Ahad, 27 Jun 2010

OK..BAGUS BUAT PERMULAAN...BAGAIMANA CUKAI ARAK DLL...DULU ZAMAN PENJAJAH TAK DE HASIL JUDI...TERTUMPU PADA BIJIH,EMAS,GETAH DLL....NAPE BOLEH

Kerajaan teliti cadangan asing akaun hasil haram

27/06/2010 5:33pm

BACHOK 27 Jun - Kementerian Kewangan sedang meneliti cadangan supaya diasingkan hasil perolehan daripada sumber yang bertentangan dengan Islam, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

"Kerajaan sedang menelitinya untuk memasukkan sumber berkenaan ke dalam akaun khas supaya ia tidak bercampur dengan sumber yang diperolehi secara halal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan agar hasil daripada aktiviti perjudian yang dibenarkan diasingkan ke dalam satu tabung khas.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dilaporkan berkata, sudah sampai masanya kerajaan mengasingkan hasil kegiatan tersebut daripada Kumpulan Wang Disatukan ke dalam tabung khas.

Namun Awang Adek berkata, cadangan itu akan mengambil masa untuk dilaksanakan kerana ia terlebih dahulu memerlukan pandangan pelbagai pihak termasuk pihak ulama. - Bernama

Tiada ulasan: