Jumaat, 24 Oktober 2014

BILA TIMBUL SATU ZAMAN.....FITNAH BERKEMBANG DAN SUBUR....KITA KELUAR BEKERJA...BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN DLL....KEMUDIAN TINGGAL DIRUMAH...HIMPUN ANAK ISTERI KENALKAN BALIK MEREKA TENTANG ALLAH DAN ISLAM...KERANA DUNIA KETIKA ITU TERLALU GAWAT DENGAN MAKSIAT


PATUT DEKATKAN ORANG ISLAM DENGAN ALLAH BUKAN ANJING ATAU BABI...ADAKAH DENGAN PROGRAM NI BERTAMBAH IMAN DAN TAKWA....ATAU AKIDAH BERTAMBAH KUAT DAN KUKUH

Wednesday, October 22, 2014


Penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ terima ancaman bunuh


Selepas menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia kerana kerja amalnya, Syed Azmi Alhabshi kini menjadi sasaran ancaman bunuh dan tuduhan murtad daripada orang Melayu-Islam di media sosial.

Kebanyakan orang Melayu sangsi dengan keberaniannya menganjurkan acara untuk mendidik orang ramai mengenai pendirian Islam tentang anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yang menyamar.

Sebelum ini Syed Azmi mudah untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya atau Facebook, kini beliau menghilangkan diri. Tetapi di Facebook, rakan-rakannya, keluarga dan jiran dari Taman Tun Dr Ismail memberikan respons terhadap ancaman bagi pihaknya.

Bagaimanapun, kebanyakan ancaman beliau terima melalui komen terhadap posting di Facebook oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang menyelar acara tersebut.

“Saya dengan pandangan ustaz dan saya rasa penganjur ni jenis buta hati dan cetek ugama dan suka merosakkan ugama dan patut rejam sampai mati. He he,” tulis Ghas Ku.

“Meh sini aku bagi sedas pelempang baru ada akal sikit penganjur tu,” tulis Hafizzulnaim Samsuddin.

Seorang lagi pengguna Facebook Yusoff Ashaari mengatakan selain daripada mengambil tindakan terhadap Syed Azmi, orang ramai seharusnya mencari wanita-wanita yang mengambil gambar bersama anjing dalam acara tersebut, menarik tudung mereka untuk melihat sama ada mereka menggunakan kalung salib atau menyembunyikan tatu.

“Ustaz, penganjur ni benar-benar anjing,” tulis Han Khalief.

Melalui akaun Facebooknya, Kazim menuduh program tersebut sebagai percubaan untuk memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan menambah ianya akan memberi laluan kepada kempen menyentuh dan memakan babi.

Program yang diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yang mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.

Kebanyakan yang hadir mengambil peluang untuk menyentuh anjing daripada pelbagai baka termasuk chow-chow, huski, German Shephard dan poodle dibawa ke acara tersebut oleh pemiliknya.

Sukarelawan di acara tersebut juga menunjukkan bagaimana proses pembersihan dipanggil sertu atau samak yang melibatkan membasuh bahagian berkaitan enam kali dengan air bersih dan sekali dengan tanah.

Bagaimanapun, kebanyakan Melayu – orang alim dan orang biasa merasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing.

Di blog popular Sirap Limau, seorang pangguna internet Salsaparila menulis: “Memang celaka bangsat penganjur sial ni. Yang datang pun bodoh bangang takde otak punya orang. Harap-harap nanti mamat sial ni mati la kena gigit anjing.”

Sementara mesej WhatsApp dikatakan daripada Majlis Agama Putrajaya disebarkan kepada umum.

Mesej tersebut mendakwa Syed Azmi merupakan seorang Kristian yang mahu menyebarkan ajaran Syiah dan menyamar menjadi ustaz selama setahun.

“Dari sumber yang sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar.

“Tujuannya adalah ingin menyebarkan agama baru seperti Syiah tetapi beliau secara halus dan tidak menampakkan rancangan beliau,” tulis mesej tersebut.

Pengguna Facebook Terompah Besi memuat naik mesej sama akan tetapi tidak menyatakan ianya daripada Majlis Agama Putrajaya.

Beliau juga menyelitkan sebaris ayat mengatakan “berkemungkinan ini sebahagian agenda Yahudi untuk mengkristiankan orang-orang Islam di Malaysia dengan cara halus dan menggunakan laluan dari pemimpin DAP.”

Sekurang-kurangnya dua laporan polis dilakukan terhadap acara tersebut menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim.

“Laporan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dengan pengadu mendakwa sensitiviti umat Islam dipersendakan.

“Sudah diputuskan laporan polis itu akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan susulan.”

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganjur-program-sentuh-anjing-terima-ancaman-bunuh-di-media-sosial#sthash.KCuvYc47.dpuf




Kenyataan Rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat : Kempen Menyentuh Anjing Pada Neraca Syariat Dan Aqidah Islam

Posted by Hijau FM On 3:06 AM



1. Sepanjang zaman akan berlalu percubaan musuh Islam secara halus untuk menggugat dan meracuni aqidah, syariat dan akhlak umat Islam. Usaha-usaha sebegini tidak semestinya hanya menerusi tindakan bukan Islam malah juga menggunakan orang yang mengaku muslim sendiri kerana impaknya sangat besar bagi orang Islam. Kehadiran golongan munafik dan fasik di kalangan muslim yang mempromosi aqidah yang rosak atau syariat yang salah serta akhlak yang rosak lebih mudah mempengaruhi orang-orang Islam sendiri.

2. Hari ini, satu percubaan untuk mempromosi syariat yang salah dengan dipelopori oleh orang Islam sendiri berlangsung menerusi agenda yang dilabelkan dengan label yang lunak dan dihiasi dengn ungkapan yang manis iaitu " I Want To Touch a Dog". Hakikatnya ia merupakan sebahagian agenda liberalisma untuk meliberalkan hukum-hakam Islam.

3. Anjing merupakan seekor binatang yang dicipta oleh Allah dengan ada kelebihan dan ada kekurangannya serta ada ketetapan hukum-hakam dan Syariat yang menjadi ujian bagi orang-orang Islam.

4. Kelebihan anjing yang dicipta oleh Allah ialah ia binatang yang digunakan untuk menjaga manusia, harta dan tanaman serta memburu dan pada hari ini digunakan untuk penyiasatan kes-kes keselamatan.

5. Al-Quran menceritakan tentang anjing yang mengiringi golongan yang lari untuk menyelamatkan aqidah mereka iaitu Ashabul Kahfi (Surah Al-Kahfi, ayat 18).

6. Islam mengajar sifat ihsan kepada binatang termasuk anjing sebagaimana kisah dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim cerita seorang lelaki memberi minum kepada anjing yang kehausan. Sahabat Nabi saw lalu bertanya

يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ لَأَجْرًا ؟ فَقَالَ : ( فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ )
Wahai Rasulallah, adakah kami mendapat pahala menerusi binatang? Tegas Nabi saw; "Pada setiap makhkuk yang mempunyai limpa yang lembut (hati) pasti ada pahala"


7. Kekurangan anjing pula ialah selalunya dijadikan bidalan untuk perkara yang keji. Antaranya al-Quran membuat bidalan orang-orang yang meninggalkan ilmunya di kalangan ulamak yang menjadi jahat adalah seperti anjing yang menjelir lidahnya (Surah Al-A'raf, ayat 176)

8. Adapun Hukum Syariat yang melibatkan anjing maka ia menjadi ujian untuk hamba-hambanya yang beriman dengan Syariat Muhammad melibatkan hukum Allah dalam membela dan juga menyentuh anjing. Mengikut dan menjunjung Syariat ini adalah terjemahan kepada iman dan keyakinan bahawa Allah Yang Maha Pencipta telah menetapkan hukum-hakam sebagai ujian pada manusia. Di samping keimanan bahawa pada apa yang dihalalkan pasti ada kebaikan manakala pada apa yang diharamkan pasti ada keburukan sama ada kebaikkan dan kebirukan itu dapat dihayati oleh akal manusia atau tidak. Kepada umat Islam yang berjaya mengikut hukum-hakam maka syurgalah tempatnya.

8. Hukumnya ialah;

PERTAMA; Haram Membela Anjing Kecuali Untuk Maslahat Menjaga Ternakan atau Tanaman atau Berburu
Hukum ini berdasarkan Hadis-hadis Sahih antaranya Hadis Sahih riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah. Antaranya riwayat Muslim sabda Nabi saw;

مَنِ اتَّخَذَ كَلْباً إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أوْ صَيْدٍ أوْ زَرْعٍ انْتُقِصَ مِنْ أجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ.
Maksudnya; "Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing menjaga ternakan atau berburu atau tanaman maka kuranglah daripada pahalanya setiap hari 1 Qirat."


Kempen menyentuh anjing membawa mesej untuk masyarakat memiliki anjing tanpa menghiraukan hukumnya. Ia satu tindakan meliberalkan hukum-hakam Syariat yang sabit dengan nas yang jelas.

Hatta jika ada yang cuba berdalih dengan pandangan segelintir Ulamak seperti Ibnu Abdil Barr yang menilai hukum memeliharanyanya sebagai makruh maka perkara makruh juga (makruh ertinya dibenci) wajar ditinggalkan dan tidak dijadikan kempen.

KEDUA; Makruh Bermusafir Dengan Anjing
Bagi mereka yang dibolehkan oleh Islam membela anjing kerana menjaga tanaman, ternakan, rumah dan berburu adalah MAKRUH (dibenci) membawanya berjalan dan bermusafir. Ia berdasarkan Hadis Sahih Muslim sabda Nabi saw;

لاَ تَصْحَبِ الملائِكَةُ رُفْقَةً فِيهَا كَلْبٌ وَلاَ جَرَسٌ. 
Maksudnya; " Para Malaikat tidak menemani satu rombongan perjalanan yang ada padanya anjing atau loceng"


Imam Nawawi berkata; fiqh hadisnya ialah makruh membawa anjing dan loceng sebagai teman musafir. Malaikat yang memohon rahmat dan keampunan untuk manusia tidak bersama rombongan musafir tersebut. (Syrah Muslim juz 14/ ms 95)

Kempen menyentuh anjing adalah menjurus kepada kempen menjadikan anjing teman perjalanan yang dibenci oleh Nabi saw.

KETIGA; Anjing Najis
Jilatan Anjing hukumnya najis di sisi majoriti Ulamak kecuali Mazhab Maliki. Ia perlu dibasuh dengan air yang bercampur tanah. Justeru, ia disebut sebagai Najis Berat ( mughallazah).

Hukum ini berdasarkan Hadis Sahih antaranya riwayat Muslim

طُهُورُ إِنَاءِ أحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الكَلْبُ أنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ.
Maksudnya; "Kesucian bekas seseorang kamu apabila dijilat anjing ialah membasuhnya 7 kali yang pertamanya dengan tanah"


Kempen menyentuh anjing akan mendedahkan pelakunya kepada jilatan anjing yang dihukum sebagai najis berat dalam Islam yang perlu dibersihkan dengan air dan tanah tidak seperti najis-najis biasa. Untuk apakah kempen seumpama ini yang mendedahkan masyarakat Islam melakukan sesuatu yang dipandang berat oleh Islam?

Adapun hukum badan dan bulu anjing majoriti ulamak menghukumnya najis seperti Mazhab Syafie dan satu riwayat daripada Imam Hambali manakala mazhab Abu Hanifah, Mazhab Maliki dan satu riwayat lain Imam Hambali menilainya suci.

Kempen menyentuh anjing adalah kempen menyentuh sesuatu yang najis. Ia perlakuan yang tidak berfaedah. Malah bagi ulamak yang menilai bulunya tidak najis juga tiada kalangan mereka yang berkempen dan menyarankan untuk anjing disentuh. Kempen yang dibuat hari ini oleh orang yang mengaku Islam adalah satu perlakuan bid'ah yang diada-adakan yang mencemarkan Islam.

9. Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Syafie yang menghukumkan Anjing sebagai najis sama ada jilatan dan daging atau bulunya. 

   Tindakan menyentuh anjing dalam bentuk kempen dan pesta terbuka dalam realiti masyarakat Malaysia adalah tindakan tidak bijak dan tidak sensitif terhadap pegangan beragama.


10. Diriwayatkan bahawa Imam Syafie apabila solat Subuh di Baghdad tidak melakukan Qunut selama sebulan kerana menghormati pegangan dan pandangan Abu Hanifah yang tidak berpegang dengan Qunut Subuh. Itu boleh dijadikan sebagai satu ikutan kepada umat Islam dalam menjaga dan menghormati sensitiviti beragama berasaskan mazhab.

Kesimpulannya;

1. Dewan Ulamak PAS Pusat menasihati seluruh umat Islam di Malaysia agar tidak terpengaruh dan melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang menjurus kepada usaha meliberalkan hukum-hakam Syariat Islam.

2. Begitu juga sebarang usaha yang hanya berdalih dan mencari alasan dengan perbezaan pandangan ulamak bagi menghalal dan merasionalkan sesuatu tindakan adalah perlu ditolak. Ia hanyalah dalih untuk meliberalkan amalan Syariat umat Islam. Hukum Islam tidak diamalkan berdasarkan nafsu untuk mencari yang mudah tetapi untuk mencari pendapat yang terkuat dengan dalil yang terkuat berdasarkan nilaian ulamak muktabar.

3. Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan kempen menyentuh anjing adalah bercanggah dengan Syariat dan Akhlak Islam. Justeru semua pihak yang terlibat sama ada menganjurkannya atau menjadi peserta diseru kembali bertaubat kepada Allah.

4. Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.


Ust Dato Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Selasa 26 Zulhijjah 1435 / 21 Oktober 2014


3:30PM - 23 Oct 2014

'Angin siklon kerana maksiat berleluasa?'

PERKASA Selangor membangkitkan kemungkinan bahawa kejadian angin puting beliung di beberapa kawasan baru-baru ini dengan kegiatan maksiat yang didakwa berleluasa di negara ini.

Dalam satu kenyataan di Facebook semalam, NGO pro-Melayu itu turut mengaitkannya dengan pesta arak Oktoberfest dan acara mempromosi umat Islam menyentuh anjing.

"Apakah yang membuatkan (angin) puting beliung ini berminat untuk menjengah negara kita yang selama ini tidak pernah diminati dan jauh sekali untuk singgah.

“Sebelum ini kita hanya mendengar ianya sering mengunjungi Laut Cina Selatan, kalau singgah pun ke negara Filipina dan negara Vietnam.

"Apakah kerana adanya kemaksiatan yang berleluasa seperti pusat judi, pelacuran, pesta arak dan pesta memegang anjing antara menjadikan daya penarik?,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu merujuk kepada program kontroversi 'Saya Mahu Sentuh Anjing', Ahad lalu yang mencetus kemarahan di kalangan masyarakat Islam konservatif.

Pesta arak Oktoberfest yang dimaksudkan itu pula merujuk kepada acara minum bir selama tiga hari anjuran Carlsberg Malaysia, bermula 11 Oktober yang turut dihadiri sekumpulan pemimpin bukan Islam dari Pakatan Rakyat.

Pesta arak tersebut menerima kritikan kerana penganjurannya didakwa tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

PERKASA Selangor mengaitkannya dengan angin puting beliung yang membadai Pendang, Kedah pada 14 Oktober lalu sehingga merosakkan lapan buah rumah serta dan menumbanggkan beberapa batang pokok.

Seminggu kemudian, satu lagi kejadian angin puting beliung melanda Pandamaran, Klang yang merosakkan 30 buah rumah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian yang jarang berlaku itu antara lainnya disebabkan beberapa faktor termasuk kelembapan udara yang tinggi, kepekatan udara pada tahap yang rendah serta keadaan cuaca yang tidak stabil.

Cerita Sebenar Disebalik Gambar Viral Makan Katak Tersebar Di Laman Sosial


Heboh di media sosial beberapa keping gambar yang mana dalam gambar tersebut kelihatan sekumpulan murid dan seorang guru sedang menyajikan makan yang menjijikkan iaitu KATAK.

Namun hari ini melalui satu page di facebook pihak yang terlibat tampil menjelaskan kisah sebenar di sebalik gambar makan KATAK terbabit.

Assalamualaikum admin sstv.. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu.

Takda sapa yg makan katak tu. Sekadar perkongsian ilmu survival
Assalamualaikum,

Saya Pn Atikah Ahmad ingin mohon maaf. berkenaan status "belum reda isu pegang anjing dah timbul isu makan katak pula". Dengan ini saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan saya juga mahu memohon maaf kepada individu yang terlibat.

Saya tiada berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa cuma terkejut melihat paparan gambar tersebut seolah-olah menunjukkan penyediaan juadah makan katak.

Saya terkejut dgn isu sebelum ni (berkenaan isu menyentuh anjing), dan selepas itu terpapar gambar seperti ini membuatkan saya terkejut. Dengan kekeliruan pihak saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua individu yang terlibat dalam paparan gambar.
Mohon maaf sekali lagi.

-Atikah.Ahmad-

Diharap semua pihak dapat menerima penjelasan ini dan tidak membesarkan isu terbabit, di zaman serba moden ini sekejap sahaja satu-satu isu tersebar. kredit newsredapple.blogspot.com

Kenali dan waspadai tokoh-tokoh Syi'ah Indonesia ini, dari penyanyi hingga anggota MUI Pusat

Sabtu, 6 Sya'ban 1434 H / 15 Juni 2013 10:49

Kenali dan waspadai tokoh-tokoh Syi'ah Indonesia ini, dari penyanyi hingga anggota MUI Pusat
Beberapa gembong Syi'ah Indonesia yang terpublikasi di media dari atas kiri: Haidar Bagir, Jalaludin Rahmat, Muhsin Labib. bawah kiri: Dina Y. Sulaeman, Khalid Al Walid, Haddad Alwi.
 (Arrahmah.com) – Beberapa saudara muslim sudah ada yang mengenali dan mewaspadai beberapa tokoh syi’ah berikut ini. Namun mayoritas muslim belum, lantaran  ada pengaburan dan tipu-tipu yang dilakukan oleh tokoh-tokoh ini. Mereka para tokoh syi’ah adalah orang-orang yang tampil di permukaan.
Menurut ustadz Farid Ahmad Okbah MA, Direktur Pesantren Al-Islam: “Mereka yang ada di organisasi-organisasi syi’ah seperti ABI, IJABI dan lain-lain tidak melakukan taqiyah (berdusta untuk menyembunyikan keyakinan syi’ahnya).” Demikian ungkap ustadz kepada arrahmah.com beberapa waktu lalu. Mereka syiah tulen.
Saat ini mereka semakin berani dengan mulutnya mengatakan dirinya syi’ah, demikian pula dalam bentuk dukungan fisik material dan mental spiritual terhadap pengikutnya. Seperti terekam dalam kehadiran tokoh-tokoh ini di tempat pengungsi syi’ah Sampang, Madura, sebagai bentuk dukungan terhadap mereka. Berikut ini adalah tokoh-tokoh tersebut:

1. Jalaludin Rahmat

jalaluddin2brakhmat Seorang yang pada tahun akhir 1980-an dikenal sebagai pakar komunikasi. Sampai saat ini dia adalah pengajar di Universitas Padjajaran (Unpad) Bandung. Dia disebut-sebut sebagai tokoh sentral syi’ah Indonesia. Ternyata ini bukan isapan jempol bila dilihat dari kiprahnya dan dan sepak terjangnya pada organisasi syi’ah di Indonesia.
Pendiri dan pimpinan SMA Muthahhari, Bandung ini juga menjadi pendiri Islamic Cultural Center (ICC) Jakarta bersama Dr. Haidar Bagir. Jalaludin Rahmat kini menjabat sebagi Ketua Dewan Syura Ikatan Jamaah Ahlul Bait Indonesia (IJABI) yang kini sudah mempunyai hampir 100 Pengurus Daerah (tingkat kota) di seluruh Indonesia dengan jumlah anggota sekitar 2,5 juta orang.
Selain itu ia mendirikan Pusat Kajian Tasawuf (PKT): Tazkia Sejati, OASE-Bayt Aqila, Islamic College for Advanced Studies (ICAS-Paramadina), Islamic Cultural Center (ICC) di Jakarta, PKT Misykat di Bandung. Semua lembaga-lembaga tersebut adalah organisasi syi’ah. Bisa dilihat pada buku Fakta dan Data Perkembangan Syi’ah di Indonesia September 2012, karya ustadz Farid Ahmad Okbah MA.
Adapun pernyataan Kang Jalal, begitu dia biasa dipanggil yang mendukung syi’ah yakni pada 29 Agustus 2012 lalu, dia mengancam untuk menumpahkan darah Ahlus Sunnah di Nusantara atas bentrokan Sampang Madura. “Orang-orang Syiah tidak akan membiarkan kekerasan ini. Karena untuk pengikut Syiah, mengucurkan darah bagi Imam Husein adalah sebuah kemuliaan,” ujar Jalaluddin

2. Dina Y. Sulaeman

Dina Y SulaemanPerempuan yang lahir di Semarang pada 30 Juli 1974. Penerima summer session scholarship dari JAL Foundation untuk kuliah musim panas di Sophia University Tokyo ini lulus dari Fak. Sastra Arab Universitas Padjdjaran tahun 1997. Ia sempat menjadi staf pengajar di IAIN Imam Bonjol Padang.
Tahun 1999 meraih beasiswa S2 dari pemerintah Iran untuk belajar di Faculty of Teology, Tehran University. Tahun 2011, ia menyelesaikan studi magister Hubungan Internasional Universitas Padjadjaran. Tahun 2002-2007 ia berkarir sebagai jurnalis di Islamic Republic of Iran Broadcasting.
Dina penulis yang produktif, banyak masyarakat yang tidak mengetahui bahwa dia adalah seorang syiah sejati. Berikut ini sejumlah buku yang telah ditulisnya, antara lain, Oh Baby Blues, Mukjizat Abad 20: Doktor Cilik Hafal dan Paham Al Quran, Pelangi di Persia, Ahmadinejad on Palestine, Obama Revealed, Bintang-Bintang Penerus Doktor Cilik, Princess Nadeera, Prahara Suriah dan Journey to Iran.
Aktif menulis artikel opini politik Timur Tengah yang dimuat di media massa dan berbagai website. Otong Sualeman suami Dina, juga syiah,  dia adalah mahasiswa Qom yang menulis novel Dari Jendela Hauzah, terbitan grup Mizan. Keduanya pernah bekerja sebagai jurnalis di IRIB (Radio Iran Indonesia) selama tujuh tahun di Iran.

3. Haidar Bagir

haidar-bagir (1)Haidar Bagir bersama Jalaluddin Rakhmat, mendirikan Yayasan Muthahhari, yang mengelola SMA (Plus) Muthahhari di Bandung dan Jakarta.
Haidar Bagir merupakan pendiri perusahaan Penerbit Mizan. Oleh karena itu, perlu diwaspadai buku-buku terbitan Mizan tentang persoalan Syiah dan Ahlus Sunnah. Demikian juga ia pernah bekerja di surat kabar Republika, sehingga sampai sekarang pengaruhnya terhadap pemberitaan Syi’ah masih menyudutkan Ahlus Sunnah, membela Iran dan sekutu-sekutu Syi’ahnya, dan melakukan taqiyah dalam pemberitaannya.
Haidar Bagir lahir di Solo, 20 Februari 1957 ini adalah alumnus Teknologi Industri ITB 1982 dan mengenyam pendidikan pasca sarjana di Pusat Studi Timur Tengah Harvard University, AS 1990-1992, dan S-3 Jurusan Filsafat Universitas Indonesia (UI) dengan riset selama setahun (2000 – 2001) di Departemen Sejarah dan Filsafat Sains, Indiana University, Bloomington, AS. Sejak awal 2003, dia mendapat kepercayaan sebagai Ketua Yayasan Madina Ilmu yang mengelola Sekolah Tinggi Madina Ilmu yang berlokasi di Depok.
Di antara pengalaman pekerjaan lainnya, menjadi direktur utama GUIDE (Gudwah Islamic Digital Edutainment) Jakarta, ketua Pusat Kajian Tasawuf Positif IIMaN, Ketua Badan Pendiri YASMIN (Yayasan Imdad Mustadh’afin), staf pengajar Jurusan Filsafat Universitas Madina Ilmu (1998), staf pengajar Jurusan Filsafat Universitas Indonesia (1996), dan staf pengajar Jurusan Filsafat Universitas Paramadina Mulya, Jakarta (1997).

4. DR. Khalid Al Walid, MA

dr-khalid-al-walidKetua Majelis Ulama Indonesia Pusat KH. Cholil Ridwan, menjelaskan bahwa organisasinya melakukan evaluasi atas dugaan adanya seorang tokoh Syiah dalam kepengurusan MUI pusat. Hal ini mengemuka setelah tokoh tersebut datang ke Sampang atas nama MUI pusat, mendesak dicabutnya fatwa sesat Syiah dari MUI Jatim.
Pengurus MUI yang terindikasi sebagai penganut Syiah adalah DR. Khalid Al-Walid. Ia adalah alumnus dari Hawzah Ilmiah Qom, yang judul desertasinya di UIN Syarif Hidayatullah adalah “Pandangan Eskatologi Mulla Shadra”.
Saat disertasinya diuji oleh tim penguji dari UIN Syarif Hidayatullah, Prof. DR. Azyumardi Azra pada Tahun 2008 lalu. Tiba di bagian akhir acara, Azyumardi bertanya, “Apakah Anda penganut mazhab Syi’ah? Jangan salah duga”. Tanyanya.
“Saya akan bangga bila UIN berhasil meluluskan seorang doktor Syiah, karena menjadi bukti nyata bahwa lembaga ini menjunjung tinggi pluralisme dan toleransi antar mazhab Islam,” lanjut Direktur Pascasarjana UIN tersebut.
Khalid Al Walid saat itu menjawab, “Eh… Saya sama dengan Pak Haidar,” jawabnya berdiplomasi seraya menunjuk DR. Haidar Bagir yang duduk di samping Prof. DR. Mulyadhi Kartanegara yang menjadi pembimbing disertasi Khalid Al Walid. Sebagaimana diketahui, Haidar Bagir adalah tokoh Syiah di Indonesia dan selalu membela berbagai kepentingan Syiah.
Selain itu, DR Khalid Al Walid juga menjabat sebagi dewan syuro Ahlul Bait Indonesia (ABI), ormas lokomotif  kelompok syiah di Indonesia.
Dalam daftar pengurus MUI yang tercantum dalam situs resminya, tercantum nama Dr. H. Khalid al-Walid, M.Ag yang menjabat sebagai Wakil Ketua Komisi Ukhuwah Islamiyah MUI Pusat.

5. Muhsin Labib

Muhsin LabibLabib adalah Dosen Filsafat di UIN Syarif Hidayatullah yang merupakan lulusan Muhsin Qum Iran. Ia menulis banyak buku tentang Syiah dan menjadi pembela Syi’ah Imamiyah di berbagai kesempatan.
Di antara buku-bukunya adalah Ahmadinejad: David di Tengah Angkara Goliath, Husain Sang Ksatria Langit, Kamus Shalat, Gelegar Gaza, Primbon Islam, Goodbye Bush,dan lainnya.
Muhsin Labib pernah mengatakan, “Orang yang anti Syiah adalah orang yang esktrimis dan menjadi ancaman bagi negara Republik Indonesia.”

6. Penyanyi Haddad Alwi

Dia  adalah penyanyi yang cukup terkenal yang biasa berduet dengan biduanita Sulis. Salah satu lagunya yang berjudul Ya Thoybah, diubah liriknya dalam bahasa Arab dan berisi pujian pada Ali bin Abi Thalib secara berlebihan.
Hadad Alwi turut mengunjungi korban konflik sosial syiah di Sampang Madura 29 September 2012. Dia memberi motifasi dan dukungan kepada para pengungsi syiah.
haddad-alwi1 Sementara, kalau nyanyiannya itu seperti Ya Thoybah, tidak mudah diidentifikasi oleh orang awam kebanyakan, sehingga orang tidak mudah untuk menyalahkannya. Karena dia berbahasa Arab, menyebut nama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, sahabat Ali radhiyallahu ‘anhu menyebut Al-Quran dan sebagainya. Padahal, nyanyian Ya Thoybah itu justru isinya berbahaya bagi Islam, karena ghuluw (berlebih-lebihan) dalam memuji Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu.
Berikut ini kutipan bait yang ghuluw dari nyanyian Ya Thoybah (wahai Sang Penawar): Ya ‘Aliyya bna Abii Thoolib Minkum mashdarul mawaahib. Artinya: “Wahai Ali bin Abi Thalib, darimulah sumber keutamaan-keutamaan (anugerah-anugerah atau bakat-bakat).”
(az muttaqin/arrahmah.com)

“Bukan… Jangan Percaya Video Itu” – Pembantu Ustaz Azhar Idrus



Video seks yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus
yang tersebar di internet disifatkan perbuatan jahat pihak tertentu untuk 
menjatuhkan golongan ulama di Malaysia.
Perkara itu dinafikan pembantunya, Zulkifli Wahab sambil berkata usaha
terancang piha tertentu untuk menjatuhkan golongan itu selain cuba meng-
gagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.
“Bukan… jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk
menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.
“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan
ustaz dan ulama ini.
“Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila 
melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin 
ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah 
menjadi fenomena sekarang.
“Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk 
menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
“Ia termasuklah program ‘I Want To Touch A Dog’ di ibu kota baru-
baru ini.“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam,”
katanya yang dipetik oleh laman portan Harian Metro.
Ketika ditanya reaksi Ustaz Azhar berkenaan penyebaran video 
berkenaan, Zulkifli menjawab, beliau masih meneruskan program 
ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video 
palsu itu.
Hari ini, satu rentetan gambar dipetik dari video menunjukkan seorang 
lelaki mirip Ustaz Azhar Idrus sedang bercumbu dalam keadaan yang 
cukup memalukan.
 
Tidak diketahui kesahihan video berkenaan setakat ini, reaksi yang 
diterima setakat ini bukan dari tuan empunya badan sendiri tetapi hanya 
pembantunya sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Gambar & biodata Izyan, mangsa video seks palsu Ustaz Azhar Idrus


Sepanjang hari ini, laman sosial dan blog-blog tempatan kecoh dengan penyebaran satu video yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip Ustaz Azhar Idrus bersama seorang wanita yang kononnya melibatkan isteri ketiganya.

Walaubagaimanpun, video tersebut disahkan palsu dan tidak benar malah telah dinafikan sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus. Mari baca biodata penuh Izyan di SINI. Rasa simpati pula kepada Izyan kerana turut terlibat sama jadi mangsa fitnah.

16 GAMBAR: ELLY TRAN HA HOT MENGOYAK PAKAIANNYA DALAM SESI FOTO TERBARU!

16 GAMBAR: ELLY TRAN HA HOT MENGOYAK PAKAIANNYA DALAM SESI FOTO TERBARU. Korang kenal tak sape awek cun ni... memang hot dan mengancam kan.. jom layan foto selanjutnya di bawah ni.....

Tiada ulasan: