tetapi tentunya tidak boleh diberi pengecualian kerana perkara ini dari segi fakta pernah berlaku dan saya harap dengan perubahan ini, kita dapat jamin (LHDN) lebih efisien, lebih profesional dan autonomi bermakna ada tekad untuk melaksanakan (kutipan cukai) tanpa memilih kedudukan atau kekayaan seorang itu," kata ketua pembangkang lagi.

Tuesday, 7 October 2014


JANGAN TIDAK PERCAYA ... PEMUDA UMNO BAHAGIAN BUAT IBADAH KORBAN TETAPI DAGING KORBANNYA HANYA DIAGIH-AGIHKAN KEPADA YANG BERJAWATAN KETUA DAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO CAWANGAN DALAM BAHAGIAN BERKENAAN SAHAJA????.




" 20141007 Ibadah Qurban Pemuda UMNO Bahagian Arau & Pengagihan Daging Kepada Ketua Pemuda & Naib Ketua Pemuda Cawangan Seluruh Bahagian Arau"

Ini macam punya ibadah korban pun ada dalam negara kita .... Pemuda UMNO Bahagian buat ibadah korban tapi dagingnya bukan di agih-agihkan kepada fakir miskin, tetapi hanya untuk mereka yang berjawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan seluruh bahagian tersebut .... ahli-ahli lain putih mata gigit jari.

Apakah Ahli Pemuda UMNO semuanya jenis orang-orang berada dan pemegang jawatan semuanya kategori orang miskin papa kedana??????? .. Pelik sungguh cara mengerjakan ibadah korban Pemuda UMNO Bahagian Arau ini. ... ada amalan kasta.
JANGANLAH BOHONG... DAH BANYAK KALI SUBSIDI MINYAK DIKURANGKAN TETAPI HUTANG KERAJAAN TETAP SEMAKIN BERTAMBAH !!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LikeLike · · · 467

1:00PM - 7 Oct 2014
Pesta arak: Penganjur tak faham sensitiviti agama
  • Zaidy Abdul Talib Zaidy Abdul Talib
1 / 1
SHAH ALAM - Pas Selangor mendesak kerajaan negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatannya menghalang penganjuran pesta arak 'Octoberfest' di kawasan terbuka kerana ia bercanggah dengan Akta 176.

Ketua Penerangannya, Zaidy Abdul Talib menegaskan pihaknya juga akan menggesa pihak berkuasa supaya menggunakan peruntukan kuasanya sama ada mengalih program maksiat itu ke tempat lain atau membatalkannya serta-merta.

"Pas Selangor juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi dengan menaikkan papan iklan Octoberfest tanpa kebenaran di sekitar Saujana Hotel Subang, walau ianya diturunkan semula selepas tiga hari dinaikkan.

"Apa jua bentuk perlanggaran undang-undang berlaku, Pas Selangor tidak akan teragak-agak untuk membuat tindakan tegas selaras dengan mempertingkatkan nilai-nilai kehidupan harmoni yang diperjuangkan oleh seluruh lapisan masyarakat berbilang agama dan bangsa," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas penganjuran pesta arak yang telah pun bermula sejak 24 September lalu dan ia berlanjutan pada 25 hingga 27 September dan bersambung semula pada 1, 2, 3, 4 dan 10 Oktober serta berakhir 12 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Zaidy yang juga Exco Pas Selangor menyifatkan agenda besar syarikat minuman keras itu sebagai tidak memahami sosio budaya dan sensitiviti agama di negara ini.

"Penganjur perlu sedar mengenai sensitiviti penganut beragama di negeri ini terutamanya penganut agama Islam, yang juga merupakan agama rasmi Persekutuan sebelum mengadakan sesuatu yang boleh mengugat ketenteraman dan keamanan awam.

"Agama Islam tiada berhalangan untuk selain penganut Islam meminum minuman keras kerana ianya merupakan hak orang bukan Islam," tegasnya.

Tegasnya lagi, jika pesta arak itu diadakan secara besar-besaran dengan menguar-uarkannya secara terbuka di pasar raya dan papan tanda, ia bukan sahaja melanggar tatasusila kehidupan masyarakat bahkan melanggar kepercayaan agama di seluruh dunia.

Graduan Mesir pula bantah pesta Carlsberg


Bantahan terhadap penganjuran Octoberfest Carlsberg terus mendapat bantahan, kali ini daripada graduan mahasiswa Malaysia di Mesir.

Dalam kenyataannya, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) berkata, ia “terang-terangan merupakan sebuah pesta bertemakan arak dan tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam”.

Malah, dakwa ILMAM, program itu secara tidak langsung menzahirkan penghinaan dan tidak hormat kepada majoriti warganegara Malaysia beragama Islam yang sedang menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Meskipun Islam tidak melarang bukan Muslim meminum arak namun keterbukaan tersebut tidaklah sehingga menimbulkan suasana yang boleh mencemarkan imej sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan,” kata presidennya Syed Abdul Kadir Aljoofre.

ILMAM berhujah, tempoh penganjurannya yang panjang juga akan membawa keruntuhan moral dan kerosakan jati diri para belia, sekali gus bertentangan dengan agenda kerajaan untuk membina generasi bermaruah.

Semalam, anggota parlimen PAS bagi kawasan Temerloh Nasrudin Hassan (atas) menyeru semua pihak menentang Octoberfest yang akan berakhir pada 12 Oktober ini dan menyifatkannya sebagai budaya munkar.

Walaupun dilakukan dalam ruang bangunan tertutup, ulama muda PAS itu berkata, mempromosikannya secara besar-besaran mencabar sensitiviti umat Islam.

Dr M beri amaran kepada Najib


najib_300-
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak yang masa depannya mungkin akan lebih kelam sekiranya masih meneruskan pendekatan yang sama dalam pentadbirannya, sekalipun sudah ditegur.
Memulakan tulisan di dalam blognya dengan melahirkan rasa gembira kerana kerajaan menerima teguran beliau dengan terbuka, bekas perdana menteri itu berkata walaupun teguran beliau diterima, tiada perubahan yang dilakukan pentadbiran Najib.
“Mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu dan meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk di masa hadapan,” katanya.
Sambil menegaskan yang beliau hanya menegur, bukan memberi arahan, Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu menjadi seperti Penasihat British zaman dahulu yang membuat perjanjian dengan Raja-Raja Melayu.
“Disebut dalam perjanjian itu British akan menugaskan seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada kerajaan negeri.
“Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksanakan nasihat yang diberi,” katanya.
Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksanakan, ia bukan lagi satu nasihat, kata Dr Mahathir, kerana ia sudah menjadi satu arahan, lapor The Malaysian Insider.

Tiada ulasan: