Sabtu, 26 Jun 2010

SAYA DE JUMPA REMAJA YANG KURANG AKAL DAN PENULIS KENAL REMAJA TU...APA IA KATA 'AGAK AGAKLAH' DALAM MAKSUDNYA....

Pemilik restoran undang padah

Oleh Mohd Amin Jalil

2010/06/25

SEREMBAN: Tindakan segelintir pengusaha restoran dan kedai makan di negeri ini meletakkan kerusi dan meja sehingga di luar kawasan premis perniagaan dan bahu jalan termasuk di tapak letak kereta disifatkan sebagai melampau dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan keselamatan orang ramai.

Ini kerana tindakan mereka bukan saja mengganggu lalu lintas malah boleh mengancam keselamatan orang lain yang menjamu selera manakala bagi peniaga yang meletakkannya di tempat letak kereta, menyukarkan orang ramai untuk meletakkan kenderaan mereka di situ.


Kejadian individu termasuk kanak-kanak dilanggar kenderaan ketika asyik menjamu selera di luar premis restoran dan kawasan larangan sepatutnya menjadi pengajaran dan iktibar kepada pengusaha terbabit supaya tidak melakukan tindakan itu.


Bagaimanapun, terdapat segelintir pengusaha terbabit yang tidak menghiraukan aspek keselamatan sebaliknya sengaja meletakkan kerusi dan meja di luar premis perniagaan mereka dengan tujuan menarik perhatian pelanggan yang lebih gemar menjamu selera di luar premis berbanding dalam premis.


Tinjauan Metroplus di beberapa premis perniagaan termasuk di Senawang, dekat sini, mendapati masih ada segelintir pengusaha restoran yang melakukan tindakan berkenaan walaupun menyalahi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT).


Orang ramai ditemui menyifatkan tindakan pengusaha restoran terbabit tidak wajar kerana boleh membahayakan keselamatan orang lain.


Mohd Arfian Ahmad, 36, dari Taman Jasmin, Senawang berkata, tindakan pengusaha restoran meletakkan meja dan kerusi sehingga di luar kawasan dan berhampiran jalan adalah tidak wajar kerana ia membahayakan orang lain.


Beliau berkata, pengusaha terbabit sepatutnya mengutamakan keselamatan pelanggan dan bukannya mendedahkan mereka kepada risiko dilanggar kenderaan.


“Antara lokasi terdapat pengusaha yang meletakkan kerusi dan meja makan sehingga di luar premis perniagaan ialah di tapak letak kereta hadapan premis mereka di Taman Komersial Senawang.


“Seingat saya terdapat satu atau dua kes sebelum ini membabitkan beberapa individu yang dilanggar kenderaan ketika duduk atau menjamu selera di meja di luar restoran.


“Walaupun setakat ini belum ada laporan membabitkan kecederaan parah atau kematian, jelas tindakan itu membahayakan orang ramai dan pengusaha restoran tidak boleh bertindak melampau hanya untuk kepentingan perniagaan mereka semata-mata,” katanya.

Katanya, kebanyakan orang ramai yang menjamu selera di situ tidak sedar mereka terdedah kepada bahaya dilanggar kenderaan.


Pandangan itu turut dikongsi bersama Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharudin, yang menyifatkan tindakan pengusaha restoran meletakkan meja dan kerusi sehingga di tepi jalan, membahayakan orang ramai.


“Kita tidak dapat menjangkakan kemungkinan ada kenderaan yang dipandu laju ketika melalui jalan itu sekali gus membahayakan orang ramai yang sedang menjamu selera,” katanya.


Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abdul Halim Abdul Latif berkata, pihaknya boleh bertolak ansur jika kerusi dan meja itu diletakkan di dalam kawasan premis mereka tetapi tidak akan berkompromi jika melebihi sehingga di bahu jalan.

Beliau berkata, baru-baru ini berlaku satu kemalangan membabitkan individu yang menjamu selera di sebuah restoran di Nilai sehingga menimbulkan kekecohan antara pengusaha dengan orang ramai.


“Bagaimanapun, kita sudah mengambil tindakan terhadap mereka, namun apa yang saya kesalkan ialah ada pengusaha terbabit yang berdegil dengan terus meletakkan kerusi dan meja di luar kawasan premis,” katanya.



KOMEN...NAK TENGOK AHLI SYURGA MUDAH JE JIKA KITA BERFIKIR....SAPE DIA IAITU MANUSIA YANG YANG ALLAH KURNIAKAN GILA DARI KECIL HINGGA MATI...ada satu kisah benar...ia memang separuh akal dari kecil...meninggal umur lima puluhan sebab kemalangan jalanraya...jasadnya wangi...

Tiada ulasan: