Khamis, 9 Oktober 2014

BILA TAK INGAT MATI...MAKA MUDAH BUAT MAKSIAT SERTA BUAT KEZALIMAN


Thursday, 9 October 2014


BERITA YANG MENYERONOKKAN PARA PENYOKONG UMNO/BN ... TAMBANG BAS SEKOLAH DIJANGKA NAIK ANTARA RM5 HINGGA 10 SEBULAN MULAI TAHUN DEPAN.



Apa lagi para penyokong UMNO/BN mau????? .. Bersyukur dan berterima kasihlah sebab anak-anak kita masih boleh pergi ke sekolah naik bas, lainlah macam anak-anak menteri kita.

Tambang bas sekolah dijangka meningkat sebanyak RM5 hingga RM10 pada Januari,berikutan keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memansuhkan harga siling pada tahun depan, lapor The Star hari ini.

Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia memberitahu, ia akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini, selepas mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklum balas mereka.

"Ia tidak akan menjadi kenaikan yang keterlaluan," ketua setiausaha gabungan itu, Md Saad Mohamad, dipetik sebagai berkata.

Bernama melaporkan, minggu lepas SPAD mengeluarkan harga siling bagi membolehkan ibu bapa, sekolah danpengusaha bas untuk menentukan tambang.

"Kami (SPAD) sebagai pemerhati akan memastikan tiada pihak terbabitmengambil kesempatan mengenakan harga yang berlebihan," kata Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) yang dipetik sebagai berkata pada Jumaat.

"Sekiranya kita terima aduan daripada ibu bapa mengenai tambang yang dikenakan terlalu tinggi, pengendali bas sekolah akan dikenakan tindakan tegas.”

Tetapi, Star melaporkan hari berikutnya ibu bapa kecewa dengan langkah itu kerana mereka sedang bergelut dengan kos sara hidup.

Menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu, langkah itu akan memberi kesan kepada 15,000 pengusaha bas berdaftar di seluruh negara dan berpotensi membawa tambahan 30,000 pengusaha bas tidak berlesen untuk mendaftar dengan SPAD.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk ‎Paul Selvaraj memberitahu akhbar ‎itu kenaikan tambang juga perlu seiring dengan peningkatan kualiti perkhidmatan bas.

"Jika jumlah peningkatan yang itu berpatutan dan disertai peningkatan tahap keselamatan dan kualiti perkhidmatan, ibu bapa perlu menyokongnya kerana kita semua mahu satu sistem bas sekolah yang berdaya maju dan selamat," kataya.

Pada masa ini pengusaha bas mengenakan bayaran RM27.43 bagi setiap kilometer pertama dan RM2.05 untuk setiap kilometer berikutnya di kawasan bandar di bawah skim tambang dikawal sejak 2009 oleh Lembaga Pelesenan Perdagangan (LPKP).

Di kawasan luar bandar, tambang adalah RM20.62 bagi setiap kilometer dan RM2.02 bagi kilometer berikutnya.

Pengusaha bas sekolah meminta kenaikan tambang sebanyak 40% sejak Disember tahun lepas berikutan peningkatan kos.

Mukjizat Alquran: Jenis Kelamin Bayi

Sperma
Hingga baru-baru ini, diyakini bahwa jenis kelamin bayi ditentukan oleh sel-sel ibu. Atau setidaknya, dipercaya bahwa jenis kelamin ini ditentukan secara bersama oleh sel-sel lelaki dan perempuan.
Namun, kita diberitahu informasi yang berbeda dalam Alquran, yang menyatakan bahwa jenis kelamin laki-laki atau perempuan diciptakan “dari air mani apabila dipancarkan”.
“Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita, dari air mani, apabila dipancarkan.” (QS. An-Najm: 45-46).
Cabang-cabang ilmu pengetahuan yang berkembang seperti genetika dan biologi molekuler telah membenarkan secara ilmiah ketepatan informasi yang diberikan Alquran ini. Kini diketahui bahwa jenis kelamin ditentukan oleh sel-sel sperma dari tubuh pria, dan bahwa wanita tidak berperan dalam proses penentuan jenis kelamin ini.
Kromosom adalah unsur utama dalam penentuan jenis kelamin. Dua dari 46 kromosom yang menentukan bentuk seorang manusia diketahui sebagai kromosom kelamin. Dua kromosom ini disebut “XY” pada pria, dan “XX” pada wanita.
Penamaan ini didasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengkode sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X membawa gen-gen yang mengkode sifat-sifat kewanitaan.
Pembentukan seorang manusia baru berawal dari penggabungan silang salah satu dari kromosom ini, yang pada pria dan wanita ada dalam keadaan berpasangan. Pada wanita, kedua bagian sel kelamin, yang membelah menjadi dua selama peristiwa ovulasi, membawa kromosom X.
Sebaliknya, sel kelamin seorang pria menghasilkan dua sel sperma yang berbeda, satu berisi kromosom X, dan yang lainnya berisi kromosom Y. Jika satu sel telur berkromosom X dari wanita ini bergabung dengan sperma yang membawa kromosom Y, maka bayi yang akan lahir berjenis kelamin pria.
Dengan kata lain, jenis kelamin bayi ditentukan oleh jenis kromosom mana dari pria yang bergabung dengan sel telur wanita. Tak satu pun informasi ini dapat diketahui hingga ditemukannya ilmu genetika pada abad ke-20. Bahkan di banyak masyarakat, diyakini bahwa jenis kelamin bayi ditentukan oleh pihak wanita. Inilah mengapa kaum wanita dipersalahkan ketika mereka melahirkan bayi perempuan.
Namun, tiga belas abad sebelum penemuan gen manusia, Alquran telah mengungkapkan informasi yang menghapuskan keyakinan takhayul ini, dan menyatakan bahwa wanita bukanlah penentu jenis kelamin bayi, akan tetapi air mani dari pria.
Sumber: Harun Yahya, Kejaiban Alquran

4 Cara Wanita Menggoda Lelaki Tanpa Disedari

Tahukah anda wahai lelaki, ada empat cara wanita menggoda lelaki tanpa anda sedari. Kepada lelaki hati-hati dengan godaan wanita ini kerana inilah senjata rahsia mereka untuk menjatuhkan anda kedunia lembah zina. Teruskan membaca di Infogilagila.

Cara Perempuan Menggoda Lelaki Tanpa Disedari - Zaman ini, bermacam-macam perkara yang tidak pernah kita terfikir akan terjadi telah pun terjadi. Bukan sekali, tetapi berkali-kali.

Siapa sangka di zaman ini lelaki bergelar datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Si bapa pula boleh menerkam anak perempuan yang lahir dari rahim isteri sendiri?

Orang yang kita percayai seperti pengawal keselamatan yang dulu kita boleh harap, sekarang sudah berani memperkosa?

Tidakkah mereka mempunyai rasa belas kasihan dengan darah daging mereka sendiri sehingga sanggup meratah kaum hawa yang nyata lemah dan tidak berdaya melawan kudrat seorang lelaki? Sehinggakan wanita yang menutup aurat pun tidak terlepas dari menjadi mangsa nafsu mereka.

Hakikatnya, umum tahu & faham bahawa lelaki mempunyai nafsu. Walaupun hanya satu nafsu tetapi fokusnya lebih kepada nafsu seksual.

Sedarkah kita, sebenarnya ramai perempuan yang cuba mencabar nafsu lelaki? Bagaimana?

“Saya pakai tudung yang lengkap, menutup aurat dengan lengkap. Takkan saya masih menggoda kot?”

Benar, kita dah sempurnakan penutupan aurat kita dengan pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tetapi di luar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini:

1. Tunduk
Tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki. Setiap inci tubuh wanita adalah terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian. Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan
Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?

Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.

Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

Senyum adalah sedekah tetapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?

Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya.

Foto: Inilah Wanita Paling Cantik Dan Seksi Berusia 60 Tahun!

Foto: Inilah Wanita Paling Cantik Dan Seksi Berusia 60 Tahun! - Anda pasti tidak anak percaya dengan umur wanita cantik ini sudah berusia 60 tahun dan dilahirkan pada 2 Febuary 1954 namun kecantikan dan keseksiannya masih terserlah lagi. Teruskan membaca di blog Raisyyahrania.
Christie Brinkley was born on February 2, 1954, which means that today is exactly 60 years, and in just four months, will meet 61 However, it is not like any other woman of her age, in fact Christie Brinkley retains a youthful appearance and body fairly well preserved for her age. The truth is that it looks quite attractive there be found the fountain of youth?







2 lelaki memperkosa bakal pengantin di dalam pacuan 4 roda



Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas apabila dilarikan dua lelaki berkopiah sebelum dipercayai dirogol di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dibawa lari dua lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan dinaiki mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam kenderaan menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan.

Pada masa sama, tunang mangsa berusia lingkungan 20 tahun cuba menghalang namun gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek membawa lari mangsa dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Harian Metro difahamkan, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, di sini, sebelum suspek merampas telefon miliknya dan memutuskan talian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian mangsa dibawa lari dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna putih.

“Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan menangis serta tidak terurus di Jaya Gading, di sini, sebelum dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira tujuh jam selepas kejadian,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada bulan lalu.

Status Berani Mati Remaja !


Isteri Dibelasah Hanya Kerana Terlupa Masukkan Baju Melayu

Isteri Dibelasah Hanya Kerana Terlupa Masukkan Baju Melayu

Seorang lelaki tergamak memaki hamun dan membelasah isterinya di kediaman mereka di Putra Height hanya kerana terlupa masukkan baju Melayu bagi menyambut hari raya Aidiladha di kampung hujung minggu yang lepas.


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam, mangsa pada mulanya mengemas beg pakaian mereka sekeluarga tetapi terlupa memasukkan baju Melayu yang tersimpan di dalam almari.

Lelaki itu yang menyedari hal itu bertanya kepada mangsa menyebabkan wanita itu meminta maaf kerana terlupa. Suami mangsa tidak dapat menerima permohonan maaf isterinya menghamburkan kata-kata kesat sehingga berlaku pertengkaran.



Pertengkaran itu bertukar ganas apabila suspek gagal mengawal kemarahannya dan menumbuk muka mangsa. Dia turut menendang perut dan menyepak mangsa beberapa kali menyebabkan isterinya itu mengerang kesakitan.

Foto Mengerikan Kemalangan Jalan Raya 

Di Sabah 9 Oktober 2014


Foto Mengerikan Kemalangan Jalan Raya Di Sabah 9 Oktober 2014 - Mangsa yang berasal dari daerah Pitas itu dikatakan sedang dalam perjalanan dari kampung Garib Motunggung Kudat ke ibukota, menurut seorang pengguna akaun facebook namun identiti mangsa belum dikenal pasti.

Kemalangan ngeri tersebut dikatakan berlaku ketika hujan lebat dan dipercayai kenderaan dipandu laju di sempadan daerah tuaran - Kota Belud Sabah menyebabkan bberlaku kemalangan, menurut sumber di Berita Harian Sabah group sebentar tadi. Update terbaru akan menyusul nanti di Viralberita blog.



Tiada ulasan: