Sabtu, 19 Jun 2010

9 syuhada

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin: [Image]1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak. [Image]2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata. [Image]3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera. [Image]4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. [Image]5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun. [Image]6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. [Image]7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak. [Image]8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun. [Image]9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua.





Sheikh Raed Salah jadi sasaran tentera Israel

[Image] ISTANBUL - Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang menyerang konvoi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu dilaporkan cuba membunuh pemimpin Pergerakan Islam di Israel, Sheikh Raed Salah.

Dakwaan itu dibuat ketua Yayasan Hak Asasi Manusia dan Bantuan Kemanusiaan (IHH), Bulent Yildirim dalam satu wawancara, kelmarin.

“Satu senarai yang disediakan IDF dengan 16 nama aktivis yang mahu dibunuh terjatuh dari poket seorang komando Israel semasa dia turun dari helikopter ke kapal Mavi Marmara,” katanya.

Sheikh Raed mengesahkan dakwaan itu dan berkata, tentera Israel cuba membunuhnya serta menembak orang lain yang menyerupainya dari segi penampilan fizikal.

Sheik Raed yang cedera parah dalam insiden itu pada mulanya dilaporkan terbunuh oleh media antarabangsa.

Yildirim berkata, IHH akan terus menghantar kapal ke Gaza, malah keluarga sembilan warga Turki yang terbunuh pada 31 Mei lalu sudah membuat permomohon untuk menyertai konvoi akan datang adik beradik.

1 ulasan:

fendi isa berkata...

gambar yang paling bawah di kira gambar 1 hingga 9...kira naik keatas