Sabtu, 4 Oktober 2014

BERHATI2 DIJALAN RAYA...TAKDIR ITU HAKIKATNYA MEMANG TAKDIR ALLAH TIDAK BOLEH DINAFIKAN-BERDOALAH-BERUSAHA DAN BERTAWAKAL LAH

Enam sekeluarga terbunuh

Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Syazwan Msar
Rompin: Enam sekeluarga terkorban ketika dalam perjalanan pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman mereka dalam kemalangan di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Cenderawasih, kira-kira 8 malam tadi.
Kemalangan berkenaan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas ekspres, Perodua Myvi dan Perodua Alza.
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata enam sekeluarga terbabit yang menaiki Alza dalam perjalanan dari Segamat, Johor, menuju ke Kuantan.

Sehingga malam tadi, katanya, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Foto

"Kejadian berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki enam sekeluarga iaitu tiga lelaki, dua perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan."Akibatnya, kenderaan berkenaan merempuh bas yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat. Perodua Myvi yang berada di belakang Alza berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan itu," katanya ketika dihubungi, malam tadi.


Mangsa yang maut

1) Azhar Mat Ali
Umur: 43 tahun
Alamat : No. 22 Kg Parit Pasir Lama 81500 Pekan Nenas Johor.

2) Siti Habibah Kasbon
Umur: 43 tahun
Alamt: No. 246 Blok 10 Felda Air Tawar 5, 81900 Kota Tinggi Johor.

3) Zaliha Johar
Umur: 42 tahun
Alamat: No. 22 Kg Parit Pasir, 81500 Pekan Nenas, Johor.

Dua wanita terkorban dalam kemalangan babitkan lima kenderaan


KEADAAN salah sebuah kenderaan yang terbabait dalam kemalangan di Kilometer 256 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kuala Kangsar semalam.


IPOH – Dua maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 256.1 Lebuh Raya Utara-Selatan laluan ke utara selepas Terowong Menora dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi membabitkan beberapa buah kenderaan.
“Setakat ini maklumat yang kita terima, dua orang maut dan seorang lagi cedera parah,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Dua yang terkorban itu ialah Norhayati Wook, 50, dan seorang wanita hanya dikenali sebagai Siti Yuslianis, 20.

 
5 FOTO ... KEMALANGAN MAUT MERAGUT DUA NYAWA MELIBATKAN EMPAT KERETA DAN SEBUAH TRELER BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA.





Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara berdekatan Terowong Menora di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah treler itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala kesemua mangsa terbabit adalah seramai 15 orang.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.

Katanya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki Tol Ipoh dan keluar ke Tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.

Video Kemalangan Maut Di Kuala Kangsar

Dua maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di KM256.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan ke utara selepas Terowong Menora dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh ketika dihubungi Bernama berkata kejadian yang berlaku lebih kurang jam 11 pagi ini membabitkan beberapa buah kenderaan.

"Setakat ini, maklumat yang kita terima, dua orang maut dan seorang lagi cedera parah," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori treler, lori, kereta jenis Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna jenis Alza serta kereta jenis Honda City.

"Operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar. Keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 15 orang," katanya.

Jurucakap Plusline ketika dihubungi berkata lalu lintas di lebuh raya dari arah Ipoh masih mengalami kesesakan sepanjang 13 kilometer.


Bagaimanapun lalu lintas kembali lancar selepas kawasan kejadian, katanya.



Plus mencadangkan supaya pengguna lebuh raya menuju ke utara melencong kenderaan mereka keluar di plaza tol Ipoh Selatan dan masuk kembali di plaza tol Kuala Kangsar bagi meneruskan perjalanan.

















VIDEO KEJADIAN


 

Tiada ulasan: